DMPK Pasir Mas

Directions Website

DMPK Pasir Mas PAGE rasmi Dewan Muslimat PAS Kawasan Pasir Mas

02/09/2026
02/09/2026

Selamat bermuktamar kepada seluruh pimpinan, perwakilan dan pemerhati Dewan-dewan PAS Pusat yang menghadiri:

β€’ Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat Kali Ke-65
β€’ Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat Kali Ke-66
β€’ Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat Kali Ke-67

Selamat berkonvensyen juga kepada Dewan As-Sabiqun PAS Pusat dan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat.

Semoga terus memperkukuh saf perjuangan, memantapkan gerak kerja dan istiqamah memperjuangkan Islam serta kesejahteraan rakyat.

Siiru β€˜ala barakatillah.

πŸ’šπŸ€βœ¨ SELAMAT BERMUKTAMAR βœ¨πŸ€πŸ’šDewan Muslimat PAS Kawasan Pasir Mas mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bermuktamar kepad...
02/09/2026

πŸ’šπŸ€βœ¨ SELAMAT BERMUKTAMAR βœ¨πŸ€πŸ’š

Dewan Muslimat PAS Kawasan Pasir Mas mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bermuktamar kepada seluruh perwakilan dan pemerhati yang hadir sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72 serta Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia Kali Ke-66.

Pada tahun ini, Kelantan Darul Naim diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah, bersempena sambutan 36 Tahun Membangun Bersama Islam. πŸ’š

Semoga perjalanan muktamar pada tahun ini berlangsung dengan lancar serta menjadi medan untuk memperkukuhkan ukhuwah, menyatukan fikrah dan memperteguh perjuangan Islam demi agama, bangsa dan negara.

Selamat bermuktamar!
🌿 Bersatu dalam perjuangan, teguh mempertahankan Islam.





02/09/2026

Bunga silat tampaknya hebat;
Dikilas indah di dalam samar;
Islam berdaulat wanita bermartabat;
Inilah dia tema muktamar.

Jom like sapa yang rasa teruja dengan tema muktamar tahun ni?




02/09/2026

Ini adalah laman rasmi Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM)

02/09/2026

🌿 JOM BERTEMU DI MUKTAMAR! 🌿

Pejam tak pejam… tak lama lagi kita akan bertemu! πŸ₯°πŸ’š

πŸ“ Kompleks Pendidikan Islam, Bachok, Kelantan

Bachok ni… ada yang pernah sampai ? πŸ‘€

Jom mari ke Bachok!
Kita berkumpul, kita berukhuwah, kita bertemu sahabat-sahabat seperjuangan dari seluruh negara. 🀝✨

Jemput mari belako!

Insya-Allah, kita jumpa di Bachok! πŸŒΏπŸ’š




02/09/2026

Raso nok sega angin? Sega angin ko PUTIK la pulok… πŸ’š

Dari jauh dan dekat, dari utara hingga selatan, selamat datang para muktamirin dan muktamirat ke bumi Kelantan, Tanah Serendah Sekebun Bunga, negeri Che Siti Wan Kembang.

Di sini, persiapan sedang rancak berlangsung.
Pentas disiapkan.
Gerai mula dihias.

Para petugas dan sukarelawan p**a terus bergerak, menyusun satu demi satu amanah agar tetamu yang hadir nanti disambut sebaiknya.

Infiru!

πŸŒ™ Salam Nisfu Syaaban 1447HSemoga malam yang penuh keberkatan ini menjadi titik perubahan untuk kita memperbanyakkan doa...
02/02/2026

πŸŒ™ Salam Nisfu Syaaban 1447H

Semoga malam yang penuh keberkatan ini menjadi titik perubahan untuk kita memperbanyakkan doa, keampunan dan amal kebaikan.
Moga Allah mengampuni dosa-dosa kita dan memberkati kehidupan kita. 🀲✨

Ikhlas daripada DMPK Pasir Mas

Address

Jalan Meranti
Pasir Mas
17000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DMPK Pasir Mas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share