Keadilan Ranting Kubang Batu

Directions

Keadilan Ranting Kubang Batu DO5OOO9
KEADILAN Ranting Kubang Batu
Cabang Rantau Panjang
PDM Gelam
N14 DUN Chetok
P023 Parlimen Rantau Panjang
KELANTAN

'Kita Bersaudara, Setia Bersama'

09/10/2026
28/09/2026
Program Penyerahan Sijil Ranting di bawah Parlimen Rantau PanjangTarikh: 28/9/26Lokasi: 📍Dewan Pejabat Kemas, Lubok Jong...
28/09/2026

Program Penyerahan Sijil Ranting di bawah Parlimen Rantau Panjang
Tarikh: 28/9/26
Lokasi: 📍Dewan Pejabat Kemas, Lubok Jong.
🚩: Pasir Mas
Anjuran: PKR Cabang Rantau Panjang

Alhamdulillah, satu lagi program berjaya dilaksanakan, iaitu Penyerahan Sijil Ranting kepada Ketua-Ketua Ranting.

Terima kasih kepada Ketua Cabang atas sokongan, dan Tuan Penyelaras DUN di atas komitmen. Semoga kita bersama terus memperkukuh gerak kerja serta khidmat kepada masyarakat.

Terus bergerak, terus berkhidmat. 🤲

~admin







28/09/2026

Tabung Haji (TH) will open appeals for the 1448H/2027 haj season via the THiJARI application and website from Oct 2, a month earlier than in the previous season.


16/09/2026

4 RABIULAKHIR 1448H •RABU• 16 SEPTEMBER 2026

ZIARAH KEMATIAN

Dalam setiap kehilangan, ada hati yang sedang menanggung rindu, ada jiwa yang sedang belajar menerima, dan ada air mata yang mungkin belum mampu untuk berhenti.

Saya ditemani jawatankuasa Dun berkesempatan menziarahi dua keluarga yang sedang berduka atas pemergian insan tersayang. Kehadiran kami mungkin tidak mampu mengembalikan insan yang telah pergi, namun kami hadir untuk berkongsi sedikit kekuatan, menghulurkan doa dan menyampaikan rasa simpati buat keluarga yang sedang melalui saat yang begitu berat.

Sesungguhnya, kehilangan orang yang kita sayangi bukanlah sesuatu yang mudah. Semoga setiap titisan air mata digantikan dengan ketabahan, setiap rasa kehilangan dipeluk dengan kesabaran, dan setiap kenangan yang ditinggalkan menjadi pengubat rindu di hati.

Salam takziah buat seluruh keluarga mantan ketua kampung arwah Pakya serta bonda kepada En. Khairi Lembaga Pertubuhan Peladang.
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham/Allahyarhamah, melimpahkan rahmat-Nya, menerangi serta melapangkan tempat persemadian, dan menempatkan roh dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga keluarga yang ditinggalkan terus diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi hari-hari mendatang.

Al-Fatihah.

~Abenomie Sumie








16/09/2026

4 RABIULAKHIR 1448H •RABU• 16 SEPTEMBER 2026

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

Selamat menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

Hari ini kita meraikan sebuah negara yang dibina atas kepelbagaian bangsa, agama, budaya dan negeri, namun tetap berdiri teguh di bawah satu nama Malaysia.

Marilah kita terus memperkukuhkan perpaduan, menghormati perbezaan dan bersama-sama membina Malaysia yang lebih adil, makmur, aman dan sejahtera.

Berbeza warna, berbeza budaya, tetapi kita tetap satu keluarga.

🇲🇾 Selamat Hari Malaysia
Malaysia Tanah Air Kita.
❤️🤍💙💛

~Abenomie Sumie








10/08/2026

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Tuan Presiden..
Semoga diberikan kesihatan yang baik baik selalu dan diberi kejayaan dalam pimpinan.
Kita merancang.
Allah tentukan.

~Abenomie Sumie
Naib Ketua Cabang Keadilan Rantau Panjang
Merangkap
Penyelaras Dun Chetok

Address

Chetok Rantau Panjang
Pasir Mas
17050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Keadilan Ranting Kubang Batu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share