Unit Pendidikan Kesihatan Pasir Puteh

Directions Website Contact the organization

Unit Pendidikan Kesihatan Pasir Puteh PEJABAT KESIHATAN DAERAH PASIR PUTEH

19/10/2026

Jom Lapor

๐Ÿ“ข AMARAN KESIHATAN : 5 KAWASAN BERISIKO JANGKITAN DEMAM DENGGI DI DAERAH PASIR PUTEH! kemaskini : 18/10/2026Pejabat Kesi...
18/10/2026

๐Ÿ“ข AMARAN KESIHATAN : 5 KAWASAN BERISIKO JANGKITAN DEMAM DENGGI DI DAERAH PASIR PUTEH!
kemaskini : 18/10/2026

Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Puteh ingin mengingatkan seluruh penduduk agar sentiasa berwaspada terhadap risiko jangkitan Demam Denggi, khususnya di kawasan-kawasan berisiko yang dikenal pasti.

๐Ÿ“ 5 KAWASAN BERISIKO DEMAM DENGGI
1๏ธโƒฃ Kampung Raja Dagang
2๏ธโƒฃ Kampung Haji Wan Omar
3๏ธโƒฃ Kampung Semerak Hilir
4๏ธโƒฃ Kampung Dalam Rhu
5๏ธโƒฃ Kampung Pauh Dara

JANGAN BIARKAN AEDES BERMAHARAJA!

Nyamuk Aedes membiak di dalam takungan air bersih yang bertakung. Oleh itu, setiap penduduk perlu mengambil tindakan pencegahan secara konsisten bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes di persekitaran rumah dan kawasan kejiranan.

Tindakan pencegahan yang perlu dilakukan:
๐Ÿ”น Periksa dan buang air bertakung di dalam bekas, pasu, tayar lama serta barangan terbuang.
๐Ÿ”น Bersihkan longkang dan saliran air di sekitar rumah.
๐Ÿ”น Tutup bekas penyimpanan air dengan sempurna.
๐Ÿ”น Luangkan sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu untuk mencari dan memusnahkan tempat pembiakan Aedes.
๐Ÿ”น Bekerjasama dengan komuniti melaksanakan aktiviti gotong-royong bagi memastikan persekitaran sentiasa bersih.

INGAT! Demam denggi boleh membawa komplikasi serius dan mengancam nyawa. Jangan tunggu sehingga berlaku peningkatan kes untuk bertindak. Pencegahan bermula daripada diri kita, keluarga dan komuniti.

Tiada Aedes, Tiada Denggi!
Rumah Bebas Aedes, Keluarga Lebih Selamat!
Bersama Kita Hapuskan Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes!

Kenali kawasan berisiko. Tingkatkan langkah pencegahan. Lindungi komuniti kita daripada ancaman Demam Denggi.

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
PEJABAT KESIHATAN DAERAH PASIR PUTEH






18/10/2026

SAMBUTAN HARI DOKTOR MALAYSIA PERINGKAT PEJABAT KESIHATAN DAERAH PASIR PUTEH TAHUN 2026

๐Ÿ“… Tarikh: 17 Oktober 2026 (Sabtu)
๐Ÿ“ Tempat: Pantai Bunyi Ombak, Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan

Alhamdulillah, Sambutan Hari Doktor Malaysia Peringkat Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Puteh telah berjaya dilaksanakan pada 17 Oktober 2026 bertempat di Pantai Bunyi Ombak, Tok Bali.

Sambutan ini merupakan tanda penghargaan terhadap jasa, pengorbanan dan komitmen para doktor yang sentiasa berdedikasi dalam memberikan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat.

Doktor memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan kesejahteraan rakyat melalui usaha pencegahan penyakit, pengesanan awal, rawatan serta pendidikan kesihatan. Pengorbanan dan kesungguhan mereka menjadi antara tonggak utama dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan negara.

Semoga sambutan ini dapat menyemarakkan lagi semangat kebersamaan, mengeratkan hubungan silaturahim serta meningkatkan motivasi dalam kalangan warga kesihatan untuk terus memberikan perkhidmatan yang berkualiti, mesra dan berintegriti kepada masyarakat.





๐“๐€๐๐ƒ๐€ & ๐†๐„๐‰๐€๐‹๐€ ๐ƒ๐„๐Œ๐€๐Œ ๐ƒ๐„๐๐†๐†๐ˆ๐ŸฆŸDemam Denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aed...
17/10/2026

๐“๐€๐๐ƒ๐€ & ๐†๐„๐‰๐€๐‹๐€ ๐ƒ๐„๐Œ๐€๐Œ ๐ƒ๐„๐๐†๐†๐ˆ๐ŸฆŸ

Demam Denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes.

โš ๏ธ Awasi tanda dan gejala amaran Demam Senggi. Dalam sesetengah kes, keadaan boleh menjadi lebih teruk dan boleh meragut nyawaโ€ผ๏ธ

โš ๏ธ Segera berjumpa dengan doktor jika menghidap demam dan tinggal di kawasan kes atau wabak Demam Denggi.

๐™๐™–๐™ฌ๐™–๐™ฉ๐™–๐™ฃ ๐™–๐™ฌ๐™–๐™ก ๐™—๐™ค๐™ก๐™š๐™ ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™š๐™ก๐™–๐™ข๐™–๐™ฉ๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ฃ๐™ฎ๐™–๐™ฌ๐™–โ€ผ๏ธ

17/10/2026

๐ŸŒซ๏ธ ๐๐„๐Œ๐€๐“๐”๐‡๐€๐ ๐“๐„๐†๐€๐’ ๐“๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ๐€๐ ๐Š๐‘๐ˆ๐’๐ˆ๐’ ๐‰๐„๐‘๐„๐๐”

Jerebu bukan sekadar menjejaskan kualiti udara, malah boleh mengancam kesihatan dan keselamatan kita, terutamanya golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas, wanita hamil serta individu yang mempunyai penyakit pernafasan dan jantung.

๐Ÿ“Š KETAHUI TINDAKAN MENGIKUT BACAAN INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU)
๐ŸŸข IPU 0โ€“100 | BAIKโ€“SEDERHANA
Teruskan aktiviti harian seperti biasa.

๐ŸŸ  IPU 101โ€“200 | TIDAK SIHAT
Kurangkan aktiviti fizikal di luar bangunan, hentikan aktiviti kokurikulum dan aktiviti fizikal luar bangunan di institusi berkaitan serta gunakan pelitup muka N95 apabila berada di luar bangunan.

๐Ÿ”ด IPU MELEBIHI 200 | SANGAT TIDAK SIHAT
Hentikan aktiviti luar bangunan dan perhimpunan awam. Penutupan institusi pendidikan, taska dan sekolah dilaksanakan mengikut arahan pihak berkuasa.

โš ๏ธ Jangan pandang ringan ancaman jerebu! Pantau bacaan IPU semasa, patuhi arahan pihak berkuasa dan ambil langkah pencegahan bagi melindungi diri serta orang tersayang.

17/10/2026

Luangkan hanya 10 minit setiap minggu untuk pastikan rumah anda bebas Aedes!

Amalkan rutin Cari dan Musnah dengan membuang air bertakung, membuang bekas yang tidak digunakan dan menyental permukaan bekas takungan air.

Gunakan bahan pembunuh jentik-jentik dan tutup rapat semua bekas simpanan air.

Ingat, tindakan pantas 10 minit ini mampu melindungi nyawa seisi keluarga.

16/10/2026

๐Ÿšญ ๐๐š๐ฆ๐ฉ๐š๐ค ๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐ž๐ซ๐จ๐ค๐จ๐ค ๐๐ข ๐ค๐š๐ฐ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐ฅ๐š๐ซ๐š๐ง๐ ๐š๐ง? ๐‰๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ค๐š๐๐š๐ซ ๐ฅ๐ข๐ก๐š๐ญ.

Tahukah anda, ๐ญ๐ž๐ซ๐๐š๐ฉ๐š๐ญ ๐Ÿ๐Ÿ– ๐ค๐š๐ฐ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐ญ๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ ๐ฅ๐š๐ซ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ซ๐จ๐ค๐จ๐ค yang telah ditetapkan bagi melindungi kesihatan dan kesejahteraan orang ramai.

Sekiranya anda melihat pelanggaran larangan merokok/vape di kawasan berkenaan, salurkan aduan melalui MyLapor di aplikasi MySejahtera. ๐Ÿ“ฑ

Mudah sahaja โ€” ๐‹๐ข๐ก๐š๐ญ. ๐Š๐ฅ๐ข๐ค. ๐‹๐š๐ฉ๐จ๐ซ.

16/10/2026

Penutupan sekolah bertujuan untuk mengurangkan pendedahan pelajar kepada udara tercemar. Ibu bapa dan penjaga disarankan memastikan anak-anak berada di dalam rumah serta menangguhkan aktiviti bermain dan bersukan di luar.

๐Ÿ“ฑ Semak bacaan IPU sebelum merancang aktiviti.
๐Ÿ˜ท Jika perlu keluar, gunakan pelitup muka yang sesuai dan pakai dengan betul.
๐Ÿฉบ Dapatkan pemeriksaan jika anak mengalami batuk, sesak nafas atau gejala semakin teruk.

Lindungi kesihatan anak-anak anda.


Address

Pasir Puteh
16800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 03:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Pendidikan Kesihatan Pasir Puteh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Unit Pendidikan Kesihatan Pasir Puteh:

Shortcuts

Share