MARDI Pasir Puteh

Directions

MARDI Pasir Puteh Test Bed MARDI Pasir Puteh

01/09/2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada

Dr Rozieta binti Labuh atas pelantikan sebagai 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 Pusat Penyelidikan Hortikultur, dan
Ir Dr Badril Hisham bin Abu Bakar sebagai 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 Pusat Penyelidikan Kejuruteraan MARDI
berkuat kuasa pada 1 September 2026

Semoga dengan pelantikan ini, Yang Berusaha Dr. dapat menyumbang khidmat kepakaran agar MARDI terus maju dan memberi impak positif kepada sektor pertanian dan keterjaminan makanan negara.






01/09/2026

Selamat Bersara, Dato’ Dr. Haji Mohamad Zabawi

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Dato’ Dr. Haji Mohamad Zabawi bin Abdul Ghani, Ketua Pengarah MARDI, atas 38 tahun penuh dedikasi, khidmat bakti dan sumbangan bermakna kepada MARDI serta pembangunan sektor agromakanan negara.

Segala jasa, kepimpinan dan komitmen yang dicurahkan akan sentiasa dikenang dan menjadi inspirasi buat seluruh warga MARDI.

Semoga Dato’ terus dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan dalam melangkah ke fasa kehidupan yang baharu.

Selamat bersara dan terima kasih atas segala jasa dan bakti.






17/08/2026
30/07/2026

8 HARI LAGI

Bahang Road to MAHA 2026 Zon Pantai Timur semakin terasa!

Jangan lepaskan peluang untuk merasai kemeriahan acara ini bersama keluarga dan rakan-rakan. Pelbagai aktiviti menarik, pameran interaktif, teknologi serta inovasi agromakanan terkini menanti anda seisi keluarga.

📍 Jumpa kami di sana! Ayuh sama-sama memeriahkan Road to MAHA 2026 Zon Pantai Timur dan rasai sendiri kehangatan menuju MAHA 2026.

29/07/2026

TAHNIAH

Sekalung tahniah diucapkan kepada YBrs. Dr. Azman bin Ismail atas pelantikan sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola MARDI, berkuat kuasa mulai 15 Mei 2026.

Semoga amanah yang diberikan dapat digalas dengan cemerlang dalam menerajui MARDI ke arah kecemerlangan penyelidikan, inovasi dan pembangunan sektor agromakanan negara.

21/07/2026

🛒✨ JUALAN RAHMAH MADANI ✨🛒

Rezeki dikongsi, rakyat dibantu 💚
Rahmah itu Berkat!

Jom rebut peluang membeli barangan keperluan harian dengan harga lebih jimat sempena Jualan Rahmah Madani!

🔥 Diskaun sehingga 30%
🔥 Pelbagai barangan asas pada harga berpatutan
🔥 Bantu kurangkan kos sara hidup rakyat

🚫 Inisiatif mesra alam – tiada beg plastik disediakan. Bawa beg sendiri ya! ♻️

📅 24 – 25 Julai 2026 (Jumaat & Sabtu)
⏰ 10.00 pagi – 7.00 petang
📍 Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu

Datang awal, stok terhad! 🛍️
Jom bawa keluarga & manfaatkan peluang ini 🤍

21/07/2026

EKSPO TANI DATANG LAGI!📢📢

Jom Singgah ke Reruai MARDI di Ekspo Tani Negeri Kelantan 2026!

📍Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu
🗓️22 - 25 Julai 2026
⏰10.00 pagi - 11.00 malam

Antara pengisian yang ada:

✨Pameran Teknologi Terkini daripada MARDI
👩🏼‍🍳Demonstrasi Teknologi Pemprosesan Makanan
📠Jualan produk MARDI, anak pokok durian, ubi
keledek, bawang merah MARDI & banyak lagi!
🎮Permainan interaktif untuk seisi keluarga
🐥Jualan anak ayam Saga (terhad 1,000 ekor)

Jumpa kami di Reruai MARDI!





21/07/2026

Saksikan demonstrasi secara langsung pelbagai teknologi pemprosesan makanan oleh MARDI.

Jom Singgah ke Reruai MARDI di Ekspo Tani Negeri Kelantan 2026!

📍Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu
🗓️22 - 25 Julai 2026

Jom singgah beramai-ramai!





21/07/2026

JEMPUT HADIR KE SEMINAR MARDI DI EKSPOTANI KELANTAN 2026!

Ingin mengetahui teknologi terkini bagi meningkatkan produktiviti tanaman di tanah BRIS?

📢 Jangan lepaskan peluang menyertai Seminar:

🍠 Teknologi Pengeluaran Tanaman di Tanah BRIS (Ubi-Ubian dan Rosel)

🎙 Penceramah:
Dr. Rosnani Binti Abdul Ghani
Pegawai Penyelidik Kanan
MARDI Bachok

📅 Tarikh: 23 Julai 2026 (Khamis)
🕚 Masa: 11.00 pagi
📍 Tempat: Pentas Utama, Ekspo Tani, Stadium Sultan Muhammad IV

📌 Penyertaan adalah PERCUMA.

Jom hadir bersama keluarga, petani, usahawan tani, pelajar serta orang ramai untuk menimba ilmu dan mengenali inovasi pertanian terkini daripada MARDI.

📍 EkspoTani Kelantan 2026
🗓 22–25 Julai 2026
📍 Stadium Sultan Muhammad IV

Jumpa kami di EkspoTani Kelantan 2026!

Address

KAMPUNG PADANG PAK AMAT Pasir Puteh
Pasir Puteh
16800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MARDI Pasir Puteh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share