22/10/2026
21β22 OKTOBER 2026 | PENGLIBATAN MARDI KELANTAN DI UMK RDICES SUMMIT (URS) 2026
MARDI Negeri Kelantan telah turut serta di UMK RDICES Summit (URS) 2026 bersempena sambutan World Food Day 2026 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Pengkalan Chepa.
Penglibatan MARDI Kelantan turut menyerlah melalui Pn. Erny Sabrina binti Mohd Noor, Pengarah MARDI Negeri Kelantan, yang telah dijemput sebagai panel forum bertemakan βMasa Depan Makanan β Memanfaatkan Sains, Teknologi dan Kreativiti untuk Pertanian Mampanβ. Sesi forum ini menjadi platform perkongsian pandangan dan kepakaran berkaitan peranan sains, teknologi serta kreativiti dalam meningkatkan produktiviti pertanian, memperkukuh sistem pengeluaran makanan dan memastikan keterjaminan makanan negara secara mampan.
MARDI Kelantan turut menyertai pameran teknologi pertanian bagi mengetengahkan hasil penyelidikan dan inovasi yang berpotensi dimanfaatkan oleh petani, usahawan agro dan pemain industri. Kehadiran lima orang pegawai daripada MARDI Bachok turut menyokong pelaksanaan program ini.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen MARDI dalam memperkasa penyelidikan dan pembangunan (R&D), memperluas pemindahan teknologi serta memperkukuh kerjasama strategik demi membangunkan sektor agromakanan yang produktif, berdaya tahan dan mampan, seterusnya menyokong keterjaminan makanan negara.