02/06/2026
HEPA Unimap
Menyalurkan maklumat kepada pelajar selain portal UniMAP Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) UniMAP
02/06/2026
01/06/2026
1 Jun 2026 |
Tahniah atas tawaran melanjutkan pengajian di UniMAP dan selamat datang ke UniMAP!
Jangan biarkan kekangan kewangan menghalang langkah anda ke menara gading. Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) UniMAP komited membantu pelajar yang memerlukan maklumat dan panduan berkaitan Bantuan Awal Pendidikan agar proses pendaftaran dan permulaan pengajian dapat berjalan dengan lebih lancar.
📞 Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan:
Pn. Siti Nur Idayu Bt Alias📱 019-555 5643
Kami menantikan kehadiran anda di UniMAP. Selamat memulakan perjalanan ke arah masa depan yang cemerlang!
23/05/2026
23 Mei 2026 |
Tahniah dan syabas kepada para pelajar Universiti Malaysia Perlis atas kejayaan cemerlang dalam Pertandingan SUGANDOI BCF UUM 2026 yang berlangsung di Universiti Utara Malaysia.
Izz Nazurah Ningsih binti Mohd Salleh — Johan
Noel Blane Charles — Naib Johan
Mohd Haziq Amrimullah bin Affizan — Tempat Ketiga
Kehebatan vokal dan aura persembahan yang ditampilkan membuktikan mahasiswa UniMAP terus menyerlah dan mampu bersaing cemerlang di pentas seni budaya universiti.
Tahniah!!
Pusat Kebudayaan Universiti Malaysia Perlis
21/05/2026
Ayuh bersama-sama memeriahkan Malam Kilauan Cahaya @ Istana Arau yang bakal menyinari malam penuh kemeriahan dan kenangan indah!
📍 Istana Arau
🗓️ 23 Mei (Sabtu) & 24 Mei (Ahad) 2026
⏰ 9.30 malam – 11.30 malam
Pelbagai tarikan cahaya, suasana penuh warna-warni serta pengalaman istimewa menanti seluruh pengunjung. Program ini membuka ruang untuk rakyat menikmati keindahan malam dalam suasana penuh harmoni dan semangat kebersamaan.
Seluruh rakyat dijemput hadir bagi bersama-sama memeriahkan acara penuh gemerlapan ini!
19/05/2026
19 Mei 2026 | MESYUARAT INDUK PENYELARASAN MSK DIPLOMA 2026/2027
Mesyuarat Induk Penyelarasan Minggu Suai Kenal (MSK) Diploma Semester I Sidang Akademik 2026/2027 telah dipengerusikan oleh Prof. Dr. Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah, Timbalan Naib Canselor (HEPA) UniMAP.
Terima kasih diucapkan kepada semua jabatan dan pihak yang terlibat atas komitmen serta kerjasama dalam memastikan perjalanan program berjalan lancar demi menyambut mahasiswa baharu UniMAP.
19/05/2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Contact the business
Telephone
Website
Address
Bangunan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti Malaysia Perlis, Kampus Alam
Pauh
02600
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |

01/06/2026