Sekolah Kebangsaan Batu 24

Call Directions

Sekolah Kebangsaan Batu 24 Jalan Johor
81500 Pekan Nenas
Pontian
Johor Darul Takzim

25/10/2026
🌿🧹 GOTONG-ROYONG 2.0: BERSAMA KITA LEBIH MAJU! 💚❤️🤝 Guru Bersatu, Sekolah Cemerlang!Alhamdulillah, program Gotong-Royong...
24/10/2026

🌿🧹 GOTONG-ROYONG 2.0: BERSAMA KITA LEBIH MAJU! 💚❤️

🤝 Guru Bersatu, Sekolah Cemerlang!

Alhamdulillah, program Gotong-Royong 2.0 telah berlangsung dengan semangat kebersamaan dan kerjasama demi mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih bersih, ceria, indah dan kondusif. 🌱🏫

Program ini merupakan hasil kerjasama guru-guru Sekolah Kebangsaan Batu 24 dan SK Agama Batu 24 bersama-sama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), dengan sokongan dan tajaan daripada pihak IJM.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak IJM atas tajaan yang diberikan serta seluruh guru-guru Sekolah Kebangsaan Batu 24, SK Agama Batu 24 dan PIBG atas komitmen, tenaga dan usaha dalam menjayakan program ini. 💚🤝

Sesungguhnya, semangat bersatu hati dan berganding bahu menjadi pemangkin kepada persekitaran sekolah yang lebih ceria dan kondusif demi kesejahteraan anak-anak didik.

✨ Bersatu Hati, Bersama Membina Sekolah Lebih Ceria!

📅 Tarikh: 24 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.00 pagi

🌟 PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA IBU BAPA SK BATU 24 🌟Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT! 💚💛Setinggi-...
20/10/2026

🌟 PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA IBU BAPA SK BATU 24 🌟

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT! 💚💛

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan Program Pengumpulan Tetra Pak sehingga SK Batu 24 berjaya meraih Anugerah Pengumpul Tertinggi Peringkat Negeri Johor! 🏆🎉

Kejayaan yang membanggakan ini merupakan hasil usaha bersama antara pihak sekolah, ibu bapa dan murid-murid yang komited mengumpulkan kotak minuman Tetra Pak demi kelestarian alam sekitar. Setiap kotak yang dikumpulkan membawa makna besar dalam mendidik anak-anak tentang kepentingan amalan kitar semula dan penjagaan bumi.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa, memberikan sokongan dan mendidik anak-anak untuk bersama-sama menjayakan usaha murni ini. Sesungguhnya, kejayaan ini bukan milik sekolah semata-mata, tetapi kejayaan seluruh warga SK Batu 24! 💚

Semoga kerjasama dan semangat kebersamaan ini terus berkekalan.

TAHNIAH DAN SYABAS!Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Cikgu Salmi B. Md Yasim kerana terpilih sebagai antara 14 pe...
18/10/2026

TAHNIAH DAN SYABAS!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Cikgu Salmi B. Md Yasim kerana terpilih sebagai antara 14 penulis puisi terbaik daripada 218 puisi dalam Antologi Puisi Guru Peringkat Kebangsaan.

Turut menghantar karya ialah Cikgu Hanifah binti Suriff dan Cikgu Noor Syahirah binti Othman. Tahniah atas keberanian dan kesungguhan dalam berkarya.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus berkarya, berkongsi inspirasi dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Guru bukan sekadar mendidik melalui kata-kata, malah mampu menyentuh jiwa melalui karya.

LDP : Ruang Berkongsi Ilmu, Membina Kecemerlangan15 Oktober 2026Sekolah bukan tempat murid sahaja belajar, tetapi ruang ...
18/10/2026

LDP : Ruang Berkongsi Ilmu, Membina Kecemerlangan

15 Oktober 2026

Sekolah bukan tempat murid sahaja belajar, tetapi ruang untuk seluruh warga sekolah terus belajar, berkongsi ilmu, bertukar idea dan menimba pengalaman.

Walaupun berbeza peranan, pengalaman, misi dan visi, kita tetap bergerak ke arah matlamat yang sama iaitu memberikan yang terbaik demi kecemerlangan bangsa, negara dan agama.

Ilmu yang dikongsi akan berkembang, pengalaman yang dibahagi menjadi panduan, dan kejayaan lebih bermakna apabila dicapai bersama.

KEMPEN JOM BUAT AINS!Membaca amalan mulia, ilmu bertambah, minda terbuka! Seluruh murid SK Batu 24 digalakkan untuk meng...
17/10/2026

KEMPEN JOM BUAT AINS!

Membaca amalan mulia, ilmu bertambah, minda terbuka!

Seluruh murid SK Batu 24 digalakkan untuk mengisi AINS secara konsisten sebagai usaha memupuk budaya membaca dan melahirkan murid yang berilmu.

Luangkan masa untuk membaca setiap hari.
Banyak membaca, luas pengetahuan.
Jadikan AINS sebagai amalan, bukan sekadar tugasan!

Banyak Membaca, Murid Berilmu!

Jom sama-sama kita jayakan kempen ini demi melahirkan murid SK Batu 24 yang berilmu, berfikiran luas dan cintakan ilmu.

Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4) 2026Alhamdulillah 🤍 selesai sudah MPT4 2026 yang berlangsung pada 6 & 7 Oktober 2026...
07/10/2026

Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4) 2026

Alhamdulillah 🤍 selesai sudah MPT4 2026 yang berlangsung pada 6 & 7 Oktober 2026.

Sedikit suasana sepanjang MPT4 — masing-masing cuba buat yang terbaik, walaupun ada debar dan penatnya.

Semoga segala usaha murid-murid dipermudahkan dan membuahkan hasil yang baik. 🤲🏻✨

PROGRAM TRANSFORMASI MINDAProgram Transformasi Minda merupakan satu program pembangunan sahsiah dan motivasi yang bertuj...
04/10/2026

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

Program Transformasi Minda merupakan satu program pembangunan sahsiah dan motivasi yang bertujuan membentuk pemikiran positif, meningkatkan disiplin diri serta memupuk sikap bertanggungjawab dalam kalangan peserta.

Program ini memberi penekanan kepada aspek pengurusan emosi, keyakinan diri, nilai murni dan pembentukan jati diri bagi melahirkan individu yang berfikiran matang serta berdaya saing.

WARGA BAHARU SK BATU 24Alhamdulillah, SK Batu 24 mengalu-alukan kehadiran Ustaz Ahmad Amir Nuruddin Bin Ruhaijan sebagai...
01/10/2026

WARGA BAHARU SK BATU 24

Alhamdulillah, SK Batu 24 mengalu-alukan kehadiran Ustaz Ahmad Amir Nuruddin Bin Ruhaijan sebagai sebahagian daripada keluarga besar SK Batu 24.

Setiap insan yang hadir membawa pengalaman, idea dan kekuatan tersendiri. Semoga kehadiran beliau menjadi pelengkap kepada usaha kita bersama dalam membentuk murid yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah dan nilai murni.

"Melangkah dengan ilmu, memimpin dengan hikmah, mendidik dengan kasih sayang."

Selamat menjalankan tugas dan semoga terus diberi kekuatan serta keberkatan dalam mendidik anak-anak SK Batu 24.

Daripada seluruh warga SK Batu 24.

📸 Photo Dump Part 4 | Sambutan Maulidur Rasul🤍✨Simpan sini dulu momen manis sepanjang sambutan. 🫶🏻
30/09/2026

📸 Photo Dump Part 4 | Sambutan Maulidur Rasul🤍✨

Simpan sini dulu momen manis sepanjang sambutan. 🫶🏻

Address

Jalan Pontian-
Pekan Nenas
81150

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6076992315

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Batu 24 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share