Angkatan Muda Keadilan - Cabang Pekan

Directions

Angkatan Muda Keadilan - Cabang Pekan Halaman Rasmi Angkatan Muda Keadilan Cabang Pekan. Kuat Tunjang Kerana Akar. KEPERCAYAAN DAN RUANG KEPADA ANAK MUDA UNTUK MENYUMBANG MELALUI KEADILAN.

Sebelum bertukar nama menjadi Angkatan Muda Keadilan sayap pemuda ini bergerak dengan nama Pemuda Keadilan Nasional dan dilancarkan pada masa yang sama Parti Keadilan Nasional dilancarkan iaitu pada 4 April 1999 oleh Presiden Parti, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail di Hotel Reinassance, Kuala Lumpur. Ketua Pemuda yang pertama merupakan Sdr. Ezam Mohd Nor dan pada peringkat awalnya, Pemuda Keadilan mengambil peranan sebagai penggerak, penyedar, dan pendesak perubahan terhadap kepincangan sistem penghakiman dan ketidakadilan atas penghukuman penjara Dato Seri Anwar Ibrahim. Pemuda Keadilan pada masa itu mengambil langkah agresif, meluahkan perasaan melalui demonstrasi jalanan, ceramah penerangan dan pelbagai cara untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penghukuman politik dan fitnah ke atas Bekas Timbalan Perdana Menteri pada masa itu. Pemuda Keadilan juga konsisten menganjurkan demonstrasi jalanan bersama Gerakan Bebas Anwar (GBA) pada 14 April setiap tahun untuk memperingati tarikh Dato Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan. Demonstrasi yang lebih dikenali dengan nama “Black 14” berjaya mengumpulkan puluhan ribu rakyat Malaysia berbilang bangsa dan umur untuk mendesak kebebasan Dato Seri Anwar Ibrahim. Pada siri demonstrasi “Black 14” tahun 2000, kerajaan telah melakukan tangkapan ke atas beberapa pimpinan Pemuda Keadilan untuk melemahkan semangat sayap pemuda ini di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Pada tahun 2004, hasil penggabungan Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia yang mempunyai kesinambungan perjuangan dengan perjuangan kemerdekaan progresif tanah air menerusi AMCJA-PUTERA, sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat diberi nama Angkatan Muda Keadilan. Selain itu, keanggotaan AMK adalah automatik kepada semua anggota parti, lelaki mahupun wanita, bawah 40 tahun. KEADILAN dan AMK mendapat suntikan semangat dengan pembebasan Dato Seri Anwar Ibrahim pada tahun yang sama. Tiga tahun kemudian Sdr. Shamsul Iskandar Md Akin dipilih menjadi Ketua AMK. Sdr. Shamsul telah menumpukan ke arah pembinaan akar umbi AMK selepas Sdr. Ezam meninggalkan KEADILAN. Hasil proses ini, pada pilihan raya umum 2008, ramai calon-calon AMK daripada pelbagai kaum dan latarbelakang menjadi wakil rakyat. KEADILAN telah meluluskan pindaan Perlembagaan parti pada Kongres Khas 2010 di mana had umur AMK diturunkan daripada 40 kepada 35 tahun untuk dilaksanakan dalam pemilihan parti yang berikutnya. Pada pilihan raya 2013, Ketua AMK telah menewaskan mantan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam dan menjadi Ahli Parlimen Bukit Katil. Pada pemilihan parti 2014 yang memakai had umur baru, Sdr. Nik Nazmi Nik Ahmad dipilih menjadi Ketua AMK. Barisan kepimpinan AMK baru menekankan isu kepimpinan pelbagai bakat, latihan akar umbi dan AMK sebagai suara rakyat. AMK telah memainkan peranan utama dalam kempen Rakyat Hakim Negara untuk kes fitnah 2 Dato Seri Anwar dan yang menuntut pembebasan Anwar, Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak berundur dan pemansuhan cukai GST.

"Lembayung duka menyatukan sekeping hati." Ketika negara meratapi pemergian sebutir permata, naskah politik tanah air di...
28/09/2026

"Lembayung duka menyatukan sekeping hati."

Ketika negara meratapi pemergian sebutir permata, naskah politik tanah air diletakkan ke tepi. Detik jabat tangan antara Perdana Menteri dan mantan mentornya di sisi jenazah Almarhumah Tun Dr. Siti Hasmah menjadi saksi keindahan adab Melayu dan nilai kemanusiaan yang tinggi.

Pertemuan ringkas namun penuh keikhlasan ini menghantar pesanan besar kepada seluruh rakyat: bahawa kasih sayang, rasa hormat, dan simpati tidak mengenal batas ideologi. Mereka pernah bersama harini kembali bersama.

“Tak mudah menerima keadaan ini. Iye berat, sungguh berat” -Tun Dr. Mahathir Mohamad. Menyaksikan cinta sejati sehidup s...
28/09/2026

“Tak mudah menerima keadaan ini. Iye berat, sungguh berat” -Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menyaksikan cinta sejati sehidup semati, menemani buat kali terakhir setelah hampir 70 tahun melayari bahtera bersama. Tiada lagi tutur kata yang mampu menggambarkan beratnya sebuah kehilangan.

Separuh daripada jiwa raga kini telah pergi mendahului.Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Salam Takziah. Kami merakamkan rasa dukacita yang mendalam atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali....
28/09/2026

Salam Takziah. Kami merakamkan rasa dukacita yang mendalam atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali. Beliau akan sentiasa dikenang bukan sahaja sebagai isteri pemimpin negara, tetapi sebagai pelopor doktor wanita Melayu yang banyak menabur bakti dalam kesihatan awam dan kebajikan.

Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan ketabahan dan kesabaran menghadapi ujian yang besar ini. Doa kami agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di jannah.

“Hilangnya sebuah tiang kenangan.” Salam takziah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar ...
24/09/2026

“Hilangnya sebuah tiang kenangan.”

Salam takziah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas kepulangan kekanda sulung beliau, Allahyarham Idrus Ibrahim, ke rahmatullah pada hari ini.

Pemergian seorang kekanda yang telah lama berkongsi s**a duka hidup pastinya meninggalkan lara yang mendalam. Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan ketabahan, dan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan para solihin.

Al-Fatihah.

Salam Taziah Daripada :Angkatan Muda Keadilan Cabang Pekan.

21/09/2026

Rakyat Malaysia kini sedang menyaksikan satu lagi drama politik “cakap tak serupa bikin” dan hipokrasi yang amat nyata.

Kontroversi hantaran media sosial oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Mohamad Fadil Bin Md Zin, yang memetik ungkapan “Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah” telah mendedahkan kepincangan dan kepura-puraan naratif perjuangan organisasi berkenaan.

Sebelum ini, dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Akmal Saleh dengan lantang mendabik dada di pentas utama memberi amaran keras kepada seluruh negara: “Kalau kamu sentuh Raja-Raja kami, mari sini kamu berdepan dengan Pemuda UMNO Malaysia.”Namun hari ini, retorik gah tersebut bertukar menjadi satu sindiran tajam (ironi) apabila individu yang secara terang-terangan mengeluarkan kenyataan berbaur subversif dan mencabar institusi beraja bukanlah pihak luar, melainkan Ketua Pemuda UMNO negeri mereka sendiri.

Hantaran yang memetik ungkapan “Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah” bukan sahaja satu tindakan yang sang...
21/09/2026

Hantaran yang memetik ungkapan “Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah” bukan sahaja satu tindakan yang sangat tidak matang, malah merupakan satu pencerobohan melampau terhadap institusi Raja Berperlembagaan yang menjadi tonggak kestabilan Negeri Sembilan dan negara amnya.

Tindakan melemparkan naratif seumpama itu, terutamanya daripada seorang yang memegang jawatan utama kepimpinan pemuda, adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan dengan mudah.

Penggunaan analogi “Raja Zalim” di dalam ruang geopolitik Negeri Sembilan hari ini adalah satu bentuk tohmahan jahat yang berniat jahat (mala fide). Ia seolah-olah cuba menanam benih kebencian, menghasut rakyat, dan mencabar kedudukan serta kedaulatan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Walaupun maklum bahawa hantaran tersebut telah dipadamkan setelah menerima kecaman hebat netizen, tindakan “baling batu sembunyi tangan” ini tidak akan membersihkan kesan negatif dan kegusaran awam yang telah dicetuskan.

Rakyat Negeri Sembilan tidak akan sesekali bertolak ansur dengan mana-mana petualang politik yang cuba menggadaikan keharmonian negeri demi agenda peribadi. Jangan sesekali cuba membakar sentimen yang boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan diraja dan perpaduan yang telah lama terbina.

”BIAR MATI ANAK, JANGAN MATI ADAB”

Krisis Perlembagaan Negeri Sembilan: Tuanku Muhriz Batal Pelantikan EXCO, MB Pertikai Tindakan Istana.SEREMBAN Negeri Se...
21/09/2026

Krisis Perlembagaan Negeri Sembilan: Tuanku Muhriz Batal Pelantikan EXCO, MB Pertikai Tindakan Istana.

SEREMBAN Negeri Sembilan kini berhadapan dengan krisis perlembagaan yang meruncing susulan titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, untuk membatalkan pelantikan kesemua 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), yang kemudiannya dipertikai dan ditolak oleh Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim.

Istana Batalkan EXCO Kerana Alasan ‘Mungkir Sumpah’Krisis ini bermula apabila pihak Istana Besar Seri Menanti mengeluarkan titah rasmi yang mengumumkan pembatalan serta-merta jawatan kesemua 10 ahli EXCO negeri.Menurut kenyataan pihak istana, tindakan drastik itu diambil selepas pihak berkuasa istana mendapati barisan EXCO berkenaan telah memungkiri sumpah jawatan dan taat setia mereka.

Langkah ini menyusul selepas insiden di mana barisan pentadbiran negeri didakwa membuat pengisytiharan menyokong satu “proklamasi” kontroversi yang bertujuan melucutkan jawatan Tuanku Muhriz sebagai pemerintah negeri. Walaupun Menteri Besar mendakwa beliau dipaksa dan diugut untuk menandatangani dokumen tersebut, pihak istana menyifatkan tindakan kolektif barisan kepimpinan itu sebagai pelanggaran serius terhadap amanah perlembagaan.

Menteri Besar Enggan Terima Titah, Dakwa Tidak SahBagaimanapun, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, bertindak membalas titah tersebut dengan menolak keputusan pembatalan berkenaan.Dalam satu kenyataan media, Ismail menegaskan bahawa tindakan menyingkirkan ahli EXCO secara unilateral (berseorangan) oleh pihak istana adalah bercanggah dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959 dan tidak sah di sisi undang-undang.

PEMBATALAN PELANTIKAN AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI (EXCO) NEGERI SEMBILAN BERKUAT KUASA SERTA-MERTASEREMBA...
20/09/2026

PEMBATALAN PELANTIKAN AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI (EXCO) NEGERI SEMBILAN BERKUAT KUASA SERTA-MERTASEREMBAN.

21 September 2026. Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, hari ini membatalkan pelantikan kesemua Ahli EXCO Negeri Sembilan berkuat kuasa serta-merta kerana didapati memungkiri sumpah jawatan dan ikrar taat setia kepada Institusi Diraja serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Tindakan ini dilaksanakan mengikut Perkara ###VIII(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 atas perkenan Yang di-Pertuan Besar. Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim, diarah mempersembahkan senarai calon EXCO baharu dengan kadar segera, manakala pentadbiran negeri dinasihatkan agar diteruskan tanpa gangguan demi kebajikan rakyat.

Address

Pekan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Muda Keadilan - Cabang Pekan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share