Pembangunan Asnaf MUIP

Call Directions Website Contact the organization

Pembangunan Asnaf MUIP Official page Pejabat Unit Pembangunan Ekonomi Asnaf MUIP

📍 LAWATAN PEMANTAUAN PROGRAM ONSHORE OIL & GAS  🗓️ 21 Mei 2026Satu lawatan pemantauan telah diadakan di Ranaco Education...
26/05/2026

📍 LAWATAN PEMANTAUAN PROGRAM ONSHORE OIL & GAS
🗓️ 21 Mei 2026

Satu lawatan pemantauan telah diadakan di Ranaco Education & Training Institute bagi menyantuni anak-anak Asnaf yang sedang mengikuti Program Onshore Oil & Gas.

Ketibaan pihak MUIP telah disambut mesra oleh Encik Jasrin selaku Penyelia Program yang turut memberikan penerangan berkaitan perjalanan program serta perkembangan para peserta sepanjang latihan dijalankan.

Dalam sesi lawatan tersebut, pihak MUIP turut menyerahkan Surat Akujanji kepada 10 orang anak Asnaf yang mengikuti Program Onshore Oil & Gas untuk ditandatangani sebagai sebahagian daripada proses dan komitmen sepanjang program berlangsung.

Program ini diharapkan dapat membuka lebih banyak peluang kemahiran dan kerjaya kepada anak-anak Asnaf dalam bidang industri minyak dan gas sekali gus membantu meningkatkan taraf kehidupan mereka pada masa hadapan.





📍 LAWATAN TAPAK PROJEK TANAMAN HIDROPONIK PINTAR KG TEKEK, PULAU TIOMAN  🗓️ 19 & 20 Mei 2026Satu lawatan tapak bagi Proj...
26/05/2026

📍 LAWATAN TAPAK PROJEK TANAMAN HIDROPONIK PINTAR KG TEKEK, PULAU TIOMAN
🗓️ 19 & 20 Mei 2026

Satu lawatan tapak bagi Projek Tanaman Hidroponik Pintar telah diadakan di Kampung Tekek, Pulau Tioman bersama pihak Jabatan Pertanian Negeri Pahang dan Pejabat Pertanian Daerah Rompin.

Lawatan ini turut melibatkan sesi penyerahan kerja pembinaan projek kepada kontraktor yang telah dilantik iaitu Anfar Makmur Enterprise bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

Selain itu, perbincangan turut diadakan berkaitan isu tapak projek termasuk kerja-kerja meratakan tanah serta penentuan kedudukan sebenar bangunan bagi memastikan kesesuaian dan kelancaran pembangunan projek di kawasan tersebut.

Projek ini diharapkan dapat membantu memperkukuhkan sektor pertanian moden serta memberi manfaat kepada komuniti setempat melalui penggunaan teknologi hidroponik pintar.



📍 LAPORAN AWAL : Konsultasi Kedua Pulau Tioman  🗓️ 26 April 2026 | 🕘 0950HSesi konsultasi kedua bagi projek ternakan aya...
26/05/2026

📍 LAPORAN AWAL : Konsultasi Kedua Pulau Tioman
🗓️ 26 April 2026 | 🕘 0950H

Sesi konsultasi kedua bagi projek ternakan ayam telah dijalankan di Pulau Tioman bagi memantau keadaan semasa reban, kesihatan ayam serta penghasilan telur.

🐔 Jumlah keseluruhan ayam adalah sebanyak 148 ekor dengan 124 ekor berada dalam keadaan sihat.

🥚 Hasil pemeriksaan telur timbang rambang menunjukkan gred berat sekitar 54g hingga 71g.

🌡️ Keadaan dalam reban dari segi suhu dan kelembapan didapati stabil dan berada pada tahap yang baik. Sistem pengudaraan juga berada dalam keadaan memuaskan serta membantu keselesaan ternakan.

🌿 Bekalan dedak berada dalam keadaan mencukupi dan pengurusan ternakan berjalan dengan baik sepanjang sesi konsultasi dijalankan.



JERANTUT, 5 APRIL 2026 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah menganjurkan Program Pemindahan Il...
13/04/2026

JERANTUT, 5 APRIL 2026 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah menganjurkan Program Pemindahan Ilmu Perakaunan Bersama Usahawan Asnaf yang berlangsung selama tiga hari bermula 3 hingga 5 April 2026 bertempat di Hotel Darul Makmur, Jerantut.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Alam dan melibatkan penyertaan seramai 35 orang usahawan asnaf yang sedang menjalankan pelbagai jenis perniagaan di negeri Pahang.
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan beberapa modul berkaitan pengurusan kewangan perniagaan antaranya pengenalan kepada penggunaan sistem NiagaXL dan latihan praktikal, pengenalan kepada aplikasi Mi-Quicksheet, serta latihan penyediaan penyata kewangan dan pengurusan aliran tunai bagi membantu usahawan mengurus rekod kewangan perniagaan dengan lebih sistematik dan teratur.
Penganjuran program ini bertujuan untuk memperkasa pengetahuan dan kemahiran usahawan asnaf dalam aspek pengurusan kewangan perniagaan, selain meningkatkan keupayaan mereka dalam merekod serta memantau prestasi kewangan perniagaan secara lebih berkesan.
Melalui program ini, para peserta turut berpeluang mempraktikkan sendiri penggunaan sistem yang diperkenalkan serta memahami kepentingan penyediaan rekod kewangan yang kemas sebagai asas kepada pembangunan dan kelangsungan perniagaan.
Program seumpama ini merupakan antara usaha berterusan MUIP dalam memperkasakan usahawan asnaf melalui pemindahan ilmu, bimbingan serta pembangunan kapasiti, selaras dengan hasrat untuk membantu golongan asnaf meningkatkan taraf ekonomi dan mencapai kemandirian dalam perniagaan.





RAUB | 22 Januari 2026 – Program Klinik Bergerak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) anjuran Klinik K...
23/01/2026

RAUB | 22 Januari 2026 – Program Klinik Bergerak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) anjuran Klinik Kesihatan Bandar Raub telah dilaksanakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub bagi menjalankan saringan kesihatan kepada anggota polis.

Kehadiran Klinik Bergerak MUIP sekali lagi turun padang menyantuni barisan hadapan, dengan menyediakan saringan kesihatan berkala yang sememangnya dilaksanakan ke atas setiap anggota polis sekurang-kurangnya sekali setahun bagi memastikan tahap kesihatan sentiasa berada dalam keadaan baik.

Melalui inisiatif Klinik Bergerak, MUIP bukan sahaja berperanan membantu masyarakat khususnya golongan fakir miskin, malah turut bekerjasama dengan pelbagai jabatan dan agensi melalui sokongan Pejabat Kesihatan Daerah demi kesejahteraan kesihatan bersama.







RAUB | 15 Januari 2026 – Program Klinik Bergerak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) anjuran Klinik K...
20/01/2026

RAUB | 15 Januari 2026 – Program Klinik Bergerak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) anjuran Klinik Kesihatan Bandar Raub telah dilaksanakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub bagi menjalankan saringan kesihatan kepada anggota polis.

Saringan kesihatan ini merupakan pemeriksaan berkala yang dijalankan ke atas setiap anggota polis sekurang-kurangnya sekali setahun bagi memastikan tahap kesihatan mereka sentiasa berada dalam keadaan baik.

Melalui inisiatif Klinik Bergerak, MUIP bukan sahaja menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat khususnya golongan fakir miskin, malah turut menawarkan perkhidmatan saringan kesihatan kepada jabatan atau agensi yang memerlukan melalui kerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah.





KUANTAN, 17 Januari 2026 – Sebagai menzahirkan penghargaan kepada anak-anak asnaf negeri Pahang yang telah mencapai pres...
18/01/2026

KUANTAN, 17 Januari 2026 – Sebagai menzahirkan penghargaan kepada anak-anak asnaf negeri Pahang yang telah mencapai prestasi akademik cemerlang, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah menganjurkan Majlis Penyerahan Bantuan Pembiayaan Anak Asnaf Cemerlang Tahun 2025 bertempat di Hotel Grand DarulMakmur, Kuantan.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Asmadi bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal & Operasi) Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), serta turut dihadiri oleh wakil PTPTN dan Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang.

Seramai 40 orang anak asnaf peringkat Diploma telah terpilih sebagai penerima bantuan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM481,232.49.

Majlis ini juga mencerminkan komitmen berterusan MUIP dalam memperkasakan kebajikan umat Islam melalui pengurusan zakat yang telus dan berkesan. Inisiatif ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan golongan asnaf serta dapat menyumbang kembali dalam membantu kesejahteraan keluarga dan masyarakat.

KUANTAN, 11 Januari 2026 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah dijemput oleh Klinik Al-Farabi K...
12/01/2026

KUANTAN, 11 Januari 2026 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah dijemput oleh Klinik Al-Farabi Kuantan Sdn. Bhd. bagi melaksanakan Program Saringan Kesihatan yang berlangsung di perkarangan Masjid Tanah Putih Baru, Kuantan di sini.

Kehadiran Klinik Bergerak MUIP yang turun padang bagi menyantuni masyarakat, dengan memberi tumpuan kepada penyediaan perkhidmatan saringan kesihatan percuma kepada penduduk setempat, khususnya golongan B40. Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk pemeriksaan kesihatan darah dan pemeriksaan paras kolesterol.

MUIP akan terus komited memperluaskan perkhidmatan melalui inisiatif Klinik Bergerak, bagai aur dengan tebing, hasil kerjasama pelbagai pihak demi memastikan kesejahteraan kesihatan masyarakat terus terpelihara.

PROGRAM KLINIK BERGERAK MUIPKUANTAN, 7 Januari 2026 - Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang telah dijemput ole...
12/01/2026

PROGRAM KLINIK BERGERAK MUIP

KUANTAN, 7 Januari 2026 - Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang telah dijemput oleh Klinik Al-Farabi Kuantan Sdn. Bhd. bagi menjalankan satu program saringan kesihatan yang bertempat di Taman Impianku, Sungai Lembing, Kuantan
Kehadiran Klnik Bergerak MUIP memfokuskan kepada penyediaan perkhidmatan saringan kesihatan percuma kepada masyarakat setempat khususnya golongan B40. Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk pemeriksaan kesihatan darah dan paras kolestrol.
MUIP akan terus komited melalui perkhidmatan Klinik Bergerak dalam membantu masyarakat setempat, khususnya golongan B40, melalui kerjasama dengan pelbagai pihak demi kesejahteraan kesihatan bersama.

November 2025 - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) melalui Unit Pembangunan Asnaf telah melaksanakan...
01/12/2025

November 2025 - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) melalui Unit Pembangunan Asnaf telah melaksanakan satu lawatan pemantauan ke Sunway Medical Centre bagi menilai perkembangan anak asnaf yang telah berjaya mendapat penempatan pekerjaan sebagai Pembantu Jururawat melalui Program Latihan Kerjaya Anak Asnaf sebagai Pembantu Jururawat bagi Tahun 2024.

Penolong Pengarah, Sumber Manusia, Shameena Sim Ching Yee dan ahli pentadbiran Sunway Medical Centre hadir bagi meraikan kedatangan wakil Unit Pembangunan Asnaf (MUIP) yang memberikan pengenalan serba sedikit tentang Sunway Medical Centre dan turut dibawa meninjau unit-unit di hospital tersebut. Lawatan ini bertujuan memastikan peserta berada dalam persekitaran kerja yang kondusif serta menerima bimbingan yang sewajarnya daripada pihak hospital. Berdasarkan laporan pihak hospital, semua peserta menunjukkan disiplin yang baik, mampu menyesuaikan diri dengan rutin kerja serta melaksanakan tugasan asas kejururawatan dengan memuaskan.

Lawatan turut meninjau beberapa unit yang melibatkan penempatan peserta dan mendapati peserta mematuhi prosedur kerja standard, berinteraksi secara profesional dengan staf hospital serta menunjukkan sikap yang positif dalam menjalankan tugasan harian. Selain itu, sesi dialog telah diadakan bersama peserta bagi mendapatkan maklum balas mengenai pengalaman kerja, cabaran yang dihadapi serta keperluan sokongan tambahan. Peserta menyatakan rasa syukur atas peluang pekerjaan yang diberikan dan bertekad untuk terus meningkatkan kemahiran demi kemajuan kerjaya masing-masing.

Secara keseluruhannya, lawatan pemantauan ini menunjukkan bahawa peserta berada dalam keadaan baik dan berprestasi memuaskan. MUIP merakamkan penghargaan atas kerjasama pihak Sunway Medical Centre dalam menyokong usaha memperkasa ekonomi anak-anak asnaf melalui peluang pekerjaan dalam sektor kesihatan. MUIP akan meneruskan pemantauan berkala bagi memastikan peserta kekal berkembang dalam kerjaya yang diceburi.


Address

No 4, Lorong Peramu Mawar 2, Taman Peramu Jaya Darul Makmur
Pekan
26600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6094252353

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pembangunan Asnaf MUIP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pembangunan Asnaf MUIP:

Shortcuts

Share