03/10/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
PULAU PINANG 3 OKTOBER 2026 โ Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang YH. Datoโ Dr. Asmadi bin Mohamed Naim, menyampaikan Ucaptama Simposium Halal UUM 2026 bertajuk โMaqasid Syariah dalam Industri Halal โ Memperkasa Integriti dan Kepercayaan Ummahโ yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas, Pulau Pinang, hari ini.
Sesi ucaptama yang berlangsung dari jam 11.30 pagi hingga 12.15 tengah hari tersebut mengupas secara menyeluruh kedudukan Maqasid Syariah sebagai kerangka penting dalam memperkukuh industri halal agar bukan sahaja memenuhi tuntutan pematuhan syariah, bahkan benar-benar membawa maslahah dan menolak mafsadah demi kesejahteraan masyarakat.
Dalam ucaptamanya, Sahibus Samahah menegaskan bahawa kejayaan industri halal tidak boleh diukur hanya berdasarkan jumlah sijil yang dikeluarkan, tetapi perlu dilihat kepada sejauh mana pensijilan tersebut benar-benar mampu menjamin keyakinan, keselamatan dan kemaslahatan pengguna.
Industri halal bukan sekadar soal sijil dan logo, sebaliknya merupakan suatu amanah syariah yang menuntut integriti, ketelusan dan komitmen berterusan daripada seluruh rantaian ekosistem halal.
Menurut beliau, penghasilan produk halal melibatkan rantaian yang panjang, bermula daripada bahan mentah, pemprosesan, pemeriksaan, pengedaran sehinggalah kepada penjualan. Setiap pihak yang terlibat dalam rantaian tersebut mempunyai amanah yang perlu dilaksanakan secara bersama.
Mengambil prinsip halal dan tayyib, beliau menjelaskan bahawa halal bukan sekadar menentukan sesuatu perkara itu dibenarkan syarak, bahkan konsep tayyib turut merangkumi aspek kebaikan, kebersihan, keselamatan, kualiti dan ketiadaan mudarat.
Justeru, apabila pengguna melihat logo halal, mereka sebenarnya menyerahkan sebahagian kepercayaan mereka kepada sistem dan pihak yang bertanggungjawab memastikan sesuatu produk itu benar-benar memenuhi tuntutan halal.
โHalal bukan sekadar sijil atau logo, namun ia adalah amanah yang besar yang perlu dipikul.โ
Sahibus Samahah turut menghuraikan Maqasid Syariah sebagai suatu kerangka yang bertujuan memastikan tercapainya kebaikan dan kemaslahatan serta menolak segala bentuk kemudaratan.
Dalam konteks industri halal, pendekatan tersebut perlu diterjemahkan melalui pemeliharaan lima perkara utama iaitu Hifz al-Din (memelihara agama), Hifz al-Nafs (memelihara nyawa), Hifz al-โAql (memelihara akal), Hifz al-Nasl (memelihara keturunan) dan Hifz al-Mal (memelihara harta).
Beliau turut menjelaskan bahawa pelaksanaan Maqasid Syariah dalam industri halal perlu mengambil kira tiga tahap keutamaan iaitu daruriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat.
Daruriyyat merangkumi perkara asas seperti pemilik yang cakna, kepakaran yang berkelayakan, pekerja berdisiplin, prosedur yang sesuai serta pemantauan dan audit yang berterusan.
Hajiyyat p**a melibatkan kemudahan yang mengurangkan kesukaran seperti pendigitalan permohonan, pengurusan data bahan mentah dan sistem traceability, manakala tahsiniyyat merangkumi aspek kesempurnaan seperti ketelusan, layanan yang baik, kebersihan tinggi, pelabelan beretika, tanggungjawab sosial dan budaya ihsan.
Antara mesej utama yang ditekankan ialah keperluan industri halal bergerak daripada budaya โbuat kerana auditโ kepada โbuat kerana amanah".Menurut Sahibus Samahah, pematuhan merupakan tahap minimum, manakala integriti menuntut sesuatu prinsip halal terus dipelihara secara konsisten walaupun tiada auditor yang melihat.
Lima nilai utama yang perlu menjadi budaya dalam pengurusan halal ialah:
1. Amanah โ menjaga kepercayaan Allah SWT, pengguna dan pihak berkuasa;
2. Sidq โ berlaku benar dalam dokumen, label, ramuan, pembekal dan komunikasi pemasaran;
3. Ihsan โ memastikan kualiti dan halal dipelihara bukan hanya ketika pemeriksaan;
4. Itqan โ melaksanakan pengurusan halal secara teliti, profesional dan konsisten; dan
5. Masโuliyyah โ menyedari bahawa setiap keputusan berkaitan halal mempunyai pertanggungjawaban.
Dalam pada itu, Sahibus Samahah mengingatkan bahawa pensijilan halal bukanlah titik akhir kepada tanggungjawab sesebuah industri. Sebaliknya, prinsip halal dan tayyib hendaklah dikekalkan sepanjang proses penghasilan, penghantaran dan persembahan produk kepada pelanggan. Sebarang salah laku selepas memperoleh sijil halal bukan sahaja mencemarkan reputasi syarikat, bahkan boleh menjadi pengkhianatan terhadap amanah dan kepercayaan ummah.
Ucaptama turut memberikan perhatian terhadap beberapa cabaran baharu yang perlu ditangani secara berhikmah dan berpandukan Maqasid Syariah, antaranya penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pengurusan dan audit halal, rantaian bekalan global yang semakin kompleks, teknologi makanan baharu, sumber ramuan yang kompleks serta integriti pensijilan halal dalam perdagangan antarabangsa.
Perkembangan ini menuntut kerjasama erat antara pihak berkuasa agama, kerajaan, industri, institusi akademik, pakar teknologi, pengamal halal dan masyarakat agar inovasi serta kemajuan industri tidak mengabaikan prinsip syariah.
Mengakhiri ucaptamanya, Sahibus Samahah menegaskan bahawa kepercayaan pengguna tidak boleh dibina hanya melalui strategi pemasaran, sebaliknya mesti disokong oleh bukti, tadbir urus yang baik, ketelusan dan tindakan yang konsisten.
Satu pelanggaran integriti dalam industri halal juga boleh memberikan kesan yang lebih luas, bukan sahaja kepada sesebuah syarikat, bahkan berpotensi menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap keseluruhan sistem dan industri halal.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua pemegang taruh dalam ekosistem halal supaya melihat halal sebagai nilai dan budaya organisasi, bukan sekadar alat pemasaran atau syarat pasaran. Kepada pengamal halal, beliau mengajak agar persoalan โAdakah ini memenuhi standard?โ diperluaskan kepada persoalan yang lebih besar:โAdakah ini menunaikan amanah dan mencapai maslahat yang dikehendaki syariah?โ
Sesungguhnya, industri halal yang kukuh bukan hanya dibina dengan sijil, tetapi dengan amanah, bukan sekadar diperkasa dengan standard, tetapi diperkukuh dengan integriti, dan bukan hanya mengejar pasaran, tetapi membina kepercayaan ummah.
Akhir sekali Sahibus Samahah merasmikan Majlis Simposium Halal UUM 2026 dengan jayanya.
Maqasid Syariah menjadi neraca,
Integriti menjadi budaya,
Halal menjadi amanah,
Kepercayaan ummah menjadi natijahnya.
Semoga Simposium Halal UUM 2026 terus menjadi wadah memperkukuh jaringan ilmu, kerjasama dan kesepaduan seluruh pemegang taruh dalam membangunkan ekosistem halal yang berintegriti, diyakini dan memberi manfaat kepada ummah.