23/10/2026
Perjalanan iFitEr 2026 masuk fasa seterusnya!
Hari ini, peserta Program Intervensi Pengurusan Berat Badan iFitEr (I Fit & Eat Right) Hospital Pekan 2026 berkumpul semula untuk sesi keempat, iaitu Progress Review Minggu 12!
Sesi kali ini dikendalikan oleh pasukan Unit Rehabilitasi (Fisioterapi) sebagai urusetia. Antara aktiviti yang dijalankan:
β
Ujian kecergasan
β
Antropometri pusingan kedua
β
Pelan senaman
β
Ceramah Fat to Fit
Sesi ini peluang untuk peserta melihat sejauh mana perubahan yang sudah dicapai sejak sesi pertama, sambil mengenal pasti bahagian mana yang masih boleh diperbaiki. Setiap langkah kecil, sama ada ukuran yang berubah, stamina yang meningkat atau tabiat baru yang terbentuk, patut dihargai.
Perubahan tak berlaku dalam sehari. Yang penting, kita terus bergerak dan terus konsisten.
Terima kasih kepada semua peserta yang terus memberi komitmen dan kepada pasukan yang menjayakan sesi ini. Perjalanan 6 bulan ini masih ada beberapa langkah lagi. Jom teruskan sampai ke garisan penamat!
iFitEr 2026 β Fit Together, Eat Right, Live Better!
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi