06/07/2026
PERHIMPUNAN BULANAN PPM WILAYAH SATU PELABUHAN KLANG
Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pelabuhan Klang telah melaksanakan Perhimpunan Bulanan, Lafaz Ikrar Rukun Negara serta Majlis Pemakaian Lencana Hakiki dan Pemakaian Pangkat pada 6 Julai 2026.
Tahniah diucapkan kepada anggota yang menerima Lencana Hakiki dan kenaikan pangkat. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi, integriti dan profesionalisme.
Warga PPM Pelabuhan Klang akan terus komited memperkukuhkan semangat kerja berpasukan, meningkatkan prestasi serta memberikan perkhidmatan terbaik demi keselamatan perairan negara.
Integriti & Efisien Ke Arah Kecemerlangan.