Dewan Muslimat PAS Kawasan Kepala Batas

Directions

Dewan Muslimat PAS Kawasan Kepala Batas Islam memimpin. Islam penyelamat ummah.

12/08/2026

Taklimat menteri sahaja?

Anak muda perlu bijak menguruskan kewangan. Jangan lupa ikuti Siri Bijak Wang Bersama Ameerah Kepala Batas
25/07/2026

Anak muda perlu bijak menguruskan kewangan. Jangan lupa ikuti Siri Bijak Wang Bersama Ameerah Kepala Batas

💰 𝗕𝗜𝗝𝗔𝗞 𝗪𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗔𝗠𝗘𝗘𝗥𝗔𝗛

𝗞𝗲𝗵𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗞𝗲𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗮𝗻?

Pernah tak kita membeli sesuatu hanya kerana sedang ada promosi, ikut trend atau rasa "sayang kalau tak beli"?

Hakikatnya, bukan semua yang kita inginkan adalah keperluan.

📌 𝗞𝗲𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗮𝗻 ialah perkara yang benar-benar diperlukan untuk menjalani kehidupan dan menunaikan tanggungjawab, seperti makanan, tempat tinggal, pengangkutan, bil utiliti dan keperluan keluarga.

📌 𝗞𝗲𝗵𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸 p**a ialah perkara yang menambah keselesaan atau kepuasan, tetapi masih boleh ditangguhkan jika belum benar-benar diperlukan.

𝗦𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹𝗶𝗮𝗻, 𝗰𝘂𝗯𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗵𝗲𝗻𝘁𝗶 𝘀𝗲𝗸𝗲𝘁𝗶𝗸𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗶𝗿𝗶:

✔️ Adakah saya benar-benar memerlukannya?
✔️ Jika saya tidak membelinya hari ini, adakah kehidupan saya akan terjejas?
✔️ Adakah pembelian ini akan membantu atau membebankan kewangan saya?

Membuat pilihan yang bijak bukan bermaksud kita tidak boleh menikmati hasil usaha sendiri. Sebaliknya, ia mengajar kita untuk mengutamakan perkara yang lebih penting dan merancang kewangan dengan lebih baik.

📖 𝗙𝗶𝗿𝗺𝗮𝗻 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗦𝗪𝗧:

"Dan janganlah kamu membazir. Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan."

(Surah al-Isra' : 26–27)

🌿 𝗨𝘁𝗮𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗮𝗻, 𝗸𝗮𝘄𝗮𝗹 𝗸𝗲𝗵𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸. 𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗰𝗶𝗹 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗶𝗻𝗶 𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗶𝗻𝗮 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗱𝗲𝗽𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘁𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴.

SALAM TAKZIAHبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِDengan penuh rasa dukacita, Dewan Muslimat PAS Kawasan Kepala Batas, m...
05/07/2026

SALAM TAKZIAH

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ

Dengan penuh rasa dukacita, Dewan Muslimat PAS Kawasan Kepala Batas, mewakili Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kepala Batas, Ustazah Hasnah Idris, serta seluruh saf kepimpinan dan ahli-ahli Muslimat, merakamkan ucapan Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Tuan Ridwan Osman (Abg Wan / Pak Wan) yang telah kembali ke rahmatullah.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan yang amat besar buat keluarga, masyarakat serta jamaah PAS, khususnya di DUN Penaga. Allahyarham yang berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Pilihan Raya DUN N01 Penaga dikenali sebagai seorang pejuang yang istiqamah, amanah, berjiwa besar dan sentiasa komited dalam menggalas tanggungjawab demi memperkukuhkan gerak kerja dakwah serta perjuangan Islam.

Segala jasa, pengorbanan dan khidmat bakti Allahyarham akan terus terpahat dalam lipatan sejarah perjuangan dan menjadi inspirasi kepada generasi pelapis untuk meneruskan amanah yang telah ditinggalkan.

Marilah kita bersama-sama menghadiahkan Al-Fatihah serta mendoakan agar Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, menerima segala amal kebajikannya, melapangkan kuburnya, mengurniakan rahmat yang luas dan menempatkan beliau dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beroleh syurga.

Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian Allah ini.

Al-Fatihah.

USTAZAH HASNAH IDRIS
Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kepala Batas
Bersama Seluruh Saf Kepimpinan
Dewan Muslimat PAS Kawasan Kepala Batas

22/06/2026
Innalillahi wainna ilaihi raji'un. 2 Anggota Tentera Maut Terkena Letupan Bom ketika Menjalani Latihan di Gurun, Kedah. ...
16/06/2026

Innalillahi wainna ilaihi raji'un.
2 Anggota Tentera Maut Terkena Letupan Bom ketika Menjalani Latihan di Gurun, Kedah.
Takziah buat seluruh keluarga Arwah.

Salam Maal Hijrah 1448H Marilah kita bersama-sama meluangkan sedikit masa untuk membaca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tah...
16/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H

Marilah kita bersama-sama meluangkan sedikit masa untuk membaca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Muharam, memohon keampunan atas segala kekhilafan yang lalu serta mengharapkan keberkatan, rahmat dan petunjuk Allah SWT untuk tahun baharu.

🤲 Semoga segala amalan kita diterima, dosa-dosa diampunkan, dan kehidupan kita sentiasa dipenuhi keberkatan.

Jom sama-sama baca doa akhir tahun dan awal tahun Muharam pada petang ini.

𝗦𝗲𝗸𝗮𝗹𝘂𝗻𝗴 𝗞𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻: 𝗧𝗵𝗿𝗼𝘄𝗯𝗮𝗰𝗸 𝗝𝗮𝘂𝗹𝗮𝗵 𝗕𝗮𝗰𝗵𝗼𝗸Kadang-kadang, yang paling berharga dalam sesuatu perjalanan bukan destinasiny...
15/06/2026

𝗦𝗲𝗸𝗮𝗹𝘂𝗻𝗴 𝗞𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻: 𝗧𝗵𝗿𝗼𝘄𝗯𝗮𝗰𝗸 𝗝𝗮𝘂𝗹𝗮𝗵 𝗕𝗮𝗰𝗵𝗼𝗸

Kadang-kadang, yang paling berharga dalam sesuatu perjalanan bukan destinasinya, tetapi insan-insan yang ditemui sepanjang perjalanan itu.

Lebih menginspirasikan apabila YB dr siti Dr Siti Mastura Muhammad , Ahli Parlimen Kepala Batas, memilih untuk bersama-sama menaiki bas sepanjang perjalanan ini. Walaupun beliau mempunyai pilihan untuk bergerak dengan kenderaan sendiri, beliau tetap memilih untuk bersama rombongan, berkongsi perjalanan, berbual mesra dan merasai sendiri pengalaman bersama para muslimat.

Alhamdulillah, kami Muslimat PAS Kepala Batas berkesempatan menziarahi YB Senator Wan Martina Wan Yusoff dan sahabat-sahabat Muslimat di Bachok.

Seronok mendengar perkongsian pengalaman mereka, melihat sendiri gerak kerja yang tersusun dan merasai kemesraan yang diberikan kepada kami sepanjang berada di sana.

Banyak yang dipelajari, banyak yang boleh dicontohi, dan yang paling penting, ukhuwah yang terjalin terasa begitu indah.

Terima kasih Bachok atas sambutan yang penuh kasih dan persaudaraan. Moga ada rezeki untuk bertemu lagi. ❤️🌹



MUSLIMAT PAS KEPALA BATAS PERKUKUH UKHUWAH DAN KESIAPSIAGAAN MENUJU PRU-16 MELALUI JAULAH KE BACHOKBACHOK, 14 Jun – Jaul...
14/06/2026

MUSLIMAT PAS KEPALA BATAS PERKUKUH UKHUWAH DAN KESIAPSIAGAAN MENUJU PRU-16 MELALUI JAULAH KE BACHOK

BACHOK, 14 Jun – Jaulah ke DUN Jelawat, Bachok, Kelantan baru-baru ini telah menghimpunkan seramai 40 ahli, penyokong dan pimpinan Dewan Muslimat PAS Kawasan Kepala Batas dalam satu program yang sarat dengan pengisian ilmu, pengalaman serta pengukuhan ukhuwah.

Program yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Muslimat PAS Kawasan Kepala Batas, YB Dr Siti Mastura Muhammad, yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas, memberi peluang kepada para peserta untuk menimba pengalaman serta bertukar pandangan bersama Muslimat PAS Kelantan dalam suasana penuh mesra dan harmoni.

Antara pengisian utama program ialah Bengkel Pemantapan Pilihan Raya yang memberikan pendedahan mengenai kepentingan memperkukuh organisasi, mendekati masyarakat serta memperkasa peranan Muslimat dalam menyumbang kepada pembangunan ummah dan meningkatkan kesiapsiagaan menjelang PRU-16.

Rombongan turut diraikan dengan sarapan pagi di kediaman YB Senator Wan Martina Wan Yusoff sebelum dibawa mengunjungi beberapa lokasi menarik di sekitar Kelantan, termasuk Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu.

Menurut pihak penganjur, jaulah seumpama ini bukan sekadar medan menimba ilmu, malah menjadi ruang untuk mempererat hubungan silaturahim, membina semangat kerja berpasukan serta memperkukuh keyakinan Muslimat dalam melaksanakan amanah dan khidmat kepada masyarakat.

Para peserta p**ang dengan membawa bersama pelbagai pengalaman, kenangan dan inspirasi baharu yang diharapkan dapat menyemarakkan lagi peranan Muslimat PAS Kepala Batas dalam menyantuni masyarakat serta memperjuangkan kesejahteraan ummah.

Disediakan oleh:
Lajnah Penerangan & Media Baharu
Dewan Muslimat PAS Kawasan Kepala Batas

09/06/2026

Address

Penaga

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Muslimat PAS Kawasan Kepala Batas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share