19/10/2026
Finally, PAC will Investigate and Let this Show the Truth!
Thank you YB Isnaraissah Munirah Majilis for the written request to get a PAC Hearing of the Pain Borneo Project pursuant to the Audit Report 2026!
*************
SKANDAL PAN BORNEO SABAH
PAC AKAN SIASAT - RAKYAT BERHAK TAHU KEBENARAN
Hari ini, PAC mengumumkan siasatan terhadap pengurusan, kewangan dan pelaksanaan fizikal Pan Borneo Sabah Fasa 1, susulan Laporan Ketua Audit Negara dan permohonan bertulis YB Datuk Isnaraissah Munirah Majilis, Ahli Parlimen Kota Belud.
Ini bukan masa untuk saling menuding jari tanpa fakta. PAC perlu mendengar semua pihak dan membentangkan kebenaran kepada rakyat Sabah.
Fakta yang perlu diketahui:-
* Pan Borneo Sabah Fasa 1 bermula pada 11 April 2016;
* Projek sepanjang 706km ini melibatkan 35 pakej kerja;
* Sasaran asal siap ialah 31 Disember 2021;
Mengenai penamatan PDP:-
* PDP Sabah tidak ditamatkan oleh Kerajaan Negeri Sabah;
* Ia ialah keputusan Kerajaan Persekutuan;
* Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng, mengumumkan pembatalan model PDP pada 25 April 2019, selepas mendapat kelulusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad;
* Penamatan PDP berkuat kuasa pada 21 September 2019, atas alasan kepentingan nasional;
* Ketika PDP ditamatkan, kemajuan sebenar hanya 21.3%, berbanding 44.4% yang sepatutnya dicapai mengikut jadual;
* Ini bermakna projek telah pun jauh ketinggalan sebelum PDP ditamatkan.
Tentang kontraktor:-
* Ketika itu, hanya 12 daripada 35 pakej telah dianugerahkan;
* Satu pakej ditamatkan kerana ketidakmampuan kontraktor;
* Baki 11 pakej yang sedang berjalan tidak dibatalkan secara menyeluruh;
* Selepas sistem PDP ditukar kepada kontrak konvensional JKR, 11 kontraktor dilantik semula, tiga pakej melalui tender dan satu pakej ditender semula;
* Sarawak juga melalui penamatan model PDP oleh Kerajaan Persekutuan pada 2020. Maka, isu PDP ini bukan berlaku di Sabah sahaja.
Dapatan Audit p**a jelas:-
* Setakat 31 Mac 2026, hanya 4 daripada 35 pakej siap;
* 9 pakej dikategorikan sebagai projek sakit;
* 13 pakej lewat daripada jadual.
* Kos meningkat daripada RM17.91 bilion kepada RM18.96 bilion;
* Audit membangkitkan isu tapak belum sedia, pengambilan tanah, pemindahan utiliti, perubahan reka bentuk, pemantauan lemah dan pengurusan kontrak.
PAC perlu memanggil KKR, JKR Sabah, pihak perunding, kontraktor serta semua agensi berkaitan untuk memberi penjelasan.
Kebenaran tidak perlu ditakuti. Rakyat Sabah berhak tahu apa yang sebenarnya berlaku, siapa yang gagal menjalankan amanah, dan apa tindakan yang akan diambil supaya Pan Borneo benar-benar siap.
DDL