27/09/2026
DR JOACHIM RASMI TERAJUI PBS, BUKA LEMBARAN BAHARU PARTI
KOTA KINABALU: Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam secara rasmi mengambil alih kepimpinan Parti Bersatu Sabah (PBS) sebagai Presiden, menggantikan Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili pada Persidangan Perwakilan Tahunan PBS Ke-41 di sini, pada Sabtu.
Dr Joachim, yang menang tanpa bertanding bagi penggal 2026โ2029, menjadi Presiden ketiga PBS selepas Presiden Pengasas, Huguan Siou Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan dan Dr Maximus.
Beliau sebelum ini memangku jawatan Presiden sejak 1 Jun 2024 selepas Dr Maximus menyerahkan tanggungjawab kepimpinan parti kepadanya.
Pemilihan Dr Joachim tanpa bertanding bagi penggal 2026โ2029 telah disahkan selepas pencalonan ditutup pada 31 Julai lalu.
Dalam Ucapan Dasar Presiden pertamanya selepas mengambil alih kepimpinan secara rasmi, Dr Joachim menggariskan hala tuju untuk memperkukuh dan meremajakan PBS dengan perpaduan, kestabilan dan integriti sebagai tiga tonggak utama kepimpinannya.
Beliau menegaskan PBS perlu terus bergerak seiring perubahan landskap politik, komunikasi dan generasi tanpa mengabaikan prinsip perjuangan parti serta komitmennya mempertahankan hak dan kepentingan Sabah.
Menurutnya, usia lebih empat dekad tidak seharusnya menyebabkan PBS terperangkap dalam pendekatan lama, sebaliknya parti perlu terus melakukan pembaharuan bagi memastikan perjuangannya kekal relevan kepada generasi semasa dan akan datang.
Dr Joachim turut mengumumkan cadangan penubuhan sebuah pasukan petugas khas yang dianggotai tokoh dan anggota parti berpengalaman bagi meneliti strategi serta langkah untuk terus memperkukuh dan meremajakan PBS.
Pada masa sama, PBS akan memberi perhatian kepada pengukuhan struktur organisasi, penggunaan teknologi dan digitalisasi serta pembangunan generasi kepimpinan baharu bagi memastikan parti terus dekat dan relevan khususnya kepada golongan muda Sabah.
Dalam barisan kepimpinan baharu PBS, Datuk Julita Majungki dikekalkan sebagai Setiausaha Agung, manakala Prof. Madya Dr Bonaventure Boniface dilantik sebagai Ketua Penerangan parti.
Bagi jawatan Timbalan Presiden, Datuk Joniston Bangkuai bagi kuota Bumiputera Bukan Islam dan Datuk Ruslan Muharam bagi kuota Bumiputera Islam masing-masing menang tanpa bertanding bagi penggal 2026โ2029.
Joniston kini merupakan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, manakala Ruslan merupakan Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah.
Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) merangkap Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui, memenangi jawatan Timbalan Presiden bagi kuota Cina, juga menang tanpa bertanding.
Kemenangan Lo turut memberikan dimensi penting kepada barisan kepimpinan baharu PBS kerana beliau merupakan wakil parti itu di peringkat Parlimen menerusi kerusi P.190 Tawau.
Sebelum menangguhkan Persidangan, Dr Joachim turut mengumumkan pelantikan tiga pemimpin parti bagi mengisi jawatan penting, iaitu Setiausaha Agung, YB Datuk Julita Majungki, yang juga Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Lu Kim Yen, yang turut dilantik semula sebagai Bendahari Agung, dan Dr Bonaventure Boniface, sebagai Ketua Penerangan.
Dr Bonaventure, yang juga Setiausaha Politik Kepada Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya Dan Utiliti Sabah, sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Penerangan PBS.
Peralihan kepimpinan berkenaan membuka lembaran baharu bagi PBS yang ditubuhkan pada 1985 dan kini telah memasuki dekad kelima perjuangannya.
Di bawah kepimpinan Dr Joachim, PBS mahu bergerak sebagai sebuah parti berbilang kaum yang moden, kukuh dan berintegriti, sambil terus mempertahankan identiti serta prinsip perjuangannya termasuk dalam memperjuangkan hak dan kepentingan Sabah.
Berikut merupakan senarai pemenang jawatan dalam sesi pemilihan parti bagi sesi 2026-2029 sempena Persidangan Perwakilan PBS semalam.
Jawatan Presiden
YB DSP Dr Joachim Gunsalam
Timbalan Presiden (Biru)
Menang Tanpa Bertanding
YB Datuk Joniston Bangkuai
Timbalan Presiden (Kuning)
Menang Tanpa Bertanding
YB Datuk Ruslan Muharam
Timbalan Presiden (Merah)
Menang Tanpa Bertanding
YB Datuk Lo Su Fui
Naib Presiden l (Biru)
Menang Tanpa Bertanding
YB Datuk Hendrus Anding
Naib Presiden ll (Biru)
Menang Tanpa Bertanding
YB Datuk Johnnybone J Kurum
Naib Presiden l (Kuning)
Sahrol Bin Mahoolop
Menang 441 undi
Naib Presiden ll (Kuning)
Haji Mursid Mohd Rais
Menang 220 Undi
Naib Presiden (Merah)
Datuk Arthur Sen Siong Choo
Menang 500 Undi
Jawatan AMT (Biru)
1. Junid Gunsalam - 398 Undi
2. Datuk John Chryso Masabal - 352 Undi
3. Dr Samuil Mopun - 332 Undi
4. Datuk Suman Yasambun - 322 Undi
5. Stanis Buandi - 233 Undi
6. Masum Takin - 220 Undi
7. Julius Atung - 211 Undi
Jawatan AMT (Kuning)
1. Hajah Fazidah Mohd Yassin - 360 Undi
2. Aliamis Sami - 344 Undi
3. Juin Saman - 272 Undi
4. Aliyu Zinin - 263 Undi
5. John Anthony @ Faizal And Rahman - 233 Undi
Jawatan AMT (Merah)
1. Cik Yee Tsai Yiew - 485 Undi
2. Tong Yong Wai - 299 Undi
3. Sheiron Chang - 286 Undi
4. Datuk Lim Vun Chan - 257 Undi