PAS Balik Pulau

Directions

PAS Balik Pulau Jemput Like Page Facebook RASMI PAS Kawasan Balik Pulau

09/10/2026

Infaq Jumaat
Jom bantu siapkan Fasa 3 Pembinaan Dewan Terbuka Markaz Tarbiah PAS Balik Pulau.
Infaq 1 Lot RM50
Maklumat Lanjut Di Komen

Minda Presiden PASKALANGAN YANG JAHIL DAN ZALIM MENUDUH MELAYU PERKAUMAN Masih ada kalangan yang mendedahkan kejahilanny...
08/10/2026

Minda Presiden PAS

KALANGAN YANG JAHIL DAN ZALIM MENUDUH MELAYU PERKAUMAN

Masih ada kalangan yang mendedahkan kejahilannya melalui lisan dan tulisan dengan berlaku zalim terhadap bangsa Melayu, dengan menuduh bersifat perkauman.

Ada orang yang sedar dirinya jahil, maka dia tidak bercakap dalam perkara yang tidak diketahuinya. Ada p**a yang jahil murakab, tidak sedar dirinya jahil lalu bercakap dan menulis dengan kejahilannya. Mereka merasa sombong dengan sedikit ilmu yang dikurniakan oleh Allah kepadanya, lalu membuat kenyataan dalam perkara yang di luar pengetahuannya. Allah SWT memberi peringatan menerusi firman-Nya:

وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَـٰٓئِكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡ‍ُٔولٗا ٣٦

“Dan janganlah kamu mengikuti atau bercakap apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya.” [Surah al-Isra’: 36]

Antaranya, menuduh orang Melayu beragama Islam bersifat perkauman apabila bertindak membela bangsanya yang dizalimi atau ditipu. Walaupun sebenarnya Melayulah yang paling bersifat kemanusiaan dan terbuka setelah menganut Islam sebelum kedatangan penjajah.

Mereka menerima kaum lain kerana Islam mendidik mereka dengan konsep kemanusiaan terhadap seluruh manusia, walaupun pada fitrahnya manusia sayang akan keluarga dan bangsanya sendiri. Sehingga menjadi sifat bangsa Melayu yang beragama Islam tetap berada dalam dirinya, walaupun kedaulatan Islam bersama kuasa rajanya yang berlandaskan syariat telah dibatalkan olah penjajah.

Namun, bangsa Melayu tidak bersikap ekstrem terhadap kaum yang dibawa masuk oleh penjajah dengan tujuan yang jahat dan zalim terhadap penganut Islam. Tindakan penjajah British tersebut adalah bagi melumpuhkan kuasa politik Islam yang dipimpin oleh Melayu Islam setelah mereka menganut Islam secara damai dan memerintah negara selama beberapa abad.

Kejahilan terhadap agama dan sejarah atau berfikiran luar tabii menjadikan sebahagian kecil daripada orang Melayu Islam hilang kecintaan kepada bangsanya, laksana kacang lupakan kulit. Namun, majoriti Melayu Islam terus memelihara konsep hubungan antara kaum sebagaimana ajaran Islam.

Setiap rasul menyayangi bangsanya sehingga mereka berusaha menyelamatkan bangsanya terlebih dahulu, dan berjemaah bersama bangsanya menjadi teras kump**annya.

Kewujudan bangsa merupakan ketetapan Allah kepada kejadian manusia yang hidup berbangsa dan bermasyarakat (madani). Hal ini dinyatakan oleh firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ ١٣

“Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya, orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa antara kamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” [Surah al-Hujurat: 13]

Firman Allah SWT:

وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦ خَلۡقُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَٰفُ أَلۡسِنَتِكُمۡ وَأَلۡوَٰنِكُمۡۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّلۡعَٰلِمِينَ ٢٢

“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi, serta berlainan bahasa dan warna kulitmu. Sesungguhnya, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui. [Surah al-Rum: 22]

Allah juga menetapkan setiap bangsa berada di tanah air masing-masing, termasuk bangsa pendatang yang berhijrah atau berpindah ke negeri lain tetap mempunyai negeri asal usul mereka, seperti kaum Cina di Eropah dan Afrika. Begitu juga kaum lain yang dibawa oleh penjajah British ke negara-negara jajahan takluknya seperti Malaysia, walaupun kerakyatan mereka di negeri asal telah dihapuskan.

Maka, rumpun bangsa di Asia Tenggara, khususnya Melayu, diberi nama Melayu kepada pelbagai rumpun bangsa yang menganut Islam, khususnya di Malaysia. Sehingga nama Melayu diberikan kepada semua yang menganut Islam, sama ada daripada pelbagai rumpun seperti Jawa, Bugis, Minang, Aceh dan lain-lain, termasuk daripada kalangan Arab, Pakistan, India Muslim dan lain-lain. Sebaliknya, Melayu yang murtad dianggap bukan Melayu lagi.

Nusantara dikenali dengan Alam Melayu kerana majoriti penduduknya menganut Islam. Kini, menjadi wilayah yang paling ramai penganut Islam. Oleh sebab itu, perkataan Islam dan Melayu dianggap satu, seperti di Balkan yang dinamakan Bosnia kepada penganut Islam, begitu juga Arab dan suku Barbar di Algeria.

Masyarakat Melayu di Malaysia yang berpegang dengan Islam tidak bersikap fanatik perkauman kerana Islam mewajibkan manusia berhubungan dalam masyakat madani sebagai satu keluarga besar daripada zuriat Adam dan Hawwa’. Allah SWT berfirman:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٖ وَٰحِدَةٖ وَخَلَقَ مِنۡهَا زَوۡجَهَا وَبَثَّ مِنۡهُمَا رِجَالٗا كَثِيرٗا وَنِسَآءٗۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِي تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبٗا ١

“Wahai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu daripada seorang diri (Adam), dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (Hawwa’); dan daripada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya, Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” [Surah al-Nisa’: 1]

Selain itu, berdasarkan ayat dalam Surah al-Hujurat yang dinyatakan sebelum ini yang menyentuh berkenaan masyarakat madani, Ibn Khaldun yang dianggap sebagai bapa ilmu kemasyarakatan, turut menjelaskan perkara tersebut dalam kitabnya al-Muqaddimah:

الْإِنْسَانُ مَدَنِيٌّ بِالطَّبْعِ.

“Manusia itu bersifat madani secara tabii.” [Ibn Khaldun, Tarikh Ibn Khaldun (al-Muqaddimah), hlm. 54]

Makhluk manusia itu bersifat madani secara tabii, bukan sahaja di Malaysia. Maka, mengkhususkan sifat madani hanya kepada Malaysia adalah tanda kejahilan dalam ilmu kemasyarakatan.

Manusia diuji dengan Islam yang diturunkan oleh Allah, sama ada menjadikan Islam sebagai petunjuk kepada sifat madaninya atau meninggalkannya sehingga merosakkan sifat madaninya. Allah juga membezakan antara masyarakat madani yang berlandaskan Islam dengan masyarakat madani yang meruntuhkan negara bertamadun jahiliah:

أَلَمۡ تَرَ كَيۡفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ ٦ إِرَمَ ذَاتِ ٱلۡعِمَادِ ٧ ٱلَّتِي لَمۡ يُخۡلَقۡ مِثۡلُهَا فِي ٱلۡبِلَٰدِ ٨ وَثَمُودَ ٱلَّذِينَ جَابُواْ ٱلصَّخۡرَ بِٱلۡوَادِ ٩ وَفِرۡعَوۡنَ ذِي ٱلۡأَوۡتَادِ ١٠ ٱلَّذِينَ طَغَوۡاْ فِي ٱلۡبِلَٰدِ ١١ فَأَكۡثَرُواْ فِيهَا ٱلۡفَسَادَ ١٢ فَصَبَّ عَلَيۡهِمۡ رَبُّكَ سَوۡطَ عَذَابٍ ١٣ إِنَّ رَبَّكَ لَبِٱلۡمِرۡصَادِ ١٤

“Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum ‘Ad? (6) (Iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi. (7) Yang belum pernah dibangunkan (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain. [8] Dan kaum Tsamud yang memotong batu-batu besar di lembah. (9) Dan kaum Firaun yang mempunyai pasak-pasak (tentera yang banyak). (10) Yang berbuat sewenang-wenang dalam negeri. (11) Lalu mereka berbuat banyak kerosakan dalam negeri itu. (12) Oleh sebab itu, Tuhanmu menimpakan kepada mereka cemeti azab. (13) Sesungguhnya, Tuhanmu benar-benar mengawasi. (14)” [Surah al-Fajr: 6-14]

Islam telah berjaya mengubah bangsa Melayu menjadi bangsa yang bertamadun Islam. Banyak bahan yang tertulis telah dicuri oleh bangsa penjajah yang pernah menakluk Alam Melayu dan sebahagiannya masih tersimpan dalam arkib di beberapa negara Eropah.

Selain itu, ada yang telah tertanam dalam diri bangsa Melayu dari sudut kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat, antaranya memelihara hubungan kemanusiaan dalam masyarakat majmuk, seperti memberi layanan yang baik kepada bukan Islam yang dizalimi di negara mereka. Hal ini demikian kerana, terdapat suruhan Allah agar mesej Islam disampaikan kepada seluruh manusia dan berlaku adil menjadi sempadan dalam hubungan sesama manusia. Firman Allah SWT:

وَإِنۡ أَحَدٞ مِّنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ ٱسۡتَجَارَكَ فَأَجِرۡهُ حَتَّىٰ يَسۡمَعَ كَلَٰمَ ٱللَّهِ ثُمَّ أَبۡلِغۡهُ مَأۡمَنَهُۥۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَوۡمٞ لَّا يَعۡلَمُونَ ٦

“Dan jika ada seorang antara orang Musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah supaya dia sempat mendengar firman Allah, kemudian hantarkanlah dia ke tempat yang aman baginya. Demikian itu, disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui.” [Surah al-Tawbah: 6]

Firman Allah SWT:

لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ ٨ إِنَّمَا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ قَٰتَلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَأَخۡرَجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ وَظَٰهَرُواْ عَلَىٰٓ إِخۡرَاجِكُمۡ أَن تَوَلَّوۡهُمۡۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمۡ فَأُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ ٩

“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (p**a) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. [8] Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu serta membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan sesiapa yang menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (9)” [Surah al-Mumtahanah: 8–9]

Maka, apabila terdapat bukan Islam yang bersifat ekstrem sehingga mencabar Islam dan berusaha mengambil kuasa politik, ekonomi dan lain-lain, orang Melayu tidak boleh berdiam diri. Wajib mempertahankan kedudukan Melayu Islam dan memastikan para pemimpin tidak diperbodohkan seperti yang dilakukan oleh penjajah dahulu.

Ada orang Melayu yang berkhidmat kepada penjajah bagi melemahkan bangsa Melayu melalui usaha memurtadkan dan merosakkan tamadun ilmu melalui pelajaran, pendidikan dan pentadbiran. Antaranya, menghapuskan penggunaan huruf Jawi yang mencukupi dalam bahasa Melayu dan Islam, lalu menggantikannya dengan huruf Rumi yang tidak mencukupi hurufnya sehingga bahasanya menjadi cacat, menggalakkan cerita dongeng dan bohong pada zaman jahiliah, serta mengupah orang Melayu yang berpelajaran tetapi bodoh.

Namun, bangsa Cina dan India dapat mempertahankan bahasa dan tulisan mereka kerana mengambil manfaat daripada sifat keterbukaan Islam yang ada pada Melayu. Sebaliknya, bangsa Melayu sendiri yang membuka pintu kepada penjajah sehingga menjadi lemah dalam ilmu dan pelajaran, politik, ekonomi dan lain-lain.

Maka, sangat zalim terhadap Melayu apabila usaha mempertahankan Melayu Islam dianggap sebagai perkauman, sedangkan bangsa Cina dan India yang mempertahankan bangsa mereka p**a tidak dianggap sebagai perkauman.

Semua kaum dalam masyarakat majmuk di sini menerima hakikat bahawa Islam merupakan agama bagi Persekutuan, bahasa Melayu ialah Bahasa Kebangsaan dan institusi Raja Berperlembagaan perlu dipelihara. Tiba-tiba, ada pihak bukan Melayu yang bersifat ekstrem, termasuk segelintir Melayu yang bodoh sehingga melampaui sifat tabii, mula mencabar Perlembagaan Persekutuan, Islam dan bahasa Melayu secara terbuka, bahkan kini turut mencabar institusi Raja-raja.

Terkini, timbul isu di Negeri Sembilan yang terkenal dengan pepatah adatnya, iaitu “Adat bersendikan syarak, syarak bersendikan Kitab Allah”.

Antara prinsip yang terkandung dalam Kitab Allah ialah bermesyuarat dalam kalangan ahlinya, sebagaimana yang disebut dalam Perlembagaan dan diiktiraf dalam konsep Raja Berperlembagaan, termasuk prinsip majoriti demokrasi. Perkara yang dahulu penjajah tidak berani campur tangan, tiba-tiba dilanggar oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH), sehingga menyentuh kedudukan raja, syarak dan Kitab Allah apabila kuasa kerajaan dan kump**an partinya didominasi oleh DAP.

Keadaan ini turut mengheret pegawai-pegawai kepada Kerajaan Pusat yang beribadat kepada Allah dan bersolat menghadap Baitullah (Kaabah di Makkah), tetapi dasar ekonomi dan politik kerajaan p**a menghala ke arah White House di Washington, berimamkan mazhab Donald Trump.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 26 Rabi‘ al-Akhir 1448 / 8 Oktober 2026

[Bil: 66 / 2026]

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Mendapat khabar dukacita atas pemergian Almarhum Ustaz Hj. Mohamad @ Fauze b...
08/10/2026

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Mendapat khabar dukacita atas pemergian Almarhum Ustaz Hj. Mohamad @ Fauze bin Husain, Pengerusi Maahad Tahfiz Solehah, Kuala Kangkung, Alor Setar yang telah kembali ke rahmatullah. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat dunia pendidikan Al-Quran dan masyarakat setempat.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesalahan beliau, mencucuri rahmat ke atas rohnya serta menempatkan Almarhum bersama para solihin.

Alhamdulillah, Dewan Terbuka Markaz Tarbiah PAS Balik Pulau (MATAR) kini hampir siap dan sempurna, hasil sumbangan,infaq...
07/10/2026

Alhamdulillah, Dewan Terbuka Markaz Tarbiah PAS Balik Pulau (MATAR) kini hampir siap dan sempurna, hasil sumbangan,infaq serta wakaf daripada orang ramai.

Fasa seterusnya melibatkan proses pendawaian elektrik serta pemasangan lampu dan kipas bagi memastikan dewan ini lebih selesa dan dapat dimanfaatkan oleh orang ramai.

🎯 𝐒𝐚𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐭𝐢𝐩𝐚𝐧 : 𝐑𝐌𝟑𝟓,𝟎𝟎𝟎
✅ 𝐉𝐮𝐦𝐥𝐚𝐡 𝐓𝐞𝐫𝐤𝐮𝐦𝐩𝐮𝐥: 𝐑𝐌𝟏𝟎,𝟔𝟎𝟎
❤️ 𝐁𝐚𝐤𝐢 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧: 𝐑𝐌𝟐𝟒,𝟒𝟎𝟎

𝐉𝐨𝐦 𝐈𝐧𝐟𝐚𝐪 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐑𝐌 𝟓𝟎
𝐑𝐌𝟓𝟎 × 𝟒𝟖𝟖 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐦𝐚 = 𝐑𝐌𝟐𝟒,𝟒𝟎𝟎

Ayuh kita sama-sama ambil bahagian dalam wakaf ini. RM50 mungkin kecil bagi kita, tetapi besar nilainya apabila dikumpulkan bersama.

🤲 JOM SAMA-SAMA KITA SIAPKAN DEWAN TERBUKA MARKAZ TARBIAH PAS BALIK PULAU (MATAR) UNTUK MANFAAT UMMAH!

📌 AKAUN BANK ISLAM
07034010013572
Dewan Pemuda PAS Kawasan Balik Pulau
Rujukan: MATAR

📞 Maklumat Lanjut:
Hamdan — 012-413 3377
Omar — 013-444 1341

“Sedekah yang ikhlas menjadi bekalan yang terus mengalir pahalanya.”


PAS Balik Pulau akan menggerakkan jentera Pilihanraya ke PRN Melaka.
07/10/2026

PAS Balik Pulau akan menggerakkan jentera Pilihanraya ke PRN Melaka.

Hari ini 7 Oktober. Tiga tahun lalu, 7 Oktober 2023, kebangkitan pejuang pembebasan, H4m45; mencetuskan pertempuran yang...
07/10/2026

Hari ini 7 Oktober. Tiga tahun lalu, 7 Oktober 2023, kebangkitan pejuang pembebasan, H4m45; mencetuskan pertempuran yang kemudian mengubah semula perhatian dunia kepada penindasan Yahudi di P4l3stin. Isu P4l3stin semakin mendapat tempat dalam perdebatan awam di pelbagai negara. Perubahan itu dapat dilihat melalui tinjauan pendapat, demonstrasi, gerakan mahasiswa, keputusan kerajaan dan juga tindakan dalam dunia kebudayaan.

Pertempuran di G424 selepas itu mencetuskan tindak balas di seluruh dunia. Kerajaan mengambil pendirian masing-masing, manakala masyarakat awam turun ke jalan raya, mahasiswa mengadakan protes di kampus dan organisasi masyarakat sivil meningkatkan kempen berkaitan P4l3stin.

Perkembangan itu semakin jelas pada 2024 hingga 2026.

Tinjauan Pew Research Center yang diterbitkan pada 2026 memberikan salah satu gambaran paling luas mengenai perubahan tersebut. Kajian terhadap 36 negara mendapati median 67 peratus responden mempunyai pandangan negatif terhadap Yahudi, berbanding 25 peratus yang mempunyai pandangan positif.

Di Eropah, pandangan negatif terhadap Yahudi sangat ketara. Sweden dan Sepanyol mencatatkan 78 peratus, diikuti Belanda dengan 76 peratus dan Itali 75 peratus. Di Jerman, angkanya mencapai 73 peratus, manakala United Kingdom 69 peratus.

Beberapa negara turut menunjukkan perubahan berbanding tahun sebelumnya. Pandangan negatif terhadap Yahudi meningkat daripada 66 kepada 75 peratus di Itali, 64 kepada 73 peratus di Jerman dan 61 kepada 69 peratus di United Kingdom.

Perubahan itu tidak hanya berlaku di Eropah.

Di Canada, 65 peratus responden mempunyai pandangan tidak baik terhadap Yahudi, sementara angka di Amerika Syarikat ialah 60 peratus. Di Amerika Latin, Chile mencatatkan 60 peratus, Mexico 59 peratus, Colombia 56 peratus, Argentina 55 peratus dan Brazil 52 peratus.

Di Afrika, 58 peratus responden di Afrika Selatan mempunyai pandangan tidak baik terhadap Yahudi. 47 peratus di Kenya, 41 peratus di Nigeria dan 36 peratus di Ghana.

Di Asia, Indonesia mencatatkan antara angka tertinggi dengan 86 peratus, manakala beberapa negara lain di rantau itu turut menunjukkan pandangan yang agak negatif terhadap Israel.

Di Eropah, perubahan itu turut dapat dilihat di universiti.

Pada 2024, protes mahasiswa berkaitan G424 merebak ke Belanda, Jerman, Perancis, Switzerland dan Austria. Di Amsterdam, polis menahan 169 orang ketika membubarkan satu perkhemahan pro-P4l3stin di kawasan universiti.

Di beberapa kampus, mahasiswa menuntut universiti mengkaji semula hubungan dengan institusi Yahudi. Tuntutan mereka meliputi kerjasama akademik, pelaburan dan hubungan institusi.

Gerakan kampus itu kemudian menjadi sebahagian daripada perdebatan lebih besar mengenai peranan universiti dalam isu antarabangsa. Bagi sebahagian mahasiswa, hubungan akademik dan kewangan sesebuah universiti tidak boleh dipisahkan daripada pendirian moral terhadap perang di G424.

Di luar kampus, demonstrasi terus berlangsung.

Pada Oktober 2025, Itali menyaksikan salah satu mobilisasi terbesar. Menurut kesatuan CGIL, lebih dua juta orang menyertai mogok umum dan perhimpunan di lebih 100 bandar sebagai tanda sokongan kepada G424.

Demonstrasi besar turut berlaku di Barcelona dan Madrid. Di beberapa bandar Eropah lain, orang ramai berarak menuntut kerajaan mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap Israel.

Tekanan masyarakat awam itu berlaku pada ketika beberapa kerajaan Eropah sendiri mula mengubah pendirian diplomatik mereka.

Ireland, Sepanyol dan Norway mengiktiraf negara P4l3stin pada Mei 2024. Pada September 2025, United Kingdom, Canada dan Australia turut mengambil langkah yang sama.

Pengiktirafan tersebut tidak mengubah keadaan di G424 secara serta-merta. Namun, ia menunjukkan bahawa persoalan mengenai negara P4l3stin semakin mendapat tempat dalam dasar luar beberapa negara yang sebelum ini mengambil pendekatan lebih berhati-hati.

Perbahasan tersebut akhirnya masuk ke ruang budaya pop**ar.

Eurovision 2026 menjadi salah satu contoh paling jelas. Sepanyol, Ireland, Belanda dan Slovenia menarik diri daripada pertandingan selepas keputusan untuk membenarkan Yahudi mengambil bahagian. Lebih 1,100 artis dan pekerja budaya turut menandatangani seruan supaya pertandingan itu diboikot.

Tindakan itu mungkin kelihatan kecil jika dibandingkan dengan keputusan kerajaan atau resolusi antarabangsa. Tetapi Eurovision mempunyai penonton yang besar dan merupakan antara acara budaya paling dikenali di Eropah. Keputusan penyiar dan artis untuk mengambil pendirian menunjukkan bagaimana isu G424 telah memasuki ruang yang sebelum ini jauh daripada perbahasan dasar luar.

Perubahan yang sama dapat dilihat di luar Eropah.

Tinjauan Pew menunjukkan pandangan negatif terhadap Israel turut tinggi di beberapa negara Amerika Utara, Amerika Latin, Afrika dan Asia. Tahapnya berbeza mengikut negara, begitu juga sebab dan konteks di sebalik pendirian masyarakat.

Apa yang berlaku selepas 7 Oktober juga menunjukkan bahawa solidariti terhadap P4l3stin tidak lagi bergantung kepada satu jenis gerakan.

Ada yang memilih demonstrasi. Ada yang menggunakan ruang universiti. Ada yang menekan kerajaan melalui kesatuan pekerja dan organisasi masyarakat sivil. Sebahagian lagi menggunakan ruang budaya dan media sosial.

Dalam tempoh tiga tahun, isu P4l3stin telah bergerak jauh melampaui sempadan Timur Tengah.

Satu perkara semakin jelas: selepas 7 Oktober 2023, P4l3stin mendapat ruang yang lebih besar dalam perbincangan masyarakat awam di banyak bahagian dunia. Semoga kita menjadi salah seorang daripada masyarakat yang cintakan kedamaian dan menolak penindasan terhadap P4l3stin.

Lajnah Antarabangsa DPPM.

Minda Presiden PASPERBEZAAN ANTARA IFTIRAQ (PERPECAHAN) DENGAN IKHTILAF (PERBEZAAN PENDAPAT) MAZHABIftiraq (perpecahan) ...
06/10/2026

Minda Presiden PAS

PERBEZAAN ANTARA IFTIRAQ (PERPECAHAN) DENGAN IKHTILAF (PERBEZAAN PENDAPAT) MAZHAB

Iftiraq (perpecahan) ialah apabila nyata diketahui dua pandangan yang berbeza antara benar dengan salah, tiba-tiba ada yang mempertahankan yang salah kerana kedegilan sehingga dalam perkara rukun dan dasar al-din (Islam dan iman), begitu juga dalam perkara ketentuan nas yang nyata daripada al-Quran dan hadis atau ijmak (sepakat para ulama’ muktabar mujtahid). Perpecahan ialah sifat keji yang diharamkan kerana merosakkan perpaduan umat yang diwajibkan, bahkan ia menjadi perangai Ahli Kitab yang dilaknat dan dimurkai Allah SWT sebagaimana firman-Nya:

وَمَا تَفَرَّقَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ إِلَّا مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَتۡهُمُ ٱلۡبَيِّنَةُ ٤

“Dan tidaklah berpecah belah orang-orang yang didatangkan al-Kitab (kepada mereka) melainkan sesudah datang kepada mereka bukti yang nyata.” [Surah al-Bayyinah: 4]

Umat Islam wajib mengambil iktibar, walaupun daripada kesesatan kaum yang lain supaya tidak menjadi seperti mereka.

Adapun ikhtilaf p**a ialah perbezaan pendapat dalam perkara cabang yang bukan rukun agama, disebabkan berbeza pendapat dalam dasar yang umum, perkataan yang mempunyai perbezaan pentafsiran, atau berbeza keadaan dan tempat. Semua pihak saling menghormati antara satu dengan yang lain, terus bersaudara tanpa putus hubungan persaudaraan, dan terus belajar serta mengajar antara satu sama lain walaupun berbeza pendapat. Ikhtilaf disebut oleh firman Allah SWT:

وَلَوۡ شَآءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ ٱلنَّاسَ أُمَّةٗ وَٰحِدَةٗۖ وَلَا يَزَالُونَ مُخۡتَلِفِينَ ١١٨

“Jika Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka senantiasa berselisih pendapat.” [Surah Hud: 118]

Sabda Rasulullah SAW:

‌إِذَا ‌حَكَمَ ‌الْحَاكِمُ فَاجْتَهَدَ ثُمَّ أَصَابَ فَلَهُ أَجْرَانِ، وَإِذَا حَكَمَ فَاجْتَهَدَ ثُمَّ أَخْطَأَ فَلَهُ أَجْرٌ.

“Apabila seseorang hakim (yang berilmu dan bertafaqquh) berijtihad dalam perkara berbeza (kefahaman dan pentafsiran), lalu pendapatnya betul, maka baginya dua pahala, dan jika ijtihadnya salah, maka baginya satu pahala.” [Hadis riwayat al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-I‘tisam bi al-Kitab wa al-Sunnah, no. 7352 dan Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Aqdiyah, no. 1716, daripada ‘Amr bin al-‘As]

Banyak pelajaran dan perkembangan ilmu dalam perkara ikhtilaf. Para ulama’ mencatat semua pendapat yang berbeza itu. Kadang-kadang sesuatu pendapat itu dipakai apabila berlaku perubahan situasi dan realiti atau dijumpai pentafsirannya, kadang-kadang kedua-dua pendapat dipakai kerana keadaan yang berbeza. Ada juga yang dijumpai mana pendapat yang sebenarnya betul, maka dibatalkan pendapat yang salah.

Perkara khilaf juga boleh menyebabkan perpecahan yang diharamkan apabila ada yang fanatik (taasub) kepada pendapatnya seperti menjadikan pendapat satu-satu mazhab sebagai agama, kemudian menghukum yang bukan mazhabnya adalah salah, sesat, atau keluar daripada Islam, ataupun terus berpegang pada pendapat yang salah setelah diketahui kenyataannya.

Hal ini sebagaimana ayat yang dinasakhkan (dibatalkan hukumnya) oleh wahyu lain yang turun selepasnya seperti firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَقۡرَبُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنتُمۡ سُكَٰرَىٰ حَتَّىٰ تَعۡلَمُواْ مَا تَقُولُونَ … ٤٣

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan…!” [Surah al-Nisa’: 43]

Pada awal Islam, minum arak adalah dibolehkan sebelum sembahyang atau selepasnya, namun ayat ini dinasakhkan hukumnya apabila diwahyukan selepasnya firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَيۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَٰمُ رِجۡسٞ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّيۡطَٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ ٩٠

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, dan mengundi nasib dengan panah termasuk perbuatan syaitan! Maka, jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.” [Surah al-Ma’idah: 90]

Perkara ini termasuk dalam ulum al-Quran untuk bertafaqquh dalam urusan agama. Begitu juga dalam ilmu hadis.

Perkara khilaf juga boleh menyebabkan perpecahan yang diharamkan apabila ada kalangan yang fanatik (taasub) kepada pendapatnya. Firman Allah SWT:

وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ تَفَرَّقُواْ وَٱخۡتَلَفُواْ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلۡبَيِّنَٰتُۚ وَأُوْلَـٰٓئِكَ لَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٞ ١٠٥

“Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat seksa yang berat.” [Surah Ali ‘Imran: 105]

Pada masa Rasulullah SAW masih hidup bersama para sahabatnya, masalah perbezaan pendapat umat Islam terpelihara daripada perpecahan dan masalah khilaf dapat diselesaikan kerana dibetulkan oleh al-Quran yang diwahyukan dan Hikmah Rasulullah SAW yang dikawal oleh wahyu. Perkara ini termasuk dalam ilmu sebab nuzul al-Quran (asbab al-nuzul) dan sebab berlakunya hadis (asbab al-wurud). Firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ فَإِن تَنَٰزَعۡتُمۡ فِي شَيۡءٖ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ ذَٰلِكَ خَيۡرٞ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلًا ٥٩

“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul(-Nya) serta ulu al-amr antara kamu! Kemudian, jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” [Surah al-Nisa’: 59]

Al-Quran dan Hikmah Rasulullah SAW (Sunnah) ialah keputusan mutlak, sementara ulu al-amr ialah para ulama’ dan pemimpin yang umat berada di bawah kawalannya.

Selepas kewafatan Rasulullah SAW, berlaku kekhilafan dalam pelantikan khalifah (ketua negara). Para sahabat sangat mematuhi al-Quran dan Sunnah dalam masalah yang berbeza pendapat, namun mereka bersatu kepada al-Quran dan Sunnah. Mereka berkhilaf dalam perkara yang diizinkan berijtihad, namun mereka saling menghormati antara satu sama lain.

Pada zaman Khalifah ‘Uthman RA, ramai saudara Islam yang baru memeluk Islam sehingga umat Islam berpecah dalam jenayah pembunuhan Khalifah ‘Uthman RA kepada mazhab Sunni, Ahli al-Bait (Syiah), dan Khawarij.

Ahli al-Bait dan jumhur (majoriti Sunni) menerima ‘Ali KW sebagai khalifah yang sah dan dibilang sebagai Khulafa’ al-Rashidin, manakala mereka yang menentangnya ialah bughah berpandukan firman Allah SWT:

وَإِن طَآئِفَتَانِ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٱقۡتَتَلُواْ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَهُمَاۖ فَإِنۢ بَغَتۡ إِحۡدَىٰهُمَا عَلَى ٱلۡأُخۡرَىٰ فَقَٰتِلُواْ ٱلَّتِي تَبۡغِي حَتَّىٰ تَفِيٓءَ إِلَىٰٓ أَمۡرِ ٱللَّهِۚ فَإِن فَآءَتۡ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَهُمَا بِٱلۡعَدۡلِ وَأَقۡسِطُوٓاْۖ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ ٩ إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٞ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ ١٠

“Dan kalau ada dua golongan daripada mereka yang beriman itu berperang, maka hendaklah kamu damaikan antara kedua-duanya! Akan tetapi, kalau yang satu melanggar perjanjian terhadap yang lain, maka hendaklah yang melanggar perjanjian itu kamu perangi sampai surut kembali kepada perintah Allah. Kalau dia telah surut, maka damaikanlah antara kedua-duanya menurut keadilan dan hendaklah kamu berlaku adil; sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil. (9) Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara, oleh sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua-dua saudaramu itu, dan takutlah terhadap Allah supaya kamu mendapat rahmat. (10)” [Surah al-Hujurat: 9–10]

Umat Islam bersama Khalifah ‘Ali KW, termasuk mereka yang melampau dan menderhaka yang dianggap bughah dengan alasan membela Khalifah ‘Uthman yang dibunuh turut mengakui ‘Ali KW ialah khalifah yang sah, melainkan golongan Khawarij bilamana ramai yang terlibat dengan pembunuhan Khalifah ‘Uthman RA. Mereka menolak ‘Ali KW, bahkan sebahagian mereka menolak Khulafa’ al-Rashidin sehingga ada yang mengkafirkan para sahabat RA kerana terlalu jahil dalam hukum Islam atau tidak bertafaqquh, walaupun kuat beribadat dan membaca al-Quran.

Amir al-Mu’minin ‘Ali KW menghantar ‘Abdullah bin ‘Abbas RA untuk memujuk dan berdebat dengan kump**an Khawarij, malah ‘Ali KW sendiri menemui mereka. Maka, sebahagian daripada mereka kembali ke pangkal jalan, namun sebahagian lagi terus berdegil.

سُئِلَ عَلِيٌّ عَنْ أَهْلِ النَّهْرَوَانِ: أَمُشْرِكُونَ هُمْ؟

Imam ‘Ali KW ditanya berkenaan penduduk Nahrawan (pengikut Khawarij), “Adakah mereka Musyrik (menjadi kafir)?”

فَقَالَ: مِنَ الشِّرْكِ فَرُّوا.

‘Ali menjawab, “Tidak, mereka melarikan diri daripada kesyirikan (mereka masih bersyahadah).”

قِيلَ: أَفَمُنَافِقُونَ؟

Beliau ditanya lagi, “Adakah mereka munafiq?”

قَالَ: إِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَا يَذْكُرُونَ اللَّهَ إِلَّا قَلِيلًا.

‘Ali menjawab, “Tidak, golongan munafiq tidak mengingati Allah kecuali sedikit (mereka kuat bersolat dan berzikir).”

فَقِيلَ: فَمَا هُمْ يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ؟

Beliau ditanya lagi, “Maka, siapakah mereka, wahai Amir al-Mu’minin?”

قَالَ: ‌إِخْوَانُنَا ‌بَغَوْا ‌عَلَيْنَا فَقَاتَلْنَاهُمْ بِبَغْيِهِمْ عَلَيْنَا.

‘Ali menjawab, “Mereka ialah saudara seagama kita yang melampau terhadap kita (melawan kita). Kalau mereka berundur, biarkan. Kalau mereka mengangkat senjata untuk menyerang, perangi mereka.” [Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, jld. 7, hlm. 289]

Demikianlah jawapan yang berhati-hati terhadap golongan yang dianggap jahil agama serta tidak bertafaqquh dalam perkara al-din (Islam) yang wajib diselamatkan daripada tenggelam dalam kejahilan. Perkara ini merupakan masalah dalaman umat Islam yang mesti diselesaikan secara ilmu bagi menyelamatkan mereka yang lemas dalam kejahilan.

Apa yang wajib dijadikan pengajaran juga ialah sikap para imam semua mazhab yang masih bersaudara seagama yang bertolong-menolong dalam perkara yang mampu berijtihad, di samping mewariskan kitab-kitab yang dikarang dan diriwayatkan ijtihad mereka dalam kitab-kitab tafsir, hadis, dan fiqh yang luas perbincangannya.

Para ulama’ perbandingan mazhab menetapkan lapan mazhab besar yang ramai pengikut serta dianggap bertafaqquh, mengikut kajian Majma‘ Buhuth al-Islamiyyah Universiti Al-Azhar dan Majma‘ Taqrib bayn al-Mazahib yang ditubuhkan oleh Jamaluddin al-Afghani, Muhammad ‘Abduh dan Mahmud Shaltut (kedua-duanya ialah mantan Syeikh Al-Azhar), serta Hasan al-Banna RH, kini diurus oleh Kerajaan Republik Islam Iran dan disahkan oleh muktamar para ulama’ di Makkah dan Amman bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Lapan mazhab itu ialah daripada Sunni: Mazhab Hanafi, Maliki, Shafi‘i, Hanbali, dan Zahiri; daripada Syiah p**a Mazhab Imamiyyah Ithna ‘Ashariyyah dan Zaidiyyah; serta mazhab Ibadi yang dituduh sebagai Khawarij sederhana, namun mereka menafikannya. Mereka dilabelkan Khawarij kerana tidak mentaati beberapa orang khalifah Umawiyyah dan ‘Abbasiyyah yang zalim.

Di samping itu, terdapat mazhab para ulama’ sahabat dan tabiin serta beberapa orang ulama’ mazhab yang bertaraf mujtahid dalam semua mazhab tersebut, bilamana pandangan mereka dicatat dalam kitab-kitab perbandingan mazhab. Walau tidak ramai pengikut, tetap dihormati kemampuan ilmu mereka.

Kesemua mereka ialah pewaris ilmu para anbiya’ yang menjaga amanah ilmu dengan peribadi yang tinggi dan berjuang menegakkan Islam pada zaman masing-masing. Mereka ialah kalangan yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَطْلُبُ فِيهِ عِلْمًا سَلَكَ اللَّهُ بِهِ طَرِيقًا مِنْ طُرُقِ الْجَنَّةِ، وَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا لِطَالِبِ الْعِلْمِ، وَإِنَّ الْعَالِمَ لَيَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ، وَالْحِيتَانُ فِي جَوْفِ الْمَاءِ، وَإِنَّ فَضْلَ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ، وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ، وَإِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا، وَرَّثُوا الْعِلْمَ، فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ.

“Sesiapa yang memudahkan jalan kepada menuntut ilmu, nescaya Allah memudahkannya jalan ke Syurga. Sesungguhnya para malaikat merendahkan sayapnya kepada penuntut ilmu kerana reda dengan kegiatan mereka. Seseorang yang berilmu itu dimohonkan ampunan untuknya oleh makhluk di langit dan bumi, termasuk ikan di air. Kelebihan seseorang yang berilmu melebihi ahli ibadat laksana bulan purnama dalam kalangan bintang cakerawala. Sesungguhnya para ulama’ itu pewaris pusaka para anbiya’. Mereka tidak meninggalkan pusaka wang emas dan perak (harta yang mahal nilai harganya), tetapi mereka meninggalkan pusaka ilmu. Sesiapa yang berhak menerimanya, nescaya dia paling bernasib baik (paling banyak harta pusakanya).” [Hadis riwayat Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, Kitab al-‘Ilm, no. 3641, al-Tirmizi, Sunan al-Tirmizi, Abwab al-‘Ilm, no. 2682 dan lain-lain, daripada Abu al-Darda’. Lafaz bagi Abu Dawud]

Para ulama’ ialah mereka yang menerima ilmu para anbiya’, meneruskan amalan, dan berjuang berdakwah serta menegakkan kedaulatan kuasa Islam yang memerintah urusan negara.

Para ulama’ mazhab muktabar yang disebut di atas melaksanakan perjuangan para anbiya’. Ada yang menjadi pemimpin negara dan ada yang menjadi mangsa kezaliman kerana perjuangan Islam yang bersifat al-din yang sempurna bersama amar ma‘ruf dan nahi mungkar.

Para ulama’ daripada semua mazhab di atas dicatat ilmu mereka dalam semua kitab agama, walaupun ijtihad mereka tidak dipakai.

Mereka bersaudara dalam berkhilaf. Imam Abu Hanifah daripada Sunni menjadi murid kepada Imam Ja‘far daripada Syiah sehingga beliau mati di dalam penjara kerana mempertahankannya. Selain itu, Imam al-Shafi‘i menjadi murid kepada Imam Malik, Imam Ahmad bin Hanbal menjadi murid kepada Imam Shafi‘i, dan begitulah seterusnya.

Di samping itu, Imam al-San‘ani RH daripada Syiah Zaidiyyah mengarang kitab Subul al-Salam, syarah kepada kitab hadis Bulugh al-Maram yang dikarang oleh Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani RH daripada Sunni Shafi‘i, dan begitulah lain-lain kitab. Ada yang aqidahnya bermazhab Salaf, tetapi fiqhnya berbeza, dan ada p**a yang bermazhab Khalaf dari segi aqidah, tetapi berbeza mazhab fiqhnya dan tariqat tasawufnya. Mereka semua bertafaqquh dalam ilmu al-din yang disebut oleh firman Allah SWT:

۞وَمَا كَانَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لِيَنفِرُواْ كَآفَّةٗۚ فَلَوۡلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرۡقَةٖ مِّنۡهُمۡ طَآئِفَةٞ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي ٱلدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوۡمَهُمۡ إِذَا رَجَعُوٓاْ إِلَيۡهِمۡ لَعَلَّهُمۡ يَحۡذَرُونَ ١٢٢

“Tidak sepatutnya bagi Mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi daripada tiap-tiap golongan antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberikan peringatan kepada kaum mereka apabila kaum itu telah kembali kepada mereka, supaya kaum itu dapat menjaga diri.” [Surah al-Tawbah: 122]

Menjadi masalah pada akhir zaman apabila ramainya ulama’ yang tidak bertafaqquh, bahkan tidak menguasai bahasa Arab (bahasa al-Quran) di Alam Melayu, hanya belajar agama dalam bahasa Melayu sahaja.

‘Abdullah bin Mas‘ud RA berkata:

إِذَا ‌كَثُرَتْ ‌قُرَّاؤُكُمْ، وَقَلَّتْ فُقَهَاؤُكُمْ.

“Pada akhir zaman, ramai huffaz dan qurra’ al-Quran, tetapi sedikit ulama’ yang bertafaqquh serta memahami al-Quran.” [Riwayat al-Darimi, Musnad al-Darimi, al-Muqaddimah, no. 191, al-Hakim, al-Mustadrak ‘ala al-Sahihain, Kitab al-Fitan wa al-Malahim, no. 8570, dan lain-lain]

Ulama’ yang tidak bertafaqquh mudah dilantik dan diberikan tauliah mengajar, berceramah, berforum, dan berkhutbah bagi memecahbelahkan umat Islam dengan masalah khilafiah supaya dibincangkan dalam kalangan yang tidak layak, hanya kuat beragama dari segi peribadinya sahaja.

Sabda Rasulullah SAW:

سَيَخْرُجُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ قَوْمٌ ‌أَحْدَاثُ ‌الْأَسْنَانِ، سُفَهَاءُ الْأَحْلَامِ، يَقُولُونَ مِنْ خَيْرِ قَوْلِ الْبَرِيَّةِ، يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لَا يُجَاوِزُ حَنَاجِرَهُمْ، يَمْرُقُونَ مِنَ الدِّينِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنَ الرَّمِيَّةِ، فَإِذَا لَقِيتُمُوهُمْ فَاقْتُلُوهُمْ، فَإِنَّ فِي قَتْلِهِمْ أَجْرًا لِمَنْ قَتَلَهُمْ عِنْدَ اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.

“Muncul pada akhir zaman golongan laksana kanak-kanak yang baru bergigi, berimpian bodoh, petah bercakap, boleh membaca al-Quran sekadar di kerongkong (tidak masuk dalam hati mereka), mudah keluar daripada agama lebih cepat daripada panah mengenai sasarannya. Kalau berjumpa mereka, maka lawanlah mereka habis-habisan, nescaya mendapat pahala besar di sisi Allah pada Hari Kiamat (kerana menyelamatkan manusia daripada kesesatan).” [Hadis riwayat al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab Istitabah al-Murtaddin wa al-Mu‘anidin wa Qitalihim, no. 6930 dan Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Zakah, no. 1066, daripada ‘Ali bin ‘Abi Talib]

Ada yang melampau ekstrem dan ada yang liberal hanyut.

Lebih menjadi bencana ialah para ulama’ yang mengkhianati pusaka para anbiya’ yang disebut dalam al-Quran. Firman Allah SWT:

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡتُمُونَ مَآ أَنزَلۡنَا مِنَ ٱلۡبَيِّنَٰتِ وَٱلۡهُدَىٰ مِنۢ بَعۡدِ مَا بَيَّنَّـٰهُ لِلنَّاسِ فِي ٱلۡكِتَٰبِ أُوْلَـٰٓئِكَ يَلۡعَنُهُمُ ٱللَّهُ وَيَلۡعَنُهُمُ ٱللَّـٰعِنُونَ ١٥٩

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (p**a) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati.” [Surah al-Baqarah: 159]

Mereka yang menyembunyikan ilmu mereka, firman Allah SWT:

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡتُمُونَ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلۡكِتَٰبِ وَيَشۡتَرُونَ بِهِۦ ثَمَنٗا قَلِيلًا أُوْلَـٰٓئِكَ مَا يَأۡكُلُونَ فِي بُطُونِهِمۡ إِلَّا ٱلنَّارَ وَلَا يُكَلِّمُهُمُ ٱللَّهُ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمۡ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ ١٧٤ أُوْلَـٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱشۡتَرَوُاْ ٱلضَّلَٰلَةَ بِٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡعَذَابَ بِٱلۡمَغۡفِرَةِۚ فَمَآ أَصۡبَرَهُمۡ عَلَى ٱلنَّارِ ١٧٥ ذَٰلِكَ بِأَنَّ ٱللَّهَ نَزَّلَ ٱلۡكِتَٰبَ بِٱلۡحَقِّۗ وَإِنَّ ٱلَّذِينَ ٱخۡتَلَفُواْ فِي ٱلۡكِتَٰبِ لَفِي شِقَاقِۢ بَعِيدٖ ١٧٦

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah, iaitu al-Kitab dan menjualnya dengan harga yang sedikit (murah), mereka itu sebenarnya tidak memakan (tidak menelan) ke dalam perut mereka melainkan api, dan Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada Hari Kiamat serta tidak menyucikan mereka dan bagi mereka seksa yang amat pedih. (174) Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk dan seksaan dengan ampunan. Maka, alangkah beraninya mereka menentang Api Neraka! (175) Yang demikian itu kerana Allah telah menurunkan al-Kitab dengan membawa kebenaran; dan sesungguhnya orang-orang yang berselisih tentang (kebenaran) al-Kitab itu benar-benar dalam penyimpangan yang jauh (daripada kebenaran). (176)” [Surah al-Baqarah: 174–176]

Mereka yang mencari kesenangan hidup menyalahgunakan agama, firman Allah SWT:

وَٱتۡلُ عَلَيۡهِمۡ نَبَأَ ٱلَّذِيٓ ءَاتَيۡنَٰهُ ءَايَٰتِنَا فَٱنسَلَخَ مِنۡهَا فَأَتۡبَعَهُ ٱلشَّيۡطَٰنُ فَكَانَ مِنَ ٱلۡغَاوِينَ ١٧٥ وَلَوۡ شِئۡنَا لَرَفَعۡنَٰهُ بِهَا وَلَٰكِنَّهُۥٓ أَخۡلَدَ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُۚ فَمَثَلُهُۥ كَمَثَلِ ٱلۡكَلۡبِ إِن تَحۡمِلۡ عَلَيۡهِ يَلۡهَثۡ أَوۡ تَتۡرُكۡهُ يَلۡهَثۚ ذَّالِكَ مَثَلُ ٱلۡقَوۡمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَٰتِنَاۚ فَٱقۡصُصِ ٱلۡقَصَصَ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ ١٧٦ سَآءَ مَثَلًا ٱلۡقَوۡمُ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَٰتِنَا وَأَنفُسَهُمۡ كَانُواْ يَظۡلِمُونَ ١٧٧ مَن يَهۡدِ ٱللَّهُ فَهُوَ ٱلۡمُهۡتَدِيۖ وَمَن يُضۡلِلۡ فَأُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡخَٰسِرُونَ ١٧٨

“Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berinya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi al-Kitab), kemudian dia melepaskan diri daripada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat. (175) Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikannya (darjatnya) dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menuruti hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing; jika kamu menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika kamu membiarkannya, ia menghulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka, ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir. (176) Amat buruklah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan kepada diri mereka sendirilah mereka berbuat zalim. (177) Sesiapa yang diberikan petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka merekalah orang-orang yang merugi. (178)” [Surah al-A‘raf: 175–178]

Paling berbahaya, mereka memainkan peranan sebagai khadam dalam menentang gerakan rakyat yang menentang penjajahan, bahkan mereka berperanan meneruskan peranan penjajah dengan meneruskan pengaruhnya bersama para pemimpin negara yang menjadi khadam penjajah selepas kemerdekaan. Politik, ekonomi, pendidikan, dan kebudayaan dirancang dengan berkiblat kepada kuasa penjajah, walaupun ibadat haji dan solat mereka ke arah Makkah.

Sehinggakan mempertahankan Selat Hormuz dan Bab al-Mandab kerana keamanan ekonomi antarabangsa, khususnya Israel dan negara pendukungnya lebih penting daripada menentang Yahudi yang menakluki Bait al-Maqdis sehingga mengecewakan saudara di Palestin, malah kump**an yang membantu Palestin diceroboh habis-habisan dengan segala senjata.

Para ulama’ pengampu kerajaan yang salah mewajibkan ketaatan kepada ulu al-amr yang sesat. Mereka meletakkan keutamaan ekonomi, harta, dan takhta sehingga meninggalkan jihad mempertahankan Islam yang tidak ada khilaf semua mazhab kerana ketetapan nas al-Quran:

قُلۡ إِن كَانَ ءَابَآؤُكُمۡ وَأَبۡنَآؤُكُمۡ وَإِخۡوَٰنُكُمۡ وَأَزۡوَٰجُكُمۡ وَعَشِيرَتُكُمۡ وَأَمۡوَٰلٌ ٱقۡتَرَفۡتُمُوهَا وَتِجَٰرَةٞ تَخۡشَوۡنَ كَسَادَهَا وَمَسَٰكِنُ تَرۡضَوۡنَهَآ أَحَبَّ إِلَيۡكُم مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَجِهَادٖ فِي سَبِيلِهِۦ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّىٰ يَأۡتِيَ ٱللَّهُ بِأَمۡرِهِۦۗ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡفَٰسِقِينَ ٢٤

“Katakanlah, ‘Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatir akan kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta daripada berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.’ Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang fasiq.” [Surah al-Tawbah: 24]

Mereka menyalahtafsirkan maksud ulu al-amr kepada semua kerajaan, termasuk penjajah dan alat penjajah dengan berwala’ kepada musuh-musuh Islam.

Wajib dibezakan antara perpaduan yang diwajibkan dan yang diharamkan dengan perbezaan pendapat yang diharuskan dalam ajaran Islam.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 24 Rabi‘ al-Akhir 1448 / 6 Oktober 2026

[Bil: 65 / 2026]

Address

Penang Island

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Balik Pulau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share