Pusat Teknologi Pengajaran & Multimedia

Call Directions Website Contact the organization

Pusat Teknologi Pengajaran & Multimedia Pusat Teknologi Pengajaran & Multimedia (PTPM) - Centre for Instructional Technology & Multimedia (CITM)

The Centre for Instructional Technology and Multimedia (CITM) has four main functions namely :

● To promote the use of instructional technology in teaching and learning in the University and country.

● To provide the theoretical and practical experience for students at both undergraduate and graduate level on the research, design, development and use of educational media.
● To provide the community with the expertise in the design and development of communications and multimedia programs.

● To provide services to the university in terms of advising and giving appropriate information on the design & development of audio-visual and multimedia system and providing the technical specifications for the procurement of these equipment.

Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia (PTPM) Universiti Sains Malaysia (USM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah ata...
03/11/2026

Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia (PTPM) Universiti Sains Malaysia (USM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas satu lagi rentetan kejayaan yang membanggakan! 🎉
Tahniah diucapkan kepada pensyarah, Ts. Dr. Norsafinar Rahim dan pelajar MLDT, Aliyatul Nisha Muhazli, atas pencapaian cemerlang mereka dalam dua pertandingan inovasi berprestij:
🥈 Pingat Perak di IIDEL Competition 2026
Dalam pertandingan Invention, Innovation & Design on E-Learning di Universiti Malaya (8 - 9 Oktober 2026), gandingan ini cemerlang merangkul dua pingat perak menerusi inovasi:
"ARICARE: TRANSFORMING BODY AWARENESS EDUCATION FOR CHILDREN WITH AUTISM THROUGH INQUIRY-DRIVEN AUGMENTED REALITY".
"SCRIBO: AN INCLUSIVE DIGITAL HANDWRITING LEARNING ECOSYSTEM FOR CHILDREN WITH DYSGRAPHIA".
🥉 Pingat Gangsa di PIP2026
Terdahulu, dalam Pertandingan Inovasi Pembelajaran Peringkat Kebangsaan di Universiti Utara Malaysia (29 - 30 September 2026), mereka turut membawa pulang pingat gangsa untuk produk bertajuk "ARiCare : Play. Discover. Protect".
Usaha murni dalam menghasilkan teknologi pendidikan digital yang inklusif khasnya untuk kanak-kanak autisme dan disgrafia ini amatlah memberi inspirasi..
Teruskan kecemerlangan dan usaha murni ini! 🚀✨

A massive congratulations to Assoc. Prof. Ts. Dr. Nur Azlina Mohamed Mukmin for an incredible global achievement! 🌟  She...
03/11/2026

A massive congratulations to Assoc. Prof. Ts. Dr. Nur Azlina Mohamed Mukmin for an incredible global achievement! 🌟
She has been officially listed among the World's Top 2% Scientists 2026 by the prestigious Elsevier and Stanford University list. 🎓🌍
Dr. Nur Azlina was recognized in the Single Year Citation Impact category under the Education sub-field, showcasing the true international reach and quality of her research. 📊✨
Heartiest congratulations from our Director, Professor Dr. Irfan Naufal Umar, and the entire PTPM family. We are so proud of this milestone. Keep inspiring us to reach greater heights! 🚀

A huge congratulations from the Centre for Instructional Technology and Multimedia (PTPM), Universiti Sains Malaysia (US...
03/11/2026

A huge congratulations from the Centre for Instructional Technology and Multimedia (PTPM), Universiti Sains Malaysia (USM), to our brilliant researchers and academics on their outstanding achievements!
Here are the stellar milestones our team recently unlocked:
🏆 ACADEMIA FIESTA@USM 2026 Winners:
🥇 Gold Medal: Ts. Dr. Nurul Maziah Mohd Barkhaya & Arvin Cheong Kee Sin for their innovative project, "The effectiveness of mobile augmented reality board (MAR-BOARD) in learning literature among high school students".
🥈 Silver Medal: Assoc. Prof. Dr. Nur Azlina Mohamed Mukmin & Dr. Muhammad Aminuddin Akmal Mohd Hamizi for their product, "VIHAB MEDIMMERSIVE".
🥉 Bronze Medal: Ts. Dr. Masyitah Abu & Afif Imran Azman for their work on "A robot teacher (RT) as a tangible intelligent tutoring system".
💡 Bridging Research Grant 2025 Recipient:
Dr. Siti Nazleen Abdul Rabu successfully secured a research grant worth RM 19,400 for her project titled "Online Collaborative Learning in a Digital Age: Investigating Shared Metacognition and the CoI Framework". She is supported by an excellent team of co-researchers: Dr. Nurullizam Jamiat, Prof. Dr. Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah, and Dr. Siti Khadijah Mohamad.
These accomplishments truly inspire us to keep pushing the boundaries of educational technology and collaborative research. Warmest congratulations from Professor Dr. Irfan Naufal Umar (Director) and the entire PTPM family!
Keep leading and innovating for the future of education! 🚀✨

🎉 Congratulations, Ng Man Yi!All academic and support staff at the Centre for Instructional Technology and Multimedia (P...
21/10/2026

🎉 Congratulations, Ng Man Yi!

All academic and support staff at the Centre for Instructional Technology and Multimedia (PTPM/CITM), Universiti Sains Malaysia, extend our warmest congratulations to Ng Man Yi on receiving the Best Master’s Degree Student Award (Coursework Mode) at Majlis Persada Kencana.

This well-deserved recognition celebrates your hard work, dedication, and commitment to academic excellence. You have made the PTPM/CITM community proud!

We wish you continued success as you embark on your next chapter. Keep learning, inspiring, and reaching for new heights! 🌟

With warmest wishes from all of us at PTPM/CITM.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada barisan Penolong Jurutera PTPM atas kenaikan pangkat ke gred JA 6! Selamat menj...
21/10/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada barisan Penolong Jurutera PTPM atas kenaikan pangkat ke gred JA 6!
Selamat menjalankan tugas dengan pangkat baru. Semoga terus jadi inspirasi dan terus 'support' satu sama lain macam selalu.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ts. Dr. Mageswaran A/L Sanmugam atas kejayaan beliau dinaikkan pangkat ke jawat...
19/10/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ts. Dr. Mageswaran A/L Sanmugam atas kejayaan beliau dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor Madya. Kejayaan manis ini pastinya membanggakan seluruh warga Pusat Teknologi Pengajaran Dan Multimedia (PTPM), Universiti Sains Malaysia.

We’re looking for a passionate University Lecturer (Contract - Expatriate) in Educational Technology to join our vibrant...
05/10/2026

We’re looking for a passionate University Lecturer (Contract - Expatriate) in Educational Technology to join our vibrant family at PTPM, Universiti Sains Malaysia. If you love teaching, driving impactful research, and mentoring the next generation, we would love to hear from you!

🗓️ Apply by: 30 October 2026
📩 Send your CV to: [email protected]

Tag a friend or colleague who would be perfect for this role!

LAPORAN PROGRAM MOBILITI AKADEMIK KE UNIVERSITAS MATARAM, INDONESIATarikh: 10–14 Ogos 2026Tempat: Universitas Mataram (U...
28/09/2026

LAPORAN PROGRAM MOBILITI AKADEMIK KE UNIVERSITAS MATARAM, INDONESIA
Tarikh: 10–14 Ogos 2026
Tempat: Universitas Mataram (UNRAM), Lombok, Indonesia
Program: Inbound Mobility Program UM & USM
Program mobiliti akademik ke Universitas Mataram (UNRAM), Indonesia telah berlangsung pada 10 hingga 14 Ogos 2026. Program ini melibatkan peserta dari Malaysia bersama warga akademik dan pelajar Universitas Mataram. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta dalam aspek akademik, penyelidikan, teknologi, inovasi serta pertukaran budaya melalui pelbagai aktiviti berbentuk bengkel, perbincangan penyelidikan dan lawatan komuniti. Berdasarkan tentatif program, peserta bertolak dari Malaysia pada 10 Ogos 2026 sebelum memulakan aktiviti rasmi di UNRAM pada hari berikutnya.
Aktiviti Peserta
Pada 11 Ogos 2026, program dimulakan dengan sesi pendaftaran dan majlis pembukaan, termasuk nyanyian lagu kebangsaan Indonesia dan Malaysia, ucapan oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan serta wakil daripada UM dan USM. Peserta seterusnya mengikuti beberapa bengkel akademik yang merangkumi Intelligence System Laboratory dan Immersive Virtual Lab Tour (IVLT), pembangunan offline IoT chatbot untuk pemantauan persekitaran, Agent-Based Modelling, serta Renewable Energy. Sesi soal jawab dan aktiviti ice breaking turut diadakan bagi menggalakkan interaksi antara peserta dan tenaga pengajar.


Sesi perkongsian akademik dan teknologi bersama tenaga pengajar Universitas Mataram.
Pada 12 Ogos 2026, peserta berpeluang meneroka persekitaran kampus UNRAM melalui aktiviti “Sightseeing in UNRAM by Bike: Re-flow”. Aktiviti diteruskan dengan sesi perbincangan penyelidikan, diikuti pembentangan hasil perbincangan pada sebelah petang. Aktiviti ini memberi peluang kepada peserta daripada latar belakang yang berbeza untuk bertukar pandangan, membincangkan idea penyelidikan serta membina potensi jaringan kerjasama akademik. Program akademik diakhiri dengan majlis penutup yang merangkumi perkongsian pengalaman daripada wakil peserta, penyampaian sijil dan cenderamata, tayangan video rangkuman program serta persembahan daripada wakil pelajar.


Pada 13 Ogos 2026, program memberi penekanan kepada pendedahan budaya dan komuniti di Lombok. Peserta mengunjungi Sukarara Village sebelum meneruskan lawatan ke Sade/Ende Village. Lawatan ini memberi peluang kepada peserta untuk melihat dengan lebih dekat kehidupan masyarakat tempatan serta keunikan budaya Lombok. Selepas itu, peserta mengunjungi Tanjung Aan dan Merese Hill untuk aktiviti lawatan serta menikmati landskap semula jadi Lombok sebelum kembali ke Mataram.


Pendedahan budaya dan pengalaman mobiliti antarabangsa melalui lawatan komuniti dan lokasi menarik di Lombok.
Pada 14 Ogos 2026, peserta bersarapan di hotel sebelum bertolak ke lapangan terbang bagi perjalanan pulang, sekali gus menandakan tamatnya program mobiliti selama lima hari tersebut.
Impak Program
Antara aspek menarik dalam program ini ialah gabungan antara aktiviti akademik, penyelidikan, teknologi, budaya dan rekreasi. Peserta bukan sahaja didedahkan kepada bidang seperti sistem pintar, immersive virtual laboratory, Internet of Things, pemodelan berasaskan agen dan tenaga boleh diperbaharui, malah diberi ruang untuk membincangkan dan membentangkan idea penyelidikan bersama peserta lain. Pendekatan ini menjadikan program mobiliti lebih interaktif dan tidak terhad kepada lawatan kampus semata-mata.
Aktiviti berbasikal di sekitar UNRAM, persembahan pelajar, pertukaran cenderamata serta lawatan ke perkampungan tradisional turut membantu mewujudkan hubungan yang lebih dekat antara peserta dari Malaysia dan Indonesia. Lawatan ke Sukarara dan Sade/Ende khususnya memberikan pengalaman pembelajaran di luar bilik kuliah melalui pendedahan kepada budaya dan kehidupan masyarakat Lombok. Sementara itu, kunjungan ke Tanjung Aan dan Merese Hill memberikan pengalaman sosial dan budaya yang melengkapkan komponen akademik program.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, Program Mobiliti Akademik ke Universitas Mataram telah menyediakan pengalaman pembelajaran antarabangsa yang seimbang antara akademik, penyelidikan, teknologi dan pertukaran budaya. Program ini bukan sahaja dapat memperluaskan pengetahuan dan perspektif peserta, malah membuka ruang kepada pembentukan jaringan serta potensi kerjasama akademik dan penyelidikan pada masa hadapan. Pengalaman sepanjang program juga membantu meningkatkan kemahiran komunikasi, kerja berpasukan dan interaksi antara budaya dalam kalangan peserta.

LAWATAN AKADEMIK, PEMETERAIAN MoU DAN BENGKEL AI DI UNIVERSITAS NEGERI MEDANMedan, Indonesia, 2–6 September 2026 – Satu ...
28/09/2026

LAWATAN AKADEMIK, PEMETERAIAN MoU DAN BENGKEL AI DI UNIVERSITAS NEGERI MEDAN
Medan, Indonesia, 2–6 September 2026 – Satu lawatan akademik ke Universitas Negeri Medan (UNIMED), Indonesia telah berjaya dilaksanakan bagi memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan UNIMED.
Sepanjang lawatan tersebut, beberapa aktiviti utama telah dilaksanakan termasuk sesi perbincangan bersama kepimpinan tertinggi UNIMED, pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU), serta pelaksanaan bengkel berkaitan Artificial Intelligence (AI).
Pemeteraian MoU ini menjadi platform penting dalam memperluas kerjasama strategik antara kedua-dua universiti, khususnya dalam permohonan geran penyelidikan antarabangsa, pelaksanaan lawatan akademik antara UNIMED dan USM, program mobiliti inbound dan outbound, serta pelbagai aktiviti akademik dan pembangunan pelajar.
Kerjasama ini juga membuka peluang kepada kedua-dua institusi untuk merancang lebih banyak program bersama dalam bidang penyelidikan, inovasi, pendidikan dan pembangunan teknologi pada masa hadapan.
Keseluruhan program yang berlangsung dari 2 hingga 6 September 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan dan sokongan kepimpinan tertinggi UNIMED, sekali gus mengukuhkan hubungan strategik antara USM dan UNIMED di peringkat antarabangsa.

Tahniah diucapkan kepada Dr. Nurullizam Binti Jamiat atas pencapaian menerima Geran Libatsama Universiti-Komuniti Tahun ...
20/08/2026

Tahniah diucapkan kepada Dr. Nurullizam Binti Jamiat atas pencapaian menerima Geran Libatsama Universiti-Komuniti Tahun 2026! 🌟
Melalui projek bertajuk "Empowering Silver Digital Citizens through the LEGACY Initiative", inisiatif ini bakal membuka ruang pembelajaran digital yang inklusif buat komuniti warga emas kita.
Kami di PTPM tumpang bangga dengan kejayaan ini dan mendoakan agar pelaksanaan projek ini dipermudahkan serta mencapai objektifnya. Syabas Dr.! 👏
Ikhlas daripada Pengarah & Seluruh Warga PTPM.

Address

Universiti Sains Malaysia (USM)
Penang
11800

Opening Hours

Monday 08:10 - 17:10
Tuesday 08:10 - 17:10
Wednesday 08:10 - 17:10
Thursday 08:10 - 17:10
Friday 08:10 - 17:10

Telephone

+6046532375

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Teknologi Pengajaran & Multimedia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Teknologi Pengajaran & Multimedia:

Shortcuts

Share

Nearby government services