PD Kampung Padang Durian,Pendang,Kedah

Directions

PD Kampung Padang Durian,Pendang,Kedah Keahlian Adalah Percuma
Pinjaman Kanak- kanak dan Dewasa
Sebanyak πŸ‘‰8 buah

waktu Perkhidmatan

Ahad- Rabu: 10.00pagi-6.00petang
Khamis: 11.00pagi-6.00ptg
TUTUP: JUMAAT,SABTU DAN CUTI UMUM.

22/10/2026
22/10/2026

BUKAN SEMUA TIUB YANG MASUK MELALUI HIDUNG AKAN SAMPAI KE PERUT.

Satu perkongsian di Threads menceritakan bagaimana seorang pesakit dibawa ke klinik selepas tiub Ryles yang dipasang di rumah dipercayai tersalah kedudukan.

Menurut perkongsian tersebut, tiub berkenaan ditemui di kawasan sinus. Butiran kes ini belum dapat disahkan secara bebas.

Namun, ada satu perkara penting yang semua penjaga pesakit perlu tahu.

Memasukkan tiub Ryles (nasogastric tube) bukan sekadar memasukkan tiub melalui hidung.

Tiub ini sepatutnya melalui saluran makanan dan berakhir di dalam perut.

Jika tersalah kedudukan, tiub boleh terlipat dalam rongga hidung atau tekak, malah memasuki saluran pernafasan.

Jika makanan, air atau ubat diberikan melalui tiub yang tersalah kedudukan, komplikasinya boleh menjadi sangat serius, termasuk pneumonia aspirasi dan kematian.

BOLEHKAH PENJAGA DI RUMAH MEMASANG TIUB RYLES?

Boleh dalam keadaan tertentu, tetapi bukan sewenang-wenangnya.

Penjaga perlu mendapat latihan, dinilai kompeten dan mengikuti pelan penjagaan yang ditetapkan oleh pasukan kesihatan.

Paling penting, kedudukan tiub mesti disahkan dengan kaedah yang betul sebelum digunakan. Antaranya pemeriksaan pH cecair aspirat atau X-ray apabila diperlukan.

Jangan bergantung kepada bunyi udara yang dimasukkan melalui tiub sebagai bukti kedudukannya betul.

Jika tiub sukar dimasukkan, tersumbat atau kedudukannya diragui, jangan paksa, jangan masukkan makanan atau ubat. Dapatkan bantuan petugas kesihatan.

Menjaga orang sakit memerlukan kasih sayang. Tetapi kasih sayang sahaja tidak mencukupi tanpa pengetahuan dan kemahiran yang betul.

Niat kita mahu membantu. Jangan sampai tindakan yang tidak selamat membahayakan nyawa orang tersayang.

PUBLIC HEALTH MALAYSIA

22/10/2026

🦴Osteoporosis adalah penyakit yang tidak mempunyai gejala pada kebanyakan pesakit sehingga fraktur berlaku.

πŸ₯ Rawatan awal adalah penting.
Proses kereputan tulang boleh diperlahankan jika penyakit ini dikesan awal.

βœ”οΈ Jika anda berisiko untuk menghidap penyakit ini segeralah berbincang dengan doktor terutamanya golongan:
βœ”οΈWarga emas
βœ”οΈWanita hampir atau selepas putus haid
βœ”οΈPenyakit kronik seperti kencing manis, rheumatoif arthritis dan sebagainya
βœ”οΈRawatan yang menggunakan steroid untuk jangka masa panjang

22/10/2026

Tahukah anda maksud perkataan inayat?

Mari kenali makna dan penggunaannya.

𝐊𝐚𝐭𝐚 π‡πšπ«π’ 𝐈𝐧𝐒

β€˜inayat’

Sila layari https://kamus.dbp.gov.my/ untuk capaian ke Portal Kamus DBP


21/10/2026

πŸ“œ ππ„ππ†πŠπ„π‹ π‹πˆπ“π„π‘π€π’πˆ π‰π€π–πˆ 𝐃𝐀𝐍 π–π€π‘πˆπ’π€π πˆπ‹πŒπ”

✨ Kenali Jawi, Hayati Warisan, Cintai Ilmu! πŸ“š

Tahukah anda bahawa tulisan Jawi bukan sekadar warisan budaya, tetapi juga khazanah ilmu yang menyimpan sejarah dan identiti bangsa? 🀩

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menjemput anda untuk menyertai bengkel ini sempena Minggu Literasi Media dan Maklumat 2026!

✍️ Jom terokai keunikan tulisan Jawi, perkaya pengetahuan dan hayati keindahan warisan ilmu yang perlu terus dipelihara untuk generasi akan datang!

πŸ“… 25 Oktober 2026 (Ahad)
πŸ•˜ 9.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Bilik Serbaguna, Aras 1, Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia
πŸŽ“ Terbuka kepada peserta berumur 13 tahun dan ke atas
πŸŽ‰ Penyertaan PERCUMA!

πŸ“² Daftar sekarang dan semak syarat penyertaan:
πŸ”— https://forms.gle/mURUGfWoffgaCBM99

Bengkel ini merupakan antara pengisian Minggu Literasi Media dan Maklumat 2026, yang berlangsung pada 24 hingga 25 Oktober 2026 di Perpustakaan Negara Malaysia.

πŸ”— Lihat keseluruhan program dan aktiviti MLMM 2026:
https://drive.google.com/drive/folders/1zqOl56Ujx4Uw--Ozkw8wyh3LgAZ4JLkt

✨ Jawi warisan bangsa, ilmu sepanjang zaman! πŸ“œπŸ’™

21/10/2026

β€œKolesterol tinggi. Ada tips nak turunkan? Kalau boleh, tak nak makan ubat.”

Ramai pernah terfikir perkara yang sama.

Ada yang takut kesan sampingan. Ada yang rasa sekali mula makan ubat, sampai bila-bila kena makan. Ada juga yang mahu cuba ubah pemakanan dahulu.

Kebimbangan itu boleh dibincangkan. Cuma sebelum kita sibuk mencari cara mengelakkan ubat, kita perlu tahu: setinggi mana bacaan itu, dan bagaimana risiko kesihatan kita secara keseluruhan?

Dua orang boleh mempunyai bacaan kolesterol yang hampir sama, tetapi memerlukan pelan rawatan berbeza.

Doktor turut melihat LDL, tekanan darah, diabetes, tabiat merokok, fungsi buah pinggang serta sejarah penyakit jantung atau strok. Sasaran LDL seseorang juga boleh berbeza mengikut tahap risikonya.

Jadi, apa yang boleh kita buat untuk membantu menurunkan kolesterol?

1. Ubah lemak yang kita makan.

Kurangkan kekerapan dan saiz hidangan makanan tinggi lemak tepu seperti daging berlemak, kulit ayam, mentega, pastri dan masakan bersantan pekat.

Pilih ikan, tauhu, tempe atau daging tanpa lemak dengan lebih kerap. Selang-selikan cara memasak dengan sup, kukus atau panggang.

Tak perlu tunggu mampu beli salmon. Ikan kembung pun boleh masuk dalam pelan pemakanan yang baik.

2. Tambah serat dalam makanan harian.

Oat, barli, kekacang, buah dan sayur boleh membantu. Serat larut dalam makanan seperti oat dan kekacang membantu mengurangkan penyerapan kolesterol.

Tetapi semangkuk oat tidak boleh β€œmemadamkan” semua makanan lain sepanjang hari. Yang memberi kesan ialah corak pemakanan yang kita mampu kekalkan.

3. Bergerak secara konsisten.

Mulakan dengan berjalan mengikut kemampuan. Tambah masa dan kekerapan secara beransur-ansur. Pilih aktiviti yang boleh diulang dalam kehidupan sebenar, termasuk pada hari bekerja.

Aktiviti fizikal membantu kesihatan jantung dan kawalan lemak darah, walaupun perubahan pada penimbang tidak besar.

4. Hadir semula untuk semakan.

Jangan menilai kolesterol berdasarkan rasa badan lebih ringan atau tengkuk sudah tidak tegang. Semak semula ujian darah mengikut tempoh yang dipersetujui dengan doktor.

Bawa keputusan lama supaya perubahan bacaan boleh dibandingkan.

Dan jika doktor mencadangkan ubat, tanyalah:

β€œKenapa saya perlukan ubat?”
β€œApa sasaran LDL saya?”
β€œApa manfaat dan kesan sampingan yang perlu saya tahu?”

Statin membantu menurunkan LDL dan mengurangkan risiko serangan jantung serta strok bagi mereka yang memerlukannya. Kalau ada kesan sampingan, maklumkan kepada doktor supaya rawatan boleh dinilai semula.

Jangan berhenti sendiri apabila bacaan sudah cantik. Bacaan itu mungkin bertambah baik kerana rawatan sedang berkesan.

Makan ubat juga tidak bermaksud usaha menjaga pemakanan sudah gagal. Ada orang memerlukan kedua-duanya untuk mencapai sasaran, termasuk kerana faktor keturunan.

Kita semua mahu kekal sihat dengan cara yang paling sesuai untuk diri sendiri.

Kalau perubahan gaya hidup mencukupi, teruskan dan pantau. Kalau ubat diperlukan, beri diri peluang menerima bantuan itu.

Semoga usaha menjaga kesihatan hari ini memberi kita lebih banyak waktu untuk berjalan, bekerja, ketawa dan menemani orang yang kita sayang.

21/10/2026

πŸ“’ ππŽπ“πˆπ’ 𝐆𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐀𝐍 ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π ππˆππ‰π€πŒπ€π 𝐃𝐀𝐍 ππ„πŒπ”π‹π€ππ†π€π ππ”πŠπ”

Dimaklumkan bahawa perkhidmatan pinjaman dan pemulangan buku melalui mesin layan diri kios serta gelongsor buku di Perpustakaan Negara Malaysia akan mengalami gangguan pada 21 Oktober 2026 sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak berikutan kerja-kerja penyenggaraan sistem.

Segala kesulitan amatlah dikesali. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda. πŸ™


Address

Perpustakaan Desa Kampung Padang Durian
Pendang
06750

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 16:30
Sunday 10:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PD Kampung Padang Durian,Pendang,Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share