PD Kg Titi Akar Pendang Kedah

Directions

PD Kg Titi Akar Pendang Kedah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PD Kg Titi Akar Pendang Kedah, Government Organization, Wat Kampung T**i Akar, Jalan Sungai Tiang, Mukim Padang Kerbau, Pendang.

21/10/2026
21 Oktober 2026 :  🌺 Mutiara Kata 🌺
21/10/2026

21 Oktober 2026 : 🌺 Mutiara Kata 🌺







21 Oktober 2026 : 🌹 Info Kesihatan 🌹              β€œMATA KUNING, MUKA KUNING. APA          KAITAN DENGAN BATU HEMPEDU?”Pe...
21/10/2026

21 Oktober 2026 : 🌹 Info Kesihatan 🌹









β€œMATA KUNING, MUKA KUNING. APA
KAITAN DENGAN BATU HEMPEDU?”

Pernah nampak seseorang yang bahagian putih matanya bertukar kuning? Bukan mata sahaja, kulit muka dan badan juga boleh berubah warna.

Keadaan ini dipanggil jaundis (jaundice).

Salah satu puncanya ialah saluran hempedu yang tersumbat akibat batu hempedu.

Dalam keadaan normal, hati memproses bahan berwarna kuning yang dikenali sebagai bilirubin. Bahan ini kemudiannya disingkirkan melalui hempedu ke dalam usus.

Tetapi apabila saluran hempedu tersumbat, bilirubin tidak dapat disingkirkan dengan baik. Parasnya meningkat dalam darah sehingga menyebabkan mata dan kulit menjadi kuning.

Selain mata kuning, perhatikan gejala lain:

🟑 Air kencing gelap – Warnanya seperti teh pekat walaupun minum air mencukupi.

🟑 Najis pucat – Najis menjadi kelabu atau seperti tanah liat kerana kurang pigmen hempedu memasuki usus.

🟑 Kulit gatal – Boleh berlaku pada seluruh badan, kadangkala tanpa ruam.

🟑 Sakit bahagian kanan atas perut – Terutama di bawah tulang rusuk. Kesakitan boleh merebak ke belakang atau bahu kanan.

🟑 Loya dan muntah – Boleh berlaku bersama serangan sakit batu hempedu.

🟑 Kurang selera makan – Sesetengah pesakit turut berasa tidak sihat dan lemah.

🟑 Demam dan menggigil – Amaran kemungkinan berlaku jangkitan pada pundi atau saluran hempedu.

BAHAYA JIKA ADA TIGA GEJALA INI SERENTAK!

🚨 Mata atau kulit kuning
🚨 Demam atau menggigil
🚨 Sakit bahagian kanan atas perut

Gabungan ini boleh menandakan acute cholangitis, iaitu jangkitan saluran hempedu yang boleh menyebabkan sepsis jika tidak dirawat segera.

Jangan tunggu. Pergi ke Jabatan Kecemasan.

Namun, bukan semua mata kuning berpunca daripada batu hempedu. Penyakit hati, hepatitis, masalah darah dan ketumbuhan yang menyekat saluran hempedu juga boleh menyebabkan jaundis.

Malah, tidak semua batu hempedu menyebabkan mata kuning. Banyak kes batu hempedu langsung tidak menunjukkan gejala.

Jika mata atau kulit mula menjadi kuning, dapatkan pemeriksaan perubatan segera walaupun tidak mengalami kesakitan.

Doktor mungkin melakukan ujian darah termasuk fungsi hati dan bilirubin, serta ultrasound untuk mengenal pasti puncanya.

Ingat, mata kuning bukan sekadar perubahan warna. Ia mungkin petunjuk ada sesuatu yang tidak kena pada hati atau sistem hempedu.

Public Health Malaysia

21 Oktober 2026 : Assalamualaikum dan                                selamat pagi
21/10/2026

21 Oktober 2026 : Assalamualaikum dan
selamat pagi







19/10/2026

Bersatu di gelanggang, bersinar untuk negara! πŸ†

Tahniah Pearly Tan dan M. Thinaah, Ikon Perpaduan Negara atas kejuaraan Terbuka Denmark 2026!

Setiap Langkah dan setiap mata di gelanggang membawa satu mesej: kita lebih kuat apabila bersatu, saling percaya dan bersama mengharumkan nama negara πŸ‡²πŸ‡Ύ

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
KBSMalaysia




19/10/2026
19/10/2026

Address

Wat Kampung T**i Akar, Jalan Sungai Tiang, Mukim Padang Kerbau
Pendang
06750

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 16:30
Sunday 10:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PD Kg Titi Akar Pendang Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share