PD Tokai Pendang Kedah

Directions

PD Tokai Pendang Kedah Menyediakan perkhidmatan pinjaman dan pemulangan buku serta bahan rujukan

01/10/2026

SEMALAM DEMAM 39°C.

Hari ini suhu dah normal.

“Dah okay kot. Demam dah hilang.”

Kalau disyaki denggi, doktor belum semestinya lega.

Sebab dalam denggi,

demam turun tidak semestinya bermaksud bahaya sudah berlalu.

Selepas fasa demam, sesetengah pesakit boleh memasuki critical phase sekitar waktu suhu mula turun.

Ia lazimnya berlaku sekitar hari ke-4 hingga ke-7 penyakit, walaupun boleh berlaku lebih awal atau lewat.

Sebab itu waktu demam mula kebah perlu dipantau dengan teliti.

Antara warning signs yang perlu diberi perhatian:

Sakit perut yang kuat.

Muntah berterusan.

Pendarahan gusi, hidung atau tempat lain.

Terlalu lemah atau mengantuk.

Gelisah atau perubahan tahap kesedaran.

Perut membengkak atau pengumpulan cecair.

Dan satu perkara penting:

doktor bukan tengok platelet sahaja.

Keadaan klinikal pesakit, tekanan darah, hidrasi, haematocrit dan trend ujian darah semuanya memberi maklumat.

Jadi jangan buat kesimpulan:

“Dah tak demam. Tak payah follow-up.”

Kalau doktor beri tarikh janjitemu,

datang.

Kalau warning signs muncul,

jangan tunggu esok.

Untuk banyak penyakit, demam turun membuat kita lega.

Dalam denggi, kadang-kadang itulah masa kita perlu melihat pesakit dengan lebih dekat.

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐒𝐞𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 👴🏻🧓🏻Marilah kita bersama-sama membudayakan masyarakat yang menghargai dan meny...
01/10/2026

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐒𝐞𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 👴🏻🧓🏻

Marilah kita bersama-sama membudayakan masyarakat yang menghargai dan menyantuni warga emas demi mewujudkan persekitaran yang menyokong kesejahteraan mereka.

📍TB PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾     #𝐏𝐞𝐫𝐩𝐮𝐬𝐭𝐚𝐤𝐚𝐚𝐧𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚
01/10/2026

📍TB PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾




#𝐏𝐞𝐫𝐩𝐮𝐬𝐭𝐚𝐤𝐚𝐚𝐧𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚

01/10/2026

𝐓𝐎𝐍𝐓𝐎𝐍 𝐒𝐈𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐒𝐔𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐏𝐔𝐒𝐓𝐀𝐊𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

Ayuh saksikan siaran langsung Majlis Perasmian Seminar Pustakawan Digital Kebangsaan 2026 yang akan disempurnakan oleh YB Tuan Yuneswaran Ramaraj, Timbalan Menteri Perpaduan Negara.

📅 1 Oktober 2026 (Khamis)
⏰ 10.00 pagi
📍 Auditorium, Perpustakaan Negara Malaysia
📺 Tonton siaran langsung di YouTube: https://www.youtube.com/live/t17RqWjKMSg?si=SpnLsNl67j7eDx5J

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti perkongsian dan perkembangan dunia kepustakawanan dalam mendepani transformasi serta cabaran era digital.

Jom tonton dan ikuti bersama-sama!

30/09/2026

𝐌𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐎𝐊𝐎𝐇 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀, 𝐓𝐔𝐍 𝐃𝐑. 𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐇𝐀𝐒𝐌𝐀𝐇 𝐌𝐎𝐇𝐀𝐌𝐀𝐃 𝐀𝐋𝐈

Hayati kisah dan perjalanan hidup Tun Dr. Siti Hasmah menerusi buku Nama Saya Hasmah. 💐

Kini boleh dibaca secara digital secara percuma menerusi aplikasi Ookbee – Buffet@PNM. 📖📱

Muat turun dan hayati kisah inspirasi beliau! 🇲🇾

30/09/2026
Pada Ogos lalu, seorang lelaki berusia 31 tahun berada di sekitar Pasar Tani Kekal Changlun, Kedah.Menurut laporan media...
30/09/2026

Pada Ogos lalu, seorang lelaki berusia 31 tahun berada di sekitar Pasar Tani Kekal Changlun, Kedah.

Menurut laporan media berdasarkan keterangan peniaga di kawasan tersebut, isterinya berniaga sayur di situ dan beliau singgah untuk menghantar barang sebelum meneruskan perjalanan ke tempat kerja.

Ketika itu terdapat seekor anjing terbiar berhampiran kawasan tersebut.

Mangsa dikatakan membeli roti untuk diberikan kepada anjing berkenaan.

Namun ketika menghampirinya, anjing tersebut menggigit tangannya sehingga berdarah.

Selepas kejadian, mangsa mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan.

Apa yang disahkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah ialah beliau mempunyai sejarah digigit anjing terbiar pada Ogos 2026 dan telah mendapatkan rawatan selepas kejadian itu, namun TIDAK menerima profilaksis pascapendedahan rabies atau Post-Exposure Prophylaxis (PEP).

Beberapa minggu kemudian, pada 18 September, beliau mula mengalami kelesuan, kelemahan dan kebas pada anggota atas kanan.

Menjelang 22 September, muncul kesukaran menelan, hydrophobia, aerophobia, keresahan serta perubahan tingkah laku.

Beliau mendapatkan rawatan semula pada 23 September sebelum dirujuk dan dimasukkan ke ICU.

Sampel klinikal diambil pada 24 September dan pada 26 September, ujjian makmal mengesahkan jangkitan rabies.

Pada 27 September 2026, beliau meninggal dunia.

Ini merupakan kes rabies manusia pertama yang dilaporkan di Kedah sejak tahun 1998.

Sehingga Ogos 2026, sebanyak 502 kejadian gigitan dan cakaran haiwan telah dilaporkan di Kedah.

Daripada jumlah tersebut, 65.3% melibatkan anjing, 23.1% kucing dan 11.6% haiwan lain.

Satu lagi fakta yang penting: 56.2% daripada kejadian tersebut melibatkan haiwan peliharaan, manakala 43.8% melibatkan haiwan terbiar. Angka ini ialah laporan gigitan dan cakaran bukan bermaksud kesemua haiwan tersebut mempunyai rabies.

Ini penting kerana risiko rabies tidak boleh dinilai hanya dengan melihat sama ada haiwan itu “anjing liar” atau “anjing bela”.

KUBANG PASU SEBENARNYA BERADA DALAM “IMMUNE BELT”

Ada satu konteks kesihatan awam yang mungkin ramai tidak tahu.

Sejak 1955, Malaysia mempunyai kawasan kawalan rabies yang dikenali sebagai “immune belt” zon kira-kira 50 hingga 80 kilometer dari sempadan Thailand yang diberi perhatian khusus bagi pencegahan rabies.

Di Kedah, kawasan immune belt merangkumi Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, S*k, Baling, Kota Setar, Pendang dan Langkawi.

Dalam kawasan ini, kawalan veterinar termasuk pemvaksinan rabies terhadap anjing bertuan, pelesenan serta langkah kawalan lain terhadap populasi anjing.

Maknanya, kejadian di Kubang Pasu ini bukan berlaku di kawasan yang tidak pernah mempunyai perhatian terhadap risiko rabies.

Sebaliknya, Kubang Pasu memang merupakan antara kawasan yang secara sejarah diberi perhatian khusus kerana kedudukannya berhampiran sempadan antarabangsa.

“Immune belt” bagaimanapun bukan bermaksud kawasan itu kebal daripada rabies.

Ia adalah lapisan perlindungan dengan matlamat mengurangkan populasi haiwan yang mudah dijangkiti dan mengurangkan risiko virus menular melalui populasi anjing.

APA YANG SEDANG DILAKUKAN?

Susulan kes ini, JKN Kedah bersama PKD Kubang Pasu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kedah dan agensi berkaitan telah memperkukuh pengesanan kes, survelan gigitan haiwan, pendidikan kesihatan, penilaian risiko serta kawalan haiwan terbiar di kawasan terlibat.

Siasatan epidemiologi juga sedang dilakukan untuk mengenal pasti sumber jangkitan dan laluan pendedahan dengan lebih tepat.

JPV Kedah turut memaklumkan bahawa kawalan populasi anjing liar sedang dijalankan bersama PBT dalam radius sekitar 10 kilometer di kawasan terjejas.


APA YANG ORANG RAMAI PERLU BUAT?

Kalau digigit atau dicakar anjing, kucing atau mamalia lain yang berisiko, jangan tunggu untuk melihat sama ada haiwan itu “nampak gila” atau tidak.

Cuci luka segera menggunakan sabun dan air mengalir sekurang-kurangnya 15 minit.

Kemudian dapatkan pemeriksaan di fasiliti kesihatan dengan segera untuk penilaian risiko rabies dan keperluan PEP.

Untuk pendedahan tertentu, PEP boleh melibatkan vaksin rabies dan rabies immunoglobulin/monoclonal antibody bergantung kepada kategori pendedahan.

Jangan anggap antibiotik atau suntikan tetanus sebagai pengganti vaksin rabies. Ia adalah rawatan yang berbeza.

Dan jika ternampak haiwan yang sakit atau menunjukkan tingkah laku luar biasa, jangan cuba menangkap, memukul atau membunuhnya sendiri.

Laporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau PBT untuk tindakan selamat.

Kes Kedah ini masih dalam siasatan.

Kita belum mempunyai semua jawapan.

Tetapi satu pengajaran sudah cukup jelas:

Dalam rabies, masa selepas gigitan adalah sangat penting.

Jangan tunggu luka menjadi teruk.
Jangan tunggu haiwan mati.
Dan jangan tunggu simptom rabies muncul.

Kerana PEP diberikan untuk mencegah penyakit sebelum virus sampai ke sistem saraf pusat. Apabila gejala klinikal rabies sudah muncul, penyakit ini hampir sentiasa membawa maut.

Rujukan:
[1] Utusan Malaysia, 28 Sept 2026
[2] JKN Kedah, Kenyataan Media Kes Rabies, 27 Sept 2026
[3] Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia – Rabies & Immune Belt
[4] World Health Organization – Rabies & Post-Exposure Prophylaxis

Konjunktivitis adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian putih mata. 👁️ Konjunktivitis sela...
30/09/2026

Konjunktivitis adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian putih mata. 👁️ Konjunktivitis selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria dan virus.

Konjunktivitis boleh berjangkit dari seorang pesakit kepada orang lain melalui sentuhan secara langsung, berkongsi tuala atau bantal, sentuhan muka atau berkongsi barang peribadi.

⚠️ Maka, langkah pencegahan bagi mengelakkan penyebaran jangkitan adalah penting untuk dipraktikkan kerana sesetengah konjunktivitis boleh mengakibatkan komplikasi pada kornea.

30/09/2026

Naik satu tingkat tangga dah tercungap-cungap.
Kita kata, “Dah lama tak exercise.”

Malam tidur kena tambah dua tiga bantal sebab rasa lebih senang bernafas.
Kita kata, “Biasalah, mungkin penat.”

Kasut makin ketat sebab kaki mula bengkak.
Kita kata, “Mungkin banyak berjalan hari ni.”

Tapi bila beberapa tanda ini berlaku bersama, jangan terlalu cepat anggap ia perkara biasa.

Ia antara simptom yang boleh berlaku dalam kegagalan jantung (heart failure).
Dan namanya selalu mengelirukan.
Heart failure bukan bermaksud jantung sudah berhenti.

Ia bermaksud jantung tidak dapat mengepam darah dengan cukup berkesan untuk memenuhi keperluan badan.

Apabila fungsi pam jantung terganggu, darah boleh “back up” dan tekanan dalam salur darah meningkat. Cecair kemudian boleh berkumpul pada paru-paru dan tisu badan.

Sebab itulah seseorang boleh mengalami;

❤️ Sesak nafas ketika bergerak
Aktiviti yang dulunya biasa mula terasa berat.

❤️ Susah bernafas apabila baring rata
Ada yang mula tidur menggunakan lebih banyak bantal untuk rasa selesa.

❤️ Terjaga malam kerana tercungap-cungap
Ini dikenali sebagai paroxysmal nocturnal dyspnea dan merupakan simptom yang boleh berlaku dalam heart failure.

❤️ Kaki dan buku lali membengkak
Cecair boleh berkumpul pada bahagian bawah badan.

❤️ Berat naik dengan cepat
Bukan semestinya kerana lemak. Dalam pesakit heart failure, peningkatan berat mendadak boleh berpunca daripada pengumpulan cecair.

❤️ Cepat penat
Badan mungkin tidak mendapat bekalan darah beroksigen dengan sebaik yang diperlukan.

Dan ini yang ramai mungkin tak tahu;

Penyakit kardiovaskular masih menjadi punca kematian utama di dunia, menyebabkan lebih 20 juta kematian setahun menurut World Heart Federation.

Sebab itu sempena World Heart Day,
29 September, jangan hanya fikir tentang sakit dada.

Kadang-kadang tanda yang perlu diberi perhatian ialah perkara yang kita sudah lama anggap “Biasalah…”

Kalau sesak nafas berlaku secara tiba-tiba atau teruk, terutama bersama sakit dada, pitam atau keadaan semakin merosot, dapatkan rawatan kecemasan segera.

Jantung tak semestinya beri amaran dengan cara yang dramatik.

Kadang-kadang ia bermula dengan satu tingkat tangga yang tiba-tiba terasa terlalu tinggi.

AKTIVITI MAYA BULAN SEPTEMBER  2026 - Siri 530.09.2026 /  18 Rabiulakhir 1448 HTEMA :  IBADAH👇👇👇SOALAN KUIZ : MANAKAH RU...
30/09/2026

AKTIVITI MAYA BULAN SEPTEMBER 2026 - Siri 5
30.09.2026 / 18 Rabiulakhir 1448 H
TEMA : IBADAH

👇👇👇
SOALAN KUIZ : MANAKAH RUKUK YANG BETUL??







Address

Tokai Pendang
Pendang
06650

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PD Tokai Pendang Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share