17/10/2026
MAJLIS PENYERAHAN BENDERA FORMASI KEPADA PASUKAN BOLA SEPAK 2 DIVISYEN SEMPENA PERTANDINGAN PIALA PTD TAHUN 2026
KOK LANAS, 16 OKTOBER 2026 – Panglima 8 Briged, Brigedier Jeneral Muhamad Juraimy bin Aripin telah merasmikan Majlis Penyerahan Bendera Formasi kepada Pasukan Bola Sepak 2 Divisyen sempena Pertandingan Piala Panglima Tentera Darat (PTD) Tahun 2026 di Padang Kawad 5 RRD, Kem Desa Pahlawan. Kejohanan berprestij ini bakal berlangsung daripada 23 Oktober sehingga 30 Oktober 2026 di Kem Perdana Sg Besi, Kuala Lumpur.
Majlis ini merupakan simbolik sokongan dan kepercayaan terhadap pasukan yang bakal membawa cabaran serta menggalas tanggungjawab untuk mengharumkan nama formasi dalam pertandingan tersebut.