Pejabat Polis Bantuan Uitm Cawangan Perlis

Pejabat Polis Bantuan Uitm Cawangan Perlis

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Polis Bantuan Uitm Cawangan Perlis, Government Organization, UiTM, Perlis.

11/04/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐀𝐍 & 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada SUPT/PB Zakaria Bin Ishak (Ketua Polis Bantuan UiTM) atas segala sumbangan, komitmen dan jasa bakti sepanjang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Bantuan Universiti Teknologi MARA.

Semoga segala usaha dan dedikasi yang dicurahkan menjadi
inspirasi serta dikenang sepanjang masa.

Selamat bersara, semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan kebahagiaan bersama keluarga tercinta.

"𝑱𝒂𝒔𝒂𝒎𝒖 𝑫𝒊𝒌𝒆𝒏𝒂𝒏𝒈"

Ikhlas daripada:
Warga Pejabat Polis Bantuan UiTM Cawangan Perlis

05/04/2026

𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐋𝐀𝐌𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐌𝐀𝐂 - 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝐔𝐢𝐓𝐌 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒

Pada 4 dan 5 April 2026, telah berlangsung sesi pendaftaran pelajar baharu dan pelajar lama bagi sesi Mac–Ogos 2026 dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang proses pendaftaran ini berlangsung. Komitmen, kerjasama dan dedikasi yang diberikan amat dihargai dalam memastikan segala urusan berjalan dengan lancar dan teratur.

Semoga usaha murni ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kesejahteraan dan kemudahan semua warga kampus.

Photos from Pejabat Polis Bantuan Uitm Cawangan Perlis's post 05/04/2026

𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐋𝐀𝐌𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐌𝐀𝐂 - 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝐔𝐢𝐓𝐌 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒

Pada 4 & 5 April 2026, Alhamdullillah telah berlangsung sesi pendaftaran bagi pelajar baharu dan pelajar lama untuk sesi Mac – Ogos 2026 di Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis dalam suasana yang teratur dan lancar serta cuaca yang baik. Proses pendaftaran ini melibatkan kehadiran pelajar bersama waris masing-masing.

Seluruh warga Pejabat Polis Bantuan dedikasikan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan kelancaran perjalanan sesi pendaftaran ini, termasuk dari aspek pengurusan, keselamatan, kawalan lalu lintas serta bantuan kepada pelajar dan waris. Komitmen dan kerjasama yang diberikan jelas mencerminkan semangat berpasukan yang tinggi demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua yang hadir.

Sekalung ucapan selamat datang diucapkan kepada para pelajar baharu yang kini secara rasminya menjadi sebahagian daripada keluarga besar UiTM Cawangan Perlis.

Semoga sesi pengajian kali ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan. Teruskan usaha, kekalkan fokus dan jadikan setiap pengalaman sebagai langkah menuju kejayaan. Selamat maju jaya dalam pengajian. UiTM Dihatiku.

Photos from Pejabat Polis Bantuan Uitm Cawangan Perlis's post 05/04/2026

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐖𝐀𝐊𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 (𝐌𝐏𝐏) 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐔𝐢𝐓𝐌 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒

3 April 2026, Satu sesi kunjungan hormat oleh barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Perlis bersama Pejabat Polis Bantuan telah berlansung di Bilik Latihan pada Jam 03:00 Petang.

Kunjungan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bersama Pejabat Polis Bantuan UiTM Cawangan Perlis merupakan satu platform penting dalam memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara kepimpinan pelajar dan pihak keselamatan kampus. Sesi ini memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi pandangan, membincangkan isu-isu berkaitan keselamatan, serta merangka inisiatif bersama bagi memastikan persekitaran kampus sentiasa berada dalam keadaan selamat, teratur dan kondusif untuk seluruh warga universiti.

Melalui pertemuan ini, pihak MPP berpeluang menyampaikan suara serta keperluan pelajar, manakala pihak Polis Bantuan dapat memberikan penerangan berkaitan prosedur keselamatan, langkah pencegahan jenayah, serta peranan yang dimainkan dalam menjaga kesejahteraan kampus. Diharapkan jalinan kerjasama yang erat ini akan terus diperkukuhkan demi mewujudkan suasana kampus yang harmoni, selamat dan sejahtera.

02/04/2026

𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐄-𝟐𝟏𝟗

25 Mac 2026 | Dewan Serbaguna IPK Kangar

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada S/I PB Mohamad Bin Darus atas penerimaan Sijil Penghargaan sempena Hari Polis ke-218.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi, cemerlang dan berintegriti. Teruskan kecemerlangan dalam melaksanakan amanah yang diberikan.

Syabas dan tahniah!

Photos from Pejabat Polis Bantuan Uitm Cawangan Perlis's post 27/03/2026

𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐋𝐀𝐌𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐌𝐀𝐂 - 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔

Persiapan awal anggota Polis Bantuan untuk pendaftaran pelajar baharu dan pelajar lama bagi sesi Mac - Ogos 2026 UiTM Cawangan Perlis. Persiapan ini dilaksanakan bagi memastikan kelancaran lalu lintas kepada waris pelajar berjalan dengan baik.





Photos from Pejabat Polis Bantuan Uitm Cawangan Perlis's post 24/03/2026

24 Mac 2026 , YDH. ASP PB Muhamad Ridzuan Bin Hadziar , Pegawai Keselamatan Kanan bersama anggota Pejabat Polis Bantuan UiTM Cawangan Perlis , telah menziarah staf Pejabat Polis Bantuan UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak AlamAlam iaitu KPL/PB Suhaidi Mohamad yang telah kehilangan ibu tercinta di Arau Perlis.

Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-
Fatihah.

إِنَّا للهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْن

"Ya Allah, ampunilah dia, belas kasihanilah dia, hapuskanlah dan ampunilah dosa-dosanya"

Sekian,

𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡
𝗨𝗶𝗧𝗠 𝗖𝗔𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗜𝗦

20/03/2026

𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐋𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐰𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐔𝐢𝐓𝐌. 𝐌𝐚𝐚𝐟 𝐙𝐚𝐡𝐢𝐫 & 𝐁𝐚𝐭𝐢𝐧.

Satu Syawal Menjelang Tiba, Takbir Bergema Mengegarkan Jiwa, Sekiranya Ada Salah Dan Dosa, Ampun Dipinta Dihari Mulia,

Ikhlas daripada:
Pejabat Polis Bantuan UiTM Cawagan Perlis


Photos from Pejabat Polis Bantuan Uitm Cawangan Perlis's post 16/03/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐖𝐀𝐋 𝐀𝐏𝐑𝐄𝐒𝐈𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐔𝐈𝐓𝐌 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒

Arau, 16 Mac 2026 - Majlis Santunan Syawal dan Apresiasi kepada Anggota Pejabat Polis Bantuan UiTM Cawangan Perlis telah disempurnakan oleh YBrs. Profesor Madya Dr. Ahmad Nizan Mat Noor, Rektor UiTM Cawangan Perlis sebagai tanda penghargaan atas komitmen, dedikasi serta khidmat bakti warga Polis Bantuan dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan warga kampus sentiasa terpelihara.

Majlis ini turut menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim sempena sambutan Syawal di samping menghargai jasa serta pengorbanan warga Polis Bantuan. Kesempatan ini, pegawai dan anggota Pejabat Polis Bantuan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas keprihatinan dan sokongan YBrs. Rektor, bahagian pentadbiran serta barisan pengurusan kampus yang sentiasa menjaga kebajikan seluruh warga staf.

02/03/2026
Want your business to be the top-listed Government Service in Perlis?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


UiTM
Perlis
02600