12/06/2026
AKTIVITI MAYA
BIJAK JAWI
Berikan jawapan yang tepat.
Kongsikan jawapan anda di ruangan komen.
Selamat mencuba.
Terima kasih.
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perpustakaan Desa Wang Kelian Perlis, Library, wang kelian, Perlis.
12/06/2026
AKTIVITI MAYA
BIJAK JAWI
Berikan jawapan yang tepat.
Kongsikan jawapan anda di ruangan komen.
Selamat mencuba.
Terima kasih.
12/06/2026
12/06/2026
MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN! π²πΎ
Jom bersama-sama menjadi sebahagian daripada detik bersejarah Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan yang akan disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri.
π
13 Jun 2026 (Sabtu)
π 4.00 Petang
π Pentas Utama, Pekarangan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah
Sambutan ini menghimpunkan kepelbagaian budaya, warisan dan semangat kebersamaan rakyat Malaysia dalam memperkukuh perpaduan demi masa depan negara yang lebih harmoni dan sejahtera.
β¨ Mari raikan keunikan kita, eratkan silaturahim dan buktikan bahawa perpaduan adalah kekuatan negara.
"Bersama Membina Negara Bangsa"
Anwar Ibrahim
Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Jabatan Penerangan Malaysia
Malaysia MADANI
Jabatan Penerangan Sabah
JPNIN Sabah
12/06/2026
π¨ JANGAN MEMANDU DALAM KEADAAN MENGANTUK
Mengantuk beberapa saat, padah seumur hidup.
π΄ Jangan paksa diri memandu jika keletihan.
π Berhenti dan berehat secukupnya.
β€οΈ Kerana ada yang menanti kepulangan anda.
Patuhi Undang-Undang, Utamakan Keselamatan.
Sumber : JPJMelaka
12/06/2026
Kekayaan mungkin boleh buka banyak pintu, tapi akhlaklah yang membuat orang tetap menghargai kita.
Ketika muda, mungkin kita dihormati kerana apa yang kita miliki.
Bila tua, kita dikenang kerana akhlak kita sesama manusia.
Jom pujuk hati.
Sumber : Ustaz Hanafi Malek
12/06/2026
DI MALAYSIA, HANYA DITEMUI DI WANG KELIAN
Sekiranya anda berkunjung ke Wang Kelian ketika ini, anda akan dapat melihat bunga-bunga pokok Lagerstroemia calyculata Kurz yang merupakan spesies Bungor Hutan berasal dari rantau Indochina meliputi Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam. Pokok ini terkenal dengan gugusan bunga berwarna ungu muda serta kulit batang yang membentuk corak bertompok yang menarik.
Wang Kelian, Perlis merupakan lokasi rekod pertama spesies ini di Malaysia apabila ia direkodkan buat pertama kali pada tahun 2015. Sehingga kini, Wang Kelian masih menjadi satu-satunya lokasi yang diketahui bagi Lagerstroemia calyculata Kurz di negara ini. Pokok ini boleh ditemui di sepanjang jalan menuju ke View Point Wang Kelian pada ketinggian sekitar 240 meter dari aras laut, tumbuh dalam habitat hutan yang mempunyai pengaruh flora Indochina.
Penemuan spesies ini di Perlis mempunyai nilai saintifik yang tinggi kerana ia menyokong kewujudan Garisan Floristik KangarβPattani, iaitu sempadan biogeografi yang memisahkan flora berciri Indochina di utara daripada flora berciri Malesia di selatan. Kehadiran Lagerstroemia calyculata Kurz membuktikan bahawa Wang Kelian merupakan antara kawasan terpenting di Malaysia bagi kajian hubungan flora Semenanjung Malaysia dengan tanah besar Asia Tenggara.
Di Malaysia, genus Lagerstroemia atau Bungor diwakili oleh kira-kira 10 spesies yang terdiri daripada tujuh spesies asli yang tumbuh secara semula jadi di hutan negara serta tiga spesies yang diperkenalkan dan banyak ditanam sebagai pokok landskap. Daripada kesemua spesies tersebut, Lagerstroemia calyculata merupakan antara yang paling unik kerana taburannya di Malaysia setakat ini hanya diketahui dari Wang Kelian.
Pokok ini boleh mencapai ketinggian sehingga 35 meter dan lazimnya berbunga sekitar bulan Mei. Menurut de Wilde et al. (2014), pokok yang telah tua di Thailand sering mempunyai batang berongga dan dilaporkan menjadi lokasi sarang bagi burung enggang. Penemuan spesies ini di Wang Kelian bukan sahaja menambah rekod flora negara, malah mengukuhkan lagi kepentingan Perlis sebagai kawasan yang menyimpan khazanah flora Indo-burma yang jarang ditemui di Malaysia.
π· Syamil Abd Rahman | PNX
Rujukan:
Siti Munirah Mat Yunoh (FRIM)
de Wilde, W.J.J.O. & Duyfjes, B.E.E. (2014). Lagerstroemia (Lythraceae) in Malesia. Blumea 59(2): 113β122.
Lucas, C., Nanthavong, K. & Millet, J. (2013). Environmental and Human Influence on Forest Composition, Structure and Diversity in Laos. Journal of Tropical Forest Science 25(3): 410β420.
Sumber : PNX
10/06/2026
π TEATER EKSPERIMENTAL MELAYU β Tuan Puteri Dari Makkah π
Saksikan sebuah naskhah penuh magis, cinta dan perjuangan jiwa menerusi pementasan Tuan Puteri Dari Makkah sempena Festival Teater Malaysia Peringkat Zon Utara 2026.
β¨ Sebuah kisah yang merentas rasa, pengorbanan dan pencarian makna cinta sejati dalam nuansa klasik Melayu Champa yang memukau.
π
10 Jun 2026 (Rabu)
π£ 8.30 malam
π Auditorium JKKN Perlis
Jangan lepaskan peluang menyaksikan pementasan yang sarat dengan nilai seni, estetika visual dan penghayatan budaya ini. Ayuh hadir dan bersama-sama memeriahkan Festival Teater Zon Utara!
π Masuk adalah percuma
Sumber : JKKN Perlis
09/06/2026
ππππΌ πΏππππ (πΎπ€πͺπ£π©ππ€π¬π£)
3 ππΌππ ππΌππ
Kementerian Perpaduan Negara akan mengadakan Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Pekarangan Kompleks Sukan Likas pada 11hb Jun hingga 14hb Jun 2026 ini.
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda semua seperti Pameran Rumah KAMI, 5 Perkampungan Etnik, Pertandingan Sabah Idol, FoodUnites,Jualan MADANI, Pertandingan E-Sports, Larian Negara Bangsa, Persembahan Artis terkenal tanah Air Awie, Estranged, Jaclyn Victor di Konsert Malam Unity Sama-Sama dan ramai lagi.
Bah! Datanglah beramai-ramai ke Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan!!!
Masuk adalah percuma
Jumpa anda di sana!
Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Malaysia MADANI
Jabatan Penerangan Malaysia
JPNIN Sabah
Sabah
09/06/2026
SAMSENG JALANAN: ANCAMAN DI JALAN RAYA
Sikap menunggang secara melulu, melakukan aksi berbahaya dan terlibat dalam perlumbaan haram bukanlah satu kebanggaan. Sebaliknya, perbuatan tersebut boleh mengundang kemalangan, kecederaan serius dan kehilangan nyawa.
Setiap pengguna jalan raya mempunyai hak untuk menggunakan jalan dengan selamat. Oleh itu, semua penunggang motosikal dan pemandu kenderaan diseru agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas, mengamalkan sikap bertanggungjawab serta menghormati pengguna jalan raya yang lain.
Ingatlah, tindakan yang dilakukan hanya untuk keseronokan sementara boleh memberi kesan yang besar kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Jangan sesekali mempertaruhkan nyawa di jalan raya.
Sumber: Polis Daerah Padang Besar
| Monday | 09:00 - 18:00 |
| Tuesday | 09:00 - 18:00 |
| Wednesday | 09:00 - 18:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |