23/11/2025
📢 MAKLUMAN BILIK GERAKAN BENCANA PERTANIAN NEGERI PERLIS 📢
Jabatan Pertanian Negeri Perlis telah mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana Pertanian bagi memantau dan membantu para petani yang terkesan akibat banjir di seluruh Negeri Perlis.
Sekiranya Tanaman atau Industri Asas Tani anda terjejas, sila hubungi talian hotline mengikut Kawasan Perkhidmatan masing-masing seperti yang tertera dalam infografik.
📞 Waktu Operasi:
🕗 8.00 pagi – 5.00 petang
Kerjasama dan keprihatinan semua amat kami hargai.
Semoga semua petani di Negeri Perlis berada dalam keadaan selamat dan dipermudahkan urusan.
📢 MAKLUMAN BILIK GERAKAN BENCANA TANAMAN PERTANIAN NEGERI PERLIS 📢
Jabatan Pertanian Negeri Perlis telah mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana Pertanian bagi memantau dan membantu para petani yang terkesan akibat banjir di seluruh Negeri Perlis.
Sekiranya Tanaman atau Industri Asas Tani anda terjejas, sila hubungi talian hotline mengikut Kawasan Perkhidmatan masing-masing seperti yang tertera dalam infografik.
📞 Waktu Operasi:
🕗 8.00 pagi – 5.00 petang
Kerjasama dan keprihatinan semua amat kami hargai.
Semoga semua petani di Negeri Perlis berada dalam keadaan selamat dan dipermudahkan urusan.
13/10/2025
10 Oktober 2025, KPBT - Kelab Sukan & Kebajikan Warga Jabatan Pertanian Negeri Perlis telah menganjurkan sambutan Hari Sukan Negera 2025 bertempat di Padang Kompleks Pertanian Bukit Temiang.
Aktiviti yang disediakan antaranya senamrobik dan pelbagai permainan sukaneka bertujuan mengeratkan hubungan, semangat kesukanan, kerjasama berkumpulan dan memupuk gaya hidup sihat dan produktif.
Turut hadir bersama En. Mohd Fariq bin Ahmat, Timbalan Pengarah Pertanian (Pengurusan & Regulatori), En. Mohd Nizam bin Abd Aziz, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan & Pengembangan), En. Muhammad ‘Ammar bin Ismail, Pengerusi Kelab Sukan & Kebajikan Warga Jabatan Pertanian Negeri Perlis.
“Warga Bersatu Jabatan Makmur”
26/09/2025
Bukit Jernih, 25 September 2025 - Aktiviti Eksplorasi Geotapak Sempena Festival Fosil Perlis Geopark 2025 di Geotapak Bukit Jernih, Perlis.
Program yang dianjurkan oleh Jabatan Mineral & Geosains Malaysia bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang geotapak di negeri Perlis dan pelbagai aktiviti rekreasi di Bukit Jernih seperti meneroka gua, berkhemah, memanjat dinding bukit dan lain-lain lagi.
Taman Rekreasi Bukit Jernih telah mendapat pengiktirafan sebagai salah satu Geotapak di Malaysia kerana mempunyai pelbagai struktur geologi iaitu batu kapur Formasi Chuping yang berusia 240 juta tahun yang dipenuhi pelbagai jenis fosil dan geotrail.
Jabatan Pertanian Negeri Perlis melalui Kelab Sukan & Kebajikan telah menghantar 3 orang kakitangan untuk menyertai eksplorasi tersebut.
“Warga Bersatu Jabatan Makmur”
05/09/2025
Salam Maulidul Rasul
12 Rabiulawal 1447H
Ikhlas Daripada
Pengarah & Seluruh Warga Kerja Jabatan Pertanian Negeri Perlis
31/08/2025
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-68 🇲🇾🇲🇾🇲🇾Hayati Erti Kemerdekaan Dengan Mengekalkan Perpaduan🇲🇾
“MALAYSIA MADANI PERLIS BESTARI RAKYAT DISANTUNI”
Ikhlas Daripada:
Pengarah & Seluruh Warga Kerja Jabatan Pertanian Negeri Perlis
14/07/2025
LARIAN WGTR 3.0
13 Julai 2025 - Jabatan Pertanian Negeri Perlis melalui Kelab Sukan & Kebajikan Jabatan Pertanian Negeri Perlis telah turut serta dalam acara Larian Wang Gunung Trail Run 3.0
Seramai 12 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Pertanian Negeri Perlis menyertai kategori 6.5KM Happy Run dan 2.5KM Happy Walk.
Terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, khususnya pihak penganjur. 🥇
“Warga Bersatu Jabatan Makmur”