04/10/2026
🌙 Saat ramai masih lena, mereka memilih untuk bangkit…
Alhamdulillah, Sinar Fajar DUN Pauh telah berlangsung dengan jayanya di Kg Rambai, bermula 4.30 pagi, dengan kehadiran 15 orang.
Menghidupkan malam dengan Tahajjud, Tasbih, Witir, Qabliyah Subuh, kemudian Subuh berjemaah, wirid, doa dan tazkirah.
Disusuli penyampaian sumbangan dan sarapan bersama di rumah ahli cawangan.
Sedikit yang hadir, namun besar harapannya.
Kerana kemenangan perjuangan, bermula dengan munajat yang sunyi. 🌅