26/03/2025
Assalamualaikum, saya, Nur Idayu Hafizah dengan penuh keazaman dan komitmen menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan saya sebagai Naib Ketua Wanita Cabang Kangar dalam Pemilihan Keadilan 2025.
Dengan sokongan dan kerjasama daripada semua, saya percaya kita mampu mencipta perubahan positif yang lebih besar serta membentuk masa depan yang lebih cerah untuk semua wanita di cabang ini. InsyaAllah, bersama-sama kita akan memperkukuhkan kuasa wanita demi kemajuan bersama.
Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan anda semua. Mari kita melangkah maju untuk merealisasikan visi ini! 💪✨
13/01/2025
Isnin 13 Januari 2025 Ketua Wanita KEADILAN Negeri Perlis Puan Zainab Binti Ibrahim menyantuni masyarakat India yang menyambut Perayaan Ponggal sekitar Padang Besar.
Terima kasih YB Fadhlina Binti Sidek Ketua Wanita KEADILAN Pusat memberi sumbangan.
13/01/2025
Tahniah semua
Program Jalinan Ihsan Wanita Madani KEADILAN santuni komuniti Perlis
Wanita KEADILAN Negeri Perlis terus mempergiatkan aktiviti menyantuni komuniti negeri tersebut dalam siri program Jelajah Jalinan Ihsan Wanita Madani dengan kerjasama Biro Penerangan Wanita KEADILAN Pusat.Program empat dalam satu itu dilaksanakan selama empat hari tiga malam meliputi Parlimen Padang...
23/12/2024
Sabtu 21 Disember 2024 Ketua Wanita KEADILAN Negeri Perlis Puan Zainab Binti Ibrahim bersama Pimpinan Wanita KEADILAN Negeri Perlis hadir ke Program Pemantapan Representasi Wanita Dalam Parlimen 30WReps di Pulse Grande Hotel Putrajaya.
13/12/2024
Jumaat 13 Disember 2024 Pn Zainab Binti Ibrahim Ketua Wanita Keadilan Negeri Perlis dan juga Ketua Wanita Keadilan Cabang Padang Besar bersama Wanita Keadilan Cabang Padang Besar ke Program Ziarah Kasih di Repoh Kangar Perlis.
11/12/2024
Program Pengenalan Cista dan Pendaftaran anggota baru
Tempat: Market Sena
Waktu: 8.30pg
Hari: Jumaat
29/10/2024
Mewakili Ketua Wanita Keadilan Negeri Perlis Puan Zainab Binti Ibrahim bagi sumbangan kerusi roda kepada Pn mairamah Ketua Wanita Keadilan Cabang Arau yang terbabit dalam kemalangan baru-baru ini.
Semoga cepat sembuh!!!