15/04/2026
🚀 [CAREER TALK, RESUME WRITING & POSTGRADUATE OPPORTUNITIES 2026] 🎓
Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP dan Salam Malaysia Madani.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab MSAE-SC UniMAP akan menganjurkan program kerjaya bagi mempersiapkan mahasiswa melangkah ke alam pekerjaan dan perkongsian peluang menyambung pengajian. Semua mahasiswa/i UniMAP dijemput hadir!
Maklumat Program:
• Platform: Google Meet Pautan: https://meet.google.com/hpv-zksr-gok
• Tarikh: 18 April 2026 (Sabtu)
• Masa: 8.30 Pagi – 12.30 Tengah Hari
Pengisian Menarik:
• Career Talk Industri: Bersama pakar dari bidang Marketing, HSE, dan Manufacturing.
• Resume Writing Workshop: Tips membina resume profesional bersama HR Consultant.
• Peluang Master & PhD: Taklimat khas mengenai peluang menyambung pengajian pascasiswazah.
Jangan lepaskan peluang untuk "Upgrade diri, Cipta masa depan anda!"
🎓 Pillars 7 disediakan 🎓
18/03/2026
Welcome back to Agricultural Engineering Students Agricultural Engineering UniMAP Semester 2 Academic Session 2025/2026.
26/01/2026
Selamat menduduki peperiksaan akhir Semester 1 Sidang Akademik 2025/2026. Selamat Maju Jaya !
22/01/2026
14 Januari 2026 | MSAE‑SC UniMAP
Majlis Dinner MSAE‑SC UniMAP Sesi 2025/2026 telah berlangsung dengan penuh meriah ✨ pada 14 Januari 2026 bertempat di The Putra Regency Hotel, Kangar. Terima kasih kepada semua yang hadir dan memeriahkan majlis ini 🤝💛. Semoga hubungan silaturahim dan semangat kebersamaan warga MSAE‑SC terus kukuh dan cemerlang! 🌟
22/01/2026
📌 Lawatan Akademik
📍 Zahara Garden & The Acre by Farm Fresh
📅 17–18 Januari 2026
Telah berlangsung lawatan akademik ke Zahara Garden dan The Acre by Farm Fresh pada 17 hingga 18 Januari 2026 bagi memberi pendedahan kepada pelajar terhadap aplikasi sebenar dalam sektor pertanian moden. Lawatan ini merangkumi pemerhatian terhadap struktur ladang (farm structural), susun atur kemudahan, sistem operasi ladang serta integrasi teknologi dalam aktiviti pertanian.
Sepanjang lawatan, para peserta berpeluang mempelajari peranan reka bentuk dan struktur ladang dalam meningkatkan kecekapan pengurusan, aliran kerja, keselamatan serta produktiviti operasi pertanian. Pendedahan ini membantu mengukuhkan kefahaman teori yang dipelajari di dalam bilik kuliah melalui pemerhatian dan pembelajaran secara langsung.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Zahara Garden dan The Acre by Farm Fresh atas kerjasama serta perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat.
22/01/2026
Jom sertai kami di Program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pertanian dengan Kepujian UR6524003, Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Mekanikal (FKTM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
18/11/2025
✨ PELUANG SAMBUNG PENGAJIAN DI PERINGKAT IJAZAH SARJANA (MSc)✨
Saya sedang mencari calon Ijazah Sarjana (MSc) (Penyelidikan) untuk tajuk:
“Effects of Skin Ply and Core Design on PALF-Mycelium Composites for Thermal-Acoustic Panels”
📚 Bidang: Bio-composite/ Advanced Materials
📚 Kelayakan: CGPA 2.75 (Ijazah Kejuruteraan)
💰 Elaun bulanan: RM2,300
⏳ Tempoh: 2 tahun
Kepada yang berminat untuk meneruskan pengajian boleh hubungi saya (Dr. Rabani - +6013-3189760 @ [email protected]) untuk maklumat lanjut.
14/11/2025
14 November 2025 | Dana Penyelidikan
Sekalung tahniah Dr Mohd Khairul Rabani Hashim dan penyelidik bersama Dr. Zainal Abidin Arsat, Dr Muhammad Nur Aiman Uda dan Ts. Dr. Fadhilnor Abdullah dari Program Kejuruteraan Pertanian, Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Mekanikal, UniMAP di atas penerimaan dana penyelidikan yang berjumlah RM 27,300.00.
14/11/2025
7 November 2025 | Dana Penyelidikan
Sekalung tahniah diucapkan kepada Dr. Mohd Khairul Rabani Hashim dari Program Kejuruteraan Pertanian, Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Mekanikal, UniMAP di atas penerimaan Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) 2025 berjumlah RM 75,470.00.
06/11/2025
🌟Dari Perlis sampai ke Sabah🌟
Misi team promosi kali ini menjelajah ke Sandakan Sabah untuk memperkenalkan program Kejuruteraan Pertanian & Teknologi Kejuruteraan Sistem Pertanian kepada warga Politeknik Sandakan Sabah 🤩
Jom pilih UniMAP!!
05/10/2025
Welcome to all new and returning students of Agricultural Engineering Students Academic Session 2025/2026.
Good luck and all the best !!