Armada Bersatu Permatang Pauh

Directions

Armada Bersatu Permatang Pauh Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Armada Bersatu Permatang Pauh, Political organisation, Permatang Pauh.

25/09/2026
19/09/2026
17/07/2026
KENYATAAN MEDIA YB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN MENJAWAB TUDUHAN PALSU
17/07/2026

KENYATAAN MEDIA YB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN MENJAWAB TUDUHAN PALSU

Saya kesal dengan tohmahan Tan Sri Annuar Musa terhadap BERSATU.

BERSATU tidak mufarakah (berpisah) secara sukarela dari Perikatan Nasional.

BERSATU yang mengasaskan Perikatan Nasional dan BERSATU masih parti anggota Perikatan Nasional yang sah.

Tetapi hak-hak BERSATU sebagai parti anggota dan parti pengasas Perikatan Nasional telah dinafikan.

Rundingan kerusi pilihan raya dengan BERSATU tidak diteruskan. Malah ia sengaja dihentikan dengan alasan yang tidak munasabah.

BERSATU juga tidak dijemput menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi Perikatan Nasional yang memuktamadkan pembahagian kerusi parti-parti anggota Perikatan Nasional.

Jadi, mengapa BERSATU dituduh bertindak mendahului keputusan mesyuarat jika mesyuaratpun tidak dijemput?

Mengenai rundingan dengan BN, Pengerusi Perikatan Nasional mengakui beliau memberi kebenaran rundingan dijalankan.

Saya tidak mempersoalkan rundingan. Soalnya ia melibatkan perkara dasar yang sepatutnya dibawa ke Majlis Tertinggi Perikatan Nasional terlebih dahulu.

Sebaliknya, rundingan dibuat tanpa melibatkan semua parti anggota dan tanpa mandat Majlis Tertinggi. Setelah keputusan mengenai kerjasama dibuat barulah dibawa ke Majlis Tertinggi. Ini cara yang songsang.

Sepanjang saya memimpin Perikatan Nasional selama lima tahun saya tidak pernah mengenepikan mana-mana parti anggota dalam proses membuat keputusan Perikatan Nasional, termasuk hal-hal dasar parti dan pembahagian kerusi pilihan raya.

Mesyuarat dan rundingan melibatkan semua parti dan setiap keputusan dibuat secara teratur.

Hari ini, segalanya telah berkecamuk.

Tuduhan Tan Sri Annuar Musa kononnya BERSATU menghalang penyatuan Melayu adalah amat tidak bertanggungjawab.

Saya menubuhkan BERSATU sebagai sebuah parti pribumi Melayu dan perjuangan saya untuk penyatuan Melayu tidak pernah padam.

Malah, pada peringkat awal penubuhan Perikatan Nasional, saya menggagaskan Perikatan Nasional sebagai parti induk yang menggabungkan parti-parti Melayu termasuk UMNO serta parti-parti pelbagai kaum yang lain.

Namun, UMNO menolak untuk menyertai Perikatan Nasional. Malah UMNO tidak mahu menjadi sebahagian daripada parti dalam Kerajaan Perikatan Nasional. Hanya ahli-ahli Parlimen UMNO sahaja yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional.

Ahli-Ahli Parlimen UMNO kemudiannya berkomplot untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional, iaitu sebuah kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu dan parti Melayu.

Hari ini mereka sedang melakukan perkara yang sama kepada Kerajaan Perpaduan yang mereka sendiri tubuhkan bersama-sama Pakatan Harapan.

Oleh kerana Perikatan Nasional yang dipimpin oleh PAS mahu mewujudkan gabungan dengan UMNO, yang masih mempunyai hubungan dengan Pakatan Harapan termasuk DAP, PAS memutuskan hubungan dengan BERSATU dan parti Melayu yang saya pimpin ini diketepikan oleh Perikatan Nasional.

Ini bukanlah penyatuan Melayu yang sebenar. Ini hanyalah penjajaran semula kuasa politik.

Apapun saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Perikatan Nasional.

BERSATU tidak akan menoleh ke belakang lagi. Parti ini akan terus berdiri dan mara ke hadapan menjulang panji-panji perjuangannya demi Malaysia dan seluruh rakyatnya.

TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Presiden
Parti Pribumi Bersatu Malaysia

17 Julai 2026

23/06/2026
03/06/2026
Alhamdulillah 🤍Pagi Aidiladha kali ini, saya pilih untuk solat sunat Aidiladha di Madrasah Nahdatul Hasanah atau kita le...
03/06/2026

Alhamdulillah 🤍

Pagi Aidiladha kali ini, saya pilih untuk solat sunat Aidiladha di Madrasah Nahdatul Hasanah atau kita lebih kenal sebagai Surau Tuna.

Saya membesar di surau ini. Banyak sangat memori di sini. Dari kecil sampai besar, memang surau ni dekat di hati saya.

Tahniah kepada barisan AJK baharu yang dipilih oleh jemaah, diketuai sahabat saya Saudara Saiful. Anak muda yang ada semangat besar untuk terus hidupkan surau kita 🤝

Dalam masa yang sama, terima kasih juga kepada barisan kepimpinan surau sebelum ini yang telah banyak menabur jasa dan bakti kepada Surau Tuna. Banyak usaha dan pengorbanan yang telah dibuat demi menjaga dan mengimarahkan surau ini selama bertahun-tahun. Semoga segala kebaikan mereka dibalas sebaik-baiknya oleh Allah SWT.

Bila Tenggiri Brothers cadang nak buat korban tahun ini, saya terus sokong supaya dibuat di Surau Tuna.

Alhamdulillah, selepas hampir 8 tahun program korban tak dibuat di sini sebab beberapa kekangan, tahun ini surau kita kembali meriah dengan ibadah korban dan semangat gotong-royong.

Seronok tengok ramai anak-anak muda turun padang, sama-sama bantu dan jayakan program. Suasana macam ni yang kita rindu 💙

Tahniah jemaah Surau Tuna dan Tenggiri Brothers!

Semoga Surau Tuna terus hidup dan diimarahkan dengan pelbagai aktiviti yang baik, dan semoga ukhuwah keluarga besar terus kuat sampai bila-bila.

Ameen Ya Rabb 🤲

Address

Permatang Pauh
13500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Armada Bersatu Permatang Pauh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share