PTPTN Kota Damansara

PTPTN Kota Damansara

Share

Sspn i dan sspn i plus serta pinjaman pendidikan

18/06/2021

[PERKHIDMATAN ONLINE PTPTN] Kini segala transaksi bayaran pinjaman PTPTN atau simpanan SSPN lebih mudah dengan Direct Debit PTPTN. Semuanya di hujung jari anda!

Pastikan anda mempunyai 3 perkara ini sebelum menggunakan Direct Debit PTPTN:

1) Mempunyai Akaun Semasa / Simpanan daripada bank-bank yang berdaftar untuk perkhidmatan perbankan elektronik.
2) Mempunyai akaun Pinjaman (Bayaran Balik Pinjaman) / Simpanan (Deposit SSPN-i/ SSPN-i Plus) di PTPTN.
3) Untuk Bayaran Balik Pinjaman, anda perlu mengetahui jenis akaun pinjaman anda sama ada akaun pinjaman Islamik (Ujrah) atau akaun pinjaman Konvensional.

Klik http://bit.ly/DirectDebitPTPTN untuk melakukan transaksi secara Direct Debit PTPTN.

16/06/2021

[MAKLUMAN] Penghantaran dokumen tawaran dan perjanjian PTPTN bagi tarikh kelulusan 7 Mei 2021 dan 8 Jun 2021 dilanjutkan sehingga 14 Julai 2021.

Ini selaras dengan pelanjutan pelaksanaan penutupan sektor penuh sosial dan ekonomi atau 'Total Lockdown' di seluruh negara bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Dokumen perjanjian yang telah lengkap diisi boleh dihantar melalui pos ke Ibu Pejabat PTPTN beralamat di:

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Tingkat Bawah, Menara PTPTN, Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur

Untuk maklumat lanjut:
๐Ÿ“ž: 03-2193 3000 (Careline)
๐Ÿง‘๐Ÿผโ€๐Ÿ’ป: www.ptptn.gov.my (Live chat)
๐ŸŒ: https://eaduan.ptptn.gov.my/ (e-Aduan)
๐Ÿ“ฑ: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) (Sosial media)

15/06/2021

[SSPN-i] Bagi ibu bapa yang ingin mewujudkan dana untuk simpanan pendidikan dan tabung anak, SSPN-i pastinya pilihan yang tepat.

Dengan manfaat perlindungan takaful ini, perbelanjaan pendidikan anak dapat dibayar dengan pampasan wang sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku kepada pendeposit.
Jadi, jom mulakan sekarang simpanan pendidikan anak anda bersama SSPN-i.

Photos from PTPTN Kota Damansara's post 12/06/2021

[HEBAHAN KEMPEN] Kempen Stay Safe & Win SSPN-i 2021

SSPN-i merupakan salah satu skim simpanan yang menjadi pilihan masyarakat Malaysia untuk membuat simpanan.

Selain daripada simpanan patuh syariah dan dijamin Kerajaan, SSPN-i juga menawarkan dividen tahunan yang kompetitif.

Setiap tahun, pelbagai hadiah menarik dan lumayan telah ditawarkan kepada semua pendeposit sebagai tanda penghargaan atas sokongan dan kesetiaan bersama SSPN-i selama ini.

Pada tahun ini, SSPN-i sekali lagi menawarkan hadiah hebat bernilai hampir RM240,000 untuk dimenangi melalui Kempen Stay Safe & Win SSPN-i yang telah dilancarkan pada hari ini.

Syarat-syarat kelayakan menyertai Kempen Stay Safe & Win adalah :

โœ… Terbuka kepada semua pendeposit SSPN-i
โœ… Pendeposit perlu membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen
โœ… Setiap simpanan RM50 yang dibuat akan melayakkan satu (1) cabutan
โœ… Pendeposit perlu membuat pengekalan simpanan selama TIGA (3) BULAN selepas tamat tempoh kempen iaitu bermula Oktober sehingga Disember 2021
โœ… Akaun kekal aktif (akaun tidak ditutup) sehingga tarikh cabutan.

Tempoh kempen adalah bermula dari 1 Jun 2021 sehingga 31 Dec 2021

Jangan lepaskan peluang keemasan ini dan jadilah salah seorang dari bakal pemenang yang kami cari!

Jadi, tunggu apa lagi? Jom โ€œStay Safe & Winโ€œ!

Maklumat lanjut, sila layari :

http://bit.ly/StaySafeWin

*Tertakluk kepada Terma dan Syarat


11/06/2021

[HEBAHAN LIVE] Majlis Pelancaran Kempen Stay Safe & Win SSPN-i 2021

Jom saksikan Majlis Pelancaran Kempen Stay Safe & Win SSPN-i 2021 yang bersiaran secara langsung di FB rasmi PTPTN pada 12 Jun 2021 (Sabtu) jam 10.00 pagi.

Jangan lupa saksikan, ada sesuatu yang ISTIMEWA menanti anda!


11/06/2021

[MAKLUMAN] Permohonan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (PKP 3.0).

PTPTN sentiasa prihatin terhadap peminjam yang terjejas pendapatan ekoran pelaksanaan "Total Lockdown" pada 1 Jun 2021 yang lalu.

Sehubungan dengan itu, peminjam yang layak boleh memohon Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (PKP 3.0) dengan tiga (3) langkah mudah seperti di bawah:

1๏ธโƒฃ Layari www.ptptn.gov.my
2๏ธโƒฃ Isi maklumat yang diperlukan dan hantar
3๏ธโƒฃ Semak e-mel kelulusan

Peminjam yang layak memohon adalah :

โœ… Peminjam yang Terjejas Pendapatan
โœ… Peminjam yang Kehilangan Pendapatan

Tempoh Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (PKP 3.0) adalah selama tiga (3) bulan bermula daripada bulan permohonan penangguhan dibuat.

Anda boleh membuat permohonan di Portal PTPTN mulai 10 Jun 2021 hingga 31 Ogos 2021.

Untuk maklumat lanjut:
๐Ÿ“ž: 03-2193 3000 (Careline)
๐Ÿง‘๐Ÿผโ€๐Ÿ’ป: www.ptptn.gov.my (Live Chat)
๐ŸŒ: https://eaduan.ptptn.gov.my/ (e-Aduan)
๐Ÿง‘๐Ÿผโ€๐Ÿ’ผ: https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn (Eksekutif Pemasaran)
๐Ÿ“ฑ: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) (Sosial Media)

09/06/2021

Tahukah Anda? Pada 8 Jun 2015, SSPN-i Plus telah dilancarkan.

Terima kasih pendeposit SSPN-i Plus. Teruskan kekal bersama dengan kami untuk tahun 2021 dan tahun-tahun mendatang.

07/06/2021

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riโ€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni AlMarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustaโ€™in Billah Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 7 Jun 2021 bersamaan 26 Syawal 1442H.

Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku.

Menjunjung Kasih Tuanku.

Sembah Takzim Daripada Warga PTPTN

Photos from PTPTN Kota Damansara's post 03/06/2021

Kempen Saluran Bayaran Baharu.

Anda tidak boleh pergi ke kaunter? Jangan bimbang, kini kami menawarkan empat (4) saluran baharu bagi bayaran balik pinjaman PTPTN atau membuat penambahan deposit SSPN yang menjanjikan pulangan ganjaran yang berbeza. Anda boleh memilih saluran seperti di bawah:

โœ… Shopee
โœ… kiplePay
โœ… BESTPay
โœ… KelantanPAY

Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Pilihan di tangan anda. Jadi, tunggu apa lagi?

Hanya perlu โ€œClick, Pay & Earnโ€œ

Maklumat lanjut boleh layari www.ptptn.gov.my

*Tertakluk kepada Terma dan Syarat.


Want your business to be the top-listed Government Service in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


PTPTN Cawangan Kota Damansara, No. 21-G, Jalan PJU 5/20E, Kota Damansara
Petaling Jaya
47810

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 12:15
14:45 - 17:00