Armada Bersatu Damansara

Armada Bersatu Damansara

Share

Page Rasmi Pemuda ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia Parlimen P106 Damansara

11/05/2026

πŸ”₯ RAPAT RAKYAT SELANGOR πŸ”₯
Memperkukuh Agenda Peduli Rakyat demi masa depan negeri yang lebih prihatin, progresif dan sejahtera.

πŸ“… 16 Mei 2026 (Sabtu)
πŸ•£ 8:30 Malam
πŸ“ Pangsapuri Cempaka 1 & 2, Seksyen 18, Shah Alam

Ayuh rakyat Selangor bersama-sama hadir menyatakan sokongan dan mendengar aspirasi demi kebajikan rakyat serta masa depan negeri tercinta.

✊ Bersatu β€’ Beramanah β€’ Bermaruah






09/05/2026

Tahniah diucapkan kepada Saudara Na'im Brundage dan Saudara Hafizan Naimman pelantikan sebagai Ketua Armada Bersatu Negeri Selangor & Naib Ketua Armada Bersatu Negeri Selangor.

Semoga amanah yang diberikan dapat digalas dengan penuh integriti, semangat perjuangan dan komitmen demi memperkukuh suara anak muda serta membawa aspirasi rakyat ke arah negeri dan negara yang lebih baik.

Terus maju, terus berkhidmat untuk agama, bangsa dan tanah air.




Photos from Armada Bersatu Malaysia's post 26/04/2026
24/04/2026

Jom jadi sebahagian daripada perjuangan! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Daftar sekarang sebagai ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Damansara dan bersama kita memperkukuh suara demi agama, bangsa & negara.

Bersatu kita kuat, berpecah kita lemah. Ini masa untuk bertindak.

πŸ“² Daftar segera:
https://www.mybersatu.org/userRegister

26/03/2026

KENAIKAN HARGA MINYAK: KERAJAAN HARUS BERI PENJELASAN DAN BERTANGGUNGJAWAB

ARMADA BERSATU Malaysia memandang serius kenaikan harga minyak yang diumumkan Kerajaan berkuatkuasa hari ini, 26 Mac 2026. Kenaikan ini bukan sekadar pelarasan angka, tetapi satu tekanan baharu yang akan terus menghimpit kehidupan harian rakyat.

Hakikatnya, setiap kenaikan harga minyak akan memberi kesan rantaian kepada kos sara hidup β€” daripada harga makanan, pengangkutan, sehinggalah kepada barangan keperluan asas. Situasi ini juga bakal memacu inflasi yang tinggi sekaligus menekan kuasa beli rakyat. Kesannya, golongan B40 dan M40 yang masih bergelut dengan tekanan ekonomi pasca pandemik kini sekali lagi dipaksa menanggung beban yang semakin berat.

Namun, apa yang lebih mengecewakan, setelah pelbagai janji dan hujah Perdana Menteri khususnya berhubung desakan untuk Kerajaan sebelum ini menurunkan harga minyak, Kerajaan Madani sendiri gagal memberi penjelasan yang telus dan meyakinkan berhubung rasional kenaikan ini.

Apakah kenaikan ini semata-mata akibat daripada konflik yang berlaku di Asia Barat ? Bukankah kenaikan harga minyak dunia turut meningkatkan pendapatan negara khususnya menerusi Petronas ? Apakah unjuran pendapatan Petronas sekiranya konflik di Asia Barat berterusan ?

Kerajaan tidak boleh mengharapkan rakyat untuk terus berkorban tanpa memberikan gambaran jelas tentang hala tuju dasar subsidi serta langkah perlindungan yang konkrit.

Rakyat juga bimbang dengan beberapa laporan media yang mendedahkan kuota subsidi RON95 untuk rakyat bakal di kurangkan daripada 300 liter kepada 200 liter. Jika laporan ini benar-benar berlaku, ianya merupakan satu malapetaka buat rakyat.

Selain itu, Kerajaan harus menyediakan pelan yang konstruktif bagi mengawal dan menstabilkan harga diesel yang memberi kesan langsung terhadap rantaian bekalan dan logistik.

Persoalannya, apakah semua ruang penjimatan dalam pengurusan kewangan negara telah diteroka sepenuhnya ? Mengapa rakyat perlu dibebankan terlebih dahulu, sedangkan isu ketirisan dan pembaziran masih belum ditangani secara menyeluruh?

Jelas, pelarasan harga minyak yang berkuatkuasa hari ini membuktikan Kerajaan Madani gagal. Kerajaan harus tampil beri penjelasan segera dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya.

MUHAMMAD HILMAN IDHAM

20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Dalam keindahan Syawal ini, kita semaikan nilai keikhlasan, kesederhanaan dan perpaduan yang menjadi asas kekuatan sebuah bangsa.

Semoga Aidilfitri ini memperbaharui semangat kita untuk terus berkhidmat dengan penuh amanah dan integriti.

Ikhlas daripada

π˜Όπ™π™ˆπ˜Όπ˜Ώπ˜Ό π˜½π™šπ™§π™¨π™–π™©π™ͺ π˜½π™–π™π™–π™œπ™žπ™–π™£ π˜Ώπ™–π™’π™–π™£π™¨π™–π™§π™–

21/02/2026

Kenyataan Media Tan Sri Muhyiddin Yassin | 21 Februari 2026

17/02/2026

GONG XI FA CAI 🧧🐎

Selamat Tahun Baharu Cina 2026 kepada seluruh masyarakat Tionghua di Malaysia khususnya di Negeri Selangor.

Semoga tahun yang baharu ini membawa limpahan rezeki, kesihatan yang baik, kebahagiaan berpanjangan serta kejayaan dalam setiap usaha yang dilaksanakan.

Dalam kepelbagaian budaya dan perayaan, kita terus memperkukuh semangat perpaduan, saling menghormati dan bekerjasama demi kemakmuran negeri dan negara yang kita cintai bersama.

Semoga perayaan ini disambut dengan penuh kegembiraan bersama keluarga dan insan tersayang.

Ikhlas,
Armada Bersatu Negeri Selangor.

11/02/2026

KENYATAAN MEDIA

ARMADA BERSATU SELANGOR TEGAS SOKONG KEPIMPINAN TAN SRI PRESIDEN,
TOLAK ANASIR KOTOR GUGAT KESTABILAN PARTI

Armada Bersatu Selangor dengan ini menzahirkan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Presiden Pengasas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang kekal sebagai tunjang kekuatan dan kestabilan parti ketika berdepan cabaran politik semasa.

Kami memandang serius kewujudan percaturan dalaman yang semakin berani mencabar kepimpinan parti melalui tekanan terbuka, permainan persepsi serta gerakan terancang yang bersifat memecah-belahkan. Tindakan seperti ini jelas tidak lahir daripada semangat perjuangan parti, sebaliknya mencerminkan kewujudan anasir berkepentingan yang sanggup menggugat kestabilan Bersatu dari dalam demi agenda peribadi dan kelompok tertentu.

Sehubungan itu, kami berdiri teguh di belakang kepimpinan Tan Sri Presiden dan mendesak agar Lembaga Disiplin parti bertindak lebih tegas, telus dan tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang terbukti terlibat dalam usaha menggugat kestabilan parti.

Armada Bersatu Selangor juga percaya bahawa kekuatan Bersatu terletak pada kesetiaan, disiplin dan perpaduan, bukannya percaturan dalaman yang melemahkan perjuangan. Perjuangan ini milik semua ahli, bukan alat mana-mana kelompok.

AFIQ NARDIN
11 FEBUARI 2025

01/01/2026

2025 berlalu dengan seribu cerita, s**a dan duka, manis dan masam yang semestinya itu semua mematangkan kita.

Bagi Armada Bersatu Selangor, tahun baharu ini kami sambut dengan semangat yang lebih segar iaitu untuk terus bersama anak muda dan masyarakat, saling membantu, saling mendengar, dan saling menguatkan antara satu sama lain.

Semoga 2026 menjadi tahun yang baik buat semua, dipermudahkan urusan, dilimpahkan rezeki, dan diberikan kesihatan yang berpanjangan.

Ikhlas daripada,
Armada Bersatu Selangor

Want your business to be the top-listed Government Service in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Tingkat 1. 21-1 Jalan Cempaka SD 12/D, PJU 9 Bandar Sri Damansara
Petaling Jaya
52200