PJ ECO Recycling PLAZA

Directions Website

PJ ECO Recycling PLAZA One stop learning center for recycling and drop-off station to archive zero waste in Petaling Jaya towards 2030.

β™»οΈπŸŒΏ JOM MERIAHKAN HARI KITAR SEMULA BUILDS 2026 DI PJ ECO RECYCLING PLAZA! πŸŒΏβ™»οΈMajlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mela...
21/10/2026

β™»οΈπŸŒΏ JOM MERIAHKAN HARI KITAR SEMULA BUILDS 2026 DI PJ ECO RECYCLING PLAZA! πŸŒΏβ™»οΈ

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melalui PJ Eco Recycling Plaza terus komited dalam memperkukuh usaha kelestarian alam sekitar menerusi kerjasama bersama BUILDS, platform tanggungjawab sosial korporat YTL Cement, bagi menjayakan Hari Kitar Semula BUILDS 2026.

Inisiatif ini merupakan usaha bersama untuk menggalakkan amalan kitar semula, mengurangkan penghantaran sisa ke tapak pelupusan serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pengurusan sisa yang lebih mampan.

Bagi tahun 2026, BUILDS menyasarkan kutipan sebanyak 50,000 kg bahan kitar semula. Ayuh, bersama-sama menyokong inisiatif ini demi mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, hijau dan lestari! πŸ’ͺ♻️

πŸ“… Tarikh: 31 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 9.00 pagi – 1.00 tengah hari
πŸ“ Tempat: PJ Eco Recycling Plaza, Petaling Jaya

♻️ ANTARA BAHAN KITAR SEMULA YANG DITERIMA:

πŸ“„ Produk kertas
🧴 Produk plastik
πŸ₯« Barangan logam
πŸ’» Komponen sisa elektronik (e-waste)
🍾 Produk kaca
πŸ›’οΈ Minyak masak terpakai
πŸͺ‘ Perabot kecil
πŸ‘• Fabrik dan tekstil

🎁 ISTIMEWA UNTUK PENGUNJUNG!

Bawa bahan kitar semula anda ke program ini dan nikmati sayur-sayuran segar secara percuma sebagai tanda penghargaan atas sokongan anda terhadap usaha pemeliharaan alam sekitar. 🌱πŸ₯¬

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan budaya kitar semula dan menjadikan amalan pengurusan sisa sebagai sebahagian daripada gaya hidup seharian.
Jom ajak keluarga dan rakan-rakan memeriahkan program ini sambil bersama-sama menjadikan Petaling Jaya lebih hijau, sihat dan lestari!







20 Oktober 2026 Lawatan Rasmi ke PJ Eco Recycling Plaza Kami menerima kunjungan daripada uitm seri iskandar Seramai 6 or...
20/10/2026

20 Oktober 2026 Lawatan Rasmi ke PJ Eco Recycling Plaza Kami menerima kunjungan daripada uitm seri iskandar Seramai 6 orang pelawat diiringi bersama En Fadhli, telah menyertai lawatan sambil belajar di PJ Eco Recycling Plaza. Para peserta telah diberi pendedahan mengenai amalan kitar semula, kreativiti serta kepentingan menjaga alam sekitar. Terima kasih diucapkan kepada syarikat pasarana kerana memilih PJ Eco Recycling Plaza sebagai destinasi pembelajaran.
Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi langkah kecil ke arah Ekonomi Kitaran (Circular Economy) yang lebih lestari untuk generasi akan datang.





15 Oktober 2026 – PJ Eco Recycling Plaza menerima kunjungan daripada Tadika Eko ceria yang terdiri daripada 19 orang pel...
16/10/2026

15 Oktober 2026 – PJ Eco Recycling Plaza menerima kunjungan daripada Tadika Eko ceria yang terdiri daripada 19 orang pelajar Dan 4 pengajar sempena Lawatan Sambil Belajar. dan Lawatan ini turut diiringi oleh, En Fadhli Shah. dan bersama rakan strategik Hara makers, Impactlution, mengadakan aktiviti Ecobriks PJ Eco Recycling Plaza merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas pemilihan plaza ini sebagai salah satu destinasi pembelajaran berkaitan pengurusan kitar semula dan kelestarian alam sekitar. Semoga perkongsian ilmu sepanjang lawatan ini dapat dimanfaatkan dalam usaha ke arah (Circular Economy).




5-Okt-2026 Majlis Perpisahan🌷 SETULUS KASIH, SEINDAH MEMORI 🌷Majlis PerpisahanPuan Nur Wahidah binti ZakariaPenolong Pen...
06/10/2026

5-Okt-2026 Majlis Perpisahan🌷 SETULUS KASIH, SEINDAH MEMORI 🌷

Majlis Perpisahan
Puan Nur Wahidah binti Zakaria
Penolong Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal
dan Pembersihan Awam.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, namun setiap kenangan yang tercipta akan sentiasa terpahat dalam ingatan.
Setulus kasih dan penghargaan buat Puan Nur Wahidah binti Zakaria, atas segala jasa, dedikasi, komitmen serta sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang bersama Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam.
Segala tunjuk ajar, bimbingan, kerjasama, keceriaan dan kenangan yang tercipta bersama akan sentiasa menjadi memori indah buat seluruh warga jabatan.
Teruskan melangkah, teruskan berbakti.
Semoga Puan sentiasa dipermudahkan dalam setiap urusan, terus cemerlang dalam kerjaya dan dikurniakan kejayaan yang berpanjangan di tempat baharu.
Selamat bertugas di jabatan baharu, Puan Nur Wahidah.
Semoga terus maju jaya dan sentiasa sukses dalam setiap langkah.
Jasa dikenang, kenangan disimpan, persahabatan kekal dalam ingatan.
Ikhlas daripada Warga Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam.



2/10/2026- PJ Eco Recycling Plaza telah menerima pelawat daripada Tadika littleland kindergarten seramai 100 pelawat. Te...
06/10/2026

2/10/2026- PJ Eco Recycling Plaza telah menerima pelawat daripada Tadika littleland kindergarten seramai 100 pelawat. Telah mengadakan lawatan sambil belajar. Bersama diiringi oleh En Fadhli pihak PJ Eco Recycling Plaza mengucapkan jutaan terima kasih kerana memilih PJ Eco Recycling plaza sebagai salah satu tempat untuk melawat dan pembelajaran mengenali kitar semula. Semoga perkongsian di lawatan ini dapat dimanfaatkan ke arah Circular Economy.




2 Oktober 2026 Lawatan Rasmi ke PJ Eco Recycling PlazaKami menerima kunjungan daripada syarikat Pasarana. Seramai 6 oran...
06/10/2026

2 Oktober 2026 Lawatan Rasmi ke PJ Eco Recycling Plaza
Kami menerima kunjungan daripada syarikat Pasarana. Seramai 6 orang pelawat diiringi bersama .ecobrickmy En Faisal, telah menyertai lawatan sambil belajar di PJ Eco Recycling Plaza.
Para peserta telah diberi pendedahan mengenai amalan kitar semula, kreativiti serta kepentingan menjaga alam sekitar. Terima kasih diucapkan kepada syarikat pasarana kerana memilih PJ Eco Recycling Plaza sebagai destinasi pembelajaran.
Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi langkah kecil ke arah Ekonomi Kitaran (Circular Economy) yang lebih lestari untuk generasi akan datang.





06/10/2026

β™»οΈπŸ’» πŠπˆπ“π€π‘ π’π„πŒπ”π‹π€ 𝐄-𝐖𝐀𝐒𝐓𝐄 & πƒπ€ππ€π“πŠπ€π 𝐖𝐀𝐍𝐆 π“π”ππ€πˆ! πŸ’΅πŸ“±

Ada barangan elektronik terpakai yang sudah rosak atau tidak digunakan? Jangan buang begitu saja! Bawanya ke 𝐏𝐉 π„π‚πŽ π‘π„π‚π˜π‚π‹πˆππ† 𝐏𝐋𝐀𝐙𝐀 dan dapatkan ganjaran wang tunai!πŸ’°

πŸ“ Lokasi: PJ Eco Recycling Plaza
πŸ•₯ Masa: 10:30 pagi – 3:00 petang
πŸ“… Tarikh: Setiap Ahad minggu kedua setiap bulan

♻️ Antara barangan E-Waste yang diterima:

βœ… Barangan yang diterima:
1. Desktop / Laptop
2. Periuk Nasi / Penyedut Habuk
3. Monitor Skrin Rata / TV Skrin Rata
4. Projektor
5. Tablet
6. Telefon Pintar / Telefon Bimbit
7. Pencetak
8. Bateri / Bank Kuasa (⚠️ Tiada ganjaran wang)

πŸ“£ Jom bersama kami πŸ“£ Rebut peluang untuk menyumbang kepada kelestarian alam sekitar sambil menjana pendapatan daripada barangan lama anda.






RecycleAndReward
Ewaste2Cash

02/10/2026
26 September 2026 - TERIMA KASIH & SYABAS! ♻️Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta, u...
30/09/2026

26 September 2026 - TERIMA KASIH & SYABAS! ♻️
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta, urus setia serta para pengunjung yang telah hadir dan bersama-sama memeriahkan Program Kitar Semula Projek CAREton Bersama MBPJ Tahun 2026 (Siri 2) di PJ Eco Recycling Plaza.

Kehadiran dan sokongan anda semua dalam mengumpulkan serta mengitar semula kotak minuman terpakai amat kami hargai. πŸ™Œ

Terima kasih kerana bersama-sama menjadikan amalan kitar semula sebagai sebahagian daripada gaya hidup demi alam sekitar yang lebih bersih, hijau dan mampan. πŸŒ±β™»οΈ

Jumlah (kotak minuman Tetra Pak) dikumpulkan: 3,200 kotak minuman & 96kg

Jom teruskan amalan kitar semula!






PJBandarPalingBahagiaDanMampan

25 September 2026 Lawatan Rasmi ke PJ Eco Recycling PlazaKami menerima kunjungan daripada Air Selangor sempena CXD Learn...
25/09/2026

25 September 2026 Lawatan Rasmi ke PJ Eco Recycling Plaza

Kami menerima kunjungan daripada Air Selangor sempena CXD Learning Day – September 2026. Seramai 30 orang pegawai telah menyertai lawatan sambil belajar di PJ Eco Recycling Plaza.

Para peserta telah diberi pendedahan mengenai amalan kitar semula, kreativiti serta kepentingan menjaga alam sekitar. Terima kasih diucapkan kepada Air Selangor kerana memilih PJ Eco Recycling Plaza sebagai destinasi pembelajaran.

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi langkah kecil ke arah Ekonomi Kitaran (Circular Economy) yang lebih lestari untuk generasi akan datang.





Address

Jalan Ss8/39
Petaling Jaya
47300

Opening Hours

Tuesday 09:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 16:30
Friday 09:00 - 16:30
Saturday 09:00 - 16:30
Sunday 09:00 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PJ ECO Recycling PLAZA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share