20/04/2026
INISIATIF JIWA MURNI PDRM BERSAMA MASYARAKAT BALAI POLIS LTSAAS, IPD PETALING JAYA SELANGOR
IPD PETALING JAYA, 20 April 2026, jam lebih kurang 05.30 petang - Kpl Khairil izudin, bersama L/Kpl Lemual tugas RCJ MPV SL 763 Sektor Balai Polis LTSAAS telah memberi bantuan awal kepada 1/P Melayu yang menghadapi masalah mati enjin kereta setelah mengharungi kawasan yang dinaiki air setelah hujan lebat di Jalan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Selangor menyebabkan kesesakan lalulintas, Bertindak atas faktor keselamatan dan nilai empati yang tinggi, kedua-dua anggota segera menghulurkan bantuan dengan menolak kenderaan tersebut ke lokasi yang lebih selamat, sekali gus membantu melancarkan aliran trafik di kawasan berkenaan.
Tindakan terpuji ini bukan sahaja mencerminkan semangat kemanusiaan dan profesionalisme tinggi dalam kalangan warga Polis Diraja Malaysia, malah menjadi contoh teladan kepada masyarakat tentang erti sebenar khidmat untuk rakyat.
Terima kasih diucapkan kepada anggota yang terlibat.
05/01/2026
Keselamatan Rakyat, Keselesaan Diutamakan
Kementerian Dalam Negeri melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa mengimbangi keperluan penguatkuasaan undang-undang dengan keselesaan pengguna jalan raya. Sekiranya berlaku kesesakan lalu lintas, pelaksanaan Sekatan Jalan Raya akan diselaras atau dihentikan sementara bagi memastikan kebajikan rakyat terus diutamakan tanpa menjejaskan aspek keselamatan awam.
Pendekatan berhemah ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam melaksanakan penguatkuasaan yang responsif, berperikemanusiaan dan berpaksikan kepentingan rakyat.
16/11/2025
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 BALAI POLIS LTSAAS 𝐈𝐏𝐃 𝐏𝐄𝐓𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐘𝐀
Petaling Jaya, 16 November 2025 (Ahad) - Wakil Ketua Polis Balai LTSAAS Sarjan Ahmad Irwan bersama anggota telah meluangkan masa bagi menziarahi anggota Lans Koperal Faisal Amir Bin Yusriza yang mengalami Cacar Air ( Chicken Pox).
Lawatan ini sebagai tanda keprihatinan PDRM kepada beliau untuk memberi sokongan moral selain memastikan aspek kebajikan terus terpelihara.
Kami dari warga Balai Polis LTSAAS IPD Petaling Jaya mendoakan semoga anggota Lans Koperal Faisal Amir Bin Yusriza diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.
02/11/2025
HEBAHAN: KEMPEN PENGURANGAN BAYARAN SAMAN TRAFIK SEBANYAK 70%
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik akan melaksanakan kempen pengurangan bayaran saman sebanyak 70% bermula 1 November hingga 30 Disember 2025.
Ikuti infografik yang disediakan sebagai panduan.
Sumber FB : Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM
02/11/2025
KETAGIHAN PERMAINAN DALAM TALIAN. KAWAL SEBELUM PARAH!
Ketagihan permainan dalam talian boleh menjejaskan tumpuan, prestasi dan masa depan pelajar. Gunakan masa terluang untuk menimba ilmu, bukan mengejar skor permainan.
Ikuti infografik yang disediakan sebagai panduan bersama. Ingat, pelajar yang bijak mengurus masa dan cemerlang dalam pelajaran adalah juara sebenar! 🧠🏆
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://X.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
https://www.tiktok.com/
#01112025
19/10/2025
𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇 𝐉𝐄𝐍𝐀𝐘𝐀𝐇
Musim perayaan kembali lagi! Kepada semua yang bakal pulang ke kampung halaman, pastikan keselamatan rumah anda terjamin.
🚓 Jangan lupa isi borang balik kampung melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) sebelum bertolak!
Langkah mudah ini membantu pihak polis membuat rondaan serta memastikan rumah anda dalam keadaan selamat semasa anda bercuti.
✅ Muat turun aplikasi VSP di telefon pintar anda.
✅ Isi maklumat balik kampung dengan lengkap.
✅ Nikmati perjalanan pulang dengan tenang.
PDRM mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada semua yang meraikan.
Semoga perjalanan anda selamat dan perayaan kali ini membawa sinar kegembiraan! 🌟
19/10/2025
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐃𝐄𝐄𝐏𝐀𝐕𝐀𝐋𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓
YDH Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin bin Mamat bersama YDH Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supt. M.Hussin Sollehuddin bin Zolkifly serta warga kerja Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada yang beragama Hindu serta seluruh warga PDRM dan rakyat Malaysia yang meraikannya.
"𝘚𝘦𝘮𝘰𝘨𝘢 𝘗𝘦𝘳𝘢𝘺𝘢𝘢𝘯 𝘪𝘯𝘪 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘢𝘸𝘢 𝘴𝘪𝘯𝘢𝘳 𝘤𝘢𝘩𝘢𝘺𝘢 𝘬𝘦𝘨𝘦𝘮𝘣𝘪𝘳𝘢𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘣𝘢𝘩𝘢𝘨𝘪𝘢𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘴𝘦𝘮𝘶𝘢".
Keselamatan Anda Tetap Di Hati Kami..