Pemuda Perikatan Nasional Petaling Jaya - P105

Pemuda Perikatan Nasional Petaling Jaya - P105

Share

Perikatan Nasional untuk semua

29/11/2023
03/08/2023

[MAJLIS PELANCARAN TAWARAN PERIKATAN NASIONAL NEGERI SELANGOR]

Saksikan pelancaran tawaran manifesto Perikatan Nasional yang ditunggu-tunggu.

๐Ÿ—“ : 4 Ogos 2023 (Jumaat)
โณ : 08:00 malam
๐Ÿ› : Ballroom, Doubletree Hilton, Seksyen 7, Shah Alam

Rakyat perlukan masa hadapan yang lebih baik, dan penyelesaian itu ada pada Perikatan Nasional.



01/08/2023

Saya membayangkan masa hadapan yang mengujakan untuk kita semua di Taman Medan. Bagaimanapun, untuk mencapai impian itu, saya perlukan anda!

Memperkasakan EKONOMI Tempatan,
Memperkasa PENDIDIKAN,
Meningkatkan Penjagaan KESIHATAN,
Meningkatkan KUALITI HIDUP,
Kepentingan KESELAMATAN
adalah menjadi keutamaan dalam perubahan yang akan saya bawakan. Ini visi dan aspirasi saya.

Bersama kita akan berusaha kuat demi memberikan yang terbaik dan melindungi anak2 serta mereka yang tersayang


Taman Medan, kita bangkit!
Pada 12 Ogos 2023 ini , berjalanlah seiringan dengan saya;
Calon No.2 Dun
N.33 Taman Medan
Perikatan Nasional.




28/07/2023

Alhamdulillah, makluman kepada semua warga Taman Medan. Insyallah, hari ini YB Dato' Seri Dr Shahidan Kasim akan bersama-sama menghadiri program di Taman Medan.

3.00 petang : Sesi Ramah Mesra bersama Warga Taman Medan di Restoran Nur Balqis, Taman Medan Maju Jaya

4.45 petang : Solat Asar di Masjid Jumhuriyah, PJS 2/3

5.00 petang : Walkabout Pasar Malam PJS 2




23/07/2023

ุฅูู†ู‘ูŽุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽู€ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนูˆู†ูŽ

โ€ŽุงูŽู„ู„ู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุบู’ููุฑู’ู„ูŽู‡ ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ ูˆูŽุนูŽุงููู‡ ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡

โ€œAllahhummaghfir lahu warhamhu wa'aafihi wa'fuanhu.

Ya Allah ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya.

Dari Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali.

Al Fatihah.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Datuk Seri Salahuddin Ayub

Ikhlas dari Pemuda Perikatan Nasional Petaling Jaya - P105

Photos from Pemuda Perikatan Nasional Petaling Jaya - P105's post 22/06/2023
Photos from Pemuda Perikatan Nasional Petaling Jaya - P105's post 11/06/2023

JOM ANAK MUDA KITA KONVOI...

21/03/2023

KENYATAAN MEDIA

1. Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Perikatan Nasional pada 20 Mac 2023 telah dipengerusikan Pengerusi Perikatan Nasional, YB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin dan dihadiri YB Tan Sri Datoโ€™ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang, Presiden PAS, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau, Presiden Gerakan dan semua wakil parti-parti anggota.

2. Majlis Tertinggi telah membuat keputusan menolak permohonan kemasukan parti Pejuang Tanahair ke Perikatan Nasional.

3. Majlis Tertinggi Perikatan Nasional juga membuat ketetapan mengekalkan penggunaan lambang Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Kedah, Selangor, Pulau Pinang serta Negeri Sembilan dan menggunakan lambang parti PAS di Kelantan serta Terengganu. Majlis Tertinggi turut mengarahkan jentera pilihan raya di enam negeri tersebut agar memperkukuhkan persiapan dan kesiapsiagaan di tahap tertinggi.

4. Majlis Tertinggi Perikatan Nasional juga mengumumkan pelantikan-pelantikan berikut: โ€“

- YAB Datoโ€™ Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional.

- YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Perikatan Nasional Negeri Sabah.

- YB Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Perikatan Nasional Wilayah Persekutuan.

5. Turut diputuskan ialah pelantikan Tuan Mohamad Siddiq bin Mohd Azani dan Tuan Muhd Khidir bin Izaidin sebagai Penolong Setiausaha Eksekutif Perikatan Nasional.

DATO' SERI HAMZAH ZAINUDIN
Setiausaha Agung
Parti Perikatan Nasional
Kuala Lumpur, 21 Mac 2023

12/02/2023

PH Jangan Hina Penjawat Awam

Saya membaca tulisan P Ramasamy bertajuk "Ossified public service badly in need of reform". Dalam ayat mudahnya Ramasamy berkata perkhidmatan awam Malaysia telah lapuk atau tepu dan amat-amat perlu direformasikan.

Tulisan P Ramasamy mengaitkan bahawa jumlah kakitangan awam yang terlalu ramai dan didominasi oleh orang Melayu adalah punca yang menyebabkan perkhidmatan awam menjadi lapuk atau tepu. Beliau seterusnya mendesak supaya โ€œdominasi Melayuโ€ dalam perkhidmatan awam dihentikan.

Jadi hujah P Ramasamy ialah: perkhidmatan awam telah lapuk atau tepu --- puncanya kerana perkhidmatan awam didominasi oleh orang Melayu -- penyelesaiannya ialah untuk kerajaan PH pimpinan DS Anwar Ibrahim pecahkan dominasi tersebut.

Ini satu penghinaan kepada perkhidmatan awam dan orang Melayu!

Namun, saya tidak terkejut dengan kenyataan P Ramasamy. Itulah suara hati DAP yang kita tahu amat alergik kepada sesuatu yang didominasi oleh orang Melayu. Apabila DAP menguasai kerajaan, sudah tentulah usaha untuk memecahkan dominasi ini menjadi tumpuan utama mereka.
Perjuangan rasisme atau perkauman melampau sebegini jika tidak dibentung boleh menghancurkan masa depan tanah air yang tercinta ini.

Walaupun DAP cuba menunjukkan kononnya mereka bersemangat Malaysia dan menghormati masyarakat pelbagai kaum, sikap rasis itu ternyata masih amat tebal dalam diri mereka.

Adakah perkhidmatan awam di Malaysia menindas kaum bukan Melayu? Saya fikir kalau benar begitu, P Ramasamy pun tak boleh jadi Professor di UKM kerana UKM โ€œdidominasiโ€ oleh orang Melayu. Selain P Ramasamy, ramai juga Professor bukan Melayu di UKM, iaitu sebuah universiti yang ditubuhkan atas semangat kebangsaan Melayu.

Begitu juga di kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang lain. Ramai pegawai bukan Melayu diterima masuk dalam perkhidmatan awam dan dinaikkan pangkat atas merit serta kecemerlangan perkhidmatan mereka. Ada yang jadi KSU, TKSU, Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah. Ada juga yang menjadi SME dalam bidang kepakaran masing-masing. Ini bukan perkara baharu.

Sekarang P Ramasamy mahu kerajaan campuran PH-BN ini melakukan reformasi dalam perkhidmatan awam. Kita tahu reformasi bagi DAP hanyalah istilah untuk menghalalkan rombakan besar-besaran kepada asas-asas kenegaraan dan perlembagaan negara yang telah sekian lama menjadi pasak yang mengekalkan keharmonian Malaysia sebagai sebuah negara majmuk.

Seperti yang dijangka, DS Anwar Ibrahim tentunya tidak akan "reprimand" P Ramasamy. Kata beliau sepertimana yang dipetik Malaysiakini, "Tapi kita jangan melarang orang bercakap, memberi pandangan. Boleh (beri pandangan) tapi ia tidak mempengaruhi keputusan DAP dan tidak mempengaruhi keputusan kerajaan,".

Perdana Menteri tentunya sukar untuk berkeras dengan DAP kerana parti tersebut mempunyai jumlah kerusi terbesar dalam kerajaan campuran PH-BN. Keberadaan DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri adalah atas ihsan DAP. Maka untuk kekal sebagai Perdana Menteri, hubungan dengan DAP serta aspirasi parti itu mestilah diberi keutamaan.

Cuba bayangkan sekiranya perkara yang menyentuh kaum lain disentuh oleh pemimpin Perikatan Nasional, tentulah berduyun-duyun pemimpin gabungan PH-BN akan menuduh Perikatan sebagai rasis. Tapi bila Abang Besar DAP bersuara yang jelas bersikap perkauman, tiada p**a yang kata Abang Besar ini rasis!

Cuma saya nak cakap, kita boleh baca โ€œgrand designโ€ kerajaan PH yang di dalamnya ada DAP ini.

Sekilas ikan di air, kita tahu jantan betinanya!

DRJ
Putrajaya
12 Feb 2023

Want your business to be the top-listed Government Service in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Petaling Jaya