Balai Polis Sri Damansara

Balai Polis Sri Damansara

Share

Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada

28/06/2023

SALAM AIDILADHA TAHUN 2023

ASP Mohd Nasir bin Mustapha, Ketua Polis Balai Kota Damansara dan isteri mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh Warga Kerja Balai Polis Kota Damansara dan semua umat Islam yang merayakannya.

25/06/2023

TANGKAPAN (1) LELAKI & (1) PEREMPUAN TEMPATAN YANG DISYAKI MENDATANGKAN KECEDERAAN KE ATAS AYAH MENGGUNAKAN TOPI KALEDAR DAN BATANG PENYAPU

Petaling Jaya, 25 Jun 2023 (Ahad) - Bertindak atas maklumat, Task Force Balai Polis Kota Damansara yang diketuai oleh Ketua Polis Balai telah membuat tangkapan terhadap (1) Lelaki dan (1) Perempuan tempatan yang mendatangkan kecederaan dengan sengaja ke atas ayah dengan menggunakan topi kaledar dan batang penyapu di Damansara Damai pada petang tadi.

Rampasan telah dibuat yang dipercayai alat yang digunapakai oleh saspek semasa kejadian. Tangkapan dan rampasan dijalankan bagi siasatan kes Seksyen 323 Kanun Keseksaan.


Photos from Balai Polis Sri Damansara's post 23/06/2023

PERJUMPAAN PDRM BERSAMA MASYARAKAT

Petaling Jaya, 23 Jun 2023 (Jumaat) - Ketua Polis Balai Kota Damansara ASP Mohd Nasir bin Mustapha mengadakan satu perjumpaan dan sesi dialog bersama Ahli Jawatankuasa Persatuan Pasar Malam Damansara Damai di tapak pasar malam Damansara Damai pada malam semalam.

Kehadiran PDRM turut menyantuni masyarakat setempat bagi bersuai kenal dan dapat memberi pendedahan berkaitan jenayah terkini serta dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak PDRM bersama masyarakat.


Photos from Balai Polis Sri Damansara's post 17/06/2023

𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐃𝐑𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓

PETALING JAYA, 16 Jun 2023 (Jumaat) - Balai Polis Kota Damansara telah mengadakan satu perjumpaan dan sesi dialog bersama Penduduk Apartment Permai Damansara Damai, bertempat di Dewan Penduduk Apartment Permai, Damansara Damai pada malam semalam.

Sesi perjumpaan ini diadakan bagi memberi pendedahan berkaitan indeks jenayah yang berlaku di kawasan itu serta memberi pendedahan faktor berlakunya jenayah. Selain itu, perjumpaan ini adalah salah satu inisiatif pihak polis dalam menjalinkan kerjasama dalam bersama-sama mencegah kejadian jenayah daripada terus berlaku.

Perjumpaan ini dihadiri oleh Sarjan Mejar Kharuddin Bin Abd Majid dari Balai Polis (K) Sri Damansara bersama anggota sektor dan Sarjan Ahmad Rosni Bin Mat Radzi, wakil Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Petaling Jaya (D4).

𝗞𝗲𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗔𝗻𝗱𝗮 𝗧𝗲𝘁𝗮𝗽 𝗗𝗶𝗵𝗮𝘁𝗶 𝗞𝗮𝗺𝗶..


Photos from Balai Polis Sri Damansara's post 14/06/2023

𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐃𝐑𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓

PETALING JAYA, 14 Jun 2023 (Rabu) - Wakil PDRM daripada Balai Polis Kota Damansara, Sarjan Mejar Kharuddin bin Abd Majid mengadakan satu perjumpaan dan sesi dialog kempen keselamatan jenayah buli bersama Pengetua, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Guru Disiplin Sekolah Antarabangsa Sri Bestari bertempat di Dewan Tarian Sekolah Antarabangsa Sri Bestari Bandar Sri Damansara.

Sesi perjumpaan ini diadakan untuk menyampaikan maklumat berkaitan keselamatan dan menangani masalah buli dikalangan pelajar serta mewujudkan komunikasi dua hala yang baik antara PDRM dan pihak sekolah.

𝗞𝗲𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗔𝗻𝗱𝗮 𝗧𝗲𝘁𝗮𝗽 𝗗𝗶𝗵𝗮𝘁𝗶 𝗞𝗮𝗺𝗶..


Photos from Polis Daerah Petaling Jaya's post 11/06/2023

𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐋𝐔𝐋𝐈𝐍𝐓𝐀𝐒 𝐎𝐏 𝐒𝐀𝐌𝐒𝐄𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 (𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐍) 𝐃𝐀𝐍 𝐎𝐏 𝐀𝐋𝐊𝐎𝐇𝐎𝐋 𝐁𝐒𝐏𝐓𝐃 𝐏𝐄𝐓𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐘𝐀

PETALING JAYA, 11 Jun 2023 (Ahad) - Pada 9,10 dan 11 Jun 2023 bertempat di kawasan aduan awam,
Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Petaling Jaya diketuai DSP Mohd Ayob Bin Abu (KBSPT) dengan kekuatan seramai 2 pegawai dan 12 anggota telah menjalankan Operasi Penguatkuasaan lalulintas Op Samseng Jalanan, Op Alkohol dan Pencegahan Jenayah di Kawasan Jalan PJU 10/15 Sutera Damansara dan kawasan Sekitarnya. Operasi ini dijalankan disebabkan aduan daripada penduduk sekitar mengenai gangguan bunyi bising dari motosikal yang diubahsuai hingga menggangu ketenteraman awam.

Dalam operasi ini, BSPT Petaling Jaya telah membuat pemeriksaan keatas 87 buah Motosikal dan seramai 96 individu telah diperiksa.

Pihak BSPT Petaling Jaya juga telah mengeluarkan sejumlah 57 keping saman PDRM (K) 257 atas pelbagai kesalahan lalulintas. Kebanyakan telah melakukan kesalahan tidak memakai Topi Keledar, Tiada lesen memandu, Ubahsuai Struktur kenderaan, tiada cermin sisi pandang belakang, Ubahsuai Ekzos, Tiada Perlindungan Insurans dan LKM tamat tempoh.

Dalam Operasi yang sama juga, 12 buah Motosikal telah disita dibawah Seksyen 64(1) APJ 1987 kerana ubahsuai kenderaan dan lain-lain kesalahan lalulintas manakala Satu tangkapan dibawah Seksyen 42(1) APJ 1987 keatas seorang penunggang motosikal yang melakukan aksi mengangkat tayar hadapan (whelie) hingga membahayakan diri dan pengguna jalanraya yang lain.

Menerusi Operasi Alkohol p**a, Pihak BSPT Petaling Jaya telah berjaya menahan seorang pemandu dibawah Seksyen 45A(1) APJ 1987 kerana memandu dengan pengaruh alkohol melebihi paras yang dibenarkan.

Operasi-operasi ini akan dilaksana secara berterusan terutama di lokasi aduan awam dan hotspot bagi memastikan pengguna jalanraya mematuhi peraturan Lalulintas yang di tetapkan pihak berkuasa dan seterusnya menjamin kesejahteraan dan ketenteraman masyarakat setempat.
Pihak Polis juga mengingatkan kepada Ibu-Bapa agar sentiasa memantau aktiviti anak-anak di luar rumah agar tidak terbabit dalam salahlaku lalulintas.

Keselamatan Anda dan kesejahteraan Jalanraya Tetap Di Hati Kami..

Friend of Trafik Petaling Jaya


Photos from Balai Polis Sri Damansara's post 10/06/2023

𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐃𝐑𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓

PETALING JAYA, 10 Jun 2023 (Sabtu) - Ketua Polis Balai Kota Damansara ASP Mohd Nasir Bin Mustapha dan Anggota Balai Polis Kota Damansara telah meluangkan masa menerima jemputan Majlis Makan Malam Bersama Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Persiaran Mahogani bertempat di Restoran Group Based Bandar Sri Damansara.

Sesi perjumpaan ini diadakan bagi memberi pendedahan berkaitan indeks jenayah yang berlaku di kawasan itu serta memberi pendedahan faktor berlakunya jenayah. Selain itu, perjumpaan ini adalah salah satu inisiatif pihak polis dalam menjalinkan kerjasama dalam bersama-sama mencegah kejadian jenayah daripada terus berlaku.

𝗞𝗲𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗔𝗻𝗱𝗮 𝗧𝗲𝘁𝗮𝗽 𝗗𝗶𝗵𝗮𝘁𝗶 𝗞𝗮𝗺𝗶..


Photos from Balai Polis Sri Damansara's post 08/06/2023

𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐃𝐑𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓

PETALING JAYA, 8 Jun 2023 (Khamis) - Ketua Polis Balai Kota Damansara ASP Mohd Nasir Bin Mustapha mengadakan satu perjumpaan dan sesi dialog bersama KRT/SRS dan Ketua-Ketua Blok Pangsapuri Sri Meranti, bertempat di Pondok SRS Pangsapuri Sri Meranti, Bandar Sri Damansara.

Sesi perjumpaan ini diadakan bagi memberi pendedahan berkaitan indeks jenayah yang berlaku di kawasan itu serta memberi pendedahan faktor berlakunya jenayah. Selain itu, perjumpaan ini adalah salah satu inisiatif pihak polis dalam menjalinkan kerjasama dalam bersama-sama mencegah kejadian jenayah daripada terus berlaku.

𝗞𝗲𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗔𝗻𝗱𝗮 𝗧𝗲𝘁𝗮𝗽 𝗗𝗶𝗵𝗮𝘁𝗶 𝗞𝗮𝗺𝗶..


Photos from Balai Polis Sri Damansara's post 04/06/2023

MAJLIS KENDURI RAKYAT BERSAMA PEMIMPIN ANJURAN PERSATUAN PENDUDUK RUMAH PANGSA SRI CEMPAKA BANDAR SRI DAMANSARA

Petaling Jaya, 03 Jun (Sabtu) - Pihak PDRM dari Balai Polis (K) Sri Damansara yang diwakili oleh Sarjan Mejar Kharuddin bin Abd Majid dan anggota sektor telah meluangkan masa menerima jemputan ke Majlis Kenduri Rakyat Bersama Pemimpin anjuran Persatuan Penduduk Flat Sri Cempaka, Bandar Sri Damansara.

Kehadiran PDRM turut menyantuni masyarakat setempat bagi bersuai kenal dan dapat memberi pendedahan berkaitan jenayah terkini serta dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak PDRM bersama masyarakat.



Photos from Balai Polis Sri Damansara's post 27/05/2023

JEMPUTAN KE PROGRAM MAJLIS JALINAN MESRA KELUARGA DESA RIANG 2023

Petaling Jaya, 27 Mei 2023 (Sabtu) - Pihak PDRM dari Balai Polis (K) Sri Damansara yang diwakili oleh ASP Mohd Nasir bin Mustapha, Ketua Polis Balai Kota Damansara telah meluangkan masa menerima jemputan ke program Majlis Jalinan Mesra Keluarga Desa Riang 2023 anjuran Jawatankuasa Surau Al-Ubudiyyah Taman Desa Riang, Damansara Damai.

Kehadiran PDRM turut menyantuni masyarakat setempat bagi bersuai kenal dan dapat memberi pendedahan berkaitan jenayah terkini serta dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak PDRM bersama masyarakat.



Photos from Polis Daerah Petaling Jaya's post 22/05/2023
Want your business to be the top-listed Government Service in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Persiaran Margosa Bandar Sri Damansara
Petaling Jaya
52200