AKRAB Jabatan KIMIA Malaysia

AKRAB Jabatan KIMIA Malaysia

Share

Fb page ini diterbitkan khusus untuk mempromosi AKRAB Jabatan Kimia Malaysia

Photos from AKRAB Jabatan KIMIA Malaysia's post 07/01/2025

7 Jan 2024 | Petaling Jaya : En Hairul Nizwan Ab Manap yang juga Pengerusi AKRAB Kimia Malaysia telah menyampaikan Perkongsian Ilmu di Perhimpunan Jabatan Kimia Malaysia untuk sesi 1/2025. Semoga ilmu yang disampaikan memberi manfaat kepada warga Kimia Malaysia.

Dan susulan itu, QR code Jom Borak Santai Bersama
Rakan Akrab Dan Ujian Şaringan Burnout diperkenalkan.

21/12/2024

Welcome 2025!

Terima kasih 2024 🎖️🏅🥇
Selamat datang 2025 🌺🦾

Photos from AKRAB Jabatan KIMIA Malaysia's post 21/12/2024

20 Dis 2024 | Program JomRiuh@Kimia telah berlangsung dengan jayanya dan AKRAB kimia Malaysia sebagai salah satu Agensi yang terlibat bersama 5 kolaborasi yang lain dalam menyokong
Konsep pihak kerajaan bagi mewujudkan keseronokan bekerja di kalangan warga kerja KIMIA Malaysia. Program ini juga diadakan bersempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan dan penganjuran di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) .

Photos from AKRAB Jabatan KIMIA Malaysia's post 18/12/2024

12/12/2024 - Lawatan penanda aras AKRAB KIMIA ke Agensi Nuklear Malaysia. Sesi libat urus dan lawatan ke bilik AKRAB NM yg baharu dirasmikan. Lawatan bertujuan untuk mendapatkan input serta idea idea yang menarik demi manfaat warga Kimia Malaysia khususnya.

Photos from AKRAB Jabatan KIMIA Malaysia's post 18/12/2024

Persiapan AKRAB Kimia HQ dalam menjayakan program JomRiuhJabatan Kimia Malaysiabersama 5 teraju yang lain. Berlangsung juga mesyuarat secara santai untuk rencana tahun 2025. - 17/11/2024

21/08/2024

Jom borak Santai bersama rakan Akrab Kimia Malaysia

Photos from AKRAB Jabatan KIMIA Malaysia's post 15/06/2024

Posting pilihan:

*HIMPUNAN ASPIRASI MADANI RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA YAB PERDANA MENTERI*

*14 Jun 2024 | Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)*

Menghimpunkan 10,000 ahli AKRAB, Himpunan Aspirasi MADANI Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam “H.E.M.A.T: Menyantuni Hasrat, Membina Citra” telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini di Putrajaya. Himpunan ini juga turut dihadiri oleh 10 orang Ahli AKRAB Kimia Malaysia yang diketuai oleh Encik Hairul Nizwan bin Ab Manap selaku Pengerusi AKRAB Kimia Malaysia dan Puan Marhayani Binti Md Saad TKPO , Memangku Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia

Dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim Perdana Menteri, menerusi aspirasi yang sangat memberi makna kepada semua pegawai awam.

Antara aspirasi penting yang perlu diberi perhatian oleh seluruh pegawai awam adalah memastikan kesenjangan dalam ekonomi dapat dikurangkan menerusi pemerkasaan budaya dan nilai yang dicerna menerusi hati nurani, akal budi yang baik oleh pegawai awam.

Selain itu, pegawai awam harus terus meningkatkan prestasi, lebih keras terhadap penyelewangan dan rasuah serta pada masa yang sama memberi perhatian terhadap setiap perkara yang boleh membantu Kerajaan dan terkait yang memberi manfaat kepada negara.

Sesungguhnya pesanan YAB Perdana Menteri amat jelas "AKRAB INI BENTENG KITA"! yang didasarkan oleh pegawai awam dengan membawa amanah, menjaga imej dan integriti serta melaporkan pengkhianat dan perasuah dalam negara ini kerana "KITA" adalah pahlawan-pahlawan bangsa.

Perdana Menteri juga menyampaikan watikah pelantikan kepada Presiden Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) Mohd Afendi bin Ya @ Zakaria sebagai simbolik mewakili seluruh ahli AKRAB bertauliah, serta melancarkan AKRAB sebagai Ejen Penggerak Perubahan Perkhidmatan Awam dalam memastikan dasar-dasar Kerajaan MADANI dapat terus dilaksanakan dengan baik dan cemerlang.











14 June 2024

Ref: https://www.facebook.com/share/dcDkDUAxBBK99ZjL/?

Photos from AKRAB Jabatan KIMIA Malaysia's post 21/05/2024

16 Mei 2024
Prgram Santai Bersama AKRAB - “Buku, Kamu dan Kopi”

Program ini telah diadakan di Bangunan Utama, Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat secara hibrid dan seramai 32 orang ahli AKRAB KIMIA Malaysia telah hadir secara fizikal dan secara atas talian.

Program ini bertindak sebagai refresher course / kursus pemantapan kepada semua ahli AKRAB KIMIA Malaysia yang hadir dalam mengendalikan sesi bimbingan di Jabatan. Cik Safieyyatun binti Md Zain, Pegawai Psikologi MOSTI telah dijemput bagi menyampaikan ceramah berkenaan aplikasi teknik AKRAB semasa sesi bimbingan.

Di samping itu program ini juga telah menampilkan salah seorang panel penulis buku iaitu Setiausaha Induk AKRAB MOSTI, Puan Manisah binti Saedon yang telah berkongsi pengalaman beliau mengendalikan sesi bimbingan serta huraian bagi beberapa sesi bimbingan yang telah dikompilasi dalam buku tersebut.

YBrs. Puan Halimah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah KIMIA Malaysia telah melengkapkan program dengan merasmikan serta menutup program ini.

01/01/2024

Cara tangani stress dan depression tanpa jumpa Dr Psikiatris

Want your business to be the top-listed Government Service in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Jalan Sultan
Petaling Jaya
46661