Damansara Uptown Youth

Damansara Uptown Youth

Share

Official Facebook of UMNO Damansara Uptown

Photos from Damansara Uptown Youth's post 19/05/2025

Alhamdulillah pada 17 Mei 2025, telah berlangsungnya Persidangan Pemuda UMNO Cawangan Damansara Uptown di Pejabat UMNO Bahagian Damansara.

Persidangan Pemuda telah dihadiri oleh ahli-ahli Pemuda Cawangan, Sdr. Zuen sebagai Wakil Pemuda Bahagian serta Sdr. Ikmal Fiqri , Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian. Terima kasih juga kepada Sdr. Roy KPC Villa Putra dan Sdr. Haziq pemangku KPC Flat Sri Cempaka kerana turut sudi hadir bersama.

Dua usul juga telah dikemukakan dan telah diluluskan di peringkat Cawangan. Ketua Penerangan Pemuda Cawangan, Sdr. Afiq membawa usul โ€œMenolak Sebarang Pindaan Terhadap Kaedah Pemilihan Partiโ€ dan Sdr. Amir Shaqim telah membentang usul โ€œPemilihan Khas Calon PRU Parti UMNOโ€. InshaAllah kedua-dua usul ini akan diketengahkan pada Persidangan Pemuda UMNO Bahagian dan Persidangan UMNO Bahagian pada bulan Jun dan Julai nanti.

Tahniah sekali lagi buat semua yang telah menunaikan tanggungjawab sebagai ahli Pemuda UMNO Cawangan๐Ÿ™Œ๐Ÿฝ

16/05/2025

Demi Agama Bangsa dan Tanahair

31/03/2025

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari UMNO Cawangan Damansara Uptown!

12/03/2025

KENYATAAN MEDIA

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung pada 12 Mac 2025 bersamaan 11 Ramadan 1446H telah mengadakan perbincangan dan memperincikan perkara-perkara berikut:

1. UMNO memandang serius perkembangan semasa yang melibatkan isu-isu berkaitan sensitiviti keagamaan, perkauman dan Institusi Raja-Raja Melayu hingga mencetuskan kegelisahan dan ketidak-tenteraman di dalam masyarakat Malaysia yang berbilang agama dan kaum.

2. UMNO menyeru supaya seluruh rakyat Malaysia kekal mempertahankan prinsip Rukun Negara dan keluhuran Perlembagaan sebagai asas penting yang membina negara bangsa sejak merdeka. Keindukan Islam dan Melayu-Bumiputera dalam sifat kemajmukan Malaysia mesti terus dipelihara.

3. UMNO tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mempertikai, meremeh ataupun mencabar asas-asas penting yang menjadi teras kestabilan negara terutamanya kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, keistimewaan Melayu-Bumiputera tanpa sesekali menafikan hak kebebasan beragama dan berbudaya yang dijamin Perlembagaan.

4. UMNO akan menggerakkan jentera dari seluruh Malaysia untuk membantu parti dalam Pilihan Raya Kecil N48 DUN Ayer Kuning Perak.

5. Mesyuarat telah memutuskan tarikh-tarikh untuk mengadakan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO bagi tahun 2025 adalah seperti berikut:

(i) Persidangan UMNO Cawangan: 7 April hingga 25 Mei 2025
(ii)Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian: 9 Jun hingga 27 Julai 2025
(iii)Perhimpunan Agung UMNO: 20 Ogos hingga 23 Ogos 2025

Dr. Asyraf Wajdi Bin Dusuki
Setiausaha Agung UMNO

10/03/2025
07/02/2025

๐—๐—ข๐—  ๐—œ๐—ก๐—™๐—”๐—ค #๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ !

Jom infaq bersama Pemuda Damandara Uptown & Apam Balik Cameron! Dengan sumbangan serendah RM10, anda boleh menyumbang dua Apam Balik sebagai sedekah untuk diagihkan setiap hari Jumaat.

Setiap sumbangan anda membawa keberkatan dan kebahagiaan kepada mereka yang memerlukan. Jom, jadi sebahagian dari amal jariah ini! ๐Ÿคฒโœจ

SILA TULIS DI REFERENCE: UMNO APAM BALIK

29/01/2025

Wishing you a prosperous Chinese New Year in the Year of the Snake! ๐Ÿ This year symbolizes wisdom, transformation, and rebirth. May you shed old worries and embrace new beginnings with grace and resilience. Cherish the moments with family and friends as you celebrate together, strengthening bonds and creating lasting memories. ๐Ÿงงโœจ

31/10/2024

Inaya Deepavali Nal Vazthukkal to all๐Ÿช”

24/09/2024

๐ŸธPROGRAM BADMINTON JOM SMASH SESI 2!๐Ÿธ

Biro Sukan & Rekreasi Pemuda Damansara Uptown menjemput anda ke program Jom Smash pada:

๐Ÿ“… 27 Sept 2024
โฐ 8.30pm - 11.00pm
๐Ÿ“ Dwi Emas Sports Complex, Shah Alam

Sertai kami untuk kesihatan & silaturrahim! Hubungi Hilman (01115665848) atau Faruqi (01110080550) untuk maklumat lanjut.

Pergerakan Pemuda U M N O Malaysia Pemuda Damansara UMNO Selangor

16/09/2024

Selamat Hari Malaysia! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Dengan Jiwa Merdeka, kita merayakan kebebasan yang bermula dari jiwa setiap individu, menyemarakkan perpaduan dan keharmonian negara.

Semoga Hari Malaysia ini membawa kita ke arah kecemerlangan bersama.

Want your business to be the top-listed Government Service in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Pejabat UMNO Petaling Jaya Utara, 17A, Jalan SS 25/34, Taman Mayang
Petaling Jaya
47301