PPKI Sri Kelana

PPKI Sri Kelana

Share

Ditubuhkan pada 2 Januari 1996. Bilangan kelas: 11 kelas
PraPPKI- 1
Bilangan murid
2024: 116
2025: 132
2026: 148

Photos from PPKI Sri Kelana's post 25/04/2026

👍Pas**an SITC telah berjaya meraih Naib Johan bagi tiga kategori yang dipertandingkan dalam Pertandingan Selangor Intelligent Technology Challenge (SITC) 2026.

👍Tahniah diucapkan kepada dua orang murid , Muhammad Hafiz Zaki dan Zara Aliah telah memenangi
A. Naib Johan bagi kategori e-Content
B. Naib Johan bagi e-Design
C. Naib johan bagi e-Combination

👍Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada team SITC PPKI dibawah bimbingan Cikgu Nur Jamilah dan Cikgu Shahril yang berjaya membawa dua orang murid PPKI mewakili Petaling Utama ke peringkat Negeri.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pemangkin semangat untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang. Tahniah dan syabas! 🎉

Photos from PPKI Sri Kelana's post 25/04/2026

Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas MSS Selangor 2026 :

Tarikh: 21.4.2026
Hari: Rabu
Tempat: Dewan Masjid Jamiul Refzuan, Klang.

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Lashira Adira binti Mohd Mustajab kerana telah mendapat tempat keempat bagi kategori P12.

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat. Semoga lebih bersemangat untuk lebih berjaya pada tahun akan datang.

Photos from PPKI Sri Kelana's post 25/04/2026

Anugerah NILAM Pendidikan Khas Peringkat Daerah Petaling Utama.

Pada 20 April 2026 dua orang murid iaitu telah Muhammad Fiqrul Eqshan bin Mohd Razali dan Nur Insyirah binti Mohamed Yatim yang telah menyertai Anugerah NILAM Pendidikan Khas Peringkat Daerah Petaling Utama.

Tahniah diucapkan kepada Nur Insyirah binti Mohamed Yatim kerana telah mendapat tempat KEDUA.

Tahniah juga kepada guru pembimbing, ibu bapa serta semua pihak yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan.

Semoga kejayaan ini terus memberi semangat kepada semua murid untuk terus berjaya.

Photos from PPKI Sri Kelana's post 23/04/2026

Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas MSSD Petaling Utama pada :
Tarikh: 14.4.2026
Hari: Selasa
Tempat: SK Bukit Lanjan

Tahniah kepada empat orang murid yang terlibat. semua hebat dan berusaha yang terbaik.

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Lashira Adira binti Mohd Mustajab kerana telah mendapat tempat pertama bagi kategori P12.

Tahniah dan syabas kepada semua murid, guru dan ibu bapa yang telah berusaha untuk mendapatkan yang terbaik.

Photos from PPKI Sri Kelana's post 06/04/2026

Selangor IT Challenge 2026
Di SBPi Rawang
6-9 April 2026

Doakan kejayaan anak-anak SKSK dan Team Petaling Utama.
1. Zara Aliah
2. Hafiz Zaki

Terima kasih kepada guru pengiring Cikgu Shahril dan Cikgu Nur.

18/05/2025

Berhenti ‘Dera’ Anak Dalam Senyap. Besar Nanti Boleh Jadi Punca Anak Kurang Hormat Ibu Ayah

Pesanan untuk yang bergelar ibu bapa, berhenti ‘dera’ anak dalam senyap. Rupanya itu antara punca anak kurang rasa hormat pada kita bila besar nanti.

Abah, rama-rama ni nak warna apa?”.

“Warna je la apa-apa pun Izni,” sambil tangan sibuk scroll Facebook.

Sedar tak kita sedang ‘dera’ anak dalam senyap?

Ya, memang kita tidak dera melalui fizikal. Tidak rotan, tidak sebat dengan tali pinggang mahupun hanger, tidak menggunakan getah paip atau batang pokok betik untuk mendera, tapi dalam tak sedar ada ‘penderaan’ yang maha dasyat kita telah lakukan terhadap anak kita. Apakah penderaan itu?

Dari segi emosi, penderaan emosi adalah satu trauma psikologi yang mencerobohi lapisan minda seseorang itu dan terganggu untuk jangka masa pendek mahu pun panjang. Antara contoh yang paling mudah:

1. Mengabaikan anak.

“Eh, mana ada saya abaikan anak saya. Makan minum dan pakaian semua cukup. Siap lebih lagi,”. Itu kata anda. Apa p**a kata anak anda?

Cuba tengok situasi ini.

Anda balik kerja waktu petang. Seharian anda di pejabat, anak anda p**a di tadika/sekolah. Waktu bersama anak dan isteri hanya sebelah malam.

Dan waktu malam inilah anak-anak nak bercerita dengan anda. Nak beritahu apa yang berlaku di tadika/sekolah. Betul? Tapi anda perasan tak, sewaktu anak anda bercerita, apa yang anda lakukan? Tengok muka anak anda? Atau anda lebih fokus pada televisyen? Atau Facebook? Whatsapp? Handphone di tangan?Anda sedar tak anda telah mengabaikan perasaan anak anda.

Bila anak ajak anda main, anda beri alasan penat, tak larat, walhal anda malas nak layan. Nak main handphone, game dan sebagainya. Betul?

2. Tidak memuji anak, tak beri sokongan.

Anak dapat no. 7, no. 9, no. 19, adakah anda memuji anak? Beri kata-kata semangat? Atau anda langsung tak ambil tahu?

3. Jangan jadi batu/ dinding.

Anak hampiri kita, tanya kita tentang warna apa yang sesuai untuk warna lukisan rama-rama. Kita p**a sibuk melayan video di Facebook. Tak menjawab persoalan anak kita, sehinggakan anak kita berlalu pergi. Punyalah batu kita ni. Tak bolehkah kita ‘Pause’ sebentar video tersebut dan bagi perhatian pada anak? Video tu akan hilangkah? Atau anda lebih rela perasaan anak anda hilang? Ya, ni kesilapan yang kita sedang buat.

4. Terlalu cerewet, teliti.

Jangan kita terlalu cerewet jika anak dalam situasi seperti ini:

Anak nak pakai selipar tak boleh, kena pakai kasut.
Anak nak pakai baju warna kuning tak boleh, kena pakai baju merah.
Anak dapat no.5, marah.

Kita nampak benda ini remeh, tapi hakikatnya penderaan ini boleh mengganggu emosi dan peribadi anak-anak.

5. Biar anak buat keputusan sendiri.

Ya, sesekali biarkan anak buat keputusan sendiri. Biar tahap ‘confident’ anak lebih tinggi. Jadi dia akan lebih berdikari dan tidak dibuli.

Anak tanya, “Abah, nak pakai baju ultraman ke baju upin ipin?”. Abah pun jawab, “Ikut s**a Izni la nak pakai baju apa pun,”.

Betul ke jawapan kita? Salah !

Cuba begini, ” Malam ni Izni nak jadi ultraman ke upin ipin?” Jadi mereka boleh berfikir dan buat keputusan dari soalan kita itu. Semuanya kena bermain dengan kata-kata. Kita perlu lebih kreatif melayan kerenah anak-anak.

6. Merendah-rendahkan anak

Pernah kita rendah-rendahkan anak depan orang? Tidakkan? Tapi sedar tak, kadang-kadang kita tak perasan yang kita sebenarnya dah rendahkan anak-anak.

Contohnya, bila orang puji anak kita ” Rajinnya Amni tolong angkat pinggan mangkuk dan siap basuh,”.

Tapi kita p**a jawab, “Biasalah tu, kat rumah orang dia rajin la sikit. Kalau kat rumah tu, pinggan lepas makan tinggal sahaja dalam sinki”. Pernah tak alami situasi ni? Dalam tak sedar kita dah lukakan emosi anak kita. Daripada nak jadi baik, terus tak baik-baik.

Alangkah lebih elok kita memuji anak kita, supaya pujian itu boleh dibawa ke rumah seandainya betul sekalipun anak kita malas.

7. Tidak memperjuangkan atau ‘back up’ anak.

Anak cakap, Abu curi pemadam dia. Kita hanya balas, “Tak apa lah, kita beli baru nanti,”.

Kita boleh sahaja balas, ” Mana boleh macam itu, itu hak Izni. Izni kena laporkan kepada guru. Tuntut semula hak Izni,”. Anak kita akan lebih rasa dihargai dan lebih berkeyakinan. Jangan biarkan anak kita jadi mangsa buli fizikal dan mental.

8. Sikap penolakan terhadap permintaan.

Tak semua benda kita boleh terima dan tak semua benda juga kita boleh tolak. Begitu juga dengan anak-anak.

Sesekali kita tunaikan permintaan anak. Jika kita tidak mampu, kita cuba berikan dalam bentuk/perkara yang lebih menyenangkan kita.

Tapi ingat, bukan selalu kita boleh penuhi. Jika tidak, nanti akan naik lemak p**a. Kena tahu cara untuk atasi permintaan.

Kesimp**annya jangan merungut tiada masa untuk anak. Cuba bahagikan masa untuk mereka kerana mereka lahir dari darah daging kita. Kita yang mencorakkan mereka. Jika kita corakkan hitam, hitamlah jadinya.

cc Penulis Asal

29/07/2024
Photos from PPKI Sri Kelana's post 29/07/2024

Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah
27.7.2024
Sabtu

Sukaneka tahap tinggi

Photos from PPKI Sri Kelana's post 29/07/2024

Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah
27.7.2024
Sabtu
Team Rumah Ungu

Tahniah kepada murid, guru dan ibu bapa yang telah bertungkus-lumus menjayakan KSTS SKSK 2024.

NAIB JOHAN TARIAN TRADISIONAL KATEGORI SEKOLAH RENDAH PPKI ANJURAN MPAJ 2024 - SK SRI KELANA 24/07/2024

Pertandingan Tarian Tradisional
Kategori Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Rendah Anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya 2024.

Tahniah diucapkan kepada guru-guru, murid, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Sokongan semua sangat dihargai.

NAIB JOHAN TARIAN TRADISIONAL KATEGORI SEKOLAH RENDAH PPKI ANJURAN MPAJ 2024 - SK SRI KELANA Pertandingan Tarian Tradisional Kategori PPKI Sekolah Rendah Anjuran MPAJ 2024. Tarian : Zapin & Inang Koreographer : Cikgu Abu Zar Jurulatih : Cikgu Nur Ja...

Photos from PPKI Sri Kelana's post 08/06/2024

9.6.2024 (Sabtu)
Kem Bestari Solat Siri 1
Tahap Tinggi PPKI

Want your business to be the top-listed Government Service in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Jalan SS5B/3 Kelana Jaya
Petaling Jaya
47301