29/11/2023
Armada Petaling Jaya
ARMADA PETALING JAYA mewakili suara anak muda PETALING JAYA
29/11/2023
23/10/2023
Allahuakabar …Sabtu ini akan kuserahkan seluruh keringat dan juga kesenanganku untuk Pal€stin@.
Insyallah. Kita hadir beramai-ramai! Semoga sedikit usaha kita dalam menyampaikan mesej kepada dunia bahawa kami tetap teguh bersama perjuangan ummat Islam di Pal€stin@.
Ketahuilah wahai !sR@€L & Z!0n!s !!! 😡😡😡
Kami sedang gerakkan seluruh rakyat dan jiwa murni yang yakin dengan janji tuhan untuk terus menentang kez@lim@n Z!0n!s.
Jom semua !!! Tiada lagi halangan yang mampu menyekat kemaraan cinta kita kepada perjuangan ummat Islam di bumi Pal€st!n@ & kebencian terhadap Kekejaman Z!0N!$.
28 Okt 2023 | Sabtu | Jam 02:00pm | MASJID KLCC
08/09/2023
23/08/2023
KENYATAAN MEDIA BERSATU SELANGOR
1. Kita dikejutkan hari ini dengan isu ‘data breach’ berkenaan dengan Insurans Selangor (INSAN). Isu ini menjadi kontroversi apabila data nama warga Selangor didaftarkan secara tiba-tiba untuk menerima insurans ini walaupun ramai daripadanya mendakwa tidak memohon skim ini.
2. Perkara ini jelas melanggar undang-undang di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 jika terdapat kesalahan dilakukan. Malangnya ianya dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor sendiri tanpa pengetahuan rakyat.
3. Jawapan yang diberikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari ‘tidak perlu aktifkan jika tidak mahu insurans ini’ yang diberikan tidak memuaskan dan ‘separuh masak’. Menteri Besar tidak menjelaskan secara terperinci persoalan rakyat yang risau data peribadi mereka telah dibocorkan.
4. Isu ‘data breach’ warga Selangor terhadap Insurans INSAN Selangor perkara yang serius. Kerajaan negeri telah mencabuli data rakyat tanpa persetujuan penama. Malah dikatakan rakyat yang sudah meninggal dunia turut menerima skim ini dan jelas ianya tidak masuk akal.
5. Kerajaan Negeri Selangor perlu segera memberikan penjelasan kepada rakyat berikutan ianya melibatkan data peribadi yang digunakan tanpa kebenaran.
6. Penjelasan berkenaan syarikat agen Wavpay Fintech Sdn Bhd juga perlu dilakukan adakah ianya sudahpun melalui proses yang ditetapkan sebelum dilantik sebagai agen bagi skim ini.
7. Isu ini melibatkan data peribadi rakyat dimana sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, pihak kerajaan sepatutnya bertindak melindungi hak dan data peribadi rakyat. Penjelasan yang tuntas oleh kerajaan negeri perlu dilakukan bagi menjawab kebimbangan rakyat hari ini.
MOHD HAMIDI BIN ABU BAKAR
KETUA PENERANGAN BERSATU SELANGOR
03/08/2023
[MAJLIS PELANCARAN TAWARAN PERIKATAN NASIONAL NEGERI SELANGOR]
Saksikan pelancaran tawaran manifesto Perikatan Nasional yang ditunggu-tunggu.
🗓 : 4 Ogos 2023 (Jumaat)
⏳ : 08:00 malam
🏛 : Ballroom, Doubletree Hilton, Seksyen 7, Shah Alam
Rakyat perlukan masa hadapan yang lebih baik, dan penyelesaian itu ada pada Perikatan Nasional.
01/08/2023
Saya membayangkan masa hadapan yang mengujakan untuk kita semua di Taman Medan. Bagaimanapun, untuk mencapai impian itu, saya perlukan anda!
Memperkasakan EKONOMI Tempatan,
Memperkasa PENDIDIKAN,
Meningkatkan Penjagaan KESIHATAN,
Meningkatkan KUALITI HIDUP,
Kepentingan KESELAMATAN
adalah menjadi keutamaan dalam perubahan yang akan saya bawakan. Ini visi dan aspirasi saya.
Bersama kita akan berusaha kuat demi memberikan yang terbaik dan melindungi anak2 serta mereka yang tersayang
Taman Medan, kita bangkit!
Pada 12 Ogos 2023 ini , berjalanlah seiringan dengan saya;
Calon No.2 Dun
N.33 Taman Medan
Perikatan Nasional.
28/07/2023
Alhamdulillah, makluman kepada semua warga Taman Medan. Insyallah, hari ini YB Dato' Seri Dr Shahidan Kasim akan bersama-sama menghadiri program di Taman Medan.
3.00 petang : Sesi Ramah Mesra bersama Warga Taman Medan di Restoran Nur Balqis, Taman Medan Maju Jaya
4.45 petang : Solat Asar di Masjid Jumhuriyah, PJS 2/3
5.00 petang : Walkabout Pasar Malam PJS 2
23/07/2023
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
اَللهُمَّ اغْفِرْلَه وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه
“Allahhummaghfir lahu warhamhu wa'aafihi wa'fuanhu.
Ya Allah ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya.
Dari Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali.
Al Fatihah.
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Datuk Seri Salahuddin Ayub
Ikhlas dari Armada Petaling Jaya
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Address
SS5C
Petaling Jaya
47301
