18/02/2026
🌙 Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 🌙
Alhamdulillah, kita dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh dengan rahmah dan keampunan. Pihak sekolah mendoakan agar semua warga SKTDH2 diberikan kesihatan yang baik dan kekuatan untuk menyempurnakan ibadah puasa serta terawih sepanjang bulan ini.
Semoga Ramadan kali ini membawa sinar kebahagiaan dan keberkatan buat kita semua. 🤲✨
31/01/2026
🪔 MAKLUMAN CUTI SEMPENA HARI THAIPUSAM 2026 🪔
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Salam Malaysia Madani 🇲🇾✨
📌 MAKLUMAN : CUTI UMUM SEMPENA THAIPUSAM 2026 🪔🏫
📍 Cuti Umum Thaipusam 2026: 🗓️ 2 Februari 2026 (Isnin)
📍 Sesi Persekolahan Bermula Semula: 🗓️ 3 Februari 2026 (Selasa)
Kepada semua warga SK Taman Dato' Harun (2), selamat bercuti dan gunakanlah masa ini untuk berehat bersama keluarga tersayang. 👨👩👧👦💖
Berhati-hati di jalan raya dan jaga keselamatan diri. 🚗🛡️
Selamat bercuti semua! 🎒🌟
16/01/2026
🥪👑 Breakfast Like a King 👑🥪
Aktiviti anjuran Panitia RBT yang melibatkan murid Tahun 4, 5 & 6.
Murid menyediakan sandwich sendiri menggunakan roti, telur, sayuran segar dan sos pilihan daripada penyediaan hingga pembentangan.
✨ Belajar kemahiran hidup
✨ Tingkat kreativiti & keyakinan
✨ Sarapan sihat, minda cerdas
Tahniah murid-murid atas kerjasama yang sangat baik! 👏
16/01/2026
🌟 MESYUARAT AGUNG KOKURIKULUM 2026 🌟
Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Kokurikulum 2026 yang melibatkan Kelab & Persatuan, Unit Beruniform, Sukan Permainan dan Rumah Sukan telah berlangsung dengan lancar dan teratur.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada:
👩💼 Pihak pentadbir sekolah
👨🏫 Semua guru dan guru penasihat unit
👧👦 Murid-murid yang berdisiplin dan memberi kerjasama sepenuhnya
👨👩👧 Ibu bapa yang sentiasa cakna melalui WhatsApp kumpulan & membantu memaklumkan anak-anak tentang unit masing-masing.
Kerjasama padu semua pihak amat dihargai demi kelancaran pengurusan kokurikulum sekolah.
✨ Bersama membentuk murid seimbang, berdisiplin dan berdaya saing.
16/01/2026
Sorotan Majlis Pelancaran Amalan Guru Penyayang SKTDH2: Sesi Petang 🌤️✨
Keceriaan terpancar di wajah warga sesi petang! Majlis Pelancaran Program Amalan Guru Penyayang bagi sesi petang telah berlangsung dengan penuh gimik dan suasana harmoni.
Majlis telah disempurnakan dengan jayanya oleh Tuan Guru Besar SKTDH2.
Terima kasih kepada barisan pentadbir, guru-guru sesi petang, dan seluruh warga sekolah yang menghidupkan majlis penuh bermakna ini. Kehadiran guru-guru menyambut anak-anak di pintu pagar adalah cerminan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. 🤝
Fokus kami tetap teguh:
✅ Guru Penyayang - Santun menyantuni.
✅ Jom Ke Sekolah - Kehadiranmu dinanti.
✅ Mentor Mentee - Bimbingan hati ke hati.
✅ Ziarah Cakna - Keprihatinan yang mendalam.
Semoga momentum kegembiraan ini berkekalan demi sahsiah dan masa depan anak-anak didik sesi petang SKTDH2! 💖
16/01/2026
Majlis Pelancaran Amalan Guru Penyayang SKTDH2: Sesi Pagi ☀️📸
Segar dan penuh semangat! Berikut merupakan sorotan suasana Majlis Pelancaran Program Amalan Guru Penyayang bagi warga sesi pagi yang telah berlangsung dengan penuh meriah.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Dihormati Inspektor Mohd Hamidi bin Abdul Rahman dari IPD Petaling Jaya atas kesudian merasmikan majlis serta gimik pelancaran yang cukup bertenaga.
Terima kasih juga kepada semua guru dan murid yang memberikan kerjasama padu!
Misi kami jelas:
✅ Guru Penyayang - Membina ukhuwah ikhlas.
✅ Jom Ke Sekolah - Semangat hadir setiap hari.
✅ Mentor Mentee - Bimbingan berterusan.
✅ Ziarah Cakna - Keprihatinan tanpa sempadan.
Teruskan kecemerlangan ini warga SKTDH2! 💖
12/01/2026
[SESI PERSEKOLAHAN 2026: SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!] 🎒✨
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat seluruh warga SK Taman Dato' Harun (2).
Selamat kembali ke sekolah buat semua anak-anak didik bagi Sesi 2026! Pihak sekolah, para guru, dan kakitangan sudah bersedia menerima kehadiran anda semua dengan penuh ceria dan semangat baharu.
Sesuai dengan moto kita:
"Datang Dengan Harapan, Pulang Dengan Kejayaan." 🏆
Semoga tahun ini menjadi tahun yang penuh dengan ilmu, kecemerlangan sahsiah, dan kejayaan yang membanggakan. Mari kita mulakan langkah pertama dengan azam yang tinggi!
08/01/2026
HARI TAUTAN KASIH SESI 2026📑✨
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua ibu bapa & penjaga murid Tahun 1 bagi Sesi 2026. 📢
Pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran tuan/puan ke program Hari Tautan Kasih yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
📅 Tarikh/Hari: 9 Januari 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 8.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari
📍 Tempat: Dewan SK Taman Dato Harun (2)
⚠️ 2 URUSAN UTAMA SEBELUM PULANG:⚠️
1️⃣ Kaunter Kelas (Dewan): Urusan bayaran & serahan dokumen.
2️⃣ Kaunter SPBT (Makmal 2): Urusan pengambilan Buku Teks murid.
📌 INFO PENTING UNTUK PERSIAPAN:
📄 Dokumen Perlu Dibawa (Salinan):
• Sijil Tadika & MyKid anak.
• Surat Penempatan Sekolah.
• Slip Gaji (untuk urusan bantuan/rekod).
• Borang PB1 & PB2 yang telah lengkap diisi.
💵 Urusan Bayaran (Tunai Sahaja):
Mohon sediakan wang tunai berjumlah RM120.00 (Jumlah tepat amat dihargai bagi melancarkan urusan di kaunter).
• Keperluan Murid Tahun 1: RM50.00
• Sumbangan PIBG: RM70.00
🚫 Kehadiran Murid:
• Anak-anak Tahun 1 TIDAK PERLU hadir bersama. Cukup sekadar kehadiran ibu bapa atau seorang penjaga sahaja.
🖊️ Pesanan Tambahan:
• Sila bawa pen sendiri untuk pengisian borang.
• Bawa beg yang sesuai untuk membawa pulang buku teks.
• Mohon letak kenderaan dengan berhemah demi kelancaran trafik di sekitar sekolah.
Kehadiran tuan/puan amat kami hargai bagi memastikan persediaan persekolahan anak-anak berjalan lancar. Sampai jumpa nanti! 🌸😊
12/12/2025
Assalamualaikum & salam sejahtera🌹
Pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa perkembangan terkini *Kempen Kipas Gergasi SKTDH2* telah dikongsikan melalui video di TikTok rasmi sekolah.
Ibu bapa dialu-alukan untuk menonton video tersebut. Jika berkesempatan, sokongan melalui like 👍, komen 💬 dan kongsi 🔄 amat membantu menyebarkan makluman ini kepada komuniti yang lebih luas.
📌 Link video: https://vt.tiktok.com/ZSPMCboRC/
Pihak sekolah amat menghargai perhatian dan sokongan berterusan daripada ibu bapa💛🤝
Terima kasih.
TikTok · SKTDH2
Check out SKTDH2’s video.
11/12/2025
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
MAKLUMAN : CUTI SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN SELANGOR
📍 Tarikh Cuti: Khamis, 11 Disember 2025
📍 Sekolah Dibuka Semula: Jumaat, 12 Disember 2025
Selamat bercuti kepada semua murid dan keluarga daripada seluruh warga SK Taman Dato’ Harun (2).