30/05/2026
ππ’π π π¨π‘ππ§π¬ π£π’πππππ‘π β π£ππ₯ππ¨π π£πππ‘ π£ππ₯π πππ₯π¦ππ π π ππ¦π¬ππ₯ππππ§ πππππ‘π πππ¬π
KELANA JAYA, 29 Mei 2026 (Jumaat) β Timbalan Ketua Polis Balai (T/KPB), S/Insp Yusri bin Rahman bersama anggota Sektor 3 telah menghadiri program Perarakan Rumah Berhala Yuen Leong Sing Fatt Gong, Kg Chempaka, Petaling Jaya.
Kehadiran pihak PDRM mencerminkan sokongan berterusan terhadap program komuniti setempat di samping usaha memperkukuh hubungan silaturahim antara polis dan masyarakat berbilang kaum. Program ini turut menjadi platform penting untuk menyampaikan mesej keselamatan serta meningkatkan kesedaran awam berkaitan langkah-langkah pencegahan jenayah.
Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan secara konsisten bagi memastikan kesejahteraan komuniti sentiasa terpelihara, sekali gus mengekalkan Kelana Jaya sebagai kawasan yang aman dan harmoni.
29/05/2026
GOTONG-ROYONG MEMASAK JUADAH SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA
Kelana Jaya, 27/05/2026 - Anggota balai dan PERKEP berek Balai Polis Kelana Jaya bersama-sama membuat persiapan untuk memasak juadah sempena sambutan Hari Raya Aidiladha anjuran Balai Polis Kelana Jaya.
Gotong-royong ini bukan sahaja bertujuan menyediakan makanan tetapi juga bagi mengeratkan ukhuwah antara warga Balai dan Berek Balai Polis Kelana Jaya.
28/04/2026
ππππ πππππππ πππππππππ πππππππππ πππ πππππππ πππππ ππππππ ππππππππ ππππ
Bertemakan ' Polis Sedia Mendengar'
satu program Hari Bertemu Pelanggan peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya yang akan diadakan pada tarikh ketetapan berikut :
Tarikh : 29 April 2026 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Latihan Balai Polis Damansara Utama
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, YDH ACP Shamsudin bin Mamat berbesar hati menjemput semua masyarakat Petaling Jaya untuk hadir beramai-ramai memeriahkan 'Program Hari Bertemu Pelanggan' peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya ini nanti.
βhadir bersama kami, kami sedia membantuβ
22/04/2026
πππ£π’π₯ππ‘ ππ’π π π¨π‘ππ§π¬ π£π’πππππ‘π β πππͺππ§ππ‘ ππ π₯π¨π ππ π ππ‘ππ¦π πππ‘πππ₯ πππ π£π¨π‘π ππππ π£πππ
KELANA JAYA, 22 April 2026 (Rabu) β Timbalan Ketua Polis Balai (T/KPB), S/Insp Yusri bin Rahman bersama anggota Sektor 3 telah mengadakan lawatan ke rumah mangsa banjir di Kampung Chempaka.
Lawatan ini bertujuan untuk menzahirkan keprihatinan pihak polis terhadap mangsa yang terjejas, di samping memberi sokongan moral serta memastikan keadaan keselamatan di kawasan terlibat sentiasa terkawal.
Sepanjang lawatan, pihak polis turut berinteraksi dengan penduduk setempat menasihati mereka agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya.
Diharapkan usaha seperti ini dapat membantu meringankan beban mangsa serta mengeratkan hubungan antara pihak polis dan komuniti setempat.
22/04/2026
ππ’π π π¨π‘ππ§π¬ π£π’πππππ‘π β πππͺππ§ππ‘ ππ π§πππππ
KELANA JAYA, 22 April 2026 (Rabu) β Timbalan Ketua Polis Balai (T/KPB), S/Insp Yusri bin Rahman bersama anggota Sektor 3 telah mengadakan lawatan ke Tadika Shining Star yang beralamat di Jalan SS5D/6A, Kelana Jaya.
Lawatan ini bertujuan untuk mendekatkan pihak polis dengan kanak-kanak seawal usia, di samping memupuk rasa selamat dan keyakinan terhadap anggota keselamatan. Sepanjang program, kanak-kanak telah didedahkan dengan mesej keselamatan asas secara santai dan interaktif, sesuai dengan peringkat umur mereka.
Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan bagi membentuk kesedaran awal tentang keselamatan serta mengeratkan hubungan antara pihak polis dan komuniti setempat.
19/04/2026
PROGRAM FITIK PERINGKAT BALAI POLIS KELANA JAYA
Kelana Jaya, 17/04/2026 (Jumaat) β Anggota serta penghuni berek Balai Polis Kelana Jaya telah menjalankan program Fitik Balai. Taklimat telah diambil oleh Ketua Polis Balai Kelana Jaya , ASP Salmin bin Jaafar di perkarangan Balai Polis Kelana Jaya.
Program fitik ini merupakan salah satu agenda dalam takwim balai bagi inisiatif kesedaran kepada semua warga berek dan anggota Balai Polis Kelana Jaya akan kepentingan menjaga kebersihan di tempat kerja dan di kawasan persekitaran berek.
Selain itu, program fitik ini juga menjadi medium untuk merapatkan hubungan ukhwah di kalangan warga Balai Polis Kelana Jaya bersama-sama penghuni berek.