Gobind Singh Deo

Directions Website Contact the organization

Gobind Singh Deo Minister of Digital Malaysia
National Chairman DAP
MP P106 Damansara

Transformasi bandar-bandar di Malaysia sedang giat kita jalankan, seiring dengan aspirasi Negara AI menjelang tahun 2030...
27/10/2026

Transformasi bandar-bandar di Malaysia sedang giat kita jalankan, seiring dengan aspirasi Negara AI menjelang tahun 2030.

Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia sedang diperkukuh dengan integrasi kecerdasan buatan (AI), data dan infrastruktur digital, dan 9 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bakal menjadi perintis pembangunan dan pengujian penyelesaian AI di bandar masing-masing.

Kita juga mula melihat hasil daripada 28 projek di bawah inisiatif Bandar AI yang memberikan manfaat terhadap pengurusan trafik, pengangkutan autonomi, platform bandar pintar dan pengurusan data bersepadu.

Bandar-bandar kita nanti bukan sekadar menjadi bandar pintar, tetapi akan mampu menjangka dan memenuhi keperluan rakyat.

27/10/2026

👵🏻👴🏻 Warga emas terus memainkan peranan penting dalam membentuk komuniti dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.

Gembira dapat bersama-sama untuk Sambutan Hari Warga Emas Antarabangsa (IDOP) anjuran DJSCA.

📱 Dalam menuju masyarakat digital, kita mesti memastikan tiada generasi yang ketinggalan!

Warga emas bukan sekadar sebahagian daripada sejarah kita. Mereka terus memainkan peranan penting dalam membentuk komuni...
26/10/2026

Warga emas bukan sekadar sebahagian daripada sejarah kita. Mereka terus memainkan peranan penting dalam membentuk komuniti dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.

Saya berbesar hati dapat bersama-sama kira-kira 200 hingga 250 peserta dalam Sambutan Hari Warga Emas Antarabangsa (IDOP) anjuran Damansara Jaya Senior Citizens’ Association (DJSCA), meraikan sumbangan warga emas yang amat bermakna kepada masyarakat.

Dalam usaha kita menuju ke arah masyarakat yang semakin digital, kita perlu memastikan warga emas tidak ketinggalan. Keterangkuman digital mesti merangkumi semua generasi, agar warga emas dapat terus berhubung dengan keluarga dan masyarakat, mengakses perkhidmatan penting serta menggunakan teknologi digital dengan yakin.

Marilah kita bersama-sama membina sebuah masyarakat yang membolehkan setiap generasi meniti usia emas dengan bermaruah, sejahtera dan terus berkembang maju!

Jamaliah Jamaluddin

25/10/2026

🚀 Memperkukuh kepimpinan digital sektor awam ke arah Negara AI 2030!

Saya bersama 60 penjawat awam daripada Imaiyam Putrajaya dalam Executive Digital Leadership Programme (EDLP), bagi memperkasa pengetahuan dan kemahiran digital, khususnya AI, untuk meningkatkan kecekapan organisasi serta mutu perkhidmatan kepada rakyat.

💡 EDLP 2027 akan menawarkan empat kohort bermula April 2027, dengan insentif pembiayaan penuh 100% yuran program kepada pegawai yang layak.

Bersama-sama kita memacu transformasi digital Malaysia! 🇲🇾

DAULAT TUANKUMerafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerint...
25/10/2026

DAULAT TUANKU

Merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor.

Semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan keberkatan serta terus memayungi Negeri Selangor Darul Ehsan dengan penuh kebijaksanaan dan kemakmuran.

Transformasi digital sektor awam memerlukan kepimpinan yang berwawasan, dilengkapi pengetahuan dan kemahiran untuk meman...
24/10/2026

Transformasi digital sektor awam memerlukan kepimpinan yang berwawasan, dilengkapi pengetahuan dan kemahiran untuk memanfaatkan teknologi baharu, khususnya AI, dalam meningkatkan kecekapan organisasi serta mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Hari ini, saya bersama 60 penjawat awam yang merupakan ahli Persatuan Penjawat Awam Kaum India Putrajaya (Imaiyam Putrajaya) dalam Executive Digital Leadership Programme (EDLP), sebuah program yang bertujuan memperkukuh keupayaan pemimpin sektor awam untuk menerajui transformasi digital dalam organisasi masing-masing.

Melalui program selama tiga bulan ini, para peserta berpeluang menimba ilmu dan pengalaman bersama pakar teknologi daripada AWS, Cisco, IBM, Microsoft dan Shopee, di samping meneroka aplikasi teknologi baharu yang dapat membantu meningkatkan produktiviti, memperkemas proses kerja serta menambah baik perkhidmatan awam.

Bagi tahun 2027, EDLP akan menawarkan empat kohort bermula April 2027, dengan insentif pembiayaan penuh 100% yuran program kepada pegawai yang layak, iaitu Gred 52 di bawah SSM atau Gred 13 dan ke atas di bawah SSPA, merangkumi perkhidmatan awam Persekutuan, Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan serta Badan Berkanun.

Saya menyeru lebih ramai pemimpin sektor awam untuk merebut peluang ini dan terus mempertingkatkan kemahiran digital serta keupayaan kepimpinan mereka. Penguasaan teknologi sahaja tidak mencukupi, sebaliknya ilmu yang diperoleh perlu diterjemahkan kepada tindakan dan perubahan yang membawa manfaat nyata kepada rakyat.

Bersama-sama kita memperkukuh kepimpinan digital sektor awam dan memacu aspirasi Malaysia ke arah Negara AI menjelang 2030.

23/10/2026

🤝 Great to come together with our DAP branch members, both new and longstanding, at the DAP Branches Year-End Gathering & Dinner last night!

Thank you to all our members and volunteers for your continued dedication and commitment to serving our communities.

🔴 Stronger branches, closer communities, and a shared commitment to moving forward together!

22/10/2026

Saya ingin menjelaskan bahawa arahan larangan penggunaan aplikasi navigasi Waze hanya terpakai kepada penjawat awam ketika menjalankan urusan rasmi kerajaan, dan tidak melibatkan orang awam.

Langkah keselamatan ini diambil susulan kebimbangan terhadap aspek perundangan antarabangsa yang mengikat pengguna platform berkenaan, khususnya dalam memastikan keselamatan maklumat dan kepentingan kerajaan sentiasa terpelihara.

🔐 Kementerian Digital akan terus memberi keutamaan kepada aspek keselamatan digital dan perlindungan maklumat dalam urusan pentadbiran kerajaan.

GovTech Malaysia mempunyai misi untuk mereka bentuk semula cara Kerajaan menyampaikan perkhidmatan dan memudahkan rakyat...
22/10/2026

GovTech Malaysia mempunyai misi untuk mereka bentuk semula cara Kerajaan menyampaikan perkhidmatan dan memudahkan rakyat untuk berurusan Kerajaan dengan langkah-langkah yang lebih minima, dokumen yang berkurangan, masa menunggu yang lebih singkat, semuanya tanpa perlu mengetahui agensi mana yang menyediakan sesuatu perkhidmatan.

Itu maklum balas saya kepada Ahli Parlimen Bentong, YB Young Syefura Othman yang bertanyakan mengenai pencapaian GovTech Malaysia setakat ini dalam memacu agenda transformasi digital dan perancangan strategik masa hadapan GovTech bagi memperkukuh ekosistem kerajaan digital di sesi Dewan Rakyat hari ini.

GovTech Malaysia juga telah menetapkan hala tuju pelaksanaan secara berfasa, dengan fokus kepada pencapaian jangka pendek serta perluasan berskala 2027-2030. Penambahan bilangan perkhidmatan Kerajaan yang diintegrasikan ke MyGOV Malaysia, pelaksanaan Agenda AI dan peralihan daripada pembangunan aplikasi secara individu kepada ekosistem platform digital Kerajaan bakal menjadi antara fokus utama Kementerian Digital.

Pendekatan keseluruhan kerajaan (Whole-of-Government) yang sedang kita jalankan pada akhirnya akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia, seiring dengan aspirasi Negara AI menjelang 2030 nanti.

Address

Petaling Jaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gobind Singh Deo posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Gobind Singh Deo:

Shortcuts

Share