Universiti Malaya Medical Centre

Universiti Malaya Medical Centre

Share

Hospital & Education New buildings are being constructed to accomodate expansions in the Paediatrics and Obstetrics and Gynaecology services.

University Malaya Medical Centre (UMMC) is situated within the lush University Malaya campus in the south-west corner of Kuala Lumpur, Malaysia. It was officially opened on 5 August 1968, by His Majesty the Yang Dipertuan Agung, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung Tuanku Ismail Nasarudin Shah Ibni Alharmahum Sultan Zainal Abidin and was known then as University Hospital.

12/05/2026

Pagi tadi kami dah kongsikan poster, petang ni kami bawakan sesuatu yang lebih istimewa! 🎬✨

Kali ini, dengarkan sendiri ucapan penghargaan ikhlas daripada Pengarah, Pengurus Kanan Jabatan Kejururawatan dan seluruh warga kerja Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) khas buat tulang belakang hospital kita kepada barisan jururawat yang kami sayangi!

Walaupun masing-masing sibuk dengan tugas harian, kami tak nak lepaskan peluang untuk zahirkan rasa terima kasih buat semua β€˜misi’ dan β€˜bro misi’ kita. Jasa, kesabaran, dan senyuman anda dalam menyantuni pesakit serta membantu kelancaran operasi di PPUM memang tiada tandingannya.

Pendek kata, tanpa anda semua, pincanglah kami di sini. Anda semua adalah nadi PPUM! πŸ’š

Jom tonton video penuh ucapan daripada kami semua. Buat pesakit, keluarga pesakit, atau sesiapa sahaja yang ada kenangan manis dengan jururawat PPUM, jom kongsikan ucapan dan penghargaan anda di ruangan komen di bawah. Sama-sama kita raikan mereka hari ini! πŸ‘‡πŸ’¬

Selamat Hari Jururawat Sedunia 2026. Terima kasih kerana sentiasa menjadi wira dan wirawati kami.





12/05/2026

Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim atas pelantikan beliau sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi yang berkuat kuasa pada 11 Mei 2026.

Semoga kepimpinan YBhg. Dato’ terus cemerlang dalam memacu aspirasi kementerian, seterusnya membawa landskap pendidikan negara ke tahap yang lebih gemilang.

Ikhlas daripada kami di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).





12/05/2026

Selamat Hari Jururawat Sedunia ❀️

Di sebalik senyuman yang tak pernah lekang dan uniform yang sentiasa kemas, kami tahu ada kepenatan dan pengorbanan yang tidak dapat diungkapkan. Dari syif malam yang panjang, terpaksa berjauhan dengan keluarga pada hari perayaan, sehinggalah saat-saat mencabar di dewan bedah mahupun di wad. Andalah nadi yang memastikan degup jantung PPUM terus berirama.

Terima kasih kerana sentiasa meminjamkan telinga untuk pesakit, memberikan sentuhan yang menenangkan, dan menjadi insan yang berdiri paling teguh apabila ada nyawa di penghujung

Bersesuaian dengan tema tahun ini, β€œOur Nurses, Our Future. Empowered Nurses Save Lives”, kami di seluruh warga PPUM ingin menegaskan bahawa anda semua lebih daripada sekadar kakitangan. Anda adalah tulang belakang, harapan, dan masa depan institusi perubatan ini. Tanpa anda, sistem penjagaan kesihatan kita tidak akan berdiri kukuh.

Kepada semua jururawat PPUM, terima kasih atas setiap titik peluh dan kasih sayang yang dicurahkan tanpa syarat. Teruskan bersinar dan teruskan berbakti. Kami amat berbangga dengan anda semua!





Photos from Universiti Malaya Medical Centre's post 12/05/2026

Saksikan Penampilan Khas Pakar & Staf PPUM di Malaysia Hari Ini (TV3)

Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berbesar hati menjemput orang ramai untuk menonton sesi perkongsian ilmu dan inspirasi bersama warga kerja kami secara langsung dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di stesen televisyen TV3, pada hari ini, 12 Mei 2026, jam 10:00 pagi.

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti dua kupasan menarik ini:

Topik 1: Kesihatan | Bahaya Makanan Pedas Ekstrem
Bersama: Dr. Shahreedhan Shahrani (Pakar Perunding Gastroenterologi, Jabatan Perubatan, PPUM)

Topik 2: Jururawat, Bukan Sekadar Tugas
Bersama: Sr. Farmiza Farhan Masur (Ketua Jururawat, Wad Onkologi, PPUM)

Saksikan siaran langsung ini di saluran TV3 atau strim secara dalam talian melalui aplikasi Tonton.





10/05/2026

Hai korang! πŸ‘‹

Dah call ibu hari ni? Dah 10 Mei tau, so Selamat Hari Ibu!

Kami di PPUM nak tumpang meriahkan sambutan dengan ucapkan ribuan terima kasih buat semua β€˜Supermom’ di dunia! ❀️ Dari hati kami yang tulus ikhlas, kami ucapkan Selamat Hari Ibu yang paling indah!

Kasih ibu ni unik, β€œSeteguh KASIH Ibu” tiada apa yang dapat ganti. Terima kasih mak untuk segalanya.

Jom sayang ibu kita banyak-banyak! Kongsi satu kenangan paling korang ingat pasal ibu korang kat komen, let’s share the love. Min start dulu: β€˜Min paling ingat ibu Min sanggup masak walaupun demam.’ πŸ₯°

Pada mereka yang telah tiada, kita kirimkan doa dan kenang kasih sayang mereka selamanya...





09/05/2026

Pihak Pengurusan dan seluruh warga Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim atas perkhidmatan dan kepimpinan beliau selaku Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi.

Segala keringat dan panduan yang dicurahkan amat bermakna buat ekosistem pendidikan dan perubatan tinggi negara. Semoga fasa persaraan ini membawa seribu kemanisan, kesihatan yang utuh, dan ketenangan berpanjangan di samping insan-insan tersayang. Terima kasih, Datuk Dr. Anesee Ibrahim.





08/05/2026

Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Profesor Dr. Ong Teng Aik atas pelantikan beliau sebagai Ahli Majlis Perubatan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia bermula 1 Mei 2026 hingga 30 April 2029.

Semoga pelantikan ini menjadi platform untuk beliau terus menyumbang kepakaran dan memacu kecemerlangan landskap kesihatan negara. Selamat menjalankan amanah dengan dedikasi.



08/05/2026

TAHNIAH!

Syabas kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) atas pengiktirafan di Malaysia Technology Excellence Awards 2026 dengan penerimaan anugerah Smart Technology – Healthcare Technology.

Pengiktirafan ini adalah bukti PPUM komited dalam transformasi digital penjagaan kesihatan menerusi Total Hospital Information System (THIS), sekali gus meningkatkan kecekapan operasi hospital, pengalaman pesakit dan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang lebih pintar serta bersepadu.

Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan warga Universiti Malaya, malah memperkukuh peranan UM sebagai peneraju inovasi dan teknologi kesihatan negara.

Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pasukan UMMC atas pencapaian yang telah mengharumkan nama universiti.

Universiti Malaya Medical Centre




08/05/2026

🩸SELAMAT HARI THALASSEMIA SEDUNIA 2026!🩸

Hai warga Facebook PPUM! πŸ‘‹
Sambil-sambil scroll feed tu, Min nak ingatkan yang hari ini, 8 Mei 2026, kita menyambut Hari Thalassemia Sedunia.
Secara ringkasnya, Thalassemia ni adalah gangguan darah yang diwarisi secara genetik. Sebab tu, ujian saringan awal sangat penting terutamanya buat bakal pengantin. Mencegah kan lebih baik daripada merawat! πŸ’‘

Di kesempatan ini, Pengurusan Tertinggi & seluruh warga PPUM ingin menzahirkan sokongan penuh buat semua wira dan wirawati pejuang Thalassemia. Ketabahan anda menjalani rawatan sentiasa menjadi inspirasi kami! ❀️πŸ’ͺ

Jom sama-sama tingkatkan kesedaran. Anda juga boleh bantu dengan menderma darah secara berkala untuk pesakit yang memerlukan. Setitik darah anda, sejuta harapan buat mereka. ✨

Regards,
MinKeli 🎏🀌🏼





07/05/2026

Selamat Pagi Guys...

Plaza PPUM malam tadi diterangi dengan cahaya lampu berwarna merah ada sebab tau.

Min kongsikan kenapa PPUM nyalakan lampu merah ni selama 2 hari (7 dan 8 Mei 2026). Ianya sempena sambutan Hari Thalassemia Sedunia yang diraikan pada hari ini, 8 Mei! ✨

Apa itu penyakit Thalassemia? Ia sebenarnya penyakit genetik darah di mana badan kurang hasilkan sel darah merah (hemoglobin). Ramai pesakit kena buat pemindahan darah (blood transfusion) secara berkala untuk terus kekal sihat. They are literal fighters, guys...

Lampu merah kat PPUM ni adalah simbol solidariti dan kebersamaan kita bersama-sama dengan semua pejuang Thalassemia kat luar sana. Kekal bersemangat, kekal berjuang yaaa..

Salam Subuh
-MinPanda 🐼-




Photos from Universiti Malaya Medical Centre's post 07/05/2026

ππ‘π„π‚πˆπ’πˆπŽπ ππ„π˜πŽππƒ ππŽπ”ππƒπ€π‘πˆπ„π’: πππ”πŒ π’π€πŒππ”π“ 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 ππ„π‘π“π€πŒπ€ ππ„πŒππ„πƒπ€π‡π€π π‘πŽππŽπ“πˆπŠ, π‹π€πŠπ€π‘ 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇 π’π„ππ€π†π€πˆ ππ„π‘πˆππ“πˆπ’ 𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π‘πŽππŽπ“πˆπŠ πŠπ€ππ’π„π‘ ππ€π˜π”πƒπ€π‘π€

Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) terus melakar sejarah inovasi perubatan apabila menyambut ulang tahun pertama perkhidmatannya dan merupakan perintis kepada pembedahan robotik bagi perawatan kanser payudara di Malaysia.

Pencapaian bersejarah ini diraikan menerusi Majlis Sambutan PPUM Robotic Surgery Anniversary 1.0 yang bertemakan "Precision Beyond Boundaries". Majlis ini telah dirasmikan oleh YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail pada 6 Mei 2026 (Rabu).

Sejak perkhidmatan surgeri robotik mula beroperasi pada 2 Disember 2024, PPUM telah merekodkan pelbagai pencapaian klinikal yang amat membanggakan:

Kejayaan Pembedahan Robotik Kanser Payudara
Pelaksanaan pembedahan robotik pertama di Malaysia bagi rawatan kanser payudara di mana sebanyak enam (6) kes telah berjaya disempurnakan setakat ini.

Inovasi Latihan 5G
PPUM terus mengorak langkah ke hadapan sebagai pelopor inovasi kesihatan serantau dengan mengintegrasikan teknologi Extended Reality (XR) yang berasaskan rangkaian 5G dalam latihan perubatan.

Sasaran Menuju Kejayaan Pembedahan Robotik ke-100
PPUM kini berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran 100 pembedahan robotik yang merangkumi pelbagai disiplin menjelang akhir bulan Mei ini.

Impak Positif Pesakit
Teknologi pembedahan canggih ini menghasilkan insisi yang lebih kecil, meminimumkan kesakitan, mempercepatkan kadar pemulihan, dan mengurangkan risiko jangkitan.

Naib Canselor Universiti Malaya, Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman menyatakan bahawa pencapaian ini amat bertepatan dengan Teras ke-3 Pelan Strategik Universiti Malaya 2026–2030, iaitu Championing Healthcare.

Inisiatif ini berjaya memperkukuh peranan PPUM sebagai pusat rujukan utama negara yang menawarkan perkhidmatan kepakaran yang berkualiti tinggi serta selari dengan perkembangan terkini dunia perubatan.

Kejayaan operasi PPUM ini juga amat selari dengan sasaran strategik Kerajaan di bawah Pelan Hala Tuju Robotik Negara (NRR) 2021–2030 sekali gus memacu landskap perubatan Malaysia ke tahap yang lebih cemerlang melangkaui segala batasan.



Want your business to be the top-listed Government Service in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Universiti Malaya Medical Centre, Lembah Pantai
Petaling Jaya
46200