Parti Pribumi BERSATU Malaysia

Parti Pribumi BERSATU Malaysia

Share

Laman Facebook Rasmi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)

Photos from Azmin Ali's post 29/05/2026

FITNAH TERANCANG BAHAWA BERSATU AKAN KEMBALI BERSAMA PAKATAN HARAPAN

[admin]

Photos from Parti Pribumi BERSATU Malaysia's post 24/05/2026

KENYATAAN BIRO POLITIK, PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (BERSATU)

Biro Politik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah meneliti kenyataan YB Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, dalam sidang media beliau di Rusila pada 22 Mei 2026.

Dalam sidang media tersebut, beliau telah mengemukakan beberapa asas yang akan dipertimbangkan oleh parti PAS untuk mengkaji semula hubungan dengan BERSATU. Antaranya ialah isu pertukaran Menteri Besar Perlis, tuduhan BERSATU tiada jentera pilihan raya, tindakan disiplin terhadap ahli-ahli BERSATU dan krisis politik di Negeri Sembilan.

BERSATU berpandangan bahawa isu-isu ini sepatutnya dibawa ke meja musyawarah antara kedua-dua parti dan diselesaikan secara dalaman dengan penuh harmoni.

Namun, oleh kerana Presiden PAS telah membuat kenyataan terbuka mengenainya, maka Biro Politik BERSATU berpendirian bahawa perkara-perkara tersebut perlu diperjelaskan kepada umum supaya tidak menimbulkan salah faham dan persepsi negatif terhadap BERSATU dalam kalangan ahli-ahli parti dan masyarakat.

ISU PERTUKARAN MB PERLIS

Mengenai pertukaran Menteri Besar Perlis, BERSATU berpendirian bahawa perkara ini tidak perlu dipertikaikan lagi kerana pelantikan Menteri Besar adalah kuasa budibicara DYMM Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis. Apatah lagi DYMM Tuanku Raja Perlis telah memberi ruang secukupnya kepada PAS untuk menyelesaikan kemelut politik di negeri Perlis dengan baik.

Ruang perbincangan juga telah diberikan secara adil untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit secara harmoni. DYMM Tuanku Raja Perlis telah menitahkan supaya Presiden BERSATU dan Presiden PAS menghadap baginda pada 25 Oktober 2025 untuk membincangkan isu berkaitan kedudukan Menteri Besar. Presiden BERSATU telah bersedia untuk menghadap tetapi sesi menghadap terpaksa dibatalkan kerana Presiden PAS atas sebab-sebab tertentu tidak dapat hadir.

Selepas itulah DYMM Tuanku Raja Perlis menitahkan supaya kedua-dua parti mengemukakan nama calon Menteri Besar untuk dipertimbangkan oleh baginda. BERSATU menjunjung titah Tuanku dan menyerahkan sepenuhnya kepada budi bicara Tuanku samada untuk melantik seorang Menteri Besar dari parti BERSATU atau PAS mengikut lunas Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis.

Jadi, tuduhan bahawa BERSATU khianat adalah melampau kerana apa yang dilakukan oleh parti BERSATU dalam menjunjung titah DYMM Tuanku Raja Perlis adalah teratur dan beradab.

Tuduhan bahawa ADUN-ADUN Bersatu menarik sokongan daripada Menteri Besar Perlis dari parti PAS juga adalah tidak benar. Mereka hanya menyerahkan kepada kebijaksanaan Tuanku Raja Perlis untuk menyelesaikan kemelut politik di negeri tersebut mengikut kuasa budi bicara baginda.

BERSATU LEBIH RAMAI CALON DARIPADA JENTERA

Berhubung dakwaan bahawa BERSATU hanya memperbanyakkan calon tetapi tiada jentera, BERSATU sentiasa berusaha untuk meningkatkan kekuatan di peringkat akar umbi. Dalam beberapa bulan ini, Ibu Pejabat BERSATU menerima ratusan permohonan ahli baharu setiap hari dan ini membuktikan BERSATU sedang berkembang dengan tenaga baharu khususnya anak muda.

Selain dari jentera dan ahli parti, kekuatan BERSATU dalam semua pilihan raya adalah jenama BERSATU yang menjadi daya tarikan rakyat Malaysia selain pengalaman dan rekod para pemimpin BERSATU yang telah teruji dan terbukti berjaya mengurus dan mentadbir negara dengan baik. Wajah sederhana, inklusif, progresif dan dasar prihatin rakyat serta pengalaman yang wibawa telah melonjakkan sokongan pengundi kepada calon-calon BERSATU dan parti-parti lain dalam Perikatan Nasional.

TINDAKAN DISIPLIN TERHADAP AHLI-AHLI BERSATU

Dakwaan BERSATU mengganggu kelancaran pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah dan Kelantan dengan mencadangkan rombakan pertukaran Ahli EXCO Kerajaan Negeri dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri adalah tidak berasas sama sekali. Setiap parti politik mempunyai tatacara etika serta disiplin yang perlu dipatuhi oleh ahli-ahlinya.

Keberadaan EXCO dan Timbalan Speaker tersebut di jawatan mereka adalah atas kapasiti sebagai ahli BERSATU. Apabila Lembaga Disiplin BERSATU telah mengambil tindakan disiplin dan mereka tidak lagi menjadi ahli parti, maka BERSATU menghantar cadangan nama pengganti.

Adalah menjadi amalan biasa rombakan dibuat apabila terdapat ahli parti yang memegang jawatan dalam kerajaan diambil tindakan disiplin oleh partinya.

Lembaga Disiplin mengambil tindakan terhadap ahli-ahli parti yang terlibat berasaskan bukti dan aduan yang diterima oleh Lembaga Disiplin yang kemudiannya telah mendengar, menyiasat dan membuat keputusan berdasarkan Fasal 22.5 Perlembagaan Parti. Ini adalah isu disipilin yang mesti dipatuhi oleh semua ahli parti.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) melalui surat bertarikh 7 Mei 2026 telah memaklumkan hasil siasatan terhadap BERSATU berhubung isu yang dikaitkan dengan tindakan oleh Lembaga Disiplin. ROS mengesahkan bahawa BERSATU telah mengambil tindakan selaras dengan peruntukan perlembagaan parti dan berpuas hati dengan tindakan dan keputusan yang telah diambil oleh BERSATU.

Malah, tindakan disiplin yang diambil mengikut lunas perlembagaan parti adalah kaedah penting dalam mana-mana parti untuk menjamin kestabilan dan integriti parti terumanya ketika berhadapan dengan krisis yang boleh memecah-belahkan parti.

Maka, PAS sebagai parti anggota dalam Perikatan Nasional sewajarnya menghormati dan tidak mencampuri urusan dalaman parti anggota yang lain berkaitan hal disiplin parti dan tindakan-tindakan yang diambil untuk menstabilkan parti. Apatah lagi ROS telah mengesahkan bahawa tindakan BERSATU terhadap wakil-wakil rakyat BERSATU adalah berperlembagaan.

KRISIS POLITIK NEGERI SEMBILAN

Mengenai krisis politik di Negeri Sembilan, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Agung BERSATU dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung PAS, telah bekerjasama rapat dari awal untuk menguruskan krisis tersebut. Kedua-dua parti telah bersetuju supaya lima ADUN Negeri Sembilan dari Perikatan Nasional, iaitu dua ADUN BERSATU dan tiga ADUN PAS, bekerjasama dengan 14 ADUN UMNO untuk menjamin kestabilan dan kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri.

Namun, merujuk pendirian Biro Politik UMNO Malaysia dan pendirian Presiden UMNO dalam Sambutan 80 Tahun UMNO yang mengambil ketetapan bahawa 14 ADUN UMNO kekal bersama dalam Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan, Setiausaha Agung BERSATU telah menghubungi Setiausaha Agung PAS pada 28 April 2026 jam 11.06 pagi untuk berbincang pendirian yang perlu diambil secara bersama oleh BERSATU dan PAS. Walau bagaimanapun, perbincangan tidak dapat diadakan kerana Setiausaha Agung PAS memaklumkan beliau berada di Kota Baharu.

Keesokannya iaitu 29 April 2026 jam 11.06 pagi, Setiausaha Agung BERSATU sekali lagi menghubungi Setiausaha Agung PAS untuk meminta nasihat. Mengambil kira UMNO kekal mendukung kerajaan PH di Negeri Sembilan, maka tindakan ADUN PN kekal bekerjasama dengan ADUN UMNO tidak lagi sesuai. Malah ini akan memberikan gambaran salah bahawa PN bersetuju dengan tindakan UMNO mendukung kerajaan PH di Negeri Sembilan.

Bagi mengelakkan gambaran salah ini, Setiausaha Agung BERSATU mencadangkan supaya PN menarik diri daripada memberikan sokongan kepada 14 ADUN UMNO. Namun, tiada jawapan diterima daripada Setiausaha Agung PAS.

Pada 30 April 2026 jam 11.53 pagi, sekali lagi Setiausaha Agung BERSATU menghubungi Setiausaha Agung PAS meminta untuk berjumpa dan berbincang tetapi tiada maklum balas diberikan.

Dari 28 April sehingga 5 Mei 2026, PAS gagal untuk memberikan sebarang maklumbalas kepada cadangan BERSATU untuk menarik sokongan setelah UMNO kembali menyokong kerajaan PH di Negeri Sembilan. Asas pendirian BERSATU adalah jelas dan konsisten bahawa sebarang kerjasama dengan UMNO boleh diadakan dengan syarat parti itu memutuskan hubungan dengan PH.

Isu kemelut politik di Negeri Sembilan telah dibangkitkan oleh Ketua Pemuda PAS dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Mei 2026. Setiausaha Agung BERSATU telah memberikan jawapan yang panjang lebar mengenai kronologi peristiwa dan perbincangan dengan Setiausaha Agung PAS sebelum dan selepas kemelut tersebut.

Mesyuarat MT PN pada 16 Mei 2026 seterusnya mengambil maklum penjelasan yang telah dibuat oleh BERSATU tanpa ada sebarang bantahan.

Maka, tuduhan bahawa BERSATU mengambil tindakan secara bersendirian dalam menangani krisis politik di Negeri Sembilan adalah tidak benar sama-sekali.

SURAT DARIPADA PAS MENUNTUT PENJELASAN BERSATU

Setiausaha Agung BERSATU telah menerima surat daripada Setiausaha Agung PAS memohon penjelasan parti BERSATU mengenai kemelut politik di Negeri Sembilan. Surat dihantar menerusi pesanan whatsapp pada 20 Mei 2026 jam 12.55 tengahari.

Setiausaha Agung BERSATU telah memberikan jawapan ringkas kepada Setiausaha Agung PAS pada jam 12.58 tengahari bahawa pendirian BERSATU telah dibentangkan dengan jelas dalam mesyuarat MT PN pada 16 Mei 2026. BERSATU akan menjawab surat Setiausaha Agung PAS secara terperinci.

KEMASUKAN PARTI-PARTI LAIN DALAM PERIKATAN NASIONAL

Biro Politik BERSATU menyangkal dakwaan bahawa BERSATU menolak penyatuan ummah dengan tidak menyokong permohonan parti-parti lain untuk menjadi parti anggota PN. Pendirian BERSATU ialah PN boleh mengadakan kerjasama pilihanraya (electoral pact) terlebih dahulu dengan parti-parti ini dan kemasukan mereka sebagai parti anggota PN boleh dipertimbangkan kemudian.

Inilah pendirian dan keputusan PN sebelum ini. Pendirian ini dikekalkan dalam mesyuarat MT PN pada 16 Mei 2026 dan sebuah jawatankuasa diwujudkan untuk memperhalusi terma-terma kerjasama pilihan raya termasuk pembahagian kerusi.

Walaupun pelbagai pandangan dikemukakan dalam mesyuarat MT PN, keputusan ini dicapai secara bersama dan dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat. Ini adalah keputusan kolektif yang dibuat secara konsensus demi kepentingan strategik dan kestabilan Perikatan Nasional secara keseluruhannya.

BERSATU ingin melahirkan rasa kesal terhadap tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh Presiden PAS. BERSATU berpegang kepada prinsip musyawarah dan perbincangan dalam MT PN berhubung perkara dasar dan perkara yang berbangkit dalam kerjasama PN.

BERSATU mendukung semua keputusan MT PN yang dibuat dalam semangat PN yang saling menghormati dan meraikan perbezaan serta berjaya mencapai konsensus demi kesatuan dan kekuatan PN yang dibina sejak enam tahun yang lalu.

Adalah menjadi amalan PN semua perkara penting mengenai dasar dan halatuju PN serta isu-isu berbangkit dibawa ke mesyuarat MT PN, dibahas dan diputuskan secara musyawarah. Ini telah diamalkan sejak PN dipimpin oleh YB Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Adalah tidak wajar keputusan-keputusan MT PN dicabar atau dipertikaikan di luar MT yang memberi gambaran seolah ada Presiden parti yang diberikan kuasa veto.

PN telah melalui pelbagai cabaran dan rintangan dalam perjalanan ini tetapi masalah yang besar berjaya dirungkai dengan semangat dan keluhuran prinsip dan kebijaksanaan kepimpinan.

Biro Politik
Parti Pribumi Bersatu Malaysia

24 Mei 2026

Photos from Tun Faisal Ismail Aziz's post 23/05/2026

DAKWAAN "BERSATU TERLALU DOMINAN, PN DITEKAN": MENJAWAB DR. NUR AYUNI, PENSYARAH KANAN UPM (BAHAGIAN 1)

Dr Nur Ayuni Mohd Isa,
Pensyarah Kanan,
Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Tamadun, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM)

1. Pertama, sila semak terlebih dahulu siapa pemegang jawatan tertinggi dalam MT PN dan bagaimana sesuatu keputusan itu dibuat sebelum membuat kesimpulan yang tidak setaraf dengan gelaran 'doktor' seperti ini. Pengerusi PN, Setiausaha Agung PN, Timbalan Pengerusi PN, Ketua Penerangan PN, Bendahari PN, Ketua Pemuda PN adalah daripada parti PAS, bukannya BERSATU. Jika dengan jawatan tinggi pun, Dr Nur Ayuni boleh menyimpulkan bahawa "BERSATU terlalu menguasai dan mengawal", bermaksud samada wakil-wakil MT PN dalam BERSATU memang bagus atau wakil-wakil parti lain tidak berkemampuan melaksanakan peranan semak dan imbang dalam MT PN.

2. Kedua, fahami dulu proses membuat keputusan dalam parti gabungan seperti PN. Keputusan mengenai kelulusan untuk kemasukan parti-parti baru atau sebarang entiti baru dibuat selepas melalui proses perbincangan dan perbahasan, sehinggalah sesuatu konsensus dicapai. Apabila konsensus dicapai, bermaksud ia diputuskan secara bersama oleh semua anggota, termasuk oleh Pengerusi PN yang juga mempunyai gelaran 'Doktor', Menteri Besar dan Naib Presiden partinya, oleh pemegang-pemegang jawatan tertinggi yang bukan ahli BERSATU, termasuk Setiausaha Agung, seorang bekas Menteri dan merupakan Setiausaha Agung partinya, Bendahari, seorang Menteri Besar dan Naib Presiden partinya, Ketua Penerangan, bekas Menteri dan Ahli Jawatankuasa Pusat partinya, Ketua Pemuda, yang juga Ahli Parlimen dan Ketua Pemuda partinya, Timbalan Pengerusi, bekas Menteri dan Timbalan Presiden partinya, dan oleh Timbalan-Timbalan Pengerusi daripada Presiden parti Gerakan dan MIPP, serta dua orang wakil daripada parti-parti lain yang terdiri daripada Timbalan-Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden parti yang bukan BERSATU. Takkanlah di mata Dr Ayuni, mereka ini lemah dan tidak cerdik, atau pak turut semata-mata dalam MT PN?

3. Ketiga, fahami bahawa keputusan dibuat 'secara konsensus', bermaksud keputusan ini dicapai melalui persetujuan bersama semua wakil parti.

4. Keempat, fahami ini adalah KEPUTUSAN DASAR PN yang diputuskan di dalam platform tertinggi PN, iaitu MT PN. Keputusan ini adalah keputusan yang wajar dipatuhi dan dilaksanakan oleh semua anggota PN. Sekiranya terdapat perkara berbangkit, maka ia perlu dibawa kembali oleh setiap anggota PN ke dalam Mesyuarat MT PN untuk dibincangkan dan diputuskan semula, bukan dengan MEMBANTAHNYA SECARA TERBUKA. Sekiranya ia tidak dapat diselesaikan di peringkat MT PN, maka wajarlah dipanggil Mesyuarat Majlis Presiden PN supaya perkara tersebut dapat diselesaikan dan diputuskan secara konsensus di peringkat Presiden-Presiden PN. Itulah aturan berorganisasi yang sepatutnya."

Tun Faisal
Ketua Penerangan BERSATU Malaysia

Photos from Parti Pribumi BERSATU Malaysia's post 23/05/2026

KEAHLIAN BERSATU: PENSYARAH KANAN UPM, DR NUR AYUNI, DAPAT DATA DARI MANA?

1. Kadang-kadang kita hairan bagaimana Pensyarah Kanan UPM seperti Dr Nur Ayuni Mohd Isa ini boleh mendapat jawatan tersebut dan gelaran doktor, lebih-lebih lagi selepas membaca tulisannya.

2. Bagaimana seorang pensyarah kanan boleh membuat kesimpulan dalam tulisannya bahawa "BERSATU semakin bertindak sebagai parti terlalu mengawal dan mengekang perjalanan PN sehingga menjadikan gabungan itu terlalu eksklusif serta tertutup" tanpa mendapat maklumat yang tepat misalnya daripada aspek pemegang jawatan-jawatan tertinggi dalam Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) atau mendapatkan maklumat daripada sumber yang sahih terlebih dahulu, misalnya salah seorang daripada Ahli MT PN sebelum menulis secara culas begini?

3. Pertama, paling tidak semaklah terlebih dahulu siapa pemegang jawatan tertinggi dalam MT PN dan bagaimana sesuatu keputusan itu dibuat sebelum membuat kesimpulan yang tidak setaraf dengan gelaran 'doktor' seperti ini. Pengerusi PN, Setiausaha Agung PN, Timbalan Pengerusi PN, Ketua Penerangan PN, Bendahari PN, Ketua Pemuda PN adalah daripada parti PAS, bukannya BERSATU. Jika dengan jawatan tinggi pun, Dr Nur Ayuni boleh menyimpulkan bahawa "BERSATU terlalu menguasai dan mengawal", bermaksud samada wakil-wakil MT PN dalam BERSATU memang bagus atau wakil-wakil parti lain tidak berkemampuan melaksanakan peranan semak dan imbang dalam MT PN.

4. Dr Ayuni nampaknya tidak faham mengenai proses membuat keputusan dalam parti gabungan seperti PN. Keputusan mengenai kelulusan untuk kemasukan parti-parti baru atau sebarang entiti baru dibuat selepas melalui proses perbincangan dan perbahasan, sehinggalah sesuatu konsensus dicapai. Apabila konsensus dicapai, bermaksud ia diputuskan secara bersama oleh semua anggota, termasuk oleh Pengerusi PN yang juga mempunyai gelaran 'Doktor', Menteri Besar dan Naib Presiden partinya, oleh pemegang-pemegang jawatan tertinggi yang bukan ahli BERSATU, termasuk Setiausaha Agung, seorang bekas Menteri dan merupakan Setiausaha Agung partinya, Bendahari, seorang Menteri Besar dan Naib Presiden partinya, Ketua Penerangan, bekas Menteri dan Ahli Jawatankuasa Pusat partinya, Ketua Pemuda, yang juga Ahli Parlimen dan Ketua Pemuda partinya, Timbalan Pengerusi, bekas Menteri dan Timbalan Presiden partinya, dan oleh Timbalan-Timbalan Pengerusi daripada Presiden parti Gerakan dan MIPP, serta dua orang wakil daripada parti-parti lain yang terdiri daripada Timbalan-Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden parti yang bukan BERSATU. Takkanlah di mata Dr Ayuni, mereka ini lemah dan tidak cerdik, atau pak turut semata-mata dalam MT PN?

5. Apabila disebut 'secara konsensus', bermaksud keputusan ini dicapai melalui persetujuan bersama semua wakil parti dan ini adalah KEPUTUSAN DASAR PERIKATAN NASIONAL yang diputuskan di dalam platform tertinggi PN, iaitu MAJLIS TERTINGGI PN. Keputusan ini adalah keputusan yang wajar dipatuhi dan dilaksanakan oleh semua anggota PN. Sekiranya terdapat perkara berbangkit, maka ia perlu dibawa kembali oleh setiap anggota PN, atau parti-parti dalam PN ke dalam Mesyuarat MT PN untuk dibincangkan dan diputuskan semula, bukan dengan membantahnya secara terbuka. Sekiranya ia tidak dapat diselesaikan di peringkat MT PN, maka wajarlah dipanggil Mesyuarat Majlis Presiden PN supaya perkara tersebut dapat diselesaikan dan diputuskan secara konsensus di peringkat Presiden-Presiden PN. Itulah aturan berorganisasi yang sepatutnya.

6. Kedua, saya tidak tahu bagaimana Dr Ayuni mendapat data untuk menyimpulkan, "dapatan kajian dan maklum balas akar umbi menunjukkan kumpulan dikaitkan dengan 'team reset' pimpinan Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang dipecat daripada BERSATU sebenarnya menguasai sehingga 80 peratus akar umbi BERSATU di beberapa negeri penting seperti Johor dan Melaka." Lebih teruk lagi, di mana Dr Ayuni mendapat data bahawa "apabila kelompok ini disingkirkan atau dipinggirkan, berlaku vakum besar dalam kepemimpinan parti di peringkat negeri dan bahagian. Vakum berkenaan AKHIRNYA DIISI KELOMPOK dilihat sebagai 'UMNO REJECT' dan 'PKR REJECT', iaitu individu yang gagal mendapat tempat dalam parti asal mereka lalu berhijrah ke BERSATU demi mencari peluang politik segera."

7. Mungkin Dr Ayuni patut faham dahulu komposisi ahli-ahli BERSATU. Ahli-ahli BERSATU ni terdiri daripada Ahli BERSATU asli tanpa menganggotai sebarang parti sebelum ini, bekas Umno, bekas Pkr, bekas parti komponen BN seperti MCA dan MIC, serta bekas ahli komponen dalam PN sendiri.

8. Ada perbezaan latar belakang kemasukan dalam kalangan beberapa pemimpin dari parti lain ke dalam BERSATU. Tan Sri Muhyiddin Yassin, misalnya dipecat melalui keputusan MPT Umno (bukan Lembaga Displin), kerana menentang Presiden dalam hal berkaitan 1MDB dan kleptokrasi. Beliau adalah pengasas parti BERSATU dan Perikatan Nasional. Saya dipecat kerana menentang Presiden atas dasar prinsip kerana Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi telah melanggar dasar Umno dan keputusan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2019 dan PAU2020, iaitu "No Anwar, No Dap" seawal tahun 2020 lagi. Saya menyertai BERSATU semasa BERSATU jadi pembangkang, bukan semasa ia menjadi kerajaan.

9. Hamzah dan pengikutnya, misalnya Ronald Kiandee, Rosol Wahid, Ikmal Hisyam dan Mas Ermieyati, melompat parti meninggalkan Umno dan menyertai BERSATU ketika Umno menjadi pembangkang dan BERSATU merupakan kerajaan. Hamzah melompat meninggalkan Umno pada 14 Disember 2018 dan dilantik menjadi Setiausaha Agung BERSATU serta Menteri oleh Tan Sri Muhyiddin pada tahun 2020.

10. Datuk Seri Azmin Ali, bekas Ahli Pkr, dipecat melalui keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) (juga bukan melalui Lembaga Disiplin) kerana tidak bersetuju dengan kepimpinan parti. Beliau menyokong Tan Sri Muhyiddin sebagai PM8 pada tahun 2020 dan ini membolehkan BERSATU, Umno dan Pas dapat berada dalam kerajaan Perikatan Nasional walaupun sebelum itu Umno dan Pas adalah pembangkang. Ramai lagi penyokong-penyokong Datuk Seri Azmin yang dipecat, antara ADUN Gombak Setia YB Hilman Idham dan ADUN Taman Medan, YB Dr Afif Bahardin. Kedua-dua mereka mempunyai pengalaman dalam kerajaan dan Dr Afif pernah menjadi Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan.

11. Mungkin Dr Ayuni juga patut tahu mengenai pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh Hamzah dan pengikut-pengikutnya. Mereka tidak suci. Kesalahan-kesalahan mereka juga tidak sama dan pelbagai. 11 kategori aduan kesalahan-kesalahan yang diadukan berkenaan mereka adalah:-

I. Melanggar peruntukan dalam perlembagaan dan Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli parti

II. Menentang keputusan-keputusan parti yang dibuat melalui pemilihan parti, Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) dan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) secara terbuka

III. Melanggar arahan-arahan dan pekeliling parti

IV. Mempertikai dan menentang keputusan yang dibuat oleh institusi parti secara terbuka

V. Menyerang Institusi dan pemimpin-pemimpin parti secara terbuka melalui media dan platform media sosial

VI. Membuat sidang media dan kenyataan media yang mencemarkan imej parti

VII. Melakukan penipuan dan kesalahan jenayah dengan menggunakan Akuan Bersumpah palsu berkaitan aduan dalam pemilihan parti

VIII. Membuat rundingan-rundingan tanpa mandat parti

IX. Membuat rundingan-rundingan haram yang mengkhianati kepentingan dan institusi parti

X. Merasuah dan cubaan merasuah Ketua-Ketua Bahagian BERSATU untuk menandatangani SD mendesak Presiden berundur dengan habuan wang tunai sebanyak RM3,000, bantuan kewangan dan peluang bertanding dalam pilihanraya

XI. Melanggar arahan dan keputusan parti melalui pelanggaran baiah dan sumpah yang dibuat atas nama Allah (melibatkan ADUN dan Ahli Parlimen BERSATU)

12. Tidak mungkin mereka yang merasuah dan cuba merasuah, atau yang melakukan kesalahan jenayah menggunakan SD palsu, yang membuat rundingan-rundingan haram tanpa mandat yang mengkhianati kepentingan parti, atau yang melanggar baiah dan sumpah atas nama Allah adalah dalam kalangan mereka yang baik. Mereka adalah dalam kalangan orang yang jahat dan khianat, dan bagi yang sanggup melanggar baiah dan sumpah atas nama Allah, mereka adalah golongan yang tidak boleh dipercayai - laknat Allah pun mereka tidak takut, apa lagi laknat manusia.

13. Adakah makhluk jenis ini yang Dr Nur Ayuni hendak sokong dan letakkan dalam saf kepimpinan parti? Lembaga Disiplin BERSATU telah melaksanakan tugas mereka secara profesional, adil dan bebas demi kebaikan parti berpandukan peruntukan perlembagaan tanpa mengira status ahli, sama ada ahli biasa, Ahli MPT, ADUN atau Ahli Parlimen. Bukan semua dipecat. Ada yang digantung. Ada yang diberi amaran. Mereka diberi peluang membela diri dengan menyatakan sebab kenapa mereka tidak boleh dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin. Bagi yang digantung dan diberi amaran, mereka masih mempunyai peluang untuk bermuhasabah diri, insaf dan bertaubat.

14. Mana Dr Ayuni dapat data bahawa " 'team reset' pimpinan Hamzah yang dipecat daripada BERSATU sebenarnya menguasai sehingga 80 peratus akar umbi BERSATU" dan bagaimana dia boleh menyimpulkan bahawa "apabila kelompok ini disingkirkan atau dipinggirkan, berlaku vakum besar dalam kepemimpinan parti di peringkat negeri dan bahagian. Vakum berkenaan AKHIRNYA DIISI KELOMPOK dilihat sebagai 'UMNO REJECT' dan 'PKR REJECT'"? Agak-agaklah.

15. Pertama, jika dakwaan Dr Ayuni ini benar, maka program-program BERSATU sejak Hamzah dipecat, iaitu sepanjang bulan Ramadan, Syawal dan selepas itu hanya akan dihadiri oleh 'hantu, bunian dan makhluk asing'. Hakikatnya sejak Hamzah dipecat, sepanjang bulan Ramadan, program-program majlis berbuka puasa anjuran BERSATU di Selangor, Kedah dan Perak dihadiri ramai pengunjung dan rakyat tidak menghindari BERSATU. Malah di Lumut, majlis berbuka BERSATU dihadiri lebih 3,000 orang, berbanding majlis berbuka anjuran penyokong Hamzah yang sengaja dibuat pada hari yang sama hanya dihadiri sekitar 300 orang. Begitu juga majlis Hari Raya Aidilfitri. Di Kedah, sambutan puluhan ribu. Begitu juga begitu ramai yang hadir di Melaka dan di Gombak. Selepas itu apabila diadakan Konvensyen BERSATU Negeri Selangor, kehadiran melebihi 1,400 dan semangat peserta juga amat tinggi. Sebahagian besar tidak berganjak sehingga tamat Konvensyen kerana mahu mengikuti konten konvensyen dan mendalami hala tuju BERSATU Selangor.

16. Kedua, selepas Hamzah dipecat, sejumlah besar ahli asal BERSATU datang kembali untuk membantu memulihkan dan mengukuhkan BERSATU. Dari segi latar belakang, semaklah latar belakang Ketua Bahagian BERSATU yang menggantikan Ketua Bahagian penyokong Hamzah di Ampang, di Port Dickson dan di Lembah Pantai. Latar belakang Ketua Bahagian Ampang yang baru ini jauh lebih cemerlang berbanding Ketua Bahagian penyokong Hamzah sebelum ini, dan tidaklah Bahagian itu dilihat seolah-olah bahagian 'ahli keluarga' seperti sebelum ini.

17. Ada sejumlah perkara lagi yang diulas secara dangkal tapi itu akan saya debatkan jika ada kesempatan nanti. Saya nasihatkan pensyarah-pensyarah kanan seperti Dr Nur Ayuni ini carilah fakta sebelum menulis agar tidak digelar 'profesor kangkung'. Peliknya tulisan fitnah seperti ini pun ada golongan agamawan yang menyebarkannya tanpa menggunakan akal dan tanpa ada proses 'tabayyun' - memalukan. Mungkin sekadar mengikut arahan warroom.

Dari Facebook:

Datuk Tun Faisal Ismail Aziz,
Ketua Penerangan BERSATU Malaysia

22/05/2026

KENYATAAN MEDIA

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memandang serius kenyataan yang dibuat oleh Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, berkaitan hubungan dan kerjasama antara kedua-dua parti dalam Perikatan Nasional.

BERSATU berpandangan bahawa setiap perkara yang berbangkit wajar diteliti secara menyeluruh dalam semangat setiakawan, persefahaman dan tanggungjawab bersama demi memperkukuhkan perpaduan Perikatan Nasional.

Sehubungan itu, BERSATU akan meneliti setiap perkara yang dibangkitkan dan membincangkannya secara mendalam dalam mesyuarat Biro Politik serta Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU dalam masa terdekat.

DATUK TUN FAISAL ISMAIL AZIZ
Ketua Penerangan
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
22 Mei 2026

19/05/2026

Harris Idaham Rashid Ketua Penerangan ARMADA BERSATU Malaysia merangkap Ketua Bahagian BERSATU Balik Pulau akan menjadi salah seorang ahli panel dalam sebuah dialog “Youth In Transition” anjuran Perdana Fellows Alumni Association (PFFA) sempena Hari Belia Negara 2026. Topik yang berkisar tentang peranan dan cabaran anak muda dan masa depan Malaysia. Butiran terdapat dalam e-poster tersebut.

Kepada yang berminat untuk hadir, sila isi butiran dalam link (RSVP)
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScd_pcb6z3d-AFtiffhN9C2gfx2DJAF-tlARdqh4oLByHsAkA/viewform

Photos from Armada Bersatu Malaysia's post 17/05/2026

Tahniah kepada barisan kepimpinan yang telah dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional di negeri Selangor, Perak, Johor, Sarawak serta Wilayah Persekutuan dan Melaka.

Semoga pelantikan ini terus memperkukuh saf kepimpinan Perikatan Nasional, di samping menyemarakkan semangat perjuangan demi rakyat dan masa depan Malaysia.

Photos from Muhyiddin Yassin's post 15/05/2026

[ADMIN] Majlis Doa Selamat sempena hari lahir Tan Sri Muhyiddin Yassin di ibu pejabat BERSATU | 14 Mei 2026

15/05/2026

Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU | 14 Mei 2026

Want your business to be the top-listed Government Service in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


No. 18A, Jalan Persiaran Barat, PJS 52
Petaling Jaya
46200