Jabatan Kimia Malaysia

Jabatan Kimia Malaysia

Share

Department Of Chemistry Malaysia An agency under Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI), Malaysia.

Photos from Jabatan Kimia Malaysia's post 14/05/2026

BENGKEL SEMAKAN PELAN KESINAMBUNGAN PERKHIDMATAN (PKP), ANALISIS IMPAK PERKHIDMATAN (BIA) & PENILAIAN RISIKO (RA) ISO 22301 BCMS SIRI 2 TAHUN 2026
📅 10-13 Mei 2026
📍 Royal Park Hotel, Uniten, Bangi
👥 30 orang peserta

Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBrs. Ts ChM Puan Hajah Nor Aidora binti Saedon, Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Kualiti dan Penyelidikan (KIMIA Malaysia) yang sedang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) dan diadakan bagi menyemak semula dokumen utama dalam Sistem Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (BCMS) selaras dengan piawaian ISO 22301 meliputi PKP, BIA dan RA bagi tahun 2026.

Peserta diberi pendedahan kepada dapatan audit terdahulu, perubahan berkaitan SOP Keselamatan Jabatan, senarai akta dan peraturan, penambahbaikan dokumen BCMS serta latihan interaktif tabletop simulasi. Perbincangan berkumpulan turut dijalankan bagi menambahbaik Prosedur Analisis Impak dan Penilaian Risiko perkhidmatan.

Terima kasih kepada semua peserta atas komitmen dan kerjasama sepanjang bengkel ini berlangsung. Semoga segala hasil dan penambahbaikan yang dicapai dapat meningkatkan kesiapsiagaan dan ketahanan organisasi dalam menghadapi sebarang gangguan operasi. 💪✨





Photos from Jabatan Kimia Malaysia's post 12/05/2026

12 Mei 2026, Petaling Jaya - Perhimpunan Bulanan Bulan Mei 2026 Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) anjuran Pusat Analisis Sains Forensik telah diadakan pada hari ini bertempat di Dataran Kimia dan telah disempurnakan oleh YBrs. ChM Marhayani binti Md Saad, Ketua Pengarah KIMIA Malaysia.

YBrs. Puan Ketua Pengarah telah menyampaikan amanat beliau sebelum majlis diteruskan dengan Majlis Peluncuran S**an KIMIA Malaysia tahun 2026 yang juga telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Ketua Pengarah KIMIA Malaysia melalui simbolik balingan dart.

Dalam majlis tersebut, penyampaian Sijil Tanpa Cuti Sakit selama dua tahun (2024-2025) juga telah disampaikan kepada wakil setiap Pusat/Bahagian sebagai penghargaan atas komitmen dan disiplin warga kerja KIMIA Malaysia. Selain itu, sumbangan berjumlah RM1,500 turut disampaikan kepada setiap ketua kontinjen rumah sukan hasil tajaan Kelab KIMIA Malaysia bagi menyokong pelaksanaan aktiviti sukan yang akan bermula.

Syabas dan terima kasih kepada semua warga kerja KIMIA Malaysia atas komitmen serta penglibatan yang diberikan dalam menjayakan program ini.




Photos from Jabatan Kimia Malaysia's post 12/05/2026

12 Mei 2026, Petaling Jaya - Mesyuarat Bersama Jawatankuasa Peguam Selangor telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Seminar Aras 2, Bangunan Persekutuan, Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia).

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad, Ketua Pengarah KIMIA Malaysia dan dihadiri oleh pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai KIMIA Malaysia dan Jawatankuasa Peguam Selangor. Delegasi Jawatankuasa Peguam Selangor diketuai oleh Puan Yu Ai Ting, Pengerusi Jawatankuasa Peguam Selangor.

Mesyuarat ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan, persefahaman serta kerjasama antara kedua-dua pihak, di samping memberi ruang untuk berbincang dan bertukar pandangan mengenai isu-isu serta perkara-perkara berkaitan yang melibatkan pengamal undang-undang dan pihak KIMIA Malaysia.





Photos from Jabatan Kimia Malaysia's post 11/05/2026

11 Mei 2026, Petaling Jaya - Sesi konsultasi cadangan pindaan Perintah Bayaran (Analisa dan Laporan) 1979 kepada Perintah Fi (Jabatan Kimia Malaysia) di bawah Akta Fi 1951 [Akta 209] telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Seminar, Aras 2, Bangunan Persekutuan, Petaling Jaya.

Sesi yang dipengerusikan oleh YBrs, ChM Marhayani binti Md Saad, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) ini bertujuan mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada pihak pelanggan serta agensi berkepentingan berhubung cadangan semakan fi perkhidmatan analisis kimia dan sains forensik yang ditawarkan oleh KIMIA Malaysia.

Cadangan pindaan ini dibuat selaras dengan keperluan semasa memandangkan caj perkhidmatan sedia ada di bawah Perintah Bayaran (Analisa dan Lapuran)1979 [P.U.(A) 71/1979] tidak pernah dipinda sejak tahun 1979 dan tidak lagi mencerminkan kos sebenar perkhidmatan analisis makmal masa kini.

Sesi konsultasi ini turut diadakan bagi memenuhi keperluan penyediaan ulasan Memorandum Jemaah Menteri dan Penyata Impak Peraturan (Regulatory Impact Statement, RIS) dalam proses Analisa Impak Peraturan (Regulatory Impact Analysis, RIA).

Antara kementerian dan agensi yang hadir adalah:
a) Jabatan Perdana Menteri
b) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
c) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
d) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri
e) Kementerian Sumber Manusia
f) Kementerian Dalam Negeri
g) Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
h) Kementerian Kesihatan Malaysia
i) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Terima kasih kepada semua kementerian dan agensi yang hadir serta memberikan pandangan dan kerjasama dalam memastikan penyampaian perkhidmatan KIMIA Malaysia terus relevan, berkualiti dan mampan.





09/05/2026

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu, mama, umi, mak, mummy, amma dan bonda di mana jua berada. ❤️

Terima kasih atas segala kasih sayang, pengorbanan dan doa yang tidak pernah putus dalam membentuk keluarga, masyarakat serta generasi masa hadapan. Sesungguhnya kasih ibu menjadi inspirasi dan kekuatan yang tiada ternilai.

Semoga semua ibu sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan dalam kehidupan.

Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi dan warga kerja Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia).





Photos from Jabatan Kimia Malaysia's post 08/05/2026

8 Mei 2026, Petaling Jaya – Satu sesi dialog antara Seksyen Residu Pestisid, Bahagian Kualiti Makanan, Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) bersama Pejabat Kesihatan Negeri dan Daerah (PKN dan PKD) serta Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah diadakan di Bilik Seminar Aras 2, Bangunan Persekutuan, Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya secara hibrid pada 7 Mei 2026.

Dialog ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Kualiti Makanan, YBrs. ChM Dr. Vanitha Kunalan. Turut serta dalam dialog ini adalah Ketua Seksyen Residu Pestisid KIMIA Malaysia, ChM Azian Murni Abd Ghani dan Ketua Unit Racun Perosak, Jabatan Kimia Malaysia Negeri Perak (KIMIA Perak), ChM Mazni Mustapha Ali Khan serta para pegawai sains. Seramai 8 orang wakil agensi sekitar kawasan Lembah Klang telah hadir secara fizikal manakala 59 orang wakil agensi negeri turut hadir secara dalam talian.

Dialog ini bertujuan untuk penambahbaikan mutu perkhidmatan berkaitan analisis residu racun perosak yang diberikan kepada agensi penguatkuasaan. Antara kandungan perbincangan adalah tatacara penghantaran sampel, proses analisis dan pengeluaran laporan kimia untuk kegunaan pertuduhan di mahkamah. Turut dibincangkan keperluan pematuhan sistem kualiti dalam proses analisis. Program ini menjadi platform dalam memperkukuh kerjasama strategik antara pihak penguat kuasa dan makmal analisis bagi memastikan keselamatan serta kualiti makanan terus terpelihara.





Photos from Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )'s post 07/05/2026

07/05/2026

07/05/2026

:: SEGMEN INFO KIMIA ::

🚛🔬 Tahukah anda?
Makmal Bergerak Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) sentiasa bersedia untuk digerakkan ke lokasi kejadian bagi membantu mengesan dan menganalisis bahan berbahaya dengan pantas dan tepat.

Dilengkapi dengan teknologi terkini seperti ‘Meteorological Weather System’ dan ‘Stand-off Chemical Cloud Detector’, makmal ini memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan awam serta menyokong tindak balas kecemasan negara. 🇲🇾⚡

CBRNe merangkumi ancaman:
🧪 Kimia
🦠 Biologi
☢️ Radiologi
⚛️ Nuklear
💥 Letupan

KIMIA Malaysia komited dalam memperkukuh kesiapsiagaan dan keselamatan negara demi kesejahteraan rakyat. 💚





Photos from Jabatan Kimia Malaysia's post 06/05/2026

6 Mei 2026, Alor Setar - Mesyuarat Penyelarasan Sekolah Angkat Madani (SAM) telah diadakan pada hari ini di Sekolah Kebangsaan S**a Menanti, Alor Setar, Kedah.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Negeri Kedah (KIMIA Kedah), YBrs. ChM Encik Muhamad Hasirun bin Khalid selaku wakil Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) YBrs. ChM Puan Marhayani binti Md Saad. Turut hadir adalah Puan Norliza binti Bachik, Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pelajaran Negeri Kedah serta wakil-wakil pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar iaitu Encik Mohd Izwan bin Hamid @ Hamad dan Encik Mohamad Wahithir bin Wahab.

Mesyuarat ini bertujuan membincangkan skop-skop pelaksanaan inisiatif SAM yang bakal dilaksanakan di SK S**a Menanti serta cadangan penggunaan peruntukan yang diperoleh. Puan Najdah binti Darus, Penolong Kanan Pentadbiran SK S**a Menanti telah membentangkan kertas kerja cadangan bagi pelaksanaan peruntukan tersebut.

Sekolah Kebangsaan S**a Menanti merupakan sekolah kedua bagi inisiatif Sekolah Angkat MADANI (SAM) KIMIA Malaysia yang sebelum ini telah dijalankan di SK Langgar pada tahun 2025. Pelaksanaan inisiatif Sekolah Angkat MADANI di SK S**a Menanti ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seluruh warga kerja pendidik dan pelajar SK S**a Menanti dalam menyediakan ekosistem pendidikan yang menyeluruh, merangkumi aspek kemudahan fizikal dan pembangunan potensi murid secara holistik.





Photos from Jabatan Kimia Malaysia's post 06/05/2026

6 Mei 2026, Petaling Jaya - Kursus “Digital & Document Forensics: Document Verification, Detecting Forgery and Strengthening Prosecution” anjuran Unit Jenayah Komersial & Siber, Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara telah diadakan pada 5 dan 6 Mei 2026 bertempat di M Resort Hotel, Bukit Kiara, Kuala Lumpur dan Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia), Petaling Jaya, Selangor.

Objektif kursus ini adalah untuk memberikan pendedahan serta kefahaman yang tepat kepada Timbalan Pendakwa Raya dan Pegawai daripada agensi berkaitan dalam memperkukuh pemahaman peserta terhadap analisis dan metodologi keterangan pakar Pemeriksa Dokumen serta meningkatkan kemahiran dalam menilai dan memastikan kebolehterimaan laporan kimia yang disediakan oleh pakar mengikut piawaian forensik dan perundangan.

Pegawai-pegawai dari KIMIA Malaysia iaitu Puan Siti Nur Musliha binti Mohamad Noor, Ketua Seksyen Pemeriksaan Dokumen Forensik dan Encik Iskandar bin Azaman, Pemeriksa Dokumen telah dijemput sebagai ahli panel forum dan penceramah bagi kursus ini.

Sesi ceramah dan pameran telah diadakan di KIMIA Malaysia pada hari ini. Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Kamal Baharin bin Omar, Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan II, Jabatan Peguam Negara dan turut disertai oleh ChM Encik Muhammad Fauzi bin Ghazali, Pengarah Bahagian Kriminalistik dan Pemeriksaan Dokumen Forensik, KIMIA Malaysia.





Want your business to be the top-listed Government Service in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Ibu Pejabat Jabatan Kimia Malaysia, Jalan Sultan
Petaling Jaya
46661

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 11:00 - 16:30
Friday 08:00 - 16:30