Intellectual Property Corporation of Malaysia (MyIPO)

Intellectual Property Corporation of Malaysia (MyIPO)

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Intellectual Property Corporation of Malaysia (MyIPO), Government Organization, Menara MyIPO, PJ Sentral, Lot 12, Persiaran Barat, Seksyen 52, Petaling Jaya.

MyIPO is an autonomous and corporatized agency responsible for the development and management of the intellectual property system i.e patents, trademarks, industrial designs, copyrights and layout designs of integrated circuits in Malaysia.

Photos from Intellectual Property Corporation of Malaysia (MyIPO)'s post 14/05/2026

MyIPO hari ini berbesar hati menghadiri dan menyempurnakan penyerahan sijil paten bagi HELIOS kepada Axiata Cyber Fusion Center (ACFC), satu inovasi tempatan berteraskan kecerdasan buatan (AI) dalam bidang keselamatan siber.

Sebagai antara inisiatif paten keselamatan siber berkuasa AI terawal daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Malaysia, HELIOS membuktikan keupayaan bakat tempatan dalam membangunkan teknologi bernilai tinggi yang mampu memperkukuh ekosistem keselamatan digital negara.

Permohonan paten ini telah difailkan pada Ogos 2024 dan melalui proses pemeriksaan dipercepatkan oleh MyIPO atas faktor kepentingan nasional dan awam. Pengiktirafan ini mencerminkan keyakinan terhadap potensi inovasi tempatan dalam menangani cabaran keselamatan siber yang semakin kompleks.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Axiata dan seluruh pasukan Axiata Cyber Fusion Center atas pencapaian ini. Semoga menjadi pemangkin kepada lebih banyak inovasi tempatan berimpak tinggi serta memperkukuh kerjasama strategik antara industri dan ekosistem harta intelek negara.

Majlis ini telah dihadiri oleh YBrs. Puan Yusnieza Syarmila Yusoff, Ketua Pengarah MyIPO bersama YBrs. Tuan Razhuan bin Hussin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi); hadir sama Encik Abid Adam, Group Chief Risk and Compliance Officer Axiata Group; Encik Rainer Deutschmann, Group Chief Strategy and Transformation Officer dan Encik Foong Chee Kheong, Group Chief Regulatory Officer.

Axiata Patent MalaysiaMADANI madanibekerja

Photos from Intellectual Property Corporation of Malaysia (MyIPO)'s post 14/05/2026

MyIPO hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang berlangsung di Menara MyIPO, PJ Sentral.

Kunjungan hormat ini diketuai oleh YBrs. Dr. Ahmad Fahme bin Mohd Ali, Pengarah InsPeK, UMK dan telah disambut oleh YBrs. Tuan Razhuan bin Hussin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), MyIPO bersama barisan pengurusan MyIPO.

Sesi perbincangan memberi fokus kepada potensi kerjasama strategik antara MyIPO dan InsPeK, UMK khususnya dalam aspek penyelidikan dan pembangunan dasar, analisis serta pemantauan impak sosioekonomi, perkongsian data dan kepakaran, serta penerokaan inisiatif bersama yang dapat menyokong agenda pembangunan masyarakat dan kesejahteraan rakyat.

MyIPO komited untuk terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik bersama institusi akademik dan penyelidikan dalam usaha memperkasa ekosistem harta intelek, inovasi dan pembangunan negara secara menyeluruh.

14/05/2026

πŸš€ Jom sertai IP Regional Open-Day 2026 (Northern Region) anjuran MyIPO!

Nak tahu macam mana nak lindungi jenama, produk, ciptaan & karya anda? Inilah peluang terbaik untuk dapatkan info terus daripada pakar harta intelek! πŸ’‘βœ¨

πŸ“ Kinta Riverfront Hotel & Suites, Ipoh, Perak
πŸ“… 23 Mei 2026 (Sabtu)

Antara aktiviti menarik:
βœ… IP-Quiz
βœ… IP-Clinic
βœ… IP Successful Story
βœ… Souvenir & Gift 🎁

Sama ada anda usahawan, pencipta kandungan, pelajar, inventor atau pemilik bisnes β€” anda dialu-alukan hadir!

πŸ“² Scan QR Code sekarang & daftar segera!
Patent Copyright IndustrialDesign UsahawanMalaysia Ipoh Perak MalaysiaInnovation

Photos from Intellectual Property Corporation of Malaysia (MyIPO)'s post 14/05/2026

πŸ† PERMATA CILIK (PELAJAR SEKOLAH ATAU SETARAF)

Sempena Sambutan Hari Harta Intelek Negara 2026 bertemakan β€œHarta Intelek Nadi Malaysia MADANI: IP & Sukan – Dari Idea ke Podium”, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para penerima Anugerah Harta Intelek Negara 2026 bagi kategori Permata Cilik.

πŸ₯‡ Pemenang Emas – Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang
Atas ciptaan Furniflex yang menyerlahkan potensi inovasi dan kreativiti generasi muda.

πŸ₯ˆ Pemenang Perak – SMJK Tinggi Cina Melaka (STCM)
Atas inovasi turbin air berkecekapan tinggi yang menyokong pembangunan teknologi lestari.

πŸ₯‰ Pemenang Gangsa – Sekolah Menengah Kebangsaan Jugra
Atas ciptaan ReBAG+ yang memupuk kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar.

Anugerah ini membuktikan bahawa idea bernilai mampu lahir sejak di bangku sekolah dan berpotensi menjadi pemangkin kepada masa depan inovasi negara.

14/05/2026

π—˜π—› .. 𝗕𝗔π—₯π—”π—‘π—š π—§π—œπ—₯𝗨𝗔𝗑 π—₯𝗨𝗣𝗔𝗑𝗬𝗔?

Berita tempatan semalam melaporkan, padah menjual barangan ciplak seorang lelaki terpaksa membayar denda mencecah RM200,000 bagi mengelak dipenjara selama enam bulan.

Haa korang.. Jangan mudah terpengaruh dengan promosi dan harga murah. Selidik dahulu sebelum membeli, takut korang jadi mangsa terpedaya beli barang tiruan. kan dah rugi!

Tak salah untuk membeli barang berjenama luar tapi korang tahu tak barangan buatan Malaysia kualiti setanding harga tau!

14/05/2026

π₯𝐁𝐁𝐌 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 π‡πˆπŒππ”π πŸ”πŸŽ 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 π“π„πŒππ€π“π€π 🌺

Bah urang Sabah! Hujung minggu ni kalau inda tau mau pigi mana, jom bah kita serbu SICC! πŸ›οΈβœ¨
Bawa satu family datang ke Program Inspirasi Beli Barangan Malaysia! Ada lebih 60 usahawan tempatan yang bawa macam-macam produk terbaik . Makanan ada, kraftangan pun ada, memang banyak pilihan ba!

Inilah masa kita support produk lokal kita sendiri. Kualiti bukan kaleng-kaleng, harga pun memang berbaloi! πŸ’ͺ

πŸ“ Tempat: Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu
πŸ—“οΈ Tarikh: 16–17 Mei 2026
⏰ Masa: 9.00 Pagi – 6.00 Petang

Jangan lupa share sama kawan-kawan kamurang yang kaki shopping tu πŸ˜†
Mari bah sama-sama support, beli dan bangga dengan produk Malaysia! 🀝❀️

Jumpa kamu di sana bah! πŸ™Œ

13/05/2026

MyIPO akan terus memperkasa agenda transformasi melalui inisiatif MyIPO NEXTGEN sebagai langkah strategik baharu dalam memperkukuh peranan agensi ini ke arah pembangunan ekonomi yang dipacu inovasi.

YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup turut menekankan bahawa pendekatan tersebut menjadikan MyIPO bukan hanya sebagai badan pendaftaran harta intelek, malah berperanan sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi, penggerak kreativiti serta rakan strategik kepada industri dan pencipta tempatan.

Photos from Intellectual Property Corporation of Malaysia (MyIPO)'s post 13/05/2026

πŸ† NADI KREATIF (HAK CIPTA)

Sempena Sambutan Hari Harta Intelek Negara (HHIN) 2026 bertemakan β€œHarta Intelek Nadi Malaysia MADANI: IP & Sukan – Dari Idea ke Podium”, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para penerima Anugerah Harta Intelek Negara 2026 bagi kategori Nadi Kreatif (Hak Cipta).

πŸ₯‡ Pemenang Emas – Monsta Studios Sdn. Bhd.
Atas karya BoBoiBoy Galaxy Season 2 yang terus mengangkat kecemerlangan industri kreatif tempatan ke tahap lebih tinggi.

πŸ₯ˆ Pemenang Perak – Fakulti Perubatan & Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM
Atas karya FlexMinda yang memberi manfaat kepada masyarakat melalui pendekatan kreatif dan inovatif.

πŸ₯‰ Pemenang Gangsa – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Atas karya Arithmetic yang menyokong pembelajaran inklusif dan pembangunan pendidikan.

Anugerah ini membuktikan bahawa hak cipta bukan sekadar perlindungan karya, tetapi pemangkin kepada kreativiti, inovasi dan pembangunan industri kreatif negara.

13/05/2026

✨ Idea anda bernilai. Karya anda juga layak dilindungi!

Tahukah anda? πŸ“šπŸŽΆπŸŽ¬πŸŽ¨
Pelbagai jenis karya seperti sastera, muzik, filem, seni, rakaman bunyi, siaran dan penerbitan boleh mendapat perlindungan hak cipta di Malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ’‘ Jangan biarkan hasil kreativiti anda digunakan tanpa perlindungan yang sewajarnya.
Kini permohonan Hak Cipta boleh dibuat secara ONLINE dengan lebih mudah dan pantas! πŸš€

πŸ–₯️ Mohon sekarang di:
https://iponline2u.myipo.gov.my/

βœ”οΈ Lindungi karya
βœ”οΈ Jaga hak pencipta
βœ”οΈ Tingkatkan nilai harta intelek anda

Photos from Intellectual Property Corporation of Malaysia (MyIPO)'s post 12/05/2026

MyIPO hari ini telah menganjurkan Program Pemerkasaan Pejabat Pemindahan Teknologi Institut Pengajian Tinggi Zon Utara dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang.

Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah MyIPO, YBrs. Puan Yusnieza Syarmila Yusoff. Turut hadir ialah YBrs. Profesor Dr. Habibah A. Wahab, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), USM; YBrs. Dr. Kamarul Faizal bin Hashim, Timbalan Ketua Pengarah (Komersial), MyIPO; YBrs. Encik Razhuan bin Hussin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), MyIPO serta YBrs. Profesor Dr. Mohd. Hazwan Hussin, Pengarah Pusat Inovasi dan Perundingan, USM.

Seramai 120 peserta terdiri daripada pegawai Technology Transfer Office (TTO), penyelidik, pensyarah serta wakil institusi pengajian tinggi dan institusi penyelidikan Zon Utara dalam usaha memperkukuh ekosistem pengkomersialan harta intelek negara. Turut disediakan ialah Klinik Patent2U yang menawarkan khidmat nasihat berkaitan harta intelek, khususnya paten.

Want your business to be the top-listed Government Service in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address

Menara MyIPO, PJ Sentral, Lot 12, Persiaran Barat, Seksyen 52
Petaling Jaya
46200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00