Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya, Political organisation, PJS 2D/15, Petaling Jaya.

09/05/2026
29/04/2026

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PETALING JAYA

BUDAYA HEDONISME MELAMPAU MEMBAWA KEROSAKAN SOSIAL

Dewan Pemuda PAS Kawasan Petaling Jaya memandang serius penganjuran program hiburan melampau seperti festival muzik dan pesta air yang berpotensi membawa pelbagai kesan buruk kepada masyarakat, khususnya golongan muda.

Program sebegini sering membuka ruang kepada pergaulan bebas tanpa batas, pendedahan aurat secara terbuka, kelalaian melampau, serta budaya berseronok yang tidak terkawal.

Lebih membimbangkan, ia boleh menjadi pintu kepada gejala sosial lain seperti penyalahgunaan bahan terlarang, gangguan seksual, pergaduhan, kerosakan harta awam dan insiden keselamatan.

Dalam jangka panjang, normalisasi program seperti ini akan membentuk generasi yang semakin luntur nilai malu, adab dan jati diri. Apabila hiburan dijadikan gaya hidup tanpa kawalan, masyarakat akan semakin jauh daripada budaya ilmu, akhlak dan nilai kekeluargaan.

Alasan bahawa penyertaan adalah “secara sukarela” tidak menafikan kesan domino terhadap masyarakat sekeliling. Apa yang dipromosi secara terbuka akhirnya akan mempengaruhi norma sosial dan menjadi ikutan ramai, khususnya anak muda yang mudah terdedah kepada budaya viral dan trend semasa.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Petaling Jaya menggesa pihak kerajaan membatalkan penganjuran program ini dan seumpama ini dengan mengambil kira kesan sosial, moral dan keselamatan awam.

Pembangunan ekonomi dan pelancongan tidak boleh dibina atas asas hiburan yang berpotensi merosakkan masyarakat. Kita mahukan negara yang maju, tetapi kemajuan itu mesti seiring dengan pemeliharaan akhlak, maruah dan kesejahteraan rakyat.

DEWAN PEMUDA PAS PETALING JAYA

28/04/2026

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PETALING JAYA

ISU BANJIR BERULANG DI SELANGOR

Dewan Pemuda PAS Kawasan Petaling Jaya memandang serius kejadian banjir yang berulang setiap kali hujan lebat di negeri Selangor, khususnya di kawasan membangun dan berpenduduk padat seperti Petaling Jaya, Shah Alam dan sekitarnya. Kejadian ini bukan lagi luar biasa, bahkan telah menjadi keresahan tetap rakyat yang terpaksa berdepan kerugian harta, gangguan kehidupan dan risiko keselamatan setiap kali berlakunya hujan lebat yang berpanjangan.

Fenomena ini menimbulkan persoalan terhadap tahap kesiapsiagaan serta kecekapan pengurusan saliran, perancangan bandar dan penyelenggaraan infrastruktur. Kawasan yang pesat membangun seharusnya dilengkapi sistem perparitan dan mitigasi banjir yang lebih tersusun, bukan terus berulang dengan alasan cuaca semata-mata.

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya juga mengambil perhatian terhadap titah kebimbangan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang menekankan keperluan tindakan lebih berkesan dan menyeluruh dalam menangani isu banjir di negeri ini. Titah tersebut seharusnya dijadikan panduan serius oleh semua pihak berkuasa agar usaha penyelesaian tidak lagi bersifat sementara atau reaktif.

Sehubungan itu, kami menggesa kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan untuk mempercepatkan pelaksanaan pelan mitigasi banjir secara menyeluruh, termasuk menaik taraf sistem perparitan, mengawal pembangunan yang tidak terancang serta memastikan penyelenggaraan berkala dilakukan dengan telus dan berkesan.

Dalam masa yang sama, kami menyeru agar satu pelan jangka panjang yang jelas dan bersepadu diumumkan kepada rakyat, lengkap dengan garis masa pelaksanaan supaya keyakinan masyarakat dapat dipulihkan. Isu banjir tidak boleh lagi dianggap sebagai masalah bermusim, sebaliknya ia memerlukan penyelesaian berstruktur dan komitmen politik yang serius.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Petaling Jaya akan terus menyuarakan kebimbangan rakyat serta memantau perkembangan isu ini demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Petaling Jaya

08/03/2026

Singgah Sahur 1.0




08/03/2026

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan gerak kerja semasa serta perancangan program dalam usaha memperkasa khidmat kepada masyarakat.

Semoga segala perancangan yang dibincangkan dipermudahkan dan memberi manfaat kepada warga Petaling Jaya khususnya.

“Merancang dengan teliti, bergerak dengan istiqamah.”


Photos from Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya's post 08/03/2026

Program Singgah Sahur anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Petaling Jaya telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Department Art, Culture & Sports (DACS PJ) serta Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Kawasan Petaling Jaya.

Melalui program ini, para pemuda turun menyantuni anggota polis yang masih bertugas dengan mengedarkan juadah sahur di sekitar TTDI Jaya.

Semoga usaha ini dapat menyemai semangat kebersamaan dan menghargai jasa mereka yang bertugas di bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

“Ramadan diraikan dengan kebajikan dan ukhuwah.”




Photos from Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya's post 08/03/2026

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa, Iftar & Solat Terawih bersama para guru SRITI Al-Hikmah, yang merupakan SRITI sulung di Petaling Jaya.

Majlis yang berlangsung dengan penuh ukhuwah ini turut diserikan dengan penyampaian sumbangan Duit Raya sebagai tanda penghargaan kepada para muallim dan muallimah yang sentiasa istiqamah mendidik generasi anak-anak dengan ilmu dan nilai Islam.

Program ini telah diadakan di PAS Cawangan TTDI Jaya dan menjadi ruang mengeratkan silaturahim antara pimpinan pemuda serta para pendidik.
Semoga segala pengorbanan dan usaha para guru dalam mendidik generasi ummah sentiasa diberkati dan diberikan ganjaran yang berlipat ganda.

“Mendidik generasi Rabbani, membina masa depan ummah.”




30/01/2026

PASTI Kawasan Petaling Jaya kini membuka Pencarian & Pelantikan Pembekal Rasmi bagi tahun 2026-2027 untuk kategori:

📸 Fotografi Murid
❄️ Servis Pendingin Hawa
🏅 Medal & Saguhati
🎒 Lawatan Murid (Edu Trip)
🚚 Pengangkutan Logistik (Lori)

📝 Tarikh tutup penyertaan: 6 Februari 2026 (Jumaat), 5.00 ptg

Borang penyertaan: https://forms.gle/9juqzXERC28nYUaUA

Pelantikan adalah untuk kerjasama jangka panjang, tertakluk kepada prestasi, kualiti dan terma PASTI Kawasan Petaling Jaya. Keputusan akan dimaklumkan dalam 2–3 minggu selepas tarikh tutup.

Sekian.

Photos from SRITI Al-Hikmah - Petaling Jaya's post 22/01/2026
Want your business to be the top-listed Government Service in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


PJS 2D/15
Petaling Jaya
46000