Pejabat Penerangan Daerah Petaling

Pejabat Penerangan Daerah Petaling

Share

VISI
Membina Masyarakat Terhubung dan Berinformasi. MISI
Menterjemah & memasar maklumat kerajaan

29/05/2026

Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi sedang merangka pelbagai inisiatif bagi membantu pengamal media di negara ini mendepani cabaran semasa termasuk ancaman teknologi kecerdasan buatan (AI) dan ketidaktentuan ekonomi.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata Hari Wartawan Nasional (HAWANA) tahun ini disambut dalam suasana kebanyakan petugas media berasa risau tentang pekerjaan serta masa masa depan mereka.

"Tahun ini kita menyambut Hari Wartawan dalam satu suasana dengan ramai yang mungkin risau tentang pekerjaan mereka, tentang masa depan mereka akibat daripada AI dan isu-isu ekonomi.

"Tetapi insya-Allah, di pihak kerajaan, khususnya Kementerian Komunikasi, ada beberapa perkara yang sedang diikhtiarkan untuk membantu rakan-rakan dalam bidang media," katanya dalam ucapan sempena sambutan HAWANA 2026 hari ini.





Fahmi Fadzil

29/05/2026

⚠️ Jangan terpedaya dengan berita palsu!

Semak fakta dan pastikan maklumat yang diterima sahih sebelum dikongsi. ✅🔍

Ikuti saluran Sebenarnya.my untuk info terkini.




29/05/2026
29/05/2026
29/05/2026

Pembatalan Naval Strike Missile (NSM), Apa Yang Perlu Kita Tahu?

'Yang sahih di RTM'

29/05/2026

🚨 RM49.26 JUTA NILAI RAMPASAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperhebat operasi bersepadu di seluruh negara bagi membanteras ketirisan, penyeludupan dan penyelewengan barang kawalan demi melindungi kesejahteraan rakyat serta kestabilan bekalan negara.

💬 “KDN akan terus memperkukuh penguatkuasaan strategik demi keselamatan rakyat dan kestabilan negara.”
~YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Operasi penguatkuasaan dilaksanakan secara menyeluruh melibatkan pemeriksaan stor, premis, lori pengangkutan, gudang simpanan dan rantaian pengedaran barang kawalan termasuk diesel, petrol, minyak masak, tepung gandum serta pelbagai keperluan asas lain.

Antara fokus utama operasi termasuk:
✅ Membanteras ketirisan dan penyeludupan barang bersubsidi
✅ Memastikan bekalan keperluan asas rakyat kekal stabil
✅ Melindungi subsidi kerajaan daripada penyelewengan
✅ Memperkukuh operasi penguatkuasaan bersepadu seluruh negara
✅ Melaksanakan tindakan tegas tanpa kompromi terhadap pelanggaran undang-undang

KDN komited memastikan pendekatan Smart Enforcement dan operasi berasaskan risikan terus diperkasakan menerusi kerjasama strategik pelbagai agensi bagi menjamin keselamatan ekonomi serta kesejahteraan rakyat Malaysia.










Sumber: Kementerian Dalam Negeri | 27 Mei 2026

29/05/2026

MALAYSIA TERUS UNGGUL SEBAGAI PENERAJU EKONOMI ISLAM DUNIA

Yang sahih di RTM

29/05/2026

Selamat Hari Wartawan Nasional 2026! ✨📰

Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh wartawan dan pengamal media yang sentiasa komited menyampaikan berita sahih, tepat dan berintegriti demi masyarakat dan negara. 🗞️

Dengan tulus ikhlas, daripada seluruh warga Jabatan Penerangan Malaysia.




29/05/2026

Gunakan media sosial dengan bijak sebagai platform untuk berkongsi perkara positif dan bermanfaat. 📱

Sebarkan maklumat berguna, elakkan perbalahan serta isu sensitif, dan pilih kata-kata yang membina. 💬✨




29/05/2026

Muat turun aplikasi myCuaca di Google Play dan App Store 📱

Dapatkan maklumat cuaca terkini dan sahih terus daripada METMalaysia. 🌦️




Want your business to be the top-listed Government Service in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Pejabat Penerangan Daerah Petaling, Tingkat 4A Bangunan Persekutuan Jalan Sultan
Petaling Jaya
46200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00