Institut Koperasi Malaysia

Call Directions Website Contact the organization

Institut Koperasi Malaysia Satu-satunya pusat latihan & bimbingan koperasi di Malaysia. Education institution in Malaysia.
(252)

It was established in 1956 and through the Parliamentary Act of 1968, was legislated. Through the act, CCM was given the responsibility to provide training and education on cooperative to the country's cooperative movement. Currently, CCM has been placed as an agency under the Domestic Trade, Cooperative and Consumerism Ministry.

📣 SABAH, KITA BAKAL BERTEMU!Jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia Edisi Sabah ...
19/10/2026

📣 SABAH, KITA BAKAL BERTEMU!

Jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia Edisi Sabah 2026 yang bakal berlangsung pada 23–25 Oktober 2026 di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu, Sabah! 🎉

Pelbagai pengisian menarik menanti anda, termasuk:

🌙 Malam Gema Rohani Sabah Bersama Gerakan Koperasi
📅 23 Oktober 2026 (Jumaat) | 🕘 9.00 malam

🎤 Sesi Townhall Keusahawanan Bersama MINDET dan KUSKOP
📅 24 Oktober 2026 (Sabtu) | 🕘 9.00 pagi

Ayuh warga Sabah! Mari bersama-sama memeriahkan karnival ini, menyemarakkan semangat keusahawanan dan memperkukuh gerakan koperasi negara. 🤝

📍 Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu, Sabah
🗓️ 23–25 Oktober 2026

Hebatkan Perniagaan Malaysia, Perkasa Gerakan Koperasi!

Jumpa anda di sana! 👋

📢 SEMINAR PERANAN KOPERASI DALAM MEMPERKUKUH KETERJAMINAN MAKANAN NEGARAJom bersama-sama meneroka peranan penting kopera...
19/10/2026

📢 SEMINAR PERANAN KOPERASI DALAM MEMPERKUKUH KETERJAMINAN MAKANAN NEGARA
Jom bersama-sama meneroka peranan penting koperasi & usahawan dalam menjamin bekalan makanan negara serta menjana peluang perniagaan baharu! 🌾✨

📅 Tarikh: 10 - 11 November 2026 (Selasa - Rabu)
📍 Tempat: Hotel Lexis, Port Dickson
🎁 Istimewa: Penginapan (1 Malam) & Makan Minum disediakan sepanjang seminar!

💡 Pengisian Utama:
✔️ Strategi Tanaman Padi Darat & Nanas MD2
✔️ Pengurusan Rantaian Bekalan & Solusi Pembaziran
✔️ Agropelancongan & Forum Peluang/Insentif Koperasi

🏷️ YURAN PENYERTAAN:
🎟️ Anggota Koperasi: RM120 / seorang
😉 NAK LAGI JIMAT? DATANG BERTIGA, LAGI BERBALOI!
👥 Pakej Kumpulan (Anggota Koperasi): RM300 untuk 3 orang! (Jatuh RM100/seorang) 🔥
💼 Bukan Anggota Koperasi / Usahawan: RM300 / seorang

📌 Tempat terhad! Hanya 150 slot sahaja (Siapa cepat dia dapat).
👉 Daftar Slot Anda Sekarang:
https://forms.gle/QzFk7UHPKTvhrKRN7

📲 Hubungi Izza: 019-3047191
💬 WhatsApp Direct: https://wa.me/60193047191

SAMBUTAN HARI INOVASI, KREATIVITI & INTEGRITI: STAFF DAYS JUBLI PLATINUM IKMa 2026 16–17 Oktober 2026 | Amverton Cove Go...
17/10/2026

SAMBUTAN HARI INOVASI, KREATIVITI & INTEGRITI: STAFF DAYS JUBLI PLATINUM IKMa 2026

16–17 Oktober 2026 | Amverton Cove Golf & Island Resort, Pulau Carey, Selangor

Institut Koperasi Malaysia (IKMa) telah menganjurkan Hari Inovasi, Kreativiti & Integriti bersempena Staff Days Jubli Platinum IKMa 2026, sebagai wadah memperkukuh semangat kebersamaan, menyemarakkan budaya inovasi serta menghayati nilai integriti dalam kalangan warga kerja.

Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ TPr. Suki Mee, Lembaga Pengarah IKMa. YBhg. Datuk Dr. Mohd Ali b Mansor, Ketua Pengarah serta pengurusan tertinggi dan juga warga kerja IKMa turut hadir memeriahkan majlis tersebut.

Penganjuran program ini turut menjadi platform untuk menghargai komitmen, dedikasi dan sumbangan warga IKMa yang menjadi tunjang kepada kecemerlangan organisasi sepanjang perjalanan 70 tahun IKMa dalam memperkasa gerakan koperasi negara.

Pelbagai pengisian menarik telah dirangka bagi menyuntik semangat kreativiti, mengiktiraf pencapaian serta memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja. Usaha ini mencerminkan aspirasi IKMa untuk terus membudayakan inovasi, memartabatkan integriti dan membina organisasi yang dinamik, progresif serta berdaya saing.

Semoga semangat Jubli Platinum ini terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan warga IKMa dalam mendukung agenda pembangunan modal insan dan pemerkasaan gerakan koperasi Malaysia.

70 Tahun IKMa: Menyulam Legasi, Memacu Inovasi, Memperkasa Koperasi.



16 Oktober 2026MICRO-CREDENTIAL IKMa: USM PERKUKUH REKA BENTUK PEMBELAJARAN, BUKAN SEKADAR DIGITALISASIPembangunan Micro...
16/10/2026

16 Oktober 2026

MICRO-CREDENTIAL IKMa: USM PERKUKUH REKA BENTUK PEMBELAJARAN, BUKAN SEKADAR DIGITALISASI

Pembangunan Micro-Credentials tidak lagi dilihat sekadar sebagai usaha mendigitalkan kandungan kursus, sebaliknya memerlukan reka bentuk pembelajaran yang jelas dari segi hasil pembelajaran, aktiviti, pentaksiran dan jaminan kualiti bagi memastikan nilai pembelajaran kepada peserta.

Pendekatan itu menjadi antara tumpuan utama kolaborasi Universiti Sains Malaysia (USM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) menerusi Bengkel Way Forward Program Micro-Credentials IKMa–USM yang berlangsung di USM.

🖥 Untuk berita penuh:
https://usmofficial1969.com/47opW0p

*Dari Bilik Berita | USM*
news.usm.my

🏆 MAJLIS  PENUTUPAN PROGRAM JAGUH KEUSAHAWANAN NASIONAL 2026 🏆Yb Encik Steven Sim Chee Keong, Menteri Pembangunan Usahaw...
15/10/2026

🏆 MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM JAGUH KEUSAHAWANAN NASIONAL 2026 🏆

Yb Encik Steven Sim Chee Keong, Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP) sebentar tadi telah merasmikan Majlis Penutupan Program Jaguh Keusahawanan Nasional 2026.

Program Jaguh Keusahawanan Nasional bertujuan untuk memberi kesedaran keusahawanan dalam kalangan mahasiswa dan graduan untuk menghasilkan idea dan projek berdasarkan bidang pengajian masing-masing bagi melahirkan usahawan muda yang inovatif dan berdaya saing padamasa hadapan.

Jaguh merupakan salah satu usaha (KUSKOP) untuk melahirkan bakat-bakat muda yang mampu membangunkan idea dan seterusnya mengembangkan setiap projek berdasarkan keperluan sebenar pasaran melalui latihan dan bimbingan yang berstruktur dan komprehensif.

Program Jaguh Keusahawanan Nasional 2026 ini diserta seramai 3,008 peserta dapat telah menghasilkan sebanyak 768 projek.

Hari ini sebanyak 30 projek terbaik daripada keseluruhan 768 projek tersebut untuk berjuang di peringkat akhir dan akan dinobatkan sebagai juara bagi setiap kategori dan sektor yaang dipertandingkan.

Semoga program ini terus menjadi pemangkin kepada pembangunan usahawan yang berdaya saing, inovatif dan berdaya tahan, sekali gus memperkukuh ekosistem keusahawanan dan koperasi negara.

IKMA MEMACU KECEMERLANGAN KOPERASI!



15/10/2026
15/10/2026

𝐓𝐎𝐖𝐍𝐇𝐀𝐋𝐋 𝐊𝐄𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐈𝐍𝐃𝐄𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐒𝐊𝐎𝐏 📚

Ada idea mantap? Ada cadangan power? Ada persoalan tentang dunia keusahawanan? Inilah peluang anda untuk berinteraksi secara langsung dengan barisan kepimpinan kementerian.

Jom sertai Sesi Townhall Keusahawanan Bersama MINDET dan KUSKOP untuk berkongsi pandangan, mendengar suara usahawan serta memperkukuh ekosistem keusahawanan negara.

📅 24 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ 9:00 pagi
📍 Pentas Utama, Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu, Sabah

Bikin Lokal Jadi Hebat, Usahawan Onsoiiiii ‼️🙌

Steven Sim Chee Keong 沈志强
Datuk Mohamad Alamin
Ewon Benedick Official Media
Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan
Jabatan Penerangan Sabah
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
P.176 BN Kimanis

Address

Petaling Jaya

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Friday 08:30 - 16:30

Telephone

+60379649000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Koperasi Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Institut Koperasi Malaysia:

Shortcuts

Share