Balai Bomba dan Penyelamat Damansara

Balai Bomba dan Penyelamat Damansara

Share

Balai Bomba dan Penyelamat Damansara Ditubuhkan pada 15 Disember 1985 dan diketuai oleh seorang PBTB, 3 KAB, 2 ABK dan 12 anggota.

Pada Tahun 12 Oktober 1999 bangunan baru telah siap dibina dan dirasmikan oleh YB Dato' Dr. Ting Chew Peh - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

13/05/2026

Peringatan keselamatan bersama

Photos from Balai Bomba dan Penyelamat Damansara's post 11/05/2026

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA

====================

JENIS INSIDEN:
Kebakaran Rumah

TARIKH TERIMA: 11/05/2026
MASA TERIMA PANGGILAN: 09:41:22

LAPORAN:
Balai telah menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden kebakaran rumah.

Setibanya di lokasi, didapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah rumah kediaman. Pasukan operasi telah melaksanakan tindakan pemadaman dengan segera menggunakan satu aliran hos bagi mengawal kebakaran daripada merebak.

Api berjaya dikawal dalam tempoh operasi dan kerja-kerja pemantauan turut dijalankan bagi memastikan keadaan benar-benar selamat. Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden ini,.

Operasi berjalan lancar dan seterusnya ditamatkan selepas keadaan disahkan selamat.

SEKIAN, TERIMA KASIH.


10/05/2026

Selamat Datang ke Keluarga Wira JBPM, Brave! 🐾❀️

Si kecil penuh semangat ini bakal mewarisi keberanian dan ketangkasan dalam dunia penyelamatan.

Semoga membesar menjadi anjing pengesan yang hebat, cekap dan setia berkhidmat demi keselamatan rakyat. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸš’

🐢 Nama : Brave
🐾 Baka : Labrador
🚨 Disiplin : UDSAR
πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘¦ Induk : Lottie & Miles
πŸŽ‚ Tarikh Lahir : 18 Mac 2026

10/05/2026

πŸš’ KELENGKAPAN PPE ANGGOTA BOMBA πŸš’

Setiap anggota bomba dilengkapi dengan Personal Protective Equipment (PPE) yang lengkap dari kepala hingga kaki bagi memastikan keselamatan semasa operasi kecemasan dan menyelamat.
PPE bukan sahaja melindungi anggota daripada haba, asap dan bahaya persekitaran, malah membantu meningkatkan keberkesanan komunikasi serta keselamatan ketika bertugas.

βœ… Sentiasa periksa PPE sebelum operasi
βœ… Pastikan dipakai dengan betul
βœ… Jaga dan bersihkan peralatan selepas digunakan

β€œUtamakan keselamatan sebelum menyelamat.”


Photos from Balai Bomba dan Penyelamat Damansara's post 08/05/2026

πŸš’ ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA πŸš’
πŸ“ BBP DAMANSARA
πŸ“… 08 MEI 2026 (JUMAAT)
πŸ•™ 1000 PAGI
πŸ”₯ CERAMAH DAN DEMONSTRASI ALAT PEMADAM API πŸ”₯
πŸ“Œ Kindly Garden Tropicana
πŸ“ Tropicana Kelab Golf
Satu sesi ceramah keselamatan kebakaran serta demonstrasi penggunaan alat pemadam api telah dijalankan oleh anggota dari BBP Damansara kepada para peserta dan kakitangan Kindly Garden Tropicana.
Program ini bertujuan memberi pendedahan awal mengenai langkah pencegahan kebakaran, tindakan ketika berlaku kecemasan serta cara penggunaan alat pemadam api dengan betul dan selamat. Selain itu, program seperti ini turut membantu meningkatkan tahap kesedaran keselamatan kebakaran di kalangan masyarakat.

06/05/2026

"ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA"

====================

πŸ”₯ LAPORAN FIRE DRILL πŸ”₯

πŸ“ Lokasi: Bangunan IKEA & IPCπŸ“… Tarikh: 5 Mei 2026
⏰ Masa: 10:30 pagi

Satu latihan kebakaran (fire drill) telah berjaya dilaksanakan di Bangunan IKEA dan IPC bagi memastikan tahap kesiapsiagaan semua pihak berada dalam keadaan optimum.

Senario Latihan:Melibatkan 3 orang mangsa:β€’ 2 mangsa berjaya diselamatkan oleh pasukan Emergency Response Team (ERT)β€’ 1 mangsa diselamatkan oleh pihak Bomba dan Penyelamat

Objektif Latihan:Latihan ini bertujuan menguji tindak balas kecemasan, koordinasi pasukan, pematuhan prosedur keselamatan serta menilai keberkesanan sistem kebombaan termasuk sistem penggera, laluan keluar kecemasan dan peralatan pemadaman kebakaran di premis.

Tahniah kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang latihan dijalankan.






04/05/2026

β€ŽΨ¨ΩΨ³Ω’Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω… ِاللّه ΩΨ§Ω„Ψ±Ω‘ΩŽΨ­Ω’Ω…ΩŽΩ† ΩΨ§Ω„Ψ±Ω‘ΩŽΨ­ΩΩŠΩ’Ω…Ω
β€Ž.Ψ§Ω„Ψ³ΩŽΩ‘Ω„Ψ§ΩŽΩ…Ω ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩŠΩ’ΩƒΩΩ…Ω’ ΩˆΩŽΨ±ΩŽΨ­Ω’Ω…ΩŽΨ©Ω اللهِ ΩˆΩŽΨ¨ΩŽΨ±ΩŽΩƒΩŽΨ§Ψͺُهُ

Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra. Salam Malaysia Madani.

RINGKASAN INSIDEN: JARI TERSEPIT PADA BUTANG FLUSH TANDAS

Pada 04.05.2026 jam 14:13 petang, BBP Damansara menerima panggilan kecemasan berkaitan seorang mangsa wanita yang mengalami jari tersepit pada komponen butang flush tandas di Damansara Perdana.

Pasukan bomba telah tiba di lokasi dan mendapati jari mangsa tersepit pada bahagian mekanisme plastik di dalam tangki tandas, menyebabkan mangsa tidak dapat melepaskan jari.

Pasukan bertindak menjalankan operasi menyelamat dengan menggunakan peralatan khas bagi memotong dan membuka komponen plastik tersebut. Kerja-kerja pemotongan dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan lanjut kepada mangsa.

Setelah komponen berjaya dipotong, jari mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat.Mangsa diselamatkan tanpa sebarang komplikasi serius dan keadaan lokasi disahkan selamat.

β€œCepat dan Mesra”

Sekian, terima kasih.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

04/05/2026

YANG DI-PERTUAN AGONG ZAHIR UCAPAN SELAMAT HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 2026

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 kepada seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan atas jasa, pengorbanan serta komitmen tinggi wira merah yang sentiasa bersedia mempertaruhkan nyawa demi keselamatan rakyat dan kesejahteraan negara.

Sultan Ibrahim turut berkenan menzahirkan rasa bangga terhadap peranan penting yang dimainkan JBPM dalam menghadapi pelbagai situasi kecemasan termasuk kebakaran, bencana alam serta operasi menyelamat.

Seri Paduka Baginda turut mendoakan agar semua pegawai dan anggota bomba sentiasa dilindungi dan dikurniakan keselamatan dalam menjalankan tugas.

β€œAl-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Seri Paduka Baginda pada hari ini (4 Mei).



03/05/2026

Sempena Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia, kita zahirkan setinggi tinggi penghargaan kepada wira merah yang sentiasa siap sedia setiap masa demi keselamatan rakyat dan negara.

Mereka hadir tanpa mengenal erti takut, berkorban tanpa mengharap balasan, dan berjuang tanpa mengira waktu.
Sesungguhnya, BOMBA TONGGAK PENYELAMATAN NEGARA, nadi kekuatan yang sentiasa melindungi kita dalam setiap detik kecemasan.

Terima kasih wira merah. Jasamu tidak ternilai.



Di sebalik siren yang bergema,
Ada jiwa yang cekal berjuang,
Demi insan dan negara tercinta,
Wira merah kekal dikenang.

Selamat menyambut Hari Anggota Bomba Sedunia Tahun 2026

ikhlas
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SELANGOR

Photos from Balai Bomba dan Penyelamat Damansara's post 03/05/2026

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA – BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA

πŸ”₯ LAPORAN INSIDEN KEBAKARAN VAN

πŸ“… Tarikh: 03 Mei 2026 (Ahad)
πŸ• Masa Terima Panggilan: 12:34 tengah hari
πŸš’ Balai Bomba dan Penyelamat Damansara telah menerima panggilan kecemasan melibatkan kebakaran sebuah van di kawasan komersial Sunway Mas.

Setibanya di lokasi, didapati sebuah van telah terbakar 100%. Pemandu kenderaan dilaporkan berjaya menyelamatkan diri sebelum kejadian berlaku.
Kebakaran tersebut turut menyebabkan 3 buah kenderaan berhampiran terkesan akibat bahangan api, namun hanya mengalami kerosakan kecil.

Pasukan bomba bertindak pantas memadamkan kebakaran menggunakan aliran air dari jentera sehingga api berjaya dikawal sepenuhnya.

Operasi berjaya diselesaikan dengan selamat tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.

⚠️ Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa peka terhadap aspek keselamatan kenderaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

SEKIAN, TERIMA KASIH.


Want your business to be the top-listed Government Service in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Jalan SS 2/2
Petaling Jaya
47300