13/05/2026
Polis Daerah Petaling Jaya
Laman ini merupakan Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.
13/05/2026
13/05/2026
πππππ πππππππ ππππ ππππππππ πππππππππππ πππ ππππππ πππππππ ππππππ πππ πππππ
CP Dato' Pahlawan Shazeli bin Datoβ Kahar, Ketua Polis Selangor dan Datin Rozana binti Kasbon, Pengerusi PERKEP Selangor serta seluruh warga Polis Kontinjen Selangor menzahirkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Kpl 171014 Khairil Idzhar bin Rodzi.
Allahyarham bertugas akhir di Balai Polis Datoβ Abu Bakar Baginda, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang. Allahyarham meninggal dunia pada usia 36 tahun dan telah berkhidmat dalam PDRM selama 17 tahun.
Pemergian Allahyarham Kpl 171014 Khairil Idzhar bin Rodzi merupakan satu kehilangan besar buat Warga Polis Kontinjen Selangor, Salam takziah.
13/05/2026
09/05/2026
ππππππππ ππππ, ππ πππ ππππ (πππππ) - πππππππππ πππππ πππ πππππππππ πππ πππππ πππππ πππππ ππππππ ππππππππ ππππ
MAKLUMAN ORANG HILANG MELIBATKAN REMAJA PEREMPUAN BERUMUR 16 TAHUN 6 BULAN
08/05/2026
ππππππππ ππππ, ππ πππ ππππ (ππππππ) - πππππππππ πππππ πππ πππππππππ πππ πππππ πππππ πππππ ππππππ ππππππππ ππππ
KES KEJADIAN KEJAR MENGEJAR MELIBATKAN KERETA PERONDA POLIS DAN SEBUAH KERETA HONDA CITY
08/05/2026
ππππππ πππππ πππππ πππππ πππ πππππ ππππ πππππππππ πππ ππππππππ ππππ
Petaling Jaya, 08 Mei 2026 (Jumaat) β Majlis Solat Sunat Dhuha dan bacaan Al Quran peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah diadakan dengan jayanya.
Program ini dianjurkan oleh Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) IPD Petaling Jaya serta turut dihadiri oleh YDH ACP Shamsudin bin Mamat, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya serta Ketua-ketua Bahagian, Ketua Polis Balai, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah polis, Pegawai Awam IPD Petaling Jaya.
Penganjuran majlis ini merupakan salah satu inisiatif ke arah membudayakan amalan kerohanian di kalangan warga IPD Petaling Jaya melalui pelaksanaan Solat Sunat Dhuha secara berjemaah serta bacaan surah - surah pilihan dalam Al Quran. Ia juga bertujuan memohon kesejahteraan, keselamatan serta keberkatan dalam setiap urusan warga IPD Petaling Jaya agar sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT.
08/05/2026
π¦π ππ₯π§ ππ‘ππ’π₯πππ ππ‘π§ π£ππ₯π : π£ππ‘ππ¨ππ§ππ¨ππ¦πππ‘ π¦π§π₯ππ§ππππ πππ‘ππ¨π‘π πππ‘ππ¬ππ π₯ππ‘π§ππ¦ π¦ππ π£ππππ‘
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperkukuh pendekatan βsmart enforcementβ menerusi operasi penguatkuasaan strategik dan bersepadu bagi mengekang aktiviti penyeludupan serta jenayah rentas sempadan yang boleh mengancam keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.
π¬ βKDN akan terus memperkukuh pendekatan penguatkuasaan pintar menerusi kerjasama strategik antara agensi, penggunaan teknologi serta tindakan bersepadu bagi memastikan keselamatan negara sentiasa terpelihara.β
β YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
Pendekatan ini memberi fokus kepada operasi di lokasi dan masa kritikal, pemanfaatan teknologi dan maklumat secara masa nyata serta sinergi pintar antara agensi penguatkuasaan bagi memastikan tindakan lebih pantas, tepat dan berkesan.
Melalui operasi bersepadu yang dilaksanakan, PDRM memainkan peranan penting dalam memperkukuh kawalan keselamatan negara menerusi tindakan penguatkuasaan yang berterusan dan tersusun.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri, 7 Mei 2026
07/05/2026
ππππππππππ πππππ πππππ ππππππ πππππππ πππππππ πππππ πππππ πππ πππππππ ππππππ πππππ ππππ ππππ ππππππππ
Petaling Jaya, 7 Mei 2026 (Khamis) - Satu perjumpaan telah diadakan bagi meraikan Anggota dan Pegawai Awam yang akan bertukar keluar dari IPD Petaling Jaya di Pejabat Ketua Polis Daerah. Perjumpaan tersebut dipimpin oleh YDH Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Shamsudin bin Mamat sebagai tanda pengiktirafan terhadap jasa, komitmen dan sumbangan cemerlang yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.
Dalam amanat yang disampaikan, YDH Ketua Polis Daerah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala sumbangan, komitmen serta profesionalisme yang telah ditunjukkan oleh Anggota dan Pegawai Awam yang terlibat. Beliau turut berpesan agar ilmu serta pengalaman yang ditimba sepanjang bertugas di IPD Petaling Jaya dijadikan bekalan berharga dalam meneruskan tugas dengan lebih cemerlang di penempatan baharu.
Segala jasa dikenang, setiap pengorbanan sentiasa dihargai.
Turut hadir, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, DSP Wee Bee Seng, Ketua Polis Balai LTSAAS, Insp. Hasbul Hadi bin Abd Rahman.
07/05/2026
πππππππππππ πππππππ ππππ πππππ πππ ππππ πππππππππ πππ ππππππππ ππππ
Petaling Jaya, 7 Mei 2026 (Khamis) β Bertempat di Dewan LBS Jaya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah berlangsung Perhimpunan Bulanan IPD Petaling Jaya bagi bulan Mei 2026.
YDH Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Shamsudin bin Mamat dalam amanatnya menekankan kepentingan disiplin, integriti serta semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga IPD Petaling Jaya. Beliau turut mengingatkan semua pegawai agar sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik dan profesional kepada masyarakat demi mengekalkan keyakinan serta kepercayaan orang awam terhadap Polis Diraja Malaysia.
Dalam perhimpunan yang sama, turut diadakan majlis penyampaian sijil penghargaan kepada pegawai-pegawai yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam melaksanakan tugas. Penyampaian sijil tersebut merupakan tanda pengiktirafan dan penghargaan atas komitmen, dedikasi serta kecemerlangan yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Perhimpunan ini turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Polis Balai, Pegawai Kanan Polis (PKP), Pegawai Rendah Polis (PRP) serta Pegawai Awam IPD Petaling Jaya.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
IPD Petaling Jaya
Petaling Jaya
46000
